Anda di halaman 1dari 4

ISU-ISU BERKAITAN UMAT

ISLAM DI MALAYSIA
Nur Alia
Nusaibah ‘Ulya
Nur Izzatul Salwana
Nur Hidayatul Sofea
VIDEO TENTANG ISU-ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
KOMEN / ULASAN BERKAITAN VIDEO
1. Video yang kami pilih merupakan salah satu isu yang tular mengenai penindasan yang
dilakukan oleh majikan Cina ke atas pekerja yang beragama Islam di bulan Ramadhan dimana
majikan tersebut telah bertindak memukul atau merotan pekerjanya yang berpuasa.
2. Merujuk kenyataan kedua-dua mangsa, bahawa mereka telah bekerja dengan majikan mereka
selama 3 hingga 7 tahun. Kemudian, menurut mangsa, faktor kejadian ini berlaku adalah
kerana majikan mereka tidak suka akan mangsa dan tidak suka mereka berpuasa di bulan
Ramadhan.
3. Pada pandangan kami, perkara ini amat tidak wajar dilakukan oleh seseorang majikan ke atas
pekerjanya kerana masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab sepertimana
tanggungjawab sebagai seorang muslim yang wajib berpuasa. Jadi majikan tidak patut untuk
menyekat perbuatan pekerjanya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang
muslim iaitu untuk berpuasa pada bulan Ramadhan kerana sudah jelas bahawa kita sebagai
rakyat Malaysia adalah saling menerima perbezaan antara satu sama lain dan menghormati
kebebasan beragama yang dianuti oleh semua rakyat Malaysia.
CARA MENGATASI ISU BERKENAAN BERLAKU
1. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan kaum perlulah saling
hormat-menghormati serta bersifat terbuka dan menerima perbezaan antara satu sama lain
sama ada dari aspek adat, kepercayaan mahupun perayaan tanpa menyekat ataupun
menghalang seseorang individu itu untuk melakukan sesuatu yang diinginkannya. Ini kerana
setiap individu mempunyai hak dan matlamat mereka tersendiri dalam melakukan sesuatu.
2. Pekerja yang ditindas perlu bertindak melaporkan kepada pihak sepatutnya seperti
SUHAKAM
3. Sebagai rakyat yang berbilang kaum, seharusnya menghormati kebebasan setiap orang
untuk menjalankan tuntutan atau kepercayaan melalui anutan, amalan serta ajaran agama
masing-masing. Setiap pihak bertanggungjawab dalam memelihara perpaduan antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai