Anda di halaman 1dari 6

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

FAKTOR-FAKTOR
YANG
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

MEMPENGARUHI

Terdapat dua faktor yang utama atau dipanggil sebagai


dominan yang mempengaruhi perkembangan kanakkanak iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
Faktor baka
Baka atau dikenali juga sebagai keturunan merupakan
ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada
anak-anak.Ciri-ciri yang ada adalah seperti warna kulit,
saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Ini dibuktikan
melalui kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar
perkembangan yang sama. Kesemua ciri-ciri ini
melengkapkan kesempurnaan seseorang individu
itu.Ibu bapa menurunkan baka ini kepada anak-anak
mereka melalui gen-gen.
Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen
dimana ianya terdiri daripada nukleoprotein yang
menentukan baka atau ciri keturunan. Ianya terletak di
lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni
yang berbentuk panjang didapati dalam nukleus sel
sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina).Mengikut
kajian para pengkaji, kromosom ini mengandungi
bahan DNA dan RNA kemudian masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
baka.Bagi
individu
yang
normal,
kebiasaannya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Kemudian,
semasa proses persenyawaan iaitu percantuman sel,
sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet

betina) bercantum membentuk zigot yang mula


mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masingmasing. Untuk itu, proses pertukaran di antara
kromosom daripada ibu dan bapa berlaku hingga
menjadi ciri-ciri baka tersendiri yang akan diwarisi oleh
bayi yang akan dilahirkan nanti.
Menurut Sheldon (1985),ciri personaliti seseorang
adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh
badannya.Beliau menggolongkan bentuk tubuh badan
manusia dalam tiga kategori,iaitu endomorf,mesomorf
dan ektomorf,yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti
yang berkenaan.
Jenis Bentuk Badan
Rupa Bentuk Badan
Ciri-Ciri Personaliti
Endomorf
Bulat dan lembut
TraitViscerotonia:suka
mesra,berlega,mengendur

bergaul,cepat

Mesomorf
Otot-otot kuat,berkemahiran,psikomotor
Trait
Somatotonia:tegas,agresif,suka
menghadapi cabaran
Ektomorf
Kurus dan tinggi

riadah,sedia

Trait Cerebrotonia:tidak
suka aktiviti fizikal

suka

bergaul,introvert,tidak

Saiz badan adalah penetu keupayaan seseorang untuk


melakukan
sesuatu
kerja.Keupayaan
seseorang
melakukan kerja akan membawa nilai prestij kepada
diri seseorang.
Kebiasaannya baka yang baik adalah bermula daripada
kesihatan ibu dan bapa yang sihat dan baik.Menurut
hasil kajian ahli-ahli psikologi seperti Galton (1865),
Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldon (1962)
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
intelek yang berbeza.Kajian ahli-ahli psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa mereka.
Oleh itu, kesihatan ibu bapa sama ada dari segi mental
mahupun fizikal amat penting bagi menjamin
perkembangan bayi yang normal dan sihat. Sebagai
contoh, ibu yang sedang mengandung hendaklah
menjaga
pemakanan
serta
mengamalkan
cara
pemakanan yang sihat. Hal ini kerana ibu akan
berkongsi makanan tersebut dengan bayi yang masih
di peringkat prenatal. Sehubungan dengan itu, ibu
ditegah untuk melakukan perkara yang boleh
menjejaskan kandungan dan digalakkan minum
minuman yang menyihatkan seperti susu dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun, kadang- kadang umur ibu juga
merupakan salah satu faktor pertumbuhan dan
pekembangan
kanak-kanak
itu
mengalami

masalah.Contoh ini juga merangkumi kepada faktor


baka. Bagi ibu yang mengandung berusia lebih
daripada 40 tahun berkemungkinan besar akan
melahirkan bayi Sindrown Down. Hal ini kerana,
penyakit ibu turut akan mempengaruhi anak yang
bakal dilahirkan. Bayi yang mereka lahirkan itu akan
berpotensi untuk abnormal berbanding ibu yang sihat.
Usia ibu yang lanjut akan menyebabkan mengalami
keguguran akibat pembentukan janin yang kurang
sempurna.

Tambahan pula, gen bapa juga memainkan peranan


penting dalam perkembangan kanak-kanak. Sperma
yang sihat akan bergabung dengan ovum sekiranya
kesihatan bapa itu terjamin. Jika didapati sperma yang
disenyawakan itu mempunyai penyakit atau kuman
seperti HIV, maka anak yang dilahirkan adalah berisiko
untuk menghidap penyakit berbahaya seperti itu.Maka,
faktor baka daripada ibu dan bapa amat penting dalam
menjamin kesihatan anak yang baik kelak.

Faktor persekitaran
Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture.
Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses
perkembangan
kanak-kanak.
Ini
termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan
sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya
hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula
adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio

ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan,


ibadat, media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989),
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem.
Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini
adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat
dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa
dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran
itu.Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung
antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakanrakan.Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan
peranan yang tidak kurang penting di dalam
perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara
perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud
satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang
berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau
tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya.Mengikut
Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan
galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam
mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik
daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem
merupakan
pengalaman
dengan
persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-

kanak tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar


raya.Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturanperaturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli
belah
secara
tidak
langsung
mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang
melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat
itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di
sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang
lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran
dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan
dalam suatu tempoh masa.Sebagai contoh situasi
kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainanpermainan komputer jika dibanding dengan kanakkanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah


saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsurunsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka
setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan
yang berbeza-beza.

Anda mungkin juga menyukai