Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENGENALAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut : 2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalanamalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya, ...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi.... Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah.... Perkataan berterusan menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan. pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, ...bertujuanmelahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, .... Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum, kokurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut.

Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya. 5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab para pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan sekolah. Sekolah bertindak sebagai sarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal tiba suatu hari nanti. Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat dipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan ditafsirkan di dalam FPK sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara. Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi pihak. Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru; yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaan aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang disediakan di setiap sarana FPK. Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya, kajian yang terlibat adalah berasaskan

temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya, pemerhatian menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para respondan dibuat menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan peratusan. 6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 6.1 Pengenalan FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini; umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi

perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah? 7.0 RUMUSAN Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan dan diketengahkanke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Komponen asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu;philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter(1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya,

falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum. Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).

Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak

membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. Prinsip-Prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berdasarkan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berikut adalahhuraian secara ringkas prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan: 1) Pendidikan satu usaha yang berterusan Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan perpindahan pengetahuan, nilai-nilaimurni, adab dan akhlak serta kemahiran-kemahiran dari satu generasi ke satugenerasi.Manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sepanjanghayat mereka.Contohnya dalam persaingan menguasai aplikasi sains,teknologimaklumat dan komunikasi serta menangani cabaran globalisasi dan k-ekonomi.Untukmenyesuaikan diri kepada perubahan ini,seseorang perlu melengkapkan diri denganpengetahuan dan kemahiran terkini dari semasa ke semasa.Pendidikan sepanjanghayat perlu diberi penekanan yang besar.Konsep pendidikan sepanjang hayat adalahpendidikan pada peringkat awal iaitu pendidikan asas diperingkat rumah dantadika.Kedua ialah peringkat sekolah iaitu di sekolah rendah danmenengah.Seterusnya,peringkat selepas sekolah.Misalnya,pendidikan di institut pengajian tinggi,ditempat

kerja,dalam komuniti,secara pembelajaran jendiri,berbentukICT dan sebagainya.

2) Perkembangan potensi individu Potensi ialah bakat dan keupayaan yang dianugerahkan oleh tuhan pada seseorangindividu sejak dilahirkan. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu dicungkil, diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusanmelalui proses pendidikan. Pendidikan memainkan peranan penting dalammemperkembangkan potensi individu. 3) Perkembangan menyeluruh dan bersepadu Pengembangan potensi individu dilakukan ke peringkat optimum dengan caramengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait antara satu sama lain. 4) Insan harmonis yang seimbang Manusia yang baik dan sempurna ialah insan yang memiliki kedamaian jiwa, personalitiyang tidak bercanggah di antara akal, rohani dan jasmani serta boleh menyeimbangkanunsur-unsur akal, rohani dan emosi serta jasmani secara serentak, selaras dansentiasa terikat kepada kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan.Dalam erti katalainnya,insane seimbang merupakan insane yang memiliki ilmu pengetahuan,berakhlakmulia,mempunyai kepercayaan dan keyakinan teguh kepada tuhan,mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram,tubuh badan yang sihat serta dapat bekerjasama dengan orang lain. 5) Unsur intelek Unsur intelek ini meliputi aspek-aspek seperti hikmah, daya pemikiran yang logik,analitis, kreatif dan inovatif serta ilmu pengetahuan yang benar.Selain itu, unsur inimerangkumi kemahiran asas 3M,mendapatkan,meningkatkan dan menyebarkan ilmuserta memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. 6) Unsur rohani dan emosi Aspek ini meliputi keyakinan terhadap Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilainilai murni dan norma masyarakat, berbudi perkerti mulia,berbakti dan berkorban untuk negara.Selain itu,menghargai dan mensyukuri pemberianPencipta. Seterusnya,perasaan tenang dan tingkah laku terkawal,memiliki danmemupuk perasaan kasih sayang serta menghargai serta menilai keindahan dan kesenian. 7) Unsur jasmani Ini merujuk kepada kecergasan fizikal, kesihatan diri, pemanfaatan anggota dan tenagafizikal.Selain itu,mengembangkan bakat serta kemhiran mnipulatif dan teknikal sediaada serta menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan berusahameningkatkan daya pengeluaran. 8) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Ini bermakna seseorang individu yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secaratersendiri tetapi ada Penciptnya dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhandan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia hendaklah memikulamanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkanalam.Selain itu,manusia hendaklah melakukan kebaikan dan menghindari keburukan. 9) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Ini bermakna penduduk Malaysia memiliki ilmu yang benar dan menggunakannya untukmanafaat diri dan orang lain.Seterusnya,rakyat Malaysia juga mestilah gemar membaca,berfikran luas dan terbuka dan meningkatkan dan menyebarkan ilmupengetahuan. 10) Rakyat Malaysia yang berketrampilan Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi sentiasa relamemberikan sumbangannya demi kemajian dan kesejahteraan agama, bangsa danNegara. Maksudnya,penduduk yang memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuaidengan tugas,mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

11) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Ini bererti penduduk yang memiliki tingkah laku yang baik hasil dari dorongan di dalam jiwa. Proses pembentukan akhlak ini hendaklah berteraskan ilmu, keyakinan danamalan.Maksudnya menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. 12) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Ini bermakna penduduk hendaklah amanah terhadap Tuhan, negara, masyarakat dandiri. Seterusnya mereka akan melaksanakana tugas dan tanggungjawab denganbaik.Selain itu,penduduk juga mesti sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaranserta mematuhi peraturan dan undang-undang Negara dan berusaha memajukandiri,keluarga,masyarakat,agama dan bangsa. 13) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri .Pendidikan hendaklah menghasilkan individu yang berupaya mencapai keseimbangandan keharmonian diri dan dengan itu akan memiliki jiwa yang tenang, damai dansejahtera.Aspek ini merangkumi perhubungan yang baik dam daya ketahanan diri yangkuat untuk menghadapi cabaran hidup 14) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran masyarakat dan Negara Ini bermakna penduduk Malaysia rela berbakti dan berkorban untuk masyarakat dannegara.Pendidikan bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang makmur dansejahtera hasil daripada hubungan yang harmonis di antara penduduk dengan Tuhan,penduduk sesama penduduk dan penduduk dengan alam.Oleh itu, pendidikanhendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untukmematuhi-Nya. Selain itu,mengekalkan kestabilan negara,menghayati danmengamalkan prinsip-prinsip rukunegara serta memajukan ekonomi kea rahperkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains & teknologi.

UNSUR-UNSUR
Memperkembangkan

&
Potensi

HURAIAN

FPK
Individu

Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Menyeluruh dan Bersepadu

Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Insan yang Seimbang dan Harmonis

Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis.Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa

Unsur Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut: Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif Daya pemikiran yang logik dan analitis <!--[endif]-->Ilmu yang bermanfaat.

Intelek

Unsur

Rohani

dan

Emosi

Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut : 1. 2. 3. 4. 5. Keyakinan terhadap Tuhan Kepercayaan beragamaKemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban

Unsur Ciri-ciri unsur jasmani ialah :

Jasmani

Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Kepercayaan

dan

Kepatuhan

Kepada

Tuhan<!--[endif]-->

Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia

Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu. Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab

Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri

Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan

Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara

Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan.

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


1. IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam FPK. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah: Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahirankemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan. Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

2. IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:

Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

3.

IMPLIKASI

TERHADAP

INSTITUSI

PENDIDIKAN

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajarpelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi : Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

PENUTUP
FPK adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

CIRI-CIRI DAN KEMAMPUAN GURU BAGI MEREALISASIKAN FPK

1.Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu . Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialahpembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa.Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkansebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupunsesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i)Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktivitipengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan,permainan, kelab dan unit beruniform.Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untukmengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dansosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang bolehmembawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayatifalsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatanpelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan denganjayanya.Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang matapelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, sertamempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan danmanjayakan kurikulum yang terbentuk.Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum,

guru harus mengetahuiperanannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisisobjektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaanseperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan -bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranankurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengantujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum denganmembuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahanseperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalahbertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiringdengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysiadan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu. 2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraanprasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran danpembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalamkeadaan yang baik dan selamat Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arahmewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikuttujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untukmengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial danjasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologiyang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistempenyampaian yang berkesan. Manakalah penyediaan bahan-bahan rujukan, bahanpengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna.Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untukaktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dansistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktivitipembelajaran akan dapat dipertingkatkan.Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid -muridsupaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas sepertimembersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-muridsupaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilikdarjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran danpembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakandengan lebih berkesan.Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemenpengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran -kemahiranyang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. 3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkanperkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah denganmasyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapatmembantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewanganmahupun tenaga yang diperlukanMengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Bekas KetuaPengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajukPengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan ProfesionalismeKeguruan menyatakan:Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberipenekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrabkerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantuantara satu sama lain. Saranan beliau itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusipendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebutoleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak pentinguntuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan pada masa kini.[Mohd, 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara,konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supayamasyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di

sekolah.Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinanmereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akandatang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah: (i)mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yangmantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komunitisupaya sistem pendidikan mencapai kejayaan; (ii)penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk danmendidik generasi masa depan; dan iii)masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melaluisumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wangringgit. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawapelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolahyang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak kearah permuafakatan dan perkongsian pintar.[Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak,mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsidengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Rakankongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap kanak -kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta peluang yanglebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru, pelajar danmasyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalampendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat. Oleh itu, guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakatdengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolahdengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapatmembantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupuntenaga yang diperlukan.Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasiyang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapakepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dankerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpamengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga perlumembina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikanmaklumat keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepadaorang yang tidak berhak.Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat danmemenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasasanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Guru jugaperlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Masyarakat, terutamanya ibubapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti -aktivitisekolah supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa mengenai peranan mereka dalam menjayakan hasrat FPK. 4.Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalammata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmuyang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas sertamendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am.Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiahserta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melaluisuratkhabar, radio, televisyen dan internet.Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorangguru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan.Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikanyang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, meran cang danmenilai muridmuridnya. Di samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuanyang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyaisahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar.elbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmukaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalammeningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah,pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan danmenghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini dapat meningkatkanprestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajarandan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepadadiri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPGKonsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral,prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu carauntuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contohteladan.Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid muridnyadalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan normamasyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Olehitu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladankepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasaberpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa,sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugasnya. Sehubungan dengan ini, guru haruslah berusaha menyemai danmemupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu. 6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guruyang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhituntutan keperluan pendidikan dan masa depanMengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagaibertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.Di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagaibertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluanpendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama danmengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubahdiri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik,mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang guru yang berilmupengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan,tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dankeadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga,masyarakat dan negara.Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahi rkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dannegara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai. 7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG,khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakatyang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplinSelain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh danseimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapaimatlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik,progresif dan berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memilikisikap kenegaraan.Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisipdalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM.Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan, khasnya cinta dan taatsetia kepada negara, semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajarandalam kelas.[Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan bolehdilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaranseperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secaratidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di manamurid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi.Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membinasatu budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankanunsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktivitipengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007 http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

PERANAN GURU Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masadepan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandungdalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegaraberilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan danmemberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, guruberperanan mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup danmembawa inovasi untuk memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dannegara. Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan,melengkapkan diri mereka dengan kemahirankemahiran profesional yang terkini dalammerancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, disamping menjadi rolemodel kepada pelajar-pelajar mereka.Di peringkat sekolah, peranan guru dalammerealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugasseperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukankeperluan pelaksanaannya.Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaanbahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut saranankurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya untuk tujuanmeningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru perlumelibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagikepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Warga guru haruslah dapatmemahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri supayamereka berkeupayaan mendidik para pelajar menuju ke arah matlamat ini. Dengan kefahaman dan penghayatan yang mendalam ini, warga guru diharapdapat menilai sendiri samada pengajaran mereka bersesuaian dan memenuhikehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Azrin (2004), punca utama yangmenyebabkan guru tidak dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalahkerana mereka menghadapi masalah memahami prinsip-prinsip di dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan dan menerapkan prinsip-prinsip yang abstrak dan sukar difahami di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Falsafah Pendidikan peningkatan keupayaan intelek danpenguasaan sesuatu kemahiran adalah sama pentingnya dengan pemupukan nilai-nilaimurni dalam usaha melahirkan individu yang dianggap seimbang. Menurut Tajul Ariffin(2002), kekuatan aspek rohani adalah paksi yang menjadikan seseorang individu itudapat mengharungi kehidupan sebagai hamba kepada penciptanya.Jika diperhati dan dianalisis, pada hakikatnya kita sedang berhadapan dengan pelbagaimasalah yang mencabar kewibawaan profesion perguruan. Diantaranya ialah masalahakhlak, iman, budaya lepak, buli, ponteng sekolah. Oleh yang demikian pendidik harus sentiasa mempunyai persediaan ilmu,kemahiran/profesional, ketahanan akal, ketahanan emosi, kekukuhan akhlak atau moraldan ketahanan fizikal. Dalam menjalankan tugas, guru bukan saja menyebarkan ilmupengetahuan, tetapi menunjukkan sikap dan tingkah laku yang boleh diteladani olehpelajar-pelajar.Satu lagi realiti dalam masyarakat kini ialah pendidikan terlalumementingkan kejayaan individu, kebendaan dan kemewahan. Untuk mencapai tujuantersebut, hanya aspek akal atau intelek saja yang dikembangkan sedangkan aspekakhlak dipinggirkan. Akibatnya lahirlah para intelek yang tidak berakhlak yang sanggupmenggunakan kepandaian untuk melakukan penyelewengan dan jenayah kolar putih.Oleh yang demikian sewajarnya guru memberikan penekanan bukan saja dari aspekkognitif dan intelek, tetapi juga dari aspek akhlak dalam pengajaran dan pembelajaranmereka.Peranan Warga Guru Dalam Pelaksanaan Falsafah Pendidikan KebangsaanMempersiapkan generasi hari ini bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaranbaru dalam era globalisasi terletak di tangan dan di bahu para guru di pelbagaiperingkat, amat mememerlukan kesedaran tinggi bagi memeperkembangkan danmempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lagi dipertikaikan dan di pandang rendah. Warga guru perlu mempertingkatkan profesional mereka dengan mengamalkanpembelajaran sepanjang hayat. Profesion keguruan masa kini telah menjadi semakinkompleks hasil daripada perkembangan dan kemajuan dalam bidang pendidikan.Perkembangan dan perubahan drastik dalam sektor ekonomi, sains, teknologi dankomunikasi misalnya

menuntut warga guru meningkatkan pengetahuan dan kemahirandalam bidang-bidang tersebut.Profesion guru terutama dalam zaman yang mencabar ini bukanlah semudahyang disangka. Sebagai aritek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amatbesar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurudipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Disamping itu, guru juga sering dikaitkan sebagai agen perubahandalam agenda sosial, politik dan ekonomi.Perubahan-perubahan yang dikehendaki olehkerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat yang perlu diterjemahkanoleh guru dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Peranan Pengurusan Pendidikan Warga guru merupakan golongan yang mempunyai kedudukan terpenting danberada di barisan paling hadapan dalam melaksanakan segala program pendidikanformal di sekolah. Sehubungan itu, kejayaan dan kegagalan program pendidikanbanyak bergantung kepada keupayaan guru melaksanakannya dengan berkesan dancemerlang. Oleh itu selain perlu mempunyai kelulusan dalam bidang akademik yangsetaraf, warga guru perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran terkinidalam bidang pendidikan bagi membantu mereka memberikan sumbangan ke arahkecemerlangan dalam bidang tersebut. Sesungguhnya peningkatan profesionalisme guru banyak bergantung juga padapelbagai pihak lain, selain diri guru itu sendiri. Usaha untuk memantapkan profesionperguruan memerlukan kerjasama semua pihak. Pihak pengurusan pendidikan bolehmembantu guru memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan dan meningkatkankualiti profesionalisme guru melalui: a) Program latihan dan pembangunan perguruan Program latihan dalam konteks ini meliputi latihan pra perkhidmatan dan latihandalam perkhidmatan. Tidak dinafikan bahawa institusi-institusi latihan perguruan, baikmaktab, institut mahupun universiti telah memainkan peranan yang besar melahirkanpara guru. Namun masih terdapat sebilangan tenaga pendidik di institusi pendidikantinggi kurang menghayati pendekatan bersepadu serta prinsip-prinsip dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan. Dapatkah kita harapkan bahawa guru pelatih yang kemudianmengajar di sekolah, yang tidak memperoleh pendedahan yang cukup daripadapensyarahnya, mencapai tahap profesionalisme yang sewajarnya? Berkaitan denganlatihan dalam perkhidmatan pula, adalah perlu Kementerian Pelajaran membuatperancangan semula yang lebih rapi agar para guru benar-benar memperolehmaklumat dan kemahiran yang secukup-cukupnya tentang prinsip-prinsip FalsafahPendidikan Kebangsaan dan aspek kaedah pengajaran menurut pendekatan bersepadu. Kita nampaknya kaya dengan idealisme dan gagasan (sesuatu yangmemang positif) tetapi agak kurang memperhatikan aspek pelaksanaan yang berkesan. b) Pemantauan dan penyeliaan Pemantauan dan penyeliaan yang lebih rapi adalah perlu untuk memastikanterlaksananya pendidikan menurut pendekatan bersepadu. Hanya dengan pemantauanyang berkesan sahaja barulah segala idealisme dan gagasan yang melandasi FalsafahPendidikan Kebangsaan dan Reformasi Pendidikan dapat dipastikan pelaksanaannya.

Cadangan Warga guru perlu dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yangdirancang dengan objkejtif nilai-nilai murni dengan memahami maksud FalsafahPendidikan Kebangsaan yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yangdirancang. Warga guru juga perlu meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran,kaedah penilaian, pendekatan dan strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat falsafah pendidikan tersebut.Dalam proses memikirkan danmerancang objektif nilai-nilai murni, adalah sama prosesnya dengan merancang bagikemahiran kognitif (kefahaman) atau kemahiran psikomotor kerana objektif nilai-nilaimurni adalah objektif afektif. Objektif efektif ini dapat diterjemah ke dalam bentuk unit-unit tingkah laku yang dapat dilihat, didengar dan diukur jika dirancang dengan teliti.Berikut adalah beberapa cadangan yang difikirkan perlu dilihat oleh warga gurudan pihak pengurusan pendidikan dalam mencapai hasrat dan aspirasi yangterkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Guru seharusnya terlebih dahulu perlu diberi pemahaman dan penghayatan tentangpengertian setiap pernyataan yang terkandung di dalam Falsafah PendidikanKebangsaan supaya mereka berkeupayaan untuk mendidik pelajar-pelajar ke arahmatalamat yang bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inikerana kejayaan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan banyak bergantung kepada sejauhmana guru memahami konsep-konsepnya dan bagaimana mereka menerapkannyadalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian semula dan kemaskini kurikulum latihan perguruan agar lebih terkini danreleven selaras dengan perubahan dalam bidang pendidikan yang bersifat globalsebagai persiapan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik dan menyampaikanilmu kepada pelajar. Disamping itu kurikulum pendidikan guru seharusnya bersifatintelektual yang tinggi dari segi akademik dan profesionalisme. Guru perlu lengkapkan diri dengan akhlak dan peribadi mulia yang akan menjadi rolemodel kepada anak didiknya. Guru seharusnya menjadi teladan kepada pelajar bukansahaja dari aspek ketrampilan tetapi juga dari aspek pendidikan dan profesionalismedalam pembinaan generasi masa hadapan. Sebarang rombakan dalam sistem pendidikan bukan dibuat secara ad hoc tetapi perlusecara menyeluruh meliputi guru, sekolah dan pelajar. Elakkan amalan ujicuba tanpamembuat sebarang kajian mendalam dan berhati-hati terhadap implikasinyapelaksanaannya dan supaya ia tidak bersifat situasi. Dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang dengan objektif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan yangmenjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Disamping itu penerapannilai-nilai murni ini seharusnya dimulakan dari peringkat rendah dan dilaksana secaraberterusan. Komponen unsur nilai murni ini sangat penting sebagai teras di dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan kerana apa yang hendak dilahirkan adalahperwatakan insan dalam diri manusia yang dijadikan Tuhan. Oleh itu unsur-unsur iniperlu dinyatakan dengan sengaja dan jelas agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar didalam menghayatinya (Hussein 1993). Merealisasikan transformasi pendidikan dan sebagai agen perubahan, guruseharusnya dapat menterjemah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam aktivitikurikulum dan ko kurikulum. Penekanan yang lebih dalam bidang ko kurikulum,contohnya dalam sukan dan aktiviti persatuan dan kelab merupakan salah satu carayang berkesan ke arah pembentukkan individu yang terpelajar, terdidik dan mempunyai sahsiah yang lebih positif. Pengoperasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendak dilaksanakan di semuaperingkat dengan kurikulum yang digubal berasaskan pendidikan bersepadu, oleh ituadalah penting untuk guru benar-benar dapat mentafsir dan memahami apa yangdihasratkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, bertanggungjawabdan berkebolehan sebenarnya mencakupi tiga unsur asas yang penting iaitu kognitif (akal), afektif (sikap) dan psikomotor (kemahiran). Oleh itu tumpuan yang seimbangdalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor harus diberi penekanan supaya prosespengajaran dan pembelajaran serta pendidikan dapat memberikan manafaat dan kesanyang positif kepada diri pelajar. Meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, pendekatan danstrategi pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan. Warga guru sebagai pelaksana segala agenda dalam bidang pendidikan adalahinsan yang bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatusistem pendidikan itu sendiri. Sehubungan itu, guru seharusnya memperkembangkanprofesionalisme mereka dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melaluipenglibatan di dalam segala latihan yang berkaitan dengan mendapat sokongan padudan galakan daripada pihak pengurusan pendidikan.

KONSEP DAN KEPENTINGAN KOD ETIKA PROFESSION

Maksud Etika ProfesionalSemua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan denganmemberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan denganperaturan dan peradaban, peranan nilai, sertatingkah laku profesion dalam masyarakat.
Di sini maksud Etika membawa maksud : 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yangbenar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain -lain. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yangbertakwa dalam keseluruhan hidupnya.1. 3Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadapmasyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.Kepentingan Etika Guru. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah lakudalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujukdan diamalkan oleh guru 2. .2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guruterhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelastentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan CNTINUE IN ANOTHER M.WORD

.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dankehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan daninteraksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life,1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawabyang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkaninteraksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkanbeberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru danmurid. Antaranya ialah :Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantuinteraksi yang bermakna.Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelasapa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatanpelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka,terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum BaruSekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruhnegara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah padatahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yangberpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasildengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjahtelah disarankan, antaranya :Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara muriddengan guru dan antara murid dengan bahan-

bahanMenggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untukmempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiriMemberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa cirikomunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan,antaranya ialah :Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat inidapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yangdiberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar.Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidakberalasanAir muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dankejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-muridMenggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaranSentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atauberkomunikasi dengan muridSentiasa mengulang isi-isi penting

CIRI PROFESSION
Ciri yang seterusnya ialah ciri profesional. Ciri profesionalisme keguruan merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil kira kepentingan pelajarpelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran, pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006). Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini dapat menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal intelektual, bijak merancang dan sebagainya. Guru perlu menjadikan suka membaca sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan kendiri dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007). Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif.

Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan. Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran merancang, berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan sebagainya. Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin, rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling, menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya. Ciri lain yang perlu ada pada setiap guru ialah kreatif dan inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Ciri yang ketujuh ialah menguasai ilmu pedagogi. Ilmu pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006).

Ciri yang kelapan ialah mengaplikasikan teori kepada amalan. Ia menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan

dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar penyelidikan dan sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin, 2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka. Ciri yang terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat. Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah resepi dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

kriteria professional
Menjadi guru yang profesional tentu dambaan setiap tenaga pendidik, begitu juga para siswa pasti sangat menginginkan para pengajarnya merupakan seorang guru yang profesional. apa saja Kriteria Guru Profesional..??? dibawah ini di sajikan 10 ciri atau kriteria dari guru profesional: 1. Selalu punya energi untuk siswanya Seorang guru yang baik menaruh perhatian pada siswa di setiap percakapan atau diskusi dengan mereka. Guru yang baik juga punya kemampuam mendengar dengan seksama. 2. Punya tujuan jelas untuk Pelajaran Seorang guru yang baik menetapkan tujuan yang jelas untuk setiap pelajaran dan bekerja untuk memenuhi tujuan tertentu dalam setiap kelas. 3. Punya keterampilan mendisiplinkan yang efektif Seorang guru yang baik memiliki keterampilan disiplin yang efektif sehingga bisa mempromosikan perubahan perilaku positif di dalam kelas. 4. Punya keterampilan manajemen kelas yang baik

Seorang guru yang baik memiliki keterampilan manajemen kelas yang baik dan dapat memastikan perilaku siswa yang baik, saat siswa belajar dan bekerja sama secara efektif, membiasakan menanamkan rasa hormat kepada seluruh komponen didalam kelas. 5. Bisa berkomunikasi dengan Baik Orang Tua Seorang guru yang baik menjaga komunikasi terbuka dengan orang tua dan membuat mereka selalu update informasi tentang apa yang sedang terjadi di dalam kelas dalam hal kurikulum, disiplin, dan isu lainnya. Mereka membuat diri mereka selalu bersedia memenuhi panggilan telepon, rapat, email dan sekarang, twitter. 6. Punya harapan yang tinggi pada siswa nya Seorang guru yang baik memiliki harapan yang tinggi dari siswa dan mendorong semua siswa dikelasnya untuk selalu bekerja dan mengerahkan potensi terbaik mereka. 7. Pengetahuan tentang Kurikulum Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan mendalam tentang kurikulum sekolah dan standarstandar lainnya. Mereka dengan sekuat tenaga memastikan pengajaran mereka memenuhi standar-standar itu. 8. Pengetahuan tentang subyek yang diajarkan Hal ini mungkin sudah jelas, tetapi kadang-kadang diabaikan. Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan yang luar biasa dan antusiasme untuk subyek yang mereka ajarkan. Mereka siap untuk menjawab pertanyaan dan menyimpan bahan menarik bagi para siswa, bahkan bekerja sama dengan bidang studi lain demi pembelajaran yang kolaboratif. 9. Selalu memberikan yang terbaik untuk Anak-anak dan proses Pengajaran Seorang guru yang baik bergairah mengajar dan bekerja dengan anak-anak. Mereka gembira bisa mempengaruhi siswa dalam kehidupan mereka dan memahami dampak atau pengaruh yang mereka miliki dalam kehidupan siswanya, sekarang dan nanti ketika siswanya sudah beranjak dewasa. 10. Punya hubungan yang berkualitas dengan Siswa Seorang guru yang baik mengembangkan hubungan yang kuat dan saling hormat menghormati dengan siswa dan membangun hubungan yang dapat dipercaya.

KONSEP DAN KEPENTINGAN KOD ETIKA PROFESSION

Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika
berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya. Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia. Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

Fungsi Kod Etika Professional BACK TO THE TOP

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri kearah yang lebih beretika. Secara datarnya kod etika ini berfungsi sebagai :

a. Inspirasi dan panduan

Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik. Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.

b. Pencegahan Dan Disiplin

Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesbuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendir.i.

c. Memelihara Maruah Profesyen

Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing. Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiap ahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.

d. Memelihara Keharmonian Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya

e. Sokongan Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan.

Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan. Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan yang bertentangan dengan etika professional syarikat berkenaan. Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang professional. Semua etika professional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.

5.1 KOD ETIKA


PENGENALAN
Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika juga boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang- undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan sebagainya.

KOD ETIKA KEGURUAN


Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Bagi menjamin matlamat tersebut tercapai para guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, mereka perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Kod etika perguruan dirumuskan kepada empat perkara perkara pokok iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

A. Tanggungjawab Terhadap Pelajar i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain. ii. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. iii. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv.Membimbing atau mengajar seoarang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. v. Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya. B. Tanggungjawab Terhadap ibu bapa i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka ii.Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya kepada sesiapa, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. v.Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
C. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

i.Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan rukun negara. ii. Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. iii.Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. iv. Memberi sumbangan yang cergas untuk meninggikan kehidupan moral

kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat. v.Berpegang kepada tingkah laku bersopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik
D. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seoarang guru. ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial. iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami, terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. vi. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. Berdasarkan kepada kod etika perguruan yang telah disenaraikan tadi menunjukkan kepada kita betapa prihatinnya pihak-pihak yang terlibat untuk menjamin masa depan profesion perguruan berada pada tahap yang sepatutnya. Ukuran kejayaan seorang guru bukanlah hanya sekadar berjaya dalam pengajaranya tetapi haruslah juga mempunyai sahsiah yang mulia agar guru sentiasa dihormati oleh pelajar secara khususnya dan masyarakat amnya.

KOD ETIKA PERGURUAN DI MALAYSIA Etika ialah satu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan. Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya. Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

5.3 Kepentingan Etika Perguruan Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.

Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana : 1.Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2.Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3.Kandungan

yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5.Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991). Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip- prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN a) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. b) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan c) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. d)Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. e) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. f) Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. g) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. h) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. i) Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. j) Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. k) Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. l) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna. m)Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. n) Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ 'role model' kepada muridnya o) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. p) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. q) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. r) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. s) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. t) Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan. u) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

KONSEP ETIKA Etika adalah satu daripada cabang pengajian falsafah yang menumpukan persoalan moral dan moral pula adalah sains berkaitan dengan tingkah laku manusia (Nash 2007). Fagothey (1972) menyatakan bahawa etika adalah satu pengajian berkaitan dengan amalan manusia yang betul dan salah; dan yang baik dan jahat. Konsep etika juga boleh dilihat melalui dua unsur iaitu metaetik dan normatif etik (Reamer 1982). Metaetik melibatkan analisis mengenai definisi dan pengertian terma yang digunakan seperti baik dan jahat, dan betul dan salah. Normatif etik pula melihat kepada aplikasi kod atau standard etika dan nilai sebagai cara untuk menentukan sesuatu keputusan, tindakan, atau gaya hidup samada ianya salah atau betul atau baik atau jahat. Persoalan untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan betul atau salah adalah persoalan yang berkaitan dengan metaetik, manakala persoalan samada seseorang profesional boleh mengenakan caj bayaran yang tinggi atau tidak terhadap perkhidmatan yang diberikan adalah persoalan yang berkaitan dengan normatif etik. Konsep etika yang berkaitan dengan amalan profesional lebih menjurus kepada persoalan normatif etik. Ia berbentuk pengetahuan praktikal seperti yang disarankan oleh orang yang pertama mengkaji mengenai etik iaitu Aristotle (Finnis 1983). Dalam kajian ini tumpuan diberikan kepada normatif etik dan bukannya persoalan yang berkaitan dengan persoalan metaetik. Di negara maju persoalan etika dalam profesion telah banyak diperkatakan. Kebanyakan profesion di negara-negara tersebut mempunyai sistem pendidikan profesional lanjutan yang menekankan isu etika. Sebagai contoh Nash (2007) menekankan pendidikan etika kepada doktor gigi, manakala Bowman,Berman, dan West (2001) kepada pentadbir awam, Winstanley dan Woodal (2004) dalam bidang pengurusan sumber manusia, Loviscky, Trevino dan Jacobs (2007) dalam bidang pengurusan perniagaan, Laninska, dan Garcia-Lamor (2006) dalam bidang pendidikan dewasa, dan sebagainya.

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk

menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi 7. Kod Etika Profesional Ia merupakan teknik profesional tambahan yang menuntut agar setiap individu yang dilayani akan menerima kualiti perkhidmatan yang paling tinggitinggi Kod etika wujud untuk pelbagai profesionKod profesion

Kesimpulan BACK TO THE TOP

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak. Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para teknokrat.

PENDIDIKAN DAPAT MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG SEIMBANG


Apa definisi pendidikan? Pendidikan bukanlah semata-mata memenuhi otak anak didik dengan segala macam ilmu, konsep atau fakta yang belum mereka ketahui, tetapi maksudnya ialah mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa kebaikan virtues (kehidupan), membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya, ikhlas dan jujur.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehormanian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sistem pendidikan yang ada memang agak sukar untuk melahirkan manusia yang seimbang dari segi mental, jasmani dan rohaninya. Ini disebabkan wujudnya sifat dualisme didalamnya. Dualisme yang dimaksudkan ialah kurikulum yang memisahkan diantara pengajaran agama (kerohanian) dengan disiplin-disiplin akal yang lain. Disebabkan disiplin akal terlalu ditekankan dalam peperiksaan, akibatnya mata pelajaran agama tidak diberikan peruntukan sewajarnya. Oleh itu, lahirlah dua kumpulan generasi muda yang berbeza iaitu kumpulan pelajar yang terlalu mementingkan agama yang tinggi dan kumpulan ahli agama yang langsung tidak dapat menguasai asas ilmu dari disiplin akliah. Menyedari wujudnya dua kumpulan generasi pelajar ini, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama kearah mencapai Wawasan 2020. Pendidik dan pelajar perlu menjadikan falsafah pendidikan kebangsaan sebagai hala tuju supaya selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Falsafah pendidikan kebangsaan menekankan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Pembangunan pelajar yang selaras dengan falsafah pendidikan ini merupakan salah satu elemen penting dalam usaha membangunkan mutu pendidikan negara.

Selaras dengan teras kedua Misi Nasional, negara perlu melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul. Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara digubal dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020. Selaras dengan teras kedua Misi Nasional, negara perlu melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul. Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara digubal dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsurunsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia. Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu sampai keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat

diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut. Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat. Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ialah unsur seterusnya iaitu unsur keenaam. Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Unsur yang ketujuah ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut

adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh. Unsur yang terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita. Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai