Anda di halaman 1dari 10

2.

Jelaskan hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukun Negara dan Falsafah Sejahtera

Falsafah pendidikan kebangsaan diwujudkan bertujuan bagi melahirkan insan yang seimbang
melalui pendidikan yang ditetapkan. Pendidikan di malaysia adalah salah satu usaha yang dibuat
secara berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagi aspek seperti intelek, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini selari dalam usaha
melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak muli,
bertanggungjawab dan berkeupayaan menngecapi kesejahteraan diri serta dapat memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Seterusnya rukun negara. Rukun negara telah diistiharkan pada 31 ogos 1970.rukun negara
dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang
terkandung dalam rukun negara jelas menunjukan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum
demi kejayaan dan kestabilan malaysia. Rukun negara diwujudkan adalah bagi mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat selain memelihara satu cara hidup demokratik.
Seturusnya adalah untuk membentuk satu sikap yang adik di mana kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama serta membina sebuah masyrakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.

Falsafah sejahtera. FPK sangat dominan dengan konsep pendidikan islam bermatlamat
melahirkan insan beradap yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Insan yang adil sentiasa
meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menunaikan hak pada semua yang berhak keatasnya. Hak
kepada tuhan dan rasulnya, hak pada dirinya, ibubapa, ahli keluarga dan masyarakat serta alam
persekitarannya.

Dalam konteks yang diatas jelas lah bahawa ketiga-tiga falsafah yang dinyatakan bertujuan
dan mempunyai matlamat yang hampir sama. Setiap falsafah di atas amat berkait rapat antara satu
sama lain. Hal ini dapat dilihat dalam aspeks yang telah ditunjukkan pada setiap falsafah yang
dinyatakan. Objektifnya hampir sama iaitu bersepadu dalam melahirkan seorang modal insan atau
rkayat malaysia yang sentiasa bersatu padu satu sama lain. Serta ianya merupakan kunci utama
kepada keharmonian dan keistimewaan rakyat malaysia demi kejayaan dan kestabilan negara. Oleh
yang demikian, sebagai rakyat malaysia yang bertangungjawab dan prihatin, hendaklah kita sentiasa
mengamalkan atau mempraktikan falsafah-falsafah yang dinyatakan dalam usaha sama melahirkan
kesedaran dalam diri yang mempunyai keteguhan dalam pelbagai aspek seperti jasmani, rohani,
emosi dan intelek. Secara ringkasnya, generasi baharu yang mudah terdedah kepada informasi
ateisme seharusnya mempunyai diberi perhatian.
Prinsip Rukun Negara dan FPK Membantu Kurikulum, Pengajaran dan Pengurusan Pusat
Pembelajaran Tunjang Kerohanian dalam Prasekolah

Falsafah Pendidikan adalah panduan ataupun haluan kepada pendidikan untuk merancang
atau merefomasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.
Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal secara teliti dengan mengambil kira aspek-
aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu,
secara tidak langsung ia membantu dalam merancang kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran
bagi tunjang kerohanian, sikap dan nilai dalam pendidikan prasekolah. Dalam konteks pendidikan
kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan seiring dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja di persekitaran dan
mengaplikasikan ilmu atau kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya sebagai
persediaan untuk kehidupan pada masa akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Tunjang kerohanian, Sikap dan Nilai amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai
murni kepada kanak-kanak bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, Berperibadi
mulai, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan
negara. Kurikulum pendidikan Islam dalam tunjang diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kurikulum
pendidikan Islam dalam tunjung Kerohanian, Sikap dan Nilai dapat menyumbang ke arah melahirkan
murid Islam yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal soleh melalui ilmu,
kemahiran dan amalan yang disarankan. Pendidikan Islam Prasekolah juga dapat disampaikan
melalui aktiviti bercerita, tunjuk cara, amali, nyanyian lagu-lagu nasyid, permainan, lakonan,
penerokaan dan penjelasan, pemerhatian dalam sekitar serta kegiatan manusia.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini juga ada menyatakan matlamatnya untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Oleh itu, kerohanian
juga merupakan salah satu daripadanya. Dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), ia menyenaraikan senarai fokus yang perlu
ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran, contohnya berkaitan akidah, ibadah, sirah, akhlak
dan asas bahasa Al-Quran dan tulisan jawi dalam pendidikan Islam. Bagi pendidikan Moral pula, ia
menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid seperti nilai kasih sayang, bekerjasama,
disiplin, toleransi, bertolak ansur, bersyukur dan sebagainya. Jikan nilai-nilai ini disematkan ke dalam
diri murid-murid, tingkah laku dan sikap mereka akan lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak
melakukan perkara-perkara negatif.

Kurikulum dibentuk berdasarkan falsafah yang telah ditetapkan. Oleh itu, falsafah
pendidikan perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum menyediakan kurikulum prasekolah. Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang digunakan dalam pengajaran prasekolah adalah dibentuk
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Semua pusat pembelajaran kanak-
kanak sama ada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta
mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu, program pendidikan prasekolah yang dilaksanakan
mampu memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara
praktikal dan secara tidak formal dalam suasana yang menyeronokkan. Bagi membantu
perkembangan kanak-kanak, pendidik perlu memahami hasrat negara yang telah diterjemahkan
dalam FPK dan Rukun Negara. Oleh itu, kurikulum bagi pendidikan prasekolah telah disesuaikan
dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap
positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi
yang optimum. Selaras dengan matlamat FPK, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus
kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Jika dilihat dalam
konteks tunjang kerohanian, sikap dan nilai dalam pendidikan prasekolah. Terdapat beberapa
elemen dalam FPK yang telah dijadikan sebagai panduan dalam merancang suatu kurikulum. Antara
elemen tersebut adalah seperti pendidikan suatu usaha berterusan, memperkembang potensi
individu, perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, insang yang seimbang dan
harmonis, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, rakyat Malaysia yang berilmu pengtahuan,
rakyat Malaysia yang berketrampilan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri dan rakyat
Malaysia yang dapat memberi sumbangan.

Berdasarkan elemen pertama iaitu pendidikan suatu usaha berterusan, kita tahu bahawa
proses pendidikan itu tidak terbatan dan merupakan proses yang dijalankan secara berterusan
sepanjang hayat. Hal ini termasuklah proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan
penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada di rumah
lagi dan seterusnya pendidikan secara formal di sekolah. Misalnya, kita dapat lihat bahawa
pendidikan di Malaysia bermula daripada pendidikan di peringkat awal kanak-kanak sama ada di
prasekolah, rumah ataupun tadika. Pendidikan diteruskan pula ke peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah pada umur 7 hingga 17 tahun. Kemudian, diteruskan lagi peringkat pengajian
tinggi, iaitu insitut pendidikan tinggi sama ada institut pendidikan tinggi awam mahupun ataupun
swasta.

Elemen memperkembang potensi individu pula menekankan keupayaan, bakat dan potensi
individu dalam aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap individu
mempunyai potensinya yang tersendiri sejak lahir lagi. Oleh itu, melalui pendidikanlah seseorang
dapat memperkembangkan dan meningkatkan potensi mereka agar mencapai ke tahap yang lebih
cemerlang. Jika dilihat dalam aspek rohani, ia merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan
antara manusia dengan penciptanya.

Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Misalnya pendidikan Islam dalam
tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, ia memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun
Iman, Rukun Islam, Sirah Rasullullah dan Kalimah Syahadah. Di samping itu, murid-murid prasekolah
juga belajar mengenai cara-cara bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi
beberapa akhlak Rasullullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama,
murid-murid prasekolah juga dapat mengenal asas bahasa Al-Quran seperti huruf hijaiyah dan jawi
serta menghafal beberapa doa dan surah-surah pendek. Melalui kemahiran-kemahiran yang diajar
inilah mampu membantu mengembangkan potensi kanak-kanak tersebut dalam aspek rohani.
Contohnya, guru menekankan nilai dan amalan membaca doa dan membasuh tangan sebelum dan
selepas makan merupakan salah satu aspek kerohanian yang boleh diterapkan dalam diri murid-
murid prasekolah.

Dalam FPK juga, ia menekankan elemen perkembangan potensi individu secara menyeluruh.
Hal ini bermakna, bakat, potensi dan kebolehan seseorang individu itu tidak boleh dikembangkan
secara berasingan, sebaliknya dikembangkan secara bersepadu iaitu merangkumi aspek JERIS.
Potensi kanak-kanak bukan sahaja dikembangkan dalam aspek komunikasi, fizikal dan kreativiti,
ketrampulan, kemanusiaan ataupun sains dan matematik tetapi aspek kerohanian juga perlu seiring
dengan perkembangan aspek-aspek yang lain. Justeru, Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah
dibahagikan kepada beberapa tunjang termasuklah tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Bagi elemen yang ketiga iaitu insan yang seimbang dan harmonis merujuk kepada
perkembang individu dari aspek ilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak, mempunyai rasa
kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwan dan fikiran yang tenteram, tubuh badan yang sihat
dan cergas serta kematangan dalam emosi dan sosial. Menurut perspektif Islam, tujuan dan
matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara. Matlamat utama pendidikan juga menurut perspektif Islam adalah untuk pembinaan dan
pendidikan akal (tauhid), pembinaan keperibadian (sikap) persiapan diri bagi kehidupan dunia dan
akhirat (kemahiran) dan seterusnya supaya manusia mampu menerokai dan menguasai ilmu sebagai
asas pembangunan diri secara berterusan. Oleh itu, elemen insan yang seimbang dan harmonis
adalah salah satu panduan dalam membentuk kerohanian dalam diri seseorang individu. Untuk
menjadi insan yang seimbang adalah amat penting bagi seseorang individu itu memiliki ilmu dan
sahsiah yang baik. Keseimbangan antara kelima-lima aspek ini (JERIS) akan menghasilkan individu
yang mempu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Seseorang individu itu juga perlu
seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu sebagai manusia yang jujur, benar, baik tutur kata dan
amalannya untuk mendapat bimbingan dan hidayah Allah. Kesemua aspek ini ada diterapkan dalam
tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam pendidikan Prasekolah.

Elemen kepercayaan kepada Tuhan juga diberikan penekanan dalam FPK bahawa semua
hidupan yang berada di muka bumi ini adalah tidak tercipta dengan sendirinya malah adalah ciptaan
Allah. Daripada elemen ini, kita dapat lihat dalam kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah
terdapat perkara yang difokuskan salah satunya ialah kepercayaan kepada Tuhan. Hal ini
termasuklah aktiviti menyebut Rukun Iman dan Rukun Islam. Manakala dalam pendidikan Moral pula
adalah seperti nilai bersyukur terhadap ciptaan yang Allah beri.

Elemen seperti membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan pula menggalakkan
masyarakat agar menanam sikap suka membaca dan cinta akan ilmu pengetahuan. Elemen ini dapat
kita dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyatnya memiliki sikap suka membaca dan cinta
akan ilmu pengetahuan dan mengamalkannya bagig membantu bukan sahaja diri sendiri tetapi juga
membantu orang lain. Antara ciri individu yang berilmu pengetahuan adalah mereka yang memiliki
ciri-ciri suka membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha
meningkatkan dan menyebarkan ilmu. Penerapan budaya membaca juga adalah salah satu ninlai
yang diterapkan dalam perkembangan kerohanian kanak-kanak, contohnya nila kerajinan. Oleh itu,
elemen FPK ini membantu dalam merancang dan melaksanakan kurikulum bagi tunjang kerohanian
di mana tumpuan diberikan kepada perkembangan dan penguasaan kemahiran berfikir kanak-kanak
sebagai individu yang berilmu pengetahuan. Kepelbagaian kecerdasan murid juga perlu diambil kira
untuk memperkukuhkan pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang
mempunyai ciri-ciri kerohanian yang tinggi dan memegang nilai-nilai murni dalam diri mereka.

KSPK juga ada menerapkan elemen rakyat Malaysia yang berketrampulan dalam tunjang
kerohanian, sikap dan nilai. Seorang individu yang berketrampulan adalah seseorang yang
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan dalam melakukan tugas demu
memajukan negara. Di samping itu, elemen rakyat Malaysia yang berakhlak mulia menggalakkan
untuk menerapkan tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Seseorang rakyat yang berakhlak mulia juga adalah
seorang yang tahu membezakan sesuatu perkara yang baik dan yang buruk serta sentiasa
memilirkan kesan dan akibat daripada perbuatan yang dibuatnya.

Prinsip Rukun Negara bukan sahaja panduan dalam bidang pendidikan, tetapi ia juga
menjadi pegangan dan asas kepada seluruh warga Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam konteks
pendidikan prinsip rukun negara ini amat berkait rapat dalam membantu perkembangan
kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral bagi prasekolah dalam
tunjang kerohanian yang mengandungi nilai-nilai adalah berdasarkan agama, tradisi dan norma-
norma masyarakat Malaysia yang berbilang kaum serta norma-norma kemanusiaan sejagat yang
sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Misalnya, prinsip pertama dalam rukun negara ialah
kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menekankan bahawa bangsa dan negara kita telah wujud atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Matlamat pendidikan juga adalah untuk membangunkan
semua aspek diri individu secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri individu
terpelihara. Selaras dengan matlamat FPK iaitu melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani,
intelek, emosi, rohani dan sosial, terdapat beberapa prinsip yang dipililh bagi merealisasikan hasrat
yang terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya adalah
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, berpegang teguh pada ajaran agama, prihatin
kepada alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik,
menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Matlamat
negara juga adalah untuk membina masyarakat yang bermorak dan beretika iaitu sebuah
masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan
bersikap toleransi.

Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, kita perlu membantu murid-murid untuk memahami,


menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip tersebut. Pendidikan Moral yang terbina mampu
memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran
generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan
kemahiran sosial. Dengan adanya penguasaan kemahiran-kemahiran ini, ia menyediakan murid
untuk menghadapi alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab. Dalam prinsip Rukun
Negara yang kedua pula iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip ini jelas menunjukkan
bahawa kita perlu hormat dan patuh pada pemimpin dan raja serta setia kepada negara.
Perancangan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah juga perlu diberi perhatian bagi membolehkan
murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional.

Di samping itu, perkembangan aspek rohani dan personaliti individu sepertimana yang ingin
dicapai dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai dalam KSPK, dapat kita lihat dalam Prinsip Rukun
Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini berkait rapat dengan nilai morak dan
akhlak masyarakat. Prinsip ini juga menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyaraka
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan negara yang
berasaskan keperibadian bangsa dan nilai murni. Jika kita lihat dalam pendidikan moral prasekolah,
ia memberi fokus kepada nilai-nilai dan perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang
murid berada di prasekolah. Antara fokus dalam pendidikan morak di prasekolah adalah seperti
Kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi, hormat-
menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,
toleransi, berdikari dan berdisiplin. Walau bagaimanapun, pendidikan moral di prasekolah ini tidak
dijalankan melalui aktiviti yang spesifik sahaja tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang
dijalankan di prasekolah.

Kesimpulannya, prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijadikan
panduan dan pegangan menentukan kurikulum sekolah mampu membantu perkembangan tunjang
kerohanian, sikap dan nilai di prasekolah. Untuk meningkatkan perkembangan rohani kanak-kanak,
pendidikan agama harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini. Kesedaran tentang
Tuhan sebagai pencipta alam semesta perlu ditegaskan. Melalui pendidikan agama dalam tunjang
kerohanian inilah semangat dan rasa sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan
Tuhan tetap diperkukuhkan. Oleh itu, prinsip Falsafah Pendidikan dan Rukun Negara seperti
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai. Walau bagaimanapun, kejayaan dan
keberkesanaan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan
pelaksana di dalam bilik darjah.
Konsep Falsafah Sejahtera dan kaitannya dengan FPK & Rukun Negara

Falsafah Sejahtera adalah hasil gabungan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun
Negara.

• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu utuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) adalah empat aspek
yang penting dalam membentuk atau melahirkan insan yang seimbang. Ke-empat empat
aspek ini adalah penting kerana, dalam usaha melahirkan insan yang seimbang, seseorang
itu mestilah mempunyai ketahanan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Contohnya, jika
seseorang itu sudah mempunyai kesemua aspek di atas, negara kita akan menjadi negara
yang maju dan harmoni dengan adanya insan insan yang seimbang dan harmonis. Jika
seseorang itu kekurangan salah satu dari keempat aspek itu sebagai contohnya emosi, ia
akan mengakibatkan negara kita untuk mundur. Ianya kerana, jika seseorang itu tidak
mempunyai emosi yang stabil, ianya akan mendorong kepada perkara perkara yang
merbahaya dan mensia siakan seperti membunuh, mencederakan diri sendiri atau orang lain
dan juga berfikiran negative. FPK selari dengan Konsep pendidikan Islam dalam melahirkan
Insan Beradab.
• Falsafah Rukun Negara ini dicipta oleh pemerintah untuk memberi penekanan kepada rakyat
dari segi pemikiran , pegangan sebagai warganegara Malaysia. Rukun Negara diwujudkan
bagi melahirkan rakyat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum, menghormati satu
sama lain, kestabilan politik dan juga meningkatkan pertubuhan ekonomi.
• Kesimpulannya, Falsafah Sejahtera adalah hasil daripada gabungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Rukun Negara. Apabila kedua dua Falsafah itu difahami, dan juga
diamalkan, maka lahirlah Falsafah Sejahtera.
FALSAFAH SEJAHTERA

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada
beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos iaitu hikmah
dan kebijaksanaan. Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada
kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua
daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan
penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan
ertinya wujud sesuatu. Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau
pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini
merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan
kaedah yang sistematik dan berinsurkan logik akal.

Tujuan falsafah sejahtera adalah ingin membina pemikiran kritis dalam kalangan
mahasiswa untuk lebih memahami keluasan skop dan konteks isu semasa. Ia lahir hasil
kesedaran bahawa wujud usaha global kolonialisasikan negara kita dalam pelbagai cara
bukan sekadar jasmani tetapi termasuk kolonialisasi rohani, emosi dan intelek.
Memandangkan rakyat Malaysia adalah majmuk dan pada masa yang sama Islam adalah
agama Persekutuan, Prof Tan Sri Dzulkifli telah menerajui perjuangan agar subjek Falsafah
sejahtera terdiri dari gabungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan rukun negara
(Xifu Naser 2019).

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abd. Fatah Hasan, 2001). Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar
pendidikan. Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah
pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat
pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan
negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip rukun
negara. Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan negara secara tersurat telah lama
disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak
diperjuangkan oleh rakyat negara ini.

Matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki
ciriciri bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi laporan ini menghuraikan
ciriciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah yang pertama, warganegara
yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat
Malaysia. Seterusnya, menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,
bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu,
mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain,
menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan
bersedia berkhidmat untuk negara. Akhir sekali, warganegara yang boleh menyertai dengan
berkesan dalam kegiatan pembangunan negara. (Wan Hassan 2007).

Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila,


Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar
Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta
diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui
dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada
negara. Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga
mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru itu sistem pendidikan
harus menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan sesuatu masyarakat
sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikan.

Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan


tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan
negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961
dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem
pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan
untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah
Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan
oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara
menyatakan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Sufean Hussin (2004). Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke
arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara automatis
menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati
ciri-ciri yang berikut:

• Percaya dan patuh kepada Tuhan


• Berilmu pengetahuan
• Berakhlak mulia
• Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
• Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
• Dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Prinsip Rukun Negara bukan hanya panduan dalam bidang pendidikan, ia juga
menjadi pegangan dan asas kepada seluruh warga Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam
konteks pendidikan prinsip rukun negara ini amat berkait rapat dalam membantu
pengembangan kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak. Sukatan Pelajaran Pendidikan
Moral bagi prasekolah dalam tunjang kerohanian yang nilai-nilai adalah berdasarkan agama,
tradisi dan norma-norma masyarakat Malaysia kemanusiaan sejagat yang sesuai dengan
prinsip-prinsip Rukun Negara (Lee Lam Thye, Tan Sri, 2008) Yang berbilang kaum dan norma-
norma Contoh, prinsip pertama dalam rukun negara yang percaya kepada Tuhan. Prinsip ini
menekankan bahawa bangsa dan negara kita telah wujud atas kepercayaan yang kuat
kepada Tuhan. Matlamat pendidikan juga adalah untuk setiap semua aspek diri sendiri
secara harmoni dan selera setiap kesepaduan fitrah diri individu terpelihara. Selaras dengan
Matlamat FPK, mula lahir yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan
sosial, beberapa prinsip yang dipililh bagi merealisasikan hasrat terkandung dalam Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abd. Fatah Hasan, 2001) Antaranya adalah
tanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, yang berpegang teguh pada ajaran
agama, prihatin kepada alam sekitar, keselamatan dan keharmonian hidup, bersemangat
patriotik, menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam
kehidupan. Matlamat negara juga adalah untuk keperluan masyarakat yang bermoral dan
beretika mana-mana masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi.

Kesimpulannya, prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan menentukan


Kebangsaan yang menyediakan panduan dan kurikulum sekolah mampu membantu
pembangunan tunjang kerohanian, sikap dan nilai di prasekolah. Untuk meningkatkan
perkembangan rohani kanak-kanak, pendidikan agama harus ditekankan seperti yang
dilakukan pada masa kini. Kesedaran mengenai Tuhan sebagai pencipta alam semesta perlu
ditegaskan. Melalui pendidikan agama dalam tunjang kerohanian pegangan satu semangat
dan rasa sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap
diperkukuhkan. Oleh itu, prinsip Falsafah Pendidikan dan Rukun Negara seperti kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai. Walau bagaimanapun, kejayaan dan
keberkesanaan melaksanakan sesuatu kurikulum yang berkaitan dengan kef iaman dan
penghayatan pelaksana di dalam bilik darjah.

RUJUKAN

1. Xifu Naser. (2019, September 10). Mengapa wajib falsafah? Sinar Harian

2. Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications &
DistributorsSdn. Bhd

3. Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi
Kedua). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Ahmad Yani Abdul Manaf. (2000, Okt.) Perintis Sekolah Wawasan Negara. Dewan
Masyarakat, 24-25

Anda mungkin juga menyukai