Anda di halaman 1dari 8

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

GURU SEBAGAI AGEN SOSIALIS SEKOLAH DAN MASYARAKAT KPS4043 DISEDIAKAN OLEH NURHAINI FALINI BINTI AHMAD L20112008600 KUMPULAN X NAMA PENSYARAH: DR.HAJI AHMAD SOHAIMI BIN AHMAD LAZIM PROGRAM GSTT/DPLI 2012 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GURU SEBAGAI AGEN SOSIALIS


1

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

Pengenalan kepada Guru dan Sosialis Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga 1994, mentakrifkan guru sebagai orang yang mengajar, pendidik, dan pengajar. Manakala maksud sosialis pada kamus yang sama, halaman 1301, bermaksud orang yang menyokong sosialisme atau berkaitan dengan sosialisme. Sosialis yang dirujuk dari perkataan asalnya sosial pula beerti segala yang berkaitan dengan masyarakat, dan perihal masyarakat .Selain itu juga membawa pengertian kepada pergaulan dan aktiviti masa lapang. Menurut Charlotte Buehler, sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup, dan berfikir kelompoknya agar ia dapat berperanan dan berfungsi dengan kelompoknya. Bagi Peter Berger pula sosialisasi adalah suatu proses di mana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya. (Sosiologi:Memahami dan Mengakaji Masyarakat: 2009) Dalam konteks guru sebagai agen sosialis , menjelaskan peranan guru bukan setakat mengajar atau mendidik malah sebagai agen kepada masayarakat. Masyarakat yang dimaksudkan bukanlah tertumpu kepada pelajarnya sahaja, malah skopnya lebih meluas kepada hubungan guru dengan persekitarannya juga terutamanya dalam masyarakat. Peranan Guru Sebagai Agen Sosialis Memetik dari buku Guru Sebagai Mentor (2005), dalam pendidikan mentor berperanan sebagai kawan, pembimbing, kaunselor dan juga guru. Selain sebagai mentor, terdapat lima peranan guru sebagai agen sosialis. Yang pertama, sebagai penyebar ilmu. Peranan guru luas definisinya. Guru bukan setakat mendidik atau mengajar dalam bilik darjah, malah guru juga boleh dianggap sebagai insan yang paling dekat dengan murid di sekolah. Ini kerana masa seharian murid-murid banyak dihabiskan di sekolah-sekolah bersama guru meraka. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi, apabila guru juga dianggap sebagai agen pengubah keadaan masyarakat. Guru sebagai agen penyebar ilmu atau mempunyai peranan besar dalam membentuk dan mengubah masyarakat melalui pendidikan.
2

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang lebih luas daripada orang yang diajarnya. Oleh itu, guru juga dianggap sebagai penggerak yang mampu mengubah keadaan masyarakat. Selain sebagai agen penyebar maklumat yang dapat mengubah kehidupan masyarakat, guru yang bertindak sebagai agen sosialis juga berperanan menjadi role model kepada pelajarnya dan juga kepada masyarakat sekeliling. Shiben Raina menjelaskan, dalam artikel penulisannya Role of a Teacher in society , The role of a teacher in society is both significant and valuable.It has farreaching influence on the society he lives in and no other personality can have an influence more profound than that of a teacher. Students are deeply affected by the teacher's love and affection, his character, his competence, and his moral commitment. A popular teacher becomes a model for his students. The students try to follow their teacher in his manners, costumes, etiquette, style of conversation and his get up. He is their ideal. Raina menyatakan peranan guru dalam masyarakat adalah penting dan berharga dan berpendapat pengaruh seorang guru itu sangat kuat terhadap masyarakat dan tidak ada pengaruh yang lebih tinggi atau mendalam selain guru. Beliau juga menjelaskan bahawa seseorang murid mudah terpengaruh dengan penampilan seseorang guru dari segi perwatakan seorang guru, kecekapan dan komitmen seorang guru di samping menunjukkan kasih sayangnya terhadap guru. Raina turut menjelaskan seorang guru yang popular akan menjadi model kepada pelajarnya dan pelajar cenderung untuk mengikut adab, cara pemakaian, dan cara perbualan guru yang mereka minati. Peranan guru sebagai agen sosialis yang cuba di sampaikan oleh Raina jelas menunjukkan bahawa guru itu role-model yang berperanan dalam mempengaruhi anak-anak muridnya, dan juga menunjukkan bahawa betapa akrab dan rapatnya guru itu dengan muridnya. Ini dapat menarik minat seseorang murid untuk belajar dan mendekati sekolah kerana mereka merasakan guru itu ibarat pujaan atau role-model yang paling dekat dengan mereka. Peranan guru sebagai agen sosialis juga penting untuk menerapkan budaya masyarakat yang dikehendaki supaya masyarakat dapat berfungsi dengan baik. Dalam konteks ini, guru tidak semestinya mengajar untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran Tahunan semata-mata tetapi juga harus mendidik murid-murid dengan menerapkan nilai-nilai budaya yang baik selari dengan pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan cemerlang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelektual. Seandainya seseorang guru hanya mampu mengajar dengan matlamat untuk menghabiskan sukatan pelajaran, bagaimana pula dengan penerapan nilainilai budaya yang tidak seiring dengan perkembangan ilmu? Kita tidak mahu hanya melahirkan
3

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

insan yang berilmu tetapi cetek dan rendah nilai budayanya. Oleh yang demikian guru seharusnya memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya seperti menerapkan nilai-nilai murni dan jati diri murid supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka dengan masyarakat. Di dalam dunia pendidikan, komunikasi amat penting untuk menghubungkan antara guru dengan murid, guru dengan sekolah dan juga murid dengan sekolah. Seandainya guru dan murid tidak mempunyai komunikasi yang jelas dan baik ia memberi impak yang negatif bagi guru sebagai agen sosialis. Guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar segala penyampaian mereka dalam meyampaikan maklumat tercapai di samping menjadikan komunikasi sebagai satu alat untuk merapatkan jurang antara guru, murid, sekolah dan ibubapa. Menyentuh dari aspek komunikasi, guru juga bertindak sebagai jambatan bagi ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Hubungan baik antara guru dengan ibu bapa juga penting untuk keberkesanan pembelajaran anak-anak. Ini dapat diperkukuhkan lagi dengan wujudnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau lebih sinonim dengan panggilan PIBG Sekolah. Di dalam buku Kerjaya Sebagai Guru, Tuan Fadhlan Tuan Jaafar (2006), guru perlu sentiasa berhubung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mencari penyelesaian segala masalah yang timbul dengan pelajar di sekolah. Menurut Tuan Fadlan dalam buku ini lagi, adakala guru mengetuai persatuan atau pun rukun tetangga di mana kepakaran dan kepimpinan mereka diperlukan oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian, peranan guru sebagai agen sosialis dalam membentuk sebuah masyarakat yang seimbang amat diperlukan kerana masyarakat setempat juga mengakui dan mengiktiraf kecekapan dan kebolehan yang ada pada seseorang guru. Di dalam masa yang sama, ciri-ciri guru yang berkualiti seperti inilah yang amat diperlukan oleh masyarakat. Antara cirri-ciri guru yang berkualiti menurut beliau, ialah berbudi bahasa, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti , jujur dan amanah. Kesemua sifat-sifat guru ini mencerminkan guru sebagai satu agen sosialis yang berkualiti dan berkesan. Dalam perenggan sebelum ini, ada menyatakan guru adalah sebagai agen pembentukan budaya. Pembentukan budaya sangat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni yang membantu ke arah sekolah penyanyang, dan guru sebagai pelaksanalah yang akan menjadi pembentuk
4

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

masyarakat penyayang. Guru yang dibantu dan disokong oleh pentadbiran sekolah, perlulah menerapkan unsur-unsur budaya penyayang dalam diri murid melalui kurikulum sekolah seperti mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral. Selain melalui kurikulum, aktiviti kokurikulum seperti Kelab Pemimpin Rakan Sebaya juga boleh membantu guru untuk menjadi agen penerapan unsur-unsur budya penyayang melalui aktiviti yang di jalankan di sekolah mahupun yang melibatakan masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini dapat melahirkan generasi penyayang. Namun begitu, untuk menerapkan nilai-nilai peyayang, guru lah insan pertama yang harus mempunyai sifat penyayang dalam diri bagi merealisasikan matlamat guru sebagai agen pembentukan budaya penyayang. Memetik pandangan Earl V. Pullias, (1997) di dalam bukunya Guru adalah segalagalanya, mencirikan sifat guru yang perlu dimiliki bagi melaksanakan hasrat sistem pendidikan ke arah mewujudkan sekolah peyayang, ciri pertamanya yang dinyatakan ialah guru sebagai pembimbing. Guru adalah pembimbing pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru bertanggungjawab menentukan tujuan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelajar. (Kepimpinan Pendidikan di Malaysia: 2005:62) Guru boleh mengajar, tetapi belum tentu berjaya mendidik, manakala guru yang mengajar moral belum tentu berjaya menerapkan nilai-nilai murni. Kenyataan ini telah dipersoalkan oleh Abdul Rahman Aroff (1999) , Moral adalah satu nilai, tetapi adakah nilai itu satu moral? Inilah cabaran kepada guru yang peka dan mampu berfikir secara kolektif dan holistik, bahawa ia merupakan titik tolak kepada guru tersenut untuk menjadi mentor dan pembimbing kepada pelajar. Oleh itu, di samping menjadi agen pembetukan budaya penyayang, guru perlulah menjadi pembimbing kepada murid agar murid dapat menjadikan guru tersebut sebagai role model terbaik . Penerapan budaya peyayang penting terhadap perkembangan sahsiah pelajar bagi membentuk generasi yang bukan sahaja penyayang, malah prihatin dan mempunyai nilai-nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bermasyarakat. Kesimpulan Di dalam konteks Islam , seorang guru itu dipandang mulia darjatnya, malah hampir sama wajib kita mentaati guru seperti kedua ibu bapa kita. Di dalam Islam, jika seseorang yang menyampaikan sesuatu ilmu atau mendidik itu akan digelar sebagai Muallim, tetapi jika seseorang itu bukan
5

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

setakat mengajar, tetapi turut menerapkan dan mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari seseorang itu akan digelar sebagai Murabbi. Seseorang Murabbi akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas Muallim banyak berlegar di akal tetapi tugas Murabbi berlegar di hati. Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Melihat dari sudut peranan Murabbi itu sendiri sebenarnya menunjukkan bahawa guru itu sebenarnya adalah agen kepada masyarakat. Murabbi bukan setakat mengajar tetapi mendidik anak didiknya menjadi insan yang berguna, cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya. Guru yang berperanan sebagai agen kepada sosialias hakikatnya tidak semestinya menjadi guru semata-mata dan peranan guru bukanlah setakat terbatas di dalam bilik darjah, tetapi luas skop dan prospeknya. Guru bisa menjadi kawan, sahabat, mahu pun ibu bapa kepada murid, dan guru juga bukan terbatas fungsinya di sekolah semata, tetapi juga turut sama penting dalam masyarakat. Hal ini terbukti dengan keterlibatan seseorang guru dengan aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah. Kebolehan dan kepakaran yang ada pada guru sewajarnya menjadi pemudah cara dan agen perubahan kepada masyarakat bagi melahirkan dan membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Guru memainkan peranan sebagai agen sosialis dengan membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara yang semakin kompleks, meningkat, progresif dan berkembang. Di harapkan peranan guru sebagai agen sosialis seperti penyebar ilmu kemasyarakatan, pembentuk nilai-nilai masyarakat, pembentuk masyarakat penyayang, menjadi role model kepada murid dan masyarakat serta penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat dan penyumbang kepada masyarakat dapat menjadikan seseorang guru itu lebih komted dalam melaksanakan tugas dalam profesyen keguruan yang selaras dengan hasrat kementerian yang ingin melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelktual secara menyeluruh. Akhir sekali guru haruslah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memotivasikan diri dalam usaha melahirkan produk berkualiti yang merujuk kepada pelajar yang seimbang dari
6

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

pelbagai sudut. Guru sebagai agen sosialis haruslah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran agar sentiasa berusaha untuk membuat pembaharuan dan berinnovasi tinggi sejajar dengan peranannya yang bukan sahaja bertindak sebagai seorang guru yang mengajar di dalam bilik darjah tetapi sebagai seorang pendidik yang mendidik anak muridnya untuk menjana kehidupan di masa hadapan di samping menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang turut mempunyai fungsi yang berbeza. Agen sosialis yang ingin diterapkan dalam jiwa seorang pendidik itu sebenarnya adalah untuk menjelaskan dengan lebih lengkap lagi bahawa guru bukan setakat guru tetapi merupakan seorang arkitek pembangunan negara bangsa, kerana tugas seorang guru bukanlah sekadar mengajar, tetapi mendidik seseorang murid itu untuk menjadi sebahagian masyarakat yang berfungsi.

Bibliografi Amir Hasan Dawi, 2009. Sekolah dan Masyarakat. Penerbit Quantum Books. Raja Ahmad Shalaby, Siti Zaleha Ibrahim dan Mohd.Zuber Zain, 2004 Tokoh-tokoh Guru Nusantara. Penerbit universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nurhaini Falini Ahmad L20112008600

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008. Falsafah Pendidikan Dan kurikulum. Penerbit Quantum Books. Janu Murdiyatmoko, 2007. Sosiologi : Memahami dan Mengakji Masyarakat. Penerbit Grafindo Media Pratama. Salhah Abdullah dan Ainon Mohd, 200. Guru Sebagai Mentor. Penerbit PTS Proffesional. Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed dan Abd.Ghani Abdullah, 2007. Guru Sebagai Pemimpin. Penerbit PTS Pendidikan. Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006. Kerjaya Sebagai Guru. Publishing. Yahaya Don, 2007. Kepimpinan Pendidikan Malaysia. Penerbit PTS Proffesional Publishing. (Konsep Murabbi dalam Gerakan: www.mindamadani.my) Shiben Raina , 2007. Role of a Teacher in Society . http://ezinearticles.com/?Role-of-aTeacher-in-Society&id=746217 www.uns.ac.id.data/sp6pdf Penerbit PTS Proffesional

Anda mungkin juga menyukai