Anda di halaman 1dari 4

Topik2

*Pengenalan: Takrif FPK*


- Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai
perkaitan yang sangat erat.
- Kehidupan menusia membentuk falsafah yang tersendiri.
- Perkembangan manusia yang berkait dengan pendidikan membawa kepada pertembungan
falsafah dalam pendidikan.
- Pendidikan pula memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya bagi membolehkan manusia
memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya untuk survival dalam kehidupannya
dan generasi yang seterusnya.

*Apakah FPK*
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

*Faktor yg mempengaruhi FPK*


1. Faktor Agama
Agama merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara untuk berkembang maju ke hadapan.
Di negara kita iaitu Malaysia telah menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan
masyarakat di negara ini kebanyakannya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.  Di samping
itu, terdapat juga agama lain yang boleh dianuti oleh masyarakat di negara ini seperti agama Kristian,
agama Buddha, agama Hindu dan juga sebagainya. 

2. Faktor Sosial
Seperti yang kita sendiri tahu bahawa Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat  berbilang
kaum. Tambahan pula, keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia bergantung kepada amalan
sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

3. Faktor Politik
Falsafah pendidikan kebangsaan telah digubal berlandaskan idea negara yang telah mencerminkan
dalam dokumen-dokumen yang rasmi. Antara dokumen rasmi tersebut adalah Rukun Negara,
Rancangan Malaysia dan sebagainya. Pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam
menentukan dasar pendidikan kebangsaan
4. Faktor Ekonomi
Faktor ini banyak mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan
kemajuan negara. Ini kerana jika ekonomi tidak stabil, maka aktiviti dan juga perjalanan bagi
melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dijalankan dengan teratur dan teliti.

5. Faktor Individu
Individu merupakan insan yang dapat dikembangkan mindanya dan juga mempunyai potensi yang
tersendiri berdasarkan kemampuan diri. Melalui proses pendidikan, potensi individu dapat
dikembangkan dan potensi ini merangkumi aspek-aspek intelek, rohani emosi dan juga jasmani.

6. Faktor Sejagat
Idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke
atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: “..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh...”

*Aspek Bagi Pembentukan FPK*


1. Laporan Kabinet 1979
Pertama sekali, kita melihat aspek utama pembentukan FPK iaitu Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Berikut merupakan hasil daripada Laporan berkenaan.
Perakuan 191, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979. Perakuan 191 menegaskan :
“ Pendidikan di negara ini adalah untuk mencapai perkembangan murid yang menyeluruh,
iaitu perkembangan yang meliputi aspek kognitif atau intelek, jasmani, sosial, emosi, sikap
dan nilai-nilai etika pada murid-murid dan generasi akan datang. “

2. Rukun Negara
Salah satu perlembagaan Malaysia ialah FPK. FPK dibentukan berlandaskan ideologi
kebangsaan yang digabungkan bersama dengan Rukun Negara.

3. Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru dirangka bukan sahaja untuk memupuk perpaduan malah ianya juga
bertujuan untuk mengurangkan perbezaan dalam ekonomi, sosial, kebudayaan dan
penempatan. Perpaduan antara kamu sebenarnya dapat dicapai dan perbezaan antara kaum
pula dapat dikurangkan melalui pelaksanaan FPK.

4. Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan kebangsaan pula merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan
dasar dan strategik perlaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak yang
terlibat dalam bidang pendidikan.. Dasar Pendidikan ini sebenarnya turut mempengaruhi
dasar pembentukan FPK.

*Falsafah Pendidikan Guru*


“ guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin “.

*Pendidikan Khas*
“ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan”.

*Falsafah Pendidikan TVET*


“Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek,
berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

*Cara-Cara Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan*


1) Memperkembang diri dan murid secara holistik.
2) Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan peribadi mulia.
3) Menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara.
4) Guru perlu menunjukkan sifat perkerti yang mulia.
5) Guru juga perlu berpandangan progresif dan saintifik.
6) Guru juga perlulah melahirkan suatu masyarakat yang progresif.
7) Guru juga perlu melahirkan suatu masyarakat yang berdisiplin

*Kesimpulan*
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam perkembangan pendidikan di
Malaysia kerana setiap struktur dan bentuk yang telah diterbitkan secara kritis oleh kerajaan
dapat menjadikan negara Malaysia ini maju dalam sistem pendidikan dan selaras dengan
negara-negara. Pendidikan yang diterima dan diajar oleh guru dapat melahirkan pelajar yang
berkualiti dan menjadi insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, semangat, emosi
dan jasmani dalam mencapai visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pendidikan ialah satu sistem dalam sesebuah kehidupan yang


mengandungi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Secara umumnya, pendidikan itu hanyalah bentuk-bentuk latihan bagi
membentuk diri individu, masyarakat dan negara sesuai dengan realiti
dan cabaran semasa. Walau bagaimanapun, pendidikan dalam Islam
bukan semata-mata memberi tunjuk ajar kepada masyarakat tetapi
meliputi satu proses yang luas. Pendidikan dalam Islam merangkumi
segala aspek kehidupan duniawi maupun ukhrawi. Dalam mendidik
manusia, Islam mengambil kira hakikat kejadian manusia yang terdiri
daripada jasmani, akal dan jiwa, tanpa mengabaikan sebarang bahagian.
Dengan itu, Islam mendidik manusia secara menyeluruh - meliputi semua
aspek kehidupannya sama ada jasmani, akal dan jiwa atau kehidupan
yang bersifat maddi (material) dan maknawi (spiritual). Di Malaysia,
matlamat dan hasrat pendidikan itu dapat dilihat dalam pembentukan
sebuah falsafah pendidikan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang
digubal pada tahun 1987 dan dibuat semakan pada tahun 1996 serta
telah ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
direncanakan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah
yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bukan sekadar
FPK malah Falsafah Pendidikan Islam (FPI) juga telah menyokong
matlamat FPK dengan menyatakan bahawa dasar kepada pendidikan itu
adalah bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Berdasarkan
falsafah ini, maka kurikulum yang direka adalah selaras dengan maksud
FPK dan FPI iaitu untuk membentuk, membangun dan mengembangkan
potensi individu ke arah pembangunan insan yang seimbang dan
harmonis berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai