Anda di halaman 1dari 15

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN

TIMUR, ISLAM DAN BARAT


TERHADAP PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD FAUZAN BIN YUSOFF


AHMAD AZHAN
PENGENALAN
Di Negara kita, Falsafah Pendidikan Malaysia telah difikirkan sejak awal tahun
1980-an lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk
menterjemahkan konsep pembangunan kemanusiaan di dalam penggubalan
kurikulum. Justeru itu, satu Falsafah Pendidikan Negara telahpun diisytiharkan pada
tahun 1988.

Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek,


emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi :

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”
Implikasi Falsafah Pendidikan Islam
Fungsi Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan
ilmu pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Apabila
setiap muslim itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik
maka lahirlah muslim yang soleh dari segi elemen roh, akal, dan jasad.

Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan


Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan,
Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan
Kepimpinan, dan banyak lagi.

Jadi, berdasarkan falsafah Islam dan fungsinya semua perkara yang


disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam
kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan
insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan
khalifah Allah dengan betul dan sempurna.
Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN secara langsung menunjukkan
bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal
menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam
sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali.

Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem
pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem
kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas
kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab
kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.

Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang
diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata falsafah pendidikan Islam
memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
Berhubung dengan kepentingan ilmu, al-quran ada menerangkan, seperti yang
berikut :

Katakanlah : tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang
tidak berilmu pengetahuan.
( surah az- Zumar, ayat 9 )

Berdasarkan FPK, telah diletakkan unsur-unsur agama dan ketuhanan agar


bangsa Malaysia mempunyai ciri-ciri keagamaan yang kuat serta berhemah mulia jika
dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain khasnya barat.

Kita harus sedar bahawa bangsa barat hanya menekankan aspek intelek sahaja
yang membawa banyak kegagalan melalui sistem ini
Implikasi Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu, tradisional dan Moden. Ia
menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme. Perennial bermaksud tidak
berubah. Atau lebih jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah.

Ia berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah.


Matlamat pendidikan bagu falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang
bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada
potensi dan rasional individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih
3M serta kemahiran mental, dan menaakul.

Essensialisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan


perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan
pragmatik.

Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu


dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia
tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik, guru
memainkan peranan utama, latihan intelek dan mental, 3M diterapkan dan nilai-nilai
kemasyarakatan ditekankan.
Perbezaan Mazhab Falsafah Umum Barat

Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme


Ciri Terawal & Tradisional Awal abad 20 – Pertengahan abad 20 -
tradisional US / moden Eropah/ moden
Fokus  Kebenaran  Kebenaran  Kebenaran  Kebenaran dari
 akal, jiwa,  nyata/ dari pengalaman bebas
kerohanian maujud pengalaman  Pengalaman bentuk
 Dimensi fizikalnya  Persekitaran idea & pengetahuan
Kebenaran,  Kewujudan bersifat  Individu berhak
keadilan dan di alam dinamik. mempuat pilihan &
keindahan  fikiran  Pengalaman bertanggung jawab
menerusi selaras dgn individu
proses alam nyata. berbeza
penaakulan
Tokoh Plato, Aristotle, Dewey, Kierkegard, Jaspers
Descartes, Russel, Darwin, James
Kant, Hagel dll Bacon, Lock dll
Perbandingan Aliran Falsafah Pendidikan Barat
Walaupun terdapat kelemahan dari segi keagamaan dalam falsafah pendidikan
Barat, tetapi kerajaan Malaysia tidak menolak semua idea atau pengaruh barat dalam
sistem pendidikan Barat di Malaysia kerana ada sebahagiannya yang boleh diambil,
diikuti dan diubah suai agar serasi dengan kehendak masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan mempunyai agama yang berlainan.

Sebagai contoh, sebahagian cebisan Falsafah Pendidikan Negara masih


mengambil kira seorang ahli pendidikan dan falsafah yang terkenal dari Amerika
Syarikat pada abad ke-20, iaitu John dewey. Beliau yang membawa fahaman
Pragmatisme mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang
menyeluruh. Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam falsafah pendidikan
kebangsaan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti dari segi JERIS.

Antara implikasi falsafah pendidikan barat yang terdapat di dalam FPK adalah
penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Selain itu, kaedah pengajaran juga menjadi efektif dengan murid – murid
boleh mengajukan soalan semasa proses PNP sedang dijalankan.
Implikasi yang berikutnya adalah murid – murid diberi pendedahan dengan era
kecanggihan teknologi seiring dengan arus pemodenan yang sedang pesat berlaku.

Terdapat juga penggubalan kurikulum bersepadu yang mamapu mencungkil


potensi dan kemahiran pelajar.

Pembelajaran juga tidak tertumpu kepada peperiksaan semata – mata kerana


sesi amali dan praktikal juga diselitkan dalam mata pelajaran seperti sains dan
kemahiran hidup.
Implikasi Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah ini berasaskan falsafah cina dan india. Falsafah Pendidikan Timur hanya
menekan aspek intelek dan rohani sahaja. Hal ini dapat diperhatikan dalam prinsip
Falsafah Pendidikan Timur.

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka


di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan
tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,
sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih
muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari


India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk
melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala
aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian,
dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu
proses yang berhidup, dinamik serta realistik, dan mendukung sikap nasionalisme yang
ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta
berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif.
Penekanan Falsafah Pendidikan Timur tidak diberikan kepada unsur jasmani
sepertimana di negara kita. Di negara kita, pendidikan jasmani dan kesihatan
merupakan salah satu subjek yang penting di sekolah. Pelajar juga diwajibkan supaya
mengambil bahagian dalam pertandingan seumpama olaraga pada peringkat
sekolah, daerah dan negara. Melalui ini, pelajar dapat sihat dari segi fizikal dan
mental serta menyumbang sesuatu kepada negara.

Tetapi banyak sekolah tidak mengikutnya sepertimana yang disarankan oleh


kerajaan. Matapelajaran pendidikan jasmani selalunya diabaikan oleh kebanyakkan
sekolah dan digantikan dengan matapelajaran teras kepada pelajar tahun 6.
Ada sekolah pula yang tidak menggunakan prosedur yang betul semasa
mengajar pendidikan jasmani seperti memanaskan badan sebelum memulakan
aktiviti dan menyejukkan badan selepas menghabiskan aktiviti. Guru juga tidak
menggunakan kaedah ansur maju semasa memberi pendedahan tentang sesuatu
permainan.
Bukan itu sahaja, ada juga guru yang turun ke padang dengan pakaian formal
untuk mengajarkan pendidikan jasmani. Hal ini telah dicontohi oleh murid seperti
memakai uniform atau berkaki ayam semasa bermain di padang. Dengan ini, negaea
kita tidak dapat mencapai matlamat FPK dengan sepenuhnya.
Falsafah Pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk
semua, tanpa mengira status sosio- ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang
disarankan oleh pendidikan negara kita.

Di negara kita, pendidikan diberikan kepada semua orang walaupun mereka


adalah orang yang kurang berupaya. Pada masa kini, banyak sekolah Pendidikan
Khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa
supaya mereka boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih.
Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai implikasi falsafah pendidikan timur,


islam dan barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun
negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan
merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia
selaras dengan falsafah pendidikan Negara bagi besrsaing dengan dunia era
globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai