Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati
dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan
berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)
Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh
pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali
secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran
Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin
Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM
yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajarpelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan
sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang
baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
1 Percaya dan patuh kepada tuhan
2 Berilmu pengetahuan
3 Berakhlak mulia
4 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
5 Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan
negara.
6 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika
nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam
pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat
diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah
menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah
menyeru agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan
kebangsaan dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak
dicapai. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam
mentafsir, membentuk dan melaksanakn hasrat falsafah pendidikan demi untuk
melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak
mulia.
Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman
kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan
dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan
dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang
ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warnawarna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri.
Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini
menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat
muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan
daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang
Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis
penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat
mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu
nilai dalam pendidikan.
Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan,
bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak
pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau
belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output
dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman
nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka
agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah
sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai
tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI
(Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan
dalam melahirkan individu yang berakhlak.
Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang
dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah
tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan
daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada
melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan
sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa
berterusan.
Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan
menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi
penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan
akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan
tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya
dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan
berhasil dan berkesan."
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti
nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita,
tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada
pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai
oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan
diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang
seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.
Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:
7
8
9
10
11
12
13
Secara pertuturan
Secara perlakuan
Secara teladan
Secara isyarat
Secara kefahaman
Secara interpretasi
Secara konteksual
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya
berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral
Bertimbang rasa
Murah hati
Sedia memaafkan
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:
o
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh
seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri
berhemah tinggi adalah:
Kesopanan
Mengakui kesalahan
Ramah mesra
Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan. Ini merangkumi:
o
Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang
rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang
ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
o
Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.
Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya
kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:
o
Berani bertanggungjawab.
Kebersihan diri
Kebersihan persekitaran
Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan
sebarang balasan.
Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,
komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan,
tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
Ini termasuklah:
o
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat
pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan
keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada
isu-isu sosial dalam masyarakat.
kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima
membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati
terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari
Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan
disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma
tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai
murni.
Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan
Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai
dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada
sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.
Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang
ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di
sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka
prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka
pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak
menyinggung perasaan orang lain.
Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni
yang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar
kita, sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalah-masalah
sosial yang semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka
melaksanakan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka mengetahuinya, tetapi
tidak dipraktikan. Ini berpunca daripada beberapa faktor tertentu seperti ibubapa,
institusi sekolah sendiri, guru dan masyarakat dan pelajar itu sendiri.
Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai
murni dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk
mengamalkan adalah sesuatu yang tidak wajar.
Begitu juga guru-guru dan masyarakat. Mereka tidak begitu memberi perhatian
terhadap nilai-nilai yang asas atau kecil. Mereka memandang ringan atas beberapa
kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Guru misalnya, mereka
sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka
sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap
penerapan nilai murni ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah
sekadar exam-oriented, hanya untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan
mempraktikkan apa yang dipelajari. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa
untuk melakukan sesuatu perkara, maka dengan tidak adanya paksaan samada dari
ibubapa ataupun guru menyebabkan mereka melalaikannya.
10.0 Penutup
Kesemua 16 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah nilainilai yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan boleh
memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam
masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat.
Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari
segi JERI bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah.
Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan
berakhlak mulia.
Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100%
kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan
inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan
menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan,
perlakuan maupun tuturkatanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi
pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Begitu
juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.
Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar
yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang
tinggi dan mulia. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah
SWT. Ia menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang iaitu
kesepaduan di antara ilmu, iman dan amal; kesepaduan di antara akal, jasad dan
roh; kesepaduan di antara teori dan amali, di antara kemahiran dan akhlak; di
antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat; dan di antara
manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran
insan soleh . Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya
masyarakat serta bangsa yang baik.
Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu
pendidikan bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. Ini
menunjukkan kerajaan ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada
bukan sahaja ilmu yang bersifat kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moral
yang lebih bersifat kejasmanian dan keakhiratan. Pendidikan akan sentiasa terus
berlangsung, tiada limitasinya. Matlamat akhir pendidikan bersepadu adalah
merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang baik dan seimbang
dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan kehendak FPN.
BIBLIOGRAFI
1 Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka
Antara, Kuala Lumpur.
1 Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan
2020. Arena Ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
1 Dr. Hussien Hj. Ahmad, ______. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Perihal
Pendidikan dan Falsafah di Malaysia.
1 Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
1 MASSA: Wawancara Reformasi Pendidikan bersama Datuk Najib. Jun 1997.
1 Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
1 Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras
Kewarganegaraan.Pemikir.