Anda di halaman 1dari 16

2

PETA MINDA BENTUK-BENTUK ISU DAN CABARAN HUBUNGAN ETNIK





RAJAH 1: CABARAN HUBUNGAN ETNIK

3


RAJAH 2: CABARAN KEPENTINGAN ETNIK DARI ASPEK SOSIAL



RAJAH 3: PEMISAHAN FIZIKAL

4


RAJAH 4: SISTEM PENDIDIKAN YANG BERASINGAN


RAJAH 5 : POLIRASI DALAM KALANGAN PELAJAR

5


RAJAH 6: KONTRAK SOSIAL


RAJAH 7: CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

6


RAJAH 8 : CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK EKONOMI


RAJAH 9 : CABARAN NILAI ANTARA ETNIK

CABARAN NILAI
ANTARA ETNIK

7



RAJAH 10 : CABARAN GLOBALISASI
















8

10 PRINSIP ISLAM HADHARI



keimanan dan
ketaqwaan
kepada Allah SWT
kerajaan yang adil
dan beramanah
rakyat yang
berjiwa merdeka
penguasaan ilmu
pengetahuan
pembangunan
ekonomi yang
seimbang dan
komprehensif
kehidupan
berkualiti
pembelaan hak
kumpulan minoriti
dan wanita
keutuhan budaya
dan moral
pemeliharaan
alam semulajadi
kekuatan
pertahanan

9

CADANGAN UNTUK MEMANTAPKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA





cadangan
peranan ibu
bapa
kempen
pendidikan
penglibatan
badan-badan
bukan
kerajaan
media massa

10


























MENCADANGKAN NILAI-NILAI SEJAGAT MASYARAKAT MALAYSIA YANG
BOLEH MENGEKALKAN KEHARMONIAN NEGARA
Definisi Nilai dan Sejagat
Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang ditentukan
oleh nilai.
Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang
menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak
berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu
standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan.
Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang
lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-
matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan
unsur penglibatan dan pemilihan.
Ini kerana kebanyakan tingkahlaku yang dipilih melibatkan nilai, indiivdu yang
berkenaan atau nilai kelompoknya.
Penerapan nilai-nilai sejagat ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan
setiap orang kerana tingkah laku dan nilai indiivdu mencerminkan nilai
keseluruhan rakyat Malaysia.
Sejagat pula bermaksud seluruh dunia, sedunia dan antarabangsa
Oleh yang sedemkian, nilai-nilai sejagat bolehlah ditakrifkan sebagai nilai-nilai
yang diamalkan bersama.


11













Cinta Kepada
Negara
Toleransi Integriti
Semangat
Kerja
Berpasukan
Persefahaman
Menghormati
Jiran Tetangga
Berbudi
Bahasa
Nilai- Nilai Sejagat Yang Boleh Mengekalkan Keharmonian
Negara

12


























Cinta kepada negara merujuk kepada perasaan sayang, bangga dan taat setia
kepada tanah air.
Namun apabila negara semakin membangun dan rakyat menjadi semakin
terpelajar nilai ini semakin pudar.
Misalnya suatu ketika dulu heboh diperkatakan mengenai pelajar-pelajar
Malaysia di luar negeri yang turut terlibat dalam kempen memburuk-burukkan
barangan buatan Malaysia.
Golongan pelajar-pelajar ini telah lupa daratan dan merupakan musuh dalam
selimut bagi kita.
Sepatutnya nilai cintakan negara haruslah bertapak kukuh di hati setiap anak
Malaysia.
Setiap anggota masyarakat haruslah menjadi rakyat yang cintakan negara dan
sanggup berkorban untuk mempertahankan negara dalam apa juga keadaan,
menyokong dan memberi kerjasama yang padu untuk menyokong dan
menjayakan rancangan dan dasar kerajaan.
Hanya menerusi perasaan cinta ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan negara.
Cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat cintakan negara:
o Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik
dari bangku sekolah lagi.
o Peranan ibu bapa iaitu menyemai semangat cintakan negara sejak
kecil.
o Membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek
semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi
pengajian tinggi.
o Menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa.
o Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula
perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
o Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan
daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat
Cinta Kepada Negara


13


























Toleransi
Dalam mengekalkan keharmonian negara yang berbilang kaum, rakyat
seharusnya mengamalkan sikap toleransi.
Toleransi merujuk kepada perbezaan yang ada tidak dijadikan asas untuk
berkonflik, tetapi persamaan yang banyak harus disuburkan secara sedar
supaya kebaikan daripada nilai bersama yang dikongsi boleh menghilangkan
perbezaan akibat kejahilan dan prasangka.
Amalan toleransi ini adalah penting dalam memupuk kesepaduan antara
semua kaum.

Persefahaman merujuk kepada permuafakatan, persepakatan, persetujuan
dan kata sepakat.
Seluruh rakyat Malaysia perlu berusaha untuk memahami secara mendalam
kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini untuk meningkatkan
persefahaman sesama mereka, menurut Datuk Seri Najib Razak yang telah
dipetik daripada akhbar Berita Harian.
Menurut beliau lagi, "Sikap sentiasa menghormati dan memahami pandangan
orang lain akan melahirkan keadilan untuk semua. Hal ini menunjukkan
bahawa persefahaman adalah penting dalam mewujudkan kesepakatan
sekaligus mewujudkan keharmonian antara kaum.
Justeru, nilai bekerjasama antara satu sama lain juga dapat diterapkan. Bak
kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah.
Kedua-dua peribahasa ini menggambarkan bahawa sifat bekerjasama itu
perlu dalam masyarakat supaya kesepakatan wujud.

Persefahaman

14


























Integriti
Integriti ialah sifat murni yang kerap dikaitkan dengan keunggulan, kejujuran dan
kejituan.
Seseorang yang suka menghormati undang-undang, tidak bersifat telunjuk lurus
kelingking berkait, tidak suka menggunting dalam lipatan, suka membantu orang
dalam kesusahan, tidak rasuah, gemar kepada keadilan dan hak-hak asasi
kemanusiaan.
Kesemua ini menyumbang kepada sahsiah yang berintegriti. Integriti ini juga boleh
dianggap sebagai nilai murni jiwa seseorang. Sifat ini juga banyak terserah kepada
dan dipengaruhi pendidikan.
Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama
bersabit dengan individu dan yang kedua ialah di peringkat organisasi.
Namun begitu, pada umumnya, integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul
yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip
berpegang teguh kepada kejujuran dan amalam bermoral tinggi.
Di peringkt individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip
moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum.
Sementara itu, di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan
kod etika, piagam pelanggan serta sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada
amalan terbaik.
Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi
berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (
cooprate culture).
Secara idealnya integrity sama ada di peringkat individu ataupun organisasi
bermaksud code of behavior. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik
mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun,
nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.


15


























Semangat Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan
yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu
bagi mencapai matlamat pasukan.
Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan
komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan
secara bersama.
Antara ciri pasukan kerja yang berkesan ialah mempunyai matlamat pasukan
yang jelas, mempunyai satu pelan penambahbaikan, mempunyai peranan
yang jelas, komunikasi yang jelas dan kelakuan ahli kumpulan.
Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa
meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha,
pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi
kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian.
Justeru, semangat kerja berpasukan ini secara tidak langsung menyumbang
kepada sifat kerjasama dan kesungguhan ahli dalam gerak kerjanya. Oleh
yang demikian, persepakatan dan permuafakatan dapat dicapai

16


























Menghormati Jiran Tetangga
Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan
rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau
sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang.
Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian
berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud,"Jiran itu ada tiga macam iaitu jiran
yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai
tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat,
maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya.
Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak
jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran
yang musyrik atau kafir."
Pelbagai langkah yang boleh diambil dalam menyuburkan sifat menghormati jiran
tetangga. Antaranya ialah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya.
Selain dapat membantu antara satu sama lain, masyarakat juga dapat mengenali
jiran tetangga mereka dengan lebih dekat lagi.
Masyarakat kita sekarang khususnya di bandar-bandar atau taman-taman
perumahan banyak menghadapi krisis kejiranan kerana terlalu
bersikap 'individualistik' , jenayah dan gejala sosial berlaku bebas tanpa sebarang
rasa tanggungjawab.
Perkara ini berlaku kerana adanya sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini adalah
lahir dari sikap tidak mahu mengambil tahu dan tidak mahu campur tangan urusan
orang lain.
Sikap ini kadang-kadang dari satu sudut baik perkara yang berbentuk peribadi, tetapi
dari sudut yang lain, yang bersifat umum, ia akan memberi kesan yang tidak baik
secara berpanjangan. Oleh itu Islam memandang berat soal penjagaan hak dan
keharmonian sesama jiran. Siapa lagi yang akan mengambil berat akan hal tersebut
jika kita tidak memulakannya.


17







Berbudi Bahasa
Amalan berbudi bahasa perlu diamalkan di dalam kehidupan kita demi untuk
mewujudkan masyarakat yang aman makmur.
Pengamalan nilai-nilai murni serta berbudi bahasa adalah sangat penting dalam
kehidupan kita.
Sebagaimana Kempen Budi Bahasa telah dilancarkan pada 11 Jan 2005 yang
merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia
yang berbudi bahasa.
Nilai-nilai murni serta budi bahasa akan mewujudkan rasa saling hormat menghormati
antara satu sama lain dan ianya amat diperlukan untuk kehidupan masyarakat
majmuk yang aman dan harmoni.
Nilai-nilai murni serta budi bahasa penting bagi melahirkan masyarakat yang benar-
benar membangun dan bertamadun.
Hal ini kerana sudah sampai masanya bagi seluruh masyarakat negara ini berjuang
dalam mengamalkan dan menghidupkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni
yang luhur dalam kehidupan seharian.
Dalam kesibukan masyarakat sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk
ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita.
sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari
serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita.
Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada
peringkat masyarakat, amnya.

Anda mungkin juga menyukai