Anda di halaman 1dari 8

Modul 6.

1_Aktiviti 1: Merungkai DSKP

Aktiviti 1: Merungkai DSKP

Mengenal Pasti ‘The Big Idea’


Kenal pasti SK, SP, Tahap Prestasi dalam DSKP bagi beberapa mata pelajaran.
Tentukan mata pelajaran yang akan menjadi ‘tuan rumah’.

DSKP TAHUN 6 BAGI MATA PELAJARAN :

SEJARAH (TUAN RUMAH)

SK : 11.1 Kaum di Malaysia

SP : 11.1.3 Menyenaraikan alat muzik dan tarian tradisional masyarakat di

Malaysia

K11.1.7 Menerangkan kepentingan menghargai keunikan budaya tempatan

TP6

Menjana idea mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia

SAINS (TETAMU)

1
SK : 9.1 Pengurusan Bahan Buangan

SP : 9.1.5 Memerihalkan pengurusan bahan buangan secara terancang untuk


kehidupan lestari

TP6

Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang peranan diri sendiri dalam
mengurus bahan buangan di persekitaran untuk kehidupan yang lestari.

PENDIDIKAN SENI VISUAL (TETAMU)

SK : 3.1 Penghasilan karya seni visual

SP : 3.2.2 Menghasilkan karya atau produk gabungan bidang berdasarkan:

(i) tema dan tajuk melalui sumber idea.

(ii) fungsi dan reka bentuk melalui sumber idea.

(iii) perkembangan idea reka bentuk/ rupa bentuk/ komposisi dalam penghasilan.

(iv) penggunaan jenis media dan teknik yang sesuai.

(v) kemasan akhir.

(vi) disiplin pengkaryaan, aspek keselamatan dan nilai murni.

SP : 4.1.1 Membuat ulasan secara kritis terhadap karya atau produk sendiri dan
rakan berpandukan:

(i) bahasa seni visual

(ii) media, teknik dan proses

(iii) gabungan bidang seni visual

(iv) nilai gunaan/ nilai estetik karya

v) kreativiti dan inovasi

TP6

Menzahirkan idea kreatif dan inovatif dalam aktiviti penghasilan karya atau produk.

TP6

Membuat ulasan mengenai kreativiti dan inovasi pada karya atau produk yang
dihasilkan dalam aktiviti apresiasi.

2
PENDIDIKAN MUZIK (TETAMU)

SK : 2.3 Bergerak Mengikut Muzik

SP : 2.3.1 Merancang dan melakukan pergerakan mengikut muzik yang didengar


berdasarkan:

(i) tema

(ii) tempo

TP6

Menghasilkan persembahan muzik secara kreatif, ekspresif, konsisten dan natural.


Tuliskan ‘The Big Idea’ dalam bentuk ayat.

Lestari Alam Susuri Tradisi Zaman

Sediakan catatan yang perlu untuk penerangan lanjut tentang apa yang
murid perlu TAHU dan boleh LAKUKAN dengan melengkapkan Toolkit
M6.1-A1: Senarai Semak Standard.

SEJARAH

Pengetahuan :
Memahami keunikan seni tarian mengikut kaum dapat memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum.

Kemahiran :
Melakukan kajian kes yang berorientasikan kajian dan penyelidikan melalui
pendekatan pembelajaran yang ditentukan dengan menggunakan prosedur
kajian.Pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkesan kepada
murid dapat membina minat serta kecenderungan terhadap mata pelajaran
Sejarah.

SAINS

Pengetahuan :
Memahami peranan manusia untuk menguruskan bahan buangan untuk
kehidupan lestari.

Kemahiran :
Menghasilkan kraf tangan daripada bahan buangan

3
PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengetahuan :
Menzahirkan idea dan memahami bahasa seni visual (unsur seni, bahan-
bahan dan teknik yang digunakan)

Kemahiran :
Kemahiran asas melakar dan membuat binaan seperti menampal serta
menghasilan karya menggunakan teknik kolaj, catan dan garisan

PENDIDIKAN MUZIK

Pengetahuan :
Bergerak mengikut muzik

Kemahiran :
Melakukan pergerakan mengikut muzik yang didengar mengikut tema dan
tempo.

Mengenal Pasti Pengetahuan dan Kemahiran


Senaraikan kata nama, kenyataan kata nama dan kata sifat yang terdapat
dalam DSKP:
Subjek : Sejarah
Kata nama : kaum, Malaysia
Kenyataan kata nama : Melayu, Jawa, Kuda Kepang, Johor , alat muzik, tarian
Kata sifat : keunikan

Subjek : Sains
Kata nama : bahan buangan
Kenyataan kata nama : kitar semula,
Kata sifat : kreatif, inovatif, kelestarian alam sekitar

Subjek : Pendidikan Seni Visual


Kata nama : karya , produk
Kenyataan kata nama : karya Kuda Kepang
Kata sifat : kemas

Subjek : Pendidikan Muzik


Kata nama : muzik
Kenyataan kata nama : melodi, tempo, rentak, harmoni
Kata sifat : tekstur

Huraikan dalam perkataan atau beberapa “bullet”, apakah murid perlu TAHU.

4
● Semangat perpaduan
● Keunikan budaya dalam tarian Kuda Kepang
● Aplikasikan pergerakan yang dicipta dalam persembahan mengikut tema
dan tempo
● Reka bentuk dan teknik dalam penghasilan karya
● Disiplin penghasilan karya

Senaraikan kata kerja dan frasa kata kerja yang telah dikenal pasti dalam DSKP.
Subjek Sejarah :
Kata kerja : menyenaraikan, menerangkan
Frasa kata kerja : i) menyenaraikan alat muzik dan tarian tradisional
ii) menerangkan kepentingan menghargai keunikan budaya
tempatan.

Subjek Sains :
Kata kerja : proses, menghasilkan
Frasa kata kerja : i) Proses semula bahan buangan
ii) menghasilkan barangan baru
iii) menyelamatkan alam sekitar

Subjek Pendidikan Seni Visual :


Kata kerja : melakar, mewarna, menampal, memotong
Frasa kata kerja : i) melakar bentuk Kuda Kepang
ii) mewarna Kuda Kepang
iii) menampal corak pada Kuda Kepang
iv) memotong bentuk Kuda Kepang

Subjek Pendidikan Muzik :


Kata kerja : merancang, mencipta , menggabungkan
Frasa kata kerja : i) merancang pergerakan
ii) mencipta formasi
iii) menggabungkan formasi dengan muzik

Huraikan dalam ayat atau beberapa “bullet”, apakah yang dijangkakan


murid DAPAT LAKUKAN

5
● Penghasilan buku skrap yang lengkap
● Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang tarian
Kuda Kepang
● Penghasilan model Kuda Kepang
● Menggabungkan pelbagai teknik dalam penghasilan model Kuda
Kepang
● Meningkatkan kreativiti
● Menghasilkan persembahan secara kreatif, ekspresif, konsisten dan
natural.
● Menyediakan carta aliran proses pengurusan bahan buangan kotak

Menulis Soalan Pencetus Idea


Soalan Pencetus Idea (SPI) yang bersifat terbuka (open-ended)
merangkumi standard kandungan.Tuliskan Soalan Pencetus Idea (SPI)
berasaskan ciri-ciri berikut:
o SPI mencetuskan soalan terhadap kerangka konseptual standard
dengan mensasarkan komponen khusus standard tersebut.
o Ciri-ciri SPI:
▪ Provokatif dan menimbulkan pelbagai hujah / pendapat / pandangan
▪ Tiada jawapan YA atau TIDAK
▪ Direka bentuk sebagai panduan ke arah memahami ‘The Big idea’
▪ Bertujuan mendalami kefahaman murid
▪ Direka bentuk untuk mencetus soalan-soalan lain
untuk meningkatkan kefahaman terhadap standard
▪ Memberi fokus terhadap elemen yang terdapat dalam standard
▪ Murid perlu memahami soalan
▪ Bersifat konseptual dan menyentuh standard kandungan
▪ Menggunakan istilah yang umum
▪ Autentik
Soalan-soalan Pencetus Idea:
Subjek Sejarah :
1. Bagaimanakah tarian Kuda Kepang ini boleh wujud di negeri Johor ?
2. Apakah pakaian dan alat muzik yang digunakan semasa persembahan Kuda
Kepang ?
3. Apakah kepentingan menghargai keunikan budaya dalam tarian Kuda
Kepang ?

Subjek Pendidikan Seni Visual


1. Bagaimanakah cara menghasilkan model Kuda Kepang ?
2. Apakah bahan yang sesuai untuk menghasilkan Kuda Kepang ?
3. Apakah teknik yang sesuai untuk menghasilkan Kuda Kepang ?

Subjek Pendidikan Muzik

6
1. Bagaimanakah menghasilkan pergerakan mengikut tempo lagu ?
2. Mengapa perlu merancang tema sebelum membuat pergerakan ?
3. Bagaimanakah cara bagi menyesuaikan tema dan pergerakan dalam tarian
Kuda Kepang ?

Subjek Sains
1. Nyatakan peranan manusia dalam mengurus bahan terbuang ?
2. Nyatakan jenis bahan buangan
3. Bagaimanakah cara untuk memperbaiki amalan pembuangan bahan
buangan ?

7
8

Anda mungkin juga menyukai