Anda di halaman 1dari 13

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAKKANAK

PISMP SEMESTER 1 JANUARI 2010 RBT 2 Diolah oleh: Mohamad Safuan bin Che Othman Mohamad Nur bin Muhamad Mohamad Faris Aiman bin Muhamad Zaki Noraisyah binti Nasarudin

Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan


Ia merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Perkembangan manusia adalah perubahan dari segi jasmani,kognitif,emosi,sosial dan rohani. Asasnya pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan.Manakala perkembangan pula ialah perubahan tingkah laku mental.

Aspek
Jasmani

Pertumbuhan
Pertumbuhan saiz,berat,gigi,organ deria,anggota,..

Perkembangan
Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan,melihat,mendeng ar dan membuat kerja. Kemahiran berfikir,mengingat,menaa kul,menganalisis,..

Mental

Bertambah keupayaan berfikir,..

Emosi

Perasaan Kemahiran mengawal seronok,gembira,duka,takut perasaan dalam situasi ,bimbang,sedih,.. tertentu.


Meluaskan perhubungan,komunikasi dan pergaulan dengan orang lain. Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.

Sosial

Guru sebagai Penggerak Perkembangan Kanak-Kanak


Guru mempunyai pengaruh penting dalam perkembangan pelajar khususnya kanak-kanak yang masih dalam proses perkembangan dan pertumbuhan manusia.

Guru dapat mendidik dan memotivasikan pelajar dari aspek fizikal,intelek,emosi dan sosialnya. Hal ini kerana guru mempunyai sifat penyayang dan cekap menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Apabila guru dapat memahami pelajar,pelajar tersebut akan menjadi seorang yang berilmu, berketrampilan, berakhak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.
-dipetik daripada : Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1979

Implikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Perkembangan jasmani
Perkembangan kognitif Perkembangan emosi dan rohani Perkembangan sosial

Perkembangan Jasmani :

dapat mengurus pendidikan jasmani dan permainan mengikut perkembangan fizikal pelajar.

Dapat mengelakkan dari aktiviti kompleks seperti kemahiran hidup jika perkembangan pelajar itu belum cukup matang.

Perkembangan Kognitif :
Merancang aktiviti yang menarik dan bermakna Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk menunjukkan konsep yang tepat.

Isi pelajaran juga terancang dan tersusun mengikut pemeringkatan dari mudah hingga yang kompleks.

Perkembangan Emosi dan Rohani :


Pupuk emosi dan rohani yang sihat mengikut peringkat perkembangan pelajar. Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar yang tidak diingini yang berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu.

Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu.
Membimbing dalam penyelesaian masalah dengan cara yang berpatutan.

Perkembangan Sosial :
Menggunakan strategi pengajaran berkumpulan untuk memupuk perkembangan sosial. Menggunakan aktiviti projek,perbincangan dan permainan secara berkumpulan berdasarkan peringkat perkembangan sosial pelajar. Aturan aktiviti kumpulan supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah pembelajaran mereka bersamasama.

Kesimpulan
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan pencetus idea dalam proses perkembangan kanakkanak. Pelbagai aktiviti yang menarik dan bersesuaian dapat dijalankan oleh guru dalam proses perkembangan manusia/kanak-kanak. Guru akan lebih bersedia mendidik dan membantu pelajar khususnya kanak-kanak dalam pembelajaran mereka di dalam blik darjah.

Sumber Rujukan
Mok Soon Sang,2007.Siri Pendidikan Perguruan Ilmu Pendidikan untuk KPLI(sekolah rendah:komponen 1dan 2)Psikologi Pendidikan & Pedagogi.Percetakan Seasons Sdn.Bhd,Kuala Lumpur. Choong Lean Keow Phd,2009.Siri Pendidikan Perguruan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Subang Jaya,Selangor.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai