Anda di halaman 1dari 5

ISU UMAT ISLAM

DI MALAYSIA
NUR ALIA BINTI MATSUPI
NUR HIDAYATUL SOFEA BINTI JAMAL
ZULAIHA AFIFAH BINTI MOHAMMAD
ISU BMF (BUY MUSLIM FIRST)
BMF adalah merupakan satu kempen yang hangat dibicarakan. Ia merupakan kempen keutamaan membeli
barangan orang Islam yang telah dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu.

Pertama sekali kita perlu fahami atau kita sepatutnya dapat membezakan dua perkataan ini iaitu
“mengutamakan produk Muslim” dan “memboikot produk non-Muslim”. Kedua-dua perkataan ini mempunyai
maksud dan kesan yang berlainan. Mengutamakan atau priority adalah bermaksud kita memberi keutamaan
tetapi kita tidak memboikot.

Seperkara lagi, berkaitan dengan produk halalan tayyiban ini bukan sahaja dilihat dari segi penggunaannya
tanpa was-was tetapi ia dapat memberi impak terhadap ekonomi. Bagi pengeluar non-Muslim tujuan mereka
memohon logo halal adalah semata-mata untuk memasuki pasaran Muslim di dalam dan luar negara iaitu
produk halal yang dilihat dari sudut ekonomi.

Namun, sekiranya pengguna Muslim ingin membeli produk daripada non-Muslim atas sebab pertimbangan
mereka seperti lebih kualiti, harga lebih murah dan perkhidmatan yang lebih bagus maka kempen ini tidak
menjadi masalah bagi mereka kerana hak membeli ini terpulang kepada individu sebagaimana syarat-syarat jual
beli adalah reda atau suka sama suka.
KESAN BOIKOT PRODUK NON MUSLIM
Jika tindakan boikot ini terus berlaku maka akan wujud keadaan perpecahan dalam kalangan
masyarakat. Ketegangan antara kaum boleh berlaku secara tidak sedar sehingga menyempitkan ruang
dakwah kita terhadap non-Muslim. Selama ini pengguna bebas untuk memilih sesuatu produk
berdasarkan kemampuan dan keinginan tersendiri.
Apabila kita memboikot produk non-Muslim, secara tidak langsung akan menyukarkan urusan seharian
kita. Hal ini demikian kerana kebanyakan produk yang kita guna dikeluarkan oleh non-Muslim dan lebih
malang tidak ada syarikat Muslim yang mengeluarkan produk tersebut
LANGKAH KE HADAPAN BAGI MUSLIM
Bagi meningkatkan ekonomi Muslim kita boleh untuk bersama berganding bahu menyokong produk
Muslim. Perkara yang perlu dilakukan ialah mengutamakan produk Muslim tanpa memboikot produk non-
Muslim. Sebagai contoh, jika terdapat produk milik Muslim dan non-Muslim maka belilah produk Muslim.
Jika produk tersebut tidak dikeluarkan oleh Muslim, maka belilah produk non-Muslim.
Daripada kita memboikot produk non-Muslim, lebih baik kita menerangkan kepada masyarakat apa bagus
dan baiknya produk keluaran Muslim. Kita selalu mencari buruk orang sehingga terlupa pada diri sendiri.
Produk Muslim perlulah berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan. Jika produk Muslim tidak
berkualiti, dijual pula dengan harga yang tinggi, sudah pasti masyarakat akan membeli produk non-
Muslim yang jauh lebih baik.
Perkara seperti hasrat dengki sesama perniaga Muslim juga perlu dibuang jika ingin maju ke hadapan.
Perniaga Muslim juga seharusnya saling membantu sesama mereka dalam perniagaan supaya boleh
berkembang maju. Semua pihak perlu mengikut setiap garis panduan dalam urusan perniagaan seperti
yang telah ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) dan juga prosedur halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Langkah yang boleh diambil bagi menjernihkan
kembali hubungan harmoni masyarakat berbilang
kaum dan agama di negara ini.
Setiap individu perlulah mempunyai
pemahaman baik terhadap peranan
masing-masing untuk menerapkan
nilai murni dalam interaksi seharian. Persefahaman dalam kalangan
pemimpin juga amat penting kerana
Keadilan, penerimaan dan toleransi
melaluinya, rakyat akan mendapat
perlu menjadi nilai-nilai asas
isyarat yang jelas bagi
kepada kerangka perpaduan
mengharmonikan hubungan
nasional ini.
masyarakat berbilang bangsa dan
budaya di negara ini yang merupakan
salah satu daripada tanggungjawab
semua warganegara.
Sifat kebersamaan serta rasa cintakan
keharmonian dan keamanan perlu ada bagi
merealisasikan matlamat perpaduan nasional.

Anda mungkin juga menyukai