Anda di halaman 1dari 10

FALSAFAH PENDIDIKAN

Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan kebangsaan

ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan

bahkan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang

jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan

tidak tentu arah. Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu

ketika dan kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa. Kadangkala perubahan

haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh politik dan

lain-lain. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas.

Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan

kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak

menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.

Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu

proses pembinaan bangsa dan Negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Umum mengetahui

bahawa Falsafah Pendidikan Negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta

Pendidikan 1996 berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara.”

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali

sebagai FalsafahPendidikanKebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan

negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan

secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia

daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK

menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan

selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang

juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan

utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung

merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan

kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan

semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia

terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak

yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan

warganegara yang baik dan terdidik.


Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu

dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang

berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu,

tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat

manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan

sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan

kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu

tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan

pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk

pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan

keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.


HUBUNGKAIT ANTARA EKONOMI ASAS( KBSM )DENGAN FPK

Kurikilum Ekonomi Asas KBSM mempunyai hubungkait yang rapat dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Hubungkait ini dapat dilihat melalui proses pembelajarannya yang

menekankan konsep,ciri, dan matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iaitu:

1) Unsur Nilai Murni

Nilai murni yang diterapkankan di sekolah berasaskan kepada berbagai-bagai tradisi, agama,

norma-norma masyarakat Malaysia, dan nilai-nilai sarwajagat yang selaras dengan prinsip-

prinsip Rukunegara. Nilai-nilai murni tersebut ialah seperti baik hati, berdikari, hemah tinggi,

hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan,keberanaian, dan lain-lain. Nilai-nilai

sebegini menjadi aset utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan turut juga diserap

dalam proses pembelajaran Ekonomi Asas (KBSM).

Kurikulum Ekonomi Asas KBSM memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat

patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai

warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan

luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi secara berkesan. Apabila nilai-nilai tersebut telah disemai, mereka akan merasa

bertanggungjawab, berkelakuan baik dan memahami semua kehendak masyarakat umum dan

juga negara. Pertimbangan nilai dalam ekonomi sentiasa berlaku dan pelajar perlu memahami

dan menyelesaikan konflik yang timbul dalam sesuatu situasi. Dengan adanya penerapan nilai
ini pelajar dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya mengenai masalah yang berkaitan

dengan ekonomi. Antara contoh masalah ekonomi yang sentiasa dihadapi oleh masyarakat

dalam kehidupan harian mereka;

1. Adakah saya akan membeli barangan buatan Malaysia atau yang diimport?

2. Kenapa perlu menyimpan atau melabur sebahagian wang pendapatan?

3. Kenapa ada perbezaan dalam bayaran upah dan gaji antara jenis-jenis pekerjaan dan

antara jenis pekerjaan yang sama?

2)Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani

Seperti yang ternyata dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, keempat-empat unsur intelek,

rohani, emosi, dan jasmani perlu disepadukan supaya dapat membentuk sahsiah yang seimbang

dan harmonis. Sukatan pelajaran Ekonomi Asas digubal dengan tujuan untuk

memperkembangkan potensi individu. Perkembangan ini merangkumi aspek kognitif atau

pemikiran, kerohanian, sosial, dan emosi. Sukatan mata pelajaran Ekonomi Asas KBSM

memberi murid pemahaman yang teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka

memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan.

Pemahaman ekonomi juga dapat membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan

pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.

Selain itu murid juga dapat memahami dan menghargai fungsi serta peranan bank dan institusi

kewangan lain di samping memperoleh kemahiran mencari, memahami serta menilai maklumat

yang berkaitan dengan ekonomi. Murid juga dapat memahami masalah ekonomi Negara

Malaysia dan perdagangan antarabangsa. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi, murid dapat memainkan peranan yang berkesan dan bermakna dalam kehidupan

seharian mereka. Pengajaran mata pelajaran ini dirancang untuk mempertingkatkan kemampuan

murid membincang dan menganalisis masalah berkaitan dengan ekonomi dalam pengalaman

seharian mereka. Pembelajarannya diatur sebegitu rupa untuk memberi murid suatu pengalaman

yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar. Pelaksanaan kurikulum Ekonomi Asas mampu

melahirkan insan yang berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk diri sendiri,

masyarakat dan negara serta dapat membina warganegara yang seimbang yang dapat hidup

secara aman dan harmonis.

3) Pendidikan Umum Untuk Semua Pelajar

Ekonomi Asas KBSM adalah pendidikan yang sesuai dengan tahap umur pelajar. Mata pelajaran

Ekonomi Asas berfokus kepada konsep dan prinsip asas sahaja dalam bidang ekonomi mikro dan

makro seperti konsep-konsep kekurangan dan plihan, individu sebagai pengguna, pengeluar,

penabung, peminjam dan pelabur; Firma sebagai pengeluar ,wang dan institusi wang, dan

ekonomi negara. Konsep-konsep ini adalah sebagai pengenalan sahaja, tetapi penting untuk

membolehkan pelajar memahami peranan mereka sebagai pengguna dan pengeluar yang

bertanggungjawab dalam masyarakat serta dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan

ekonomi negara. Seandainya pelajar inginkan pengkhususan dalam bidang ekonomi, mereka

akan mempelajari dengan lebih terperinci pada peringkat yang lebih tinggi.
4) Pendidikan seumur Hidup

Mata pelajaran ekonomi asas adalah suatu proses pendidikan seumur hidup, kerana ia

membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk kelangsungan hidup

mereka. Proses pendidikan di sekolah bukan sahaja menfokuskan kepada kandungan kurikulum

semata-mata, tetapi bagaimana proses memperolehi ilmu pengetahuan tersebut. Sehubungan

dengan ini, mata pelajaran Ekonomi Asas mengaitkan konsep dan prinsip asas yang telah

dipelajari dengan pengalaman harian serta memahami isu dan masalah ekonomi semasa. Ilmu

pengetahuan ekonomi asas bukan hanya berfokus pemahaman dunia ekonomi yang nyata tetapi

juga bagaimana mereka berperanan sebagai seorang pengguna dan pengeluar yanrg

bertanggungjawab dan berketerampilan dalam dunia sebenar.

5) Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu

Seterusnya konsep pengajarannya yang menggunakan bahasa melayu berupaya meningkatkan

mutu penggunaan Bahasa Melayu agar setiap pelajar dapat berkomunikasai dengan baik. Ini

adalah selaras dengan matlamat dan dasar pendidikan Negara untuk menjadikan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Perkara ini terdapat dalam akta Pendidikan

1996,iaitu Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia ) sebagai bahasa kebangsaan menjadi bahasa

pengantar utama di semua institusi. Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama dalam pendidikan dapat mengekalkan perpadaduan dalam Negara Malaysia selaras

dengan falsafah pendidikan Negara untuk melahirkan masyarakat yang harmonis dan makmur.
6) Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan

Konsep ini sememangnya selaras dengan prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kepercayaan

dan kepatuhan kepada tuhan akan menggalakkan amalan yang baik dan tingkahlaku bermoral

selaras dengan pegangan semua agama. Unsur-unsur kepaercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

turut diambil kira dalam proses pengajaran subjek Ekonomi Asas KBSM, selaras dengan

Falsafah pendidikan kebangsaan dalam melahirkan masyarakat yang patuh dan percaya kepada

Allah SWT. Dengan penyerapan unsur-unsur sebegini secara tidak langsung dapat melahirkan

pelajar yang dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi untuk kebajikan diri sendiri,

keluarga, agama, bangsa, dan Negara.

7) Pendidikan Yang Menyokong Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.

Kaedah pengajaran yang digubal dalam subjek Ekonomi Asas KBSM adalah merupakan satu

kaedah pendidikan yang menyokong pembelajaran dalam bilik darjah. Proses pengajaran bukan

lagi berpusat kepada guru tetapi berpusatkan pelajar, kerana pelajar adalah unsur penting dalam

pendidikan. Kaedah lama yang disebut chalk and talk tidak lagi relevan. Pelbagai teknik

pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah penemuan, kajian kes, permainan dan latihan

simulasi digunakan dalam pengajaran. Bahan yang diperolehi melalui teknologi maklumat dan

komunikasi boleh digunakan sebagai sumber untuk membincangkan isu dan masalah semasa

ekonomi negara Malaysia dan dunia. Justeru, murid dapat menjadi pekerja berpengetahuan dan

ahli masyarakat yang berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan

bertanggungjawab sesuai dengan tuntutan alaf baru dan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Selain daripada itu, pembelajaran dalam bilik darjah telah diperluaskan dan diperkukuhkan lagi

melalui penghayatan amalan di luar bilik darjah untuk menjadikan pendidikan Ekonomi Asas

lebih menyeluruh. Pembelajaran di dalam bilik darjah perlu disokong dengan aktiviti-aktiviti di

luar bilik darjah penubuhan persatuan ekonomi, yang akan mengendalikan pelbagai program

seperti ceramah, perbahasan, lawatan ataupun perbincangan dan pengumpulan maklumat tentang

isu-isu ekonomi semasa.

Ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan luas, dan berkeupayaan membangunkan Negara, serta

mampu bersaing dalam dunia tanpa sempadan.

Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa amalan pengajaran dan pendidikan Ekonomi Asas

KBSM, selaras dengan falsafah pendidikan Negara, iaitu:

 Membina kefahaman diri, iaitu berdasarkan kepercayaan kepada tuhan ;

 Mampu memberikan sumbangan yang berguna kepada masyarakat dan Negara;

 Dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan berdasarkan kehendak negara;

 Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dan menggunakan ilmu kea rah yang betul;

 Memahami peraturan Allah S.W.T. agar setiap rakyat tidak melakukan sebarang

perbuatan yang boleh merosakkan akidah dan kepercayaan;

 Berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan

harian;
 Dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi di sekolah, dan dapat dikaitkan

dengan cara hidup di luar sekolah.

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara , matlamat pendidikan Ekonomi Asas telah pun

memenuhi matlamat sebagai satu usaha yang berterusan untuk melahirkan individu yang

bersahsiah baik, berketerampilan tinggi, dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani serta mempunyai kepercayaan dan kepatuhan yang utuh terhadap perintah tuhan. Dari

sini juga dapat melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif secara

rasional, berakhlak mulia, berkeupayaan dalam memberikan sumbangan ke arah memakmurkan

masyarakat dan Negara.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman,2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Quantum

Books.

Abdullah Mohd Noor dan Ahmad Jaffni Hassan,1992. Cabaran Dalam Kepimpinan Kurikulum

Pendidikan, UKM.

Anda mungkin juga menyukai