Anda di halaman 1dari 10

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guruguru sebagai JERI.

Tujuannya adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan.

Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan.

Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.

Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama.

Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori.

Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.

Pembelajaran berlaku melalui interaksi sosial dalam masyarakat.

Masyarakat belajar melalui peniruan, mengambil orang lain sebagai modelnya.

Menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia.

Mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara; iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

Falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.

Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.

Bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai