Anda di halaman 1dari 7

UNIT 6: DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN: Falsafah dan dasar pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan
hala tuju pendidikan di Malaysia. Bincangkan hubungkaitan dan kepentingannya dalam
pembangunan pendidikan negara.

Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet.
http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

6.1 Berdasarkan Rajah 6.1 di bawah, berikan keterangan mengenai hubungan di


antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan negara.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


FALSAFAH Falsafah merupakan hasil pemikiran yang
PENDIDIKAN mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari
pelbagai segi serta melihat gambaran besar yang
DASAR menyentuh persoalan itu, bukan semata-mata
PENDIDIKAN dalam bingkai gambar yang kecil bagi
memenuhi tujuan sementara atau adhoc.

SISTEM
PENDIDIKAN

Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai


Mengemukakan bahawa sistem pendidikan asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk
adalah suatu kesatuan yang terdiri atas pengukuhan sesuatu perkara. Dalam
komponen-komponen atau elemen-elemen konteks pendidikan dasar merupakan
atau unsur-unsur sebagai sumber-sumber sesuatu ketetapan yang telah dikemukakan
yang mempunyai hubungan fungsional oleh penggubal dasar tersebut. (Kamus
yang teratur untuk mencapai suatu hasil Dewan IV, 2005). Dalam Bahasa Inggeris
sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dasar samalah dengan policy. Dari segi
dan falsafah tersebut. etimologi, policy berasal dari perkataan
Greek iaitu polis yang bermakna city-state.
Dalam Bahasa Latin kemudiannya menjadi
politia yang merujuk kepada negara.

1
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.2 Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan dasar-


dasar pendidikan di Malaysia.

Dasar
Kawalan

DASAR-
Dasar Dasar
DASAR
Inovasi Kebajikan

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


PENDIDIKAN

Dasar
Solusi

Rajah 6.2: Dasar-dasar pendidikan di Malaysia

Dasar Keterangan Contoh


Pendidika
n
Kebajikan - Pendidikuan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan -Yuran pendidikan
suatu kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak- percuma
kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan -Pemberian pinjaman
sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap buku teks secara
keilmuan, kemahiran dan kemanusiaan kepada tahap yang menyeluruh
lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu
- PTPTN
dan struktur sosial, ekonomi dan politik.
- Menerusi pendidikan dasar ini berkaitan dengan usaha - Biasiswa
memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. - RMT
Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi -Skim Insurans
untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang Pelajar
melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. - KWAMP
- Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran
pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan
dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan
yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan
prasarana dan perkhidmatan.

Solusi - Solusi adalah penyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan - Dasar 60 pelajar
dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan Sains dan 40 pelajar

2
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini terbentuk sastera.


reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang - Dasar 1 pelajar 1
timbul. sukan
- Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang - Dasar PPSMI
berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi - Dasar MBMMBI
semasa. Pendidikan merupakan proses yang melibatkan
- Dasar Keciciran
interaksi di antara sesame manusia, manusia dengan
persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang Sifar
berlaku tidak selalunya lancer, kerap kali interaksi yang - Dasar Integrasi
berlaku mengalami gangguan dan halangan. Nasional
- Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi - Dasar Sekolah
keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu Selamat
yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka - Dasar Sekolah Khas
sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh
itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan
semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat
dalam bidang pendidikan.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Kawalan - Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan - Rang Undang-
penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang Undang Pendidikan
mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar - Akta Pendidikan
kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan (1961 & 1996)
peringatan. - Peraturan &
- Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar
Tatatertib Dalam
ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-
duanya sekali. Pendidikan
- Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga - Undang-undang
melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, Pendidikan
pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. - Tatacara Disiplin
Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi,
perkhidmatan kepada mereka yang akur.

Inovasi -Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan 1) Jenis sekolah :


membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi - Sekolah Bestari
pendidikan. - Sekolah Kluster
- Dasar jenis ini bersifat futuristic-pragmatik kerana - Sekolah Berprestasi
Tinggi
cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih
2) Tumpuan sekolah :
baik dari yang sedia ada. - Sekolah Sukan
- Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari - Sekolah Seni
semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar 3) Bahan pengajaran :
jenis ini. - Berasaskan IT dan
multimedia
4) Kurikulum :
- ICT dalam pendidikan
5) Pentaksiran :
- Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
6) Profesionalisme :
- Latihan dalam
perkhidmatan &
pembelajaran
berterusan

3
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.3 Bincangkan bagaimanakah dasar-dasar pendidikan memberikan pengaruh


terhadap pembangunan insan dan negara.

Dalam membangunkan insan, pembentukan Pembangunan untuk negara boleh dilihat


sahsiah adalah antara perkara yang penting. daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Usaha ini bagi membentuk generasi masa kepada negara. Pendidikan perlu membolehkan
hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan seseorang itu menghayati prinsip Rukun
akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian Negara bagi menghasilkan warganegara yang
dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap lebih baik, iaitu warganegara yang progresif
individu pelajar terutamanya remaja akan dengan jati diri yang tinggi. Konsep negara
menjadi teras kepada pembangunan negara. bangsa sebagai yang digariskan dalam Teras
Pada usia muda, remaja pelajar mudah Pertama PIPP (2006-2010) perlu dicapai
terpengaruh dengan hedonism yang boleh melalui pendidikan. Negara bangsa yang
membawa kepada aktiviti sosial yang kurang dimaksudkan ialah warganegara yang
berfaedah seterusnya membawa ke kancah mempunyai ciri patriotic, cinta negara, glokal
maksiat seperti mabuk, menagih dadah, dan berdaya saing dengan meneruskan warisan
merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain- budaya dan kesenian bangsa serta
lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan menumpukan taat setianya kepada raja dan
langkah-langkah perlu diambil untuk negara dengan ajaran agama sebagai pegangan.
menanganinya sebelum ia meraabak dan Melalui konsep negara bangsa, rakyat
menjadi semakin berleluasa. Justeru, Malaysia akan ‘berpaut’ walaupun dilanda
pembangunan insan yang komprehensif melalui gelombang globalisasi.
pendidikan diharap akan dapat membendung
gejaala sosial daripada terus menular.

4
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 (DPK)

Apakah DPK?

Pendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara, serta
memupuk perpaduan negara melalui pembangunan negara, sosial, ekonomi dan politik selaras
prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bagaimanakah DPK dibentuk?

Sejarah pembentukan DPK bermula apabila wujud kesedaran tentang kepentingan pembentukan
suatu sistem pendidikan baru bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang tidak
mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identity kebangsaan dan perpaduan

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


negara. Melalui kesedaran ini lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 melalui Penyata
Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun Dasar Pendidikan telah disemak semula
pada 1960 dan menghasilkan laporan Rahman Talib yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.

Apakah objektif DPK?

- untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara.
- menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
bagi keperluan ekonomi.
- memenuhi keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat berdisiplin, bersatu padu
dan terlatih.

Bagaimanakah objektif DPK dapat dilaksana & dicapai?

- Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan dan Bahasa pengantar yang utama
- Kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia diadakan
- Sistem peperiksaan yang sama untuk rakyat Malaysia
- Menyediakan pendidikan seimbang dan bersatu padu untuk para pelajar
- Pendidikan asas untuk setiap kanak-kanak ditetapkan sembilan tahun
- Memberi peruntukan kepada pelajar yang kurang bernasib dan pelajar kawasan luar bandar
- Melahirkan individu yang seimbang melalui Sistem Kurikulum Berasaskan Sekolah
Rendah (KBSR) mulai tahun 1983 dan Sistem Kurikulum Bersepadu Sekoah Menengah
pada tahun 1989
- Pendidikan Teknik dan Vokasional diberi perhatian dalam Kurikulum Sekolah Vokasional
- Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan pada peringkat university
- Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

5
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.5 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris


(MBMMBI)

Apakah MBMMBI?

MBMMBI ialah sebuah dasar kerajaan Malaysia dalam mengembalikan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa kebangsaan dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan para pelajarnya.

Bagaimanakah MBMBI dibentuk?

Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


menggantikan PPSMI. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan BI dan /
atau Bahasa pengantar masing-masing dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains
dan Matematik (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 tahun 2011-Lampiran 1). Proses
ini bertujuan membantu guru dan murid untuk menyesuaikan diri dengan perubahan
dasar berkenaan.

Apakah objektif MBMMBI?

- Untuk meningkatkan penguasaan dalam BM dan BI.


- Untuk menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkan
kompetensi guru BM dan BI.
- Untuk meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam P & P BM dan BI.
- Untuk meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah.

Bagaimanakah objektif dasar MBMMBI dapat dilaksana & dicapai?

- Mentranformasikan kurikulum BM dan BI


- Memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati dan guru
kontrak
- Memperluaskan bahan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam BM dan
BI
- Menempatkan guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas
- Meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti Bahasa
- Mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS)

6
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.6 Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

Apakah dasar 1M1S?


Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid
dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S
adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid.

Bagaimanakah dasar 1M1S dibentuk?

- Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan
faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


- Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid sekurang-
kurangnya satu jenis sukan disekolah.
- Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi.

Apakah objektif dasar 1M1S?


1) Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
2) Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3) Untuk memupuk perpaduan di antara kaum
4) Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid
5) Untuk memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal
6) Untuk memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7) Untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Bagaimanakah objektif 1M1S dapat dilaksana & dicapai?


- Melaksanakn tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu.
- Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan
- Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditaarkan samada dalam atau luar sekolah
di bawah Kelab Sukan dan Permainan.
- Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan
oleh murid.
- Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM)
- Mengguna sumber kepakaran/kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah.
- Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah
program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang lebih selamat.
- Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian berdasarkan latar
belakang dan kemudahan sekolah.
- Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai