Anda di halaman 1dari 29

KOMPONEN PENGAJARAN

KEMAHIRAN INDUKSI KEMAHIRAN PENERANGAN KEMAHIRAN PENYOALAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN


DISEDIAKAN OLEH : WAN NOR FARHANA BINTI MEGAT HARON NOR HASNAZIAH BINTI MOHD ZAINI SITI NOOR FARHANIS BINTI IDRIS ANISAH BINTI MOKHTAR

PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2011 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Kemahiran Set Induksi


Definisi
Omardin Ashaari (1997) - set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) - set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.

Kemahiran Set Induksi


Set induksi adalah bahagian permulaan proses

pengajaran Bertujuan membina aliran fikiran dan minat murid terhadap isi pengajaran. Set induksi haruslah ringkas dan padat, biasanya tidak melebihi lima minit.

Objektif Kemahiran Induksi


Menarik perhatian dan menimbulkan minat murid. Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu. Memotivasikan murid supaya bersedia untuk belajar. Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

Prinsip Set Induksi


Set induksi mestilah: Sesuai dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan dan umur murid. Berkaitan dengan isi pengajaran Berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid Menarik minat dan perhatian murid Masa yang singkat

Kesan Set Induksi


Motivasi murid terhadap pelajaran yang

disampaikan adalah tinggi. Tumpuan murid terhadap pengajaran guru dapat dikekalkan. Menimbulkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Masalah tingkah laku murid dapat dikawal dan dihapuskan. Memberi rangsangan awal terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Komponen Kemahiran Set Induksi


Menarik Perhatian Motivasi

Menggunakan nada suara Menggunakan BBM Gerakan, isyarat dan kontak mata Aktiviti luar biasa

Membangkitkan rasa ingin tahu Pelbagai teknik dan aktiviti Mencabar pemikiran murid

Menstruktur

Perkaitan Mengaitkan pengetahuan lepas murid Mengaitkan isi pelajaran Mengaitkan peristiwa semasa Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Tugasan jelas Soalan berkaitan dengan p & p Menyatakan aktiviti dengan jelas

KEMAHIRAN PENERANGAN
Definisi

Kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain. Untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan p & p Perlu dirancang dengan memilih bentuk kaedah dan teknik yang sesuai dengan murid. Perlu menggunakan contoh, ilustrasi atau BBM yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman murid. Berdasarkan kepada kebolehan dan pengalaman murid. Menggunakan variasi rangsangan bagi mengekalkan minat murid. Masa penerangan jangan terlalu panjang bagi mengelakkan murid menjadi bosan dan hilang tumpuan. Menggalakkan murid untuk bertanya perkara yang tidak difahami.

Matlamat Kemahiran Penerangan


Menaakul penerangan sebab musabab, punca berlaku sesuatu atau dan membuat ramalan atau kemungkinan. Menghuraikan proses- peraturan, undang-undang dan prosedur. Menjelaskan maklumat menambah kefahaman murid tentang sesuatu konsep, maksud, fakta, isi pelajaran dan sebagainya.

Teknik Memberi Penerangan


Merancang kenal pasti kumpulan sasaran, bahan

bantu mengajar, kaedah pengajaran yang sesuai dan susunan idea. Menepati sasaran- kebolehan, usia dan pengalaman

Prinsip Menggunakan Kemahiran Penerangan


Guru merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara penerangan yang sesuai. Masa penerangan singkat tetapi padat. Menggunakan kemahiran variasi rangsangan perlu digunakan untuk mengekalkan minat murid. Perkataan dan istilah digunakan untuk menerangkan haruslah berkaitan dengan kebolehan dan pengalaman murid. Contoh ilustrasi boleh digunakan.

Objektif Kemahiran Menerang


Menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat

Memudahkan murid memahami konsep dan isi

pengajaran dengan jelas. Penggunaan papan tulis membolehkan murid menyalin dalam buku nota. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa dan meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa lanjutan.

Komponen Kemahiran Menerang


Arah Permulaan Kemahiran Ilustrasi Penggunaan contoh/Sumber pengajaran Mencukupi Sesuai Jelas

Penerangan Guru Menarik dan mengekalkan perhatian


murid Membangkitkan keedaran murid untuk belajar Jelas, ringkas dan tepat

Penyusunan Idea Pengurusan kemahiran menerang Idea dikembangkan secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat Penutup Rumusan /Kesimpulan Isi penting ditulis Isi disusun secara teratur Penutup ringkas dan padat

Kemahiran Penyoalan
Satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan tindak

balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Menyoal mempunyai nilai sosial kemasyarakatan iaitu membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati. Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajaran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )

Kemahiran Penyoalan
Prinsip Kemahiran penyoalan

Pembentukan soalan

Aras seuai dengan murid Jenis soalan berkaitan Mudah difahami / ringkas, tepat dan jelas Pelbagai bentuk penyoalan Mendorong murid berfikir / elakkan soalan tertutup Memberi ruang kepada murid untuk mencari jawapan Soalan ditujukan kepada semua pelajar Jangan ulang jawapan murid pelajar tidak beri tumpuan kepada jawapan kawan Memuji jawapan murid, jangan mengejek jika salah Jika murid tidak dapat menjawab, ubah aras untuk membantu murid Elak jawapan beramai-ramai

Teknik Penyoalan

Objektif Penyoalan
Uji pengetahuan dan kefahaman Rangsang dan cungkil fikiran murid Membimbing murid menggunakan kaedah inquiri Menarik perhatian, minat dan tumpuan murid Menilai keberkesanan dan objektif pengajaran Memperkukuhkan konsep dan isi pengajaran Melibatkan murid secara aktif Mengembangkan daya pemikiran murid Menjalin hubungan guru-murid Komunikasi dua hala Mengenalpasti masalah murid Sebagai ulangkaji pelajaran

Komponen-Komponen Penyoalan

PEMBENTUKAN SOALAN # Jelas # Ringkas # Tepat

FOKUS SATU IDEA : # Fokus soalan kepada satu idea # Soalan konvergen (bertumpu)

FOKUS PELBAGAI # Fokus soalan lebih daripada satu idea. # Soalan divergen (bercapah)

MELAYAN JAWAPAN #Memberi pujian # Melengkapkan jawapan # Memperbetulkan jawapan

Komponen-Komponen Penyoalan

SEBARAN # Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.

HENTIAN # Memberi masa kepada murid berfikir

MEMBERI PETUNJUK JAWAPAN # Memberikan petunjuk untuk membantu murid.

MENCUNGKIL FIKIRAN #Mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran.

Kemahiran Variasi Rangsangan


Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik

penyampaian guru untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran. Variasi rangsangan meliputi 1. Perubahan tingkah laku guru, 2. Mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid, 3. Menukar corak interaksi guru-murid dan 4. Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.

Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan


Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru harus

dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian. Penggunaan BBM untuk mempelbagaikan pengalihan deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. Setiap langkah harus mengandungi aktiviti pengajarn yang berbeza Mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid-murid

Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan


1.

2.
3. 4. 5.

6.

Memusatkan perhatian murid Mengekalkan minat murid terhadap pengajaran guru Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran Menggunakan pelbagai saluran deria Merangsang naluri ingin tahu Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik

Kesan Penggunaan Variasi Rangsangan


Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok dan menarik. Kanakkanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.

Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif.

Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru.

Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakan badan dan ini akan meneguhkan P&P.

Komponen-Komponen Variasi Rangsangan


Komponen perubahan pergerakan langkah guru.

Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak. Komponen perubahan pergerakan anggota guru. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian. Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

Komponen perubahan fokus deria pelajar.

Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM. Komponen perubahan bentuk lisan pelajar. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa. Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar. Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

Anda mungkin juga menyukai