Anda di halaman 1dari 9

KESUSASTERAAN MELAYU

Nazam dan Mantera


Ahli kumpulan : Nur Hidayatul Sofea binti Jamal
Zulaiha Afifah binti Mohammad
Nur Alia binti Matsupi
Nur Alia Farisyah binti Razali
Nur Shah Mira binti Rosli
MANTERA
CONTOH MANTERA (PENGASIH)

Bismillahirrahmanirrahim Cahaya pinang turun ke gigi

Makan sirih selipat dua ipat


Cahaya Allah cahaya Muhammad
Makan pinang selayang dua layang
Cahaya Baginda Rasulullah
Aku pakai doa makrifat
Berkat doa Lailahaillallah
Segala umat memandangku sayang
Muhammadur Rasulullah
Seri sirih naik ke muka

(Zaharah Ibrahim, Chuping, Perlis*657)


LATAR BELAKANG

● Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada daun sirih yang
diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar
● Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India,
Indonesia dan Sri Lanka.
● Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat
perkahwinan orang Melayu.
● Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses
mengubati pesakit.
PEMIKIRAN

● Dalam mantera ini, sirih menjadi simbol kecantikan kepada si pengamal mantera.
● Apabila orang sekeliling berhadapan dengannya, mereka akan mendapati wajah si pengamal
mantera pengasih ini sentiasa berseri-seri dan cantik serta wajahnya tidak jemu untuk
dipandang.
● Mantera ini diamalkan sebagai pengasih yang bertujuan adalah untuk memikat hati
seseorang.
● Mantera ini dibaca oleh si pengamal agar individu yang dikehendakinya akan terpikat dan
mudah untuk jatuh hati kepadanya. Apabila seseorang individu sudah “terkena” dengan
mantera pengasih ini, hidupnya seharian akan berubah.
NAZAM
CONTOH NAZAM (NAZAM RATAP FATIMAH)

Syariat kaji dipegang


Di dalam taubat dipegang arti
Dipegang benar siang dan
malam Di kalimat semata-mata

Ingat-ingat di laut tauhid Jangan rusuh di kaji tidak dapat

Lautnya susah ombaknya besar Asalkan tauhid selama-lamanya

Jalan tauhid wujud mutlak


Bait ke 30-32. Angku Bilal, Sumatra Barat, 1960.
Bak dipegang selamanya
Jangan ragu karena kaji banyak
LATAR BELAKANG
1. Nazam ini disalin Angku Bilal di daerah Jorong Supanjang, Nagari Cubadak, Kecamatan Lima
Kaum, Kabupaten Tanah Datar, Sumatra Barat, pada tahun 1960.
2. Nazam Ratap Fatimah adalah manuskrip Minangkabau berunsurkan keagamaan yang menyimpang
dari tradisi perdana penulisan manuskrip di Minangkabau.
3. Nazam ini menceritakan 3 perkara iaitu pertama, tentang Fatimah, anak perempuan Nabi
Muhammad s.a.w., yang berduka ditinggal mati oleh ayahnya. Kedua, tentang kejadian di akhirat.
Ketiga, tentang ajaran atau tarekat yang harus dipelajari, dipegang dan diamalkan umat Islam agar
selamat di akhirat.
4. Teks ini disalin tidak untuk kepentingan pengajaran Islam di surau, tetapi untuk kepentingan
maratok (meratap) di rumah duka, suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam.
PEMIKIRAN

● Laut digunakan sebagai simbol untuk mengiaskan Tuhan yang tidak terhingga luasnya
dengan ombak melambangkan ketidakterhinggaan kewujudan dan pengetahuan-Nya.
● Sehubungan itu, laut sering dipakai pengarang sufi sebagai tamsil untuk menggambarkan
perjalanan seorang sufi menuju Yang Satu.
● Ombak dipakai untuk menggambarkan luasnya ilmu tauhid yang banyak kandungannya.
● Dengan itu, orang yang akan ikut dalam perjalanan itu diingatkan akan susah dan
bahayanya.

Anda mungkin juga menyukai