Anda di halaman 1dari 6

Aplikasi Teori Pembelajaran Behavioris, Kognitif.

Konstruktivitis, Sosial dan


Humanis
3.0

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran

Sememangnya setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihannya yang


tersendiri. Bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif,
pelbagai implementasi yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan
keberkesanan pdp didalam bilik darjah.

3.1

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran behavioris

Keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila guru telah bersedia


menyediakan matlamat, objektif pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik,
realistik dan boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran dan pengajaran
bermula. Sebagai contoh, guru akan mengajar kemahiran menambah dan
menolak sesuai dengan aras murid yang lemah, sederhana dan tinggi. Guru
tersebut akan memperincikan tugasan yang telah dirancang dengan membantu
murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai kemahiran tersebut langkah
demi langkah. Manakala murid aras tinggi pula akan diberi latihan tambahan
bagi memantapkan lagi kemahiran menambah dan menolak. Hal ini sekaligus
dapat membantu guru tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran dengan
lebih berkesan didalam pengajaran.
Selain itu, bagi memastikan bagi pembelajaran akan menjadi lebih
efektif, guru yang mengajar step by step, dan mengaplikasikan teknik
peneguhan dan hukum kesediaan dengan betul semestinya berupaya
meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita ambil
contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menulis tulisan jawi. Guru
tersebut akan mengajar kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang
pensel sehinggalah kemahiran yang lebih besar seperti boleh menghasilkan
tulisan jawi dengan cantik dan kemas. Kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh
murid sekiranya guru berjaya mencungkil rasa ingin tahu murid untuk belajar
sepertimana yang terdapat dalam hukum kesediaan disamping menggunakan
teknik peneguhan yang sesuai sama ada dalam bentuk pujian mahupun ganjaran
dalam bentuk hadiah dan sebagainya sebagai menghargai hasil kerja murid.
Seterusnya, saya melihat bahawa keberkesanan teori behavioris dapat
dilihat apabila seseorang guru dapat mengaplikasikan hukum latihan, hukum
kesan/akibat disamping menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang kondusif.
Saya berikan satu contoh seorang guru yang menyediakan set latihan latih tubi
yang banyak untuk muridnya dan memberi ganjaran bagi yang menjawab
kesemua soalan dengan betul. Hal ini bermakna, dia telah berupaya
mengaplikasikan hukum latihan dan hukum kesan/akibat dengan baik.

Tambahan pula, perkara ini dapat dimantapkan lagi apabila suasana bilik darjah
menjadi lebih positif dengan adanya peraturan kelas dan juga budaya belajar
yang baik dalam kalangan pelajar.

3.2

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran kognitif

Seterusnya kita beralih kepada teori pembelajaran kognitif yang mana


sememangnya lebih menekankan kepada proses mental seperti penyelesaian
masalah, ingatan dan bahasa. Jadi, sejauh manakah kita melihat teori ini
sebagai suatu teori yang berkesan yang boleh digunakan di dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah?
Berkesannya teori ini dapat dilihat sekiranya seseorang guru berupaya
mempersembahkan sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum
masuk kepada maklumat yang lebih khusus. Hal ini sangat perlu supaya murid
boleh mengenal sesuatu konsep di dalam sesuatu topik. Sebagai contoh, murid
perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan air sebelum
mengenal haiwan tersebut sama ada berdarah panas atau sejuk. Bagi
mengukuhkan kefahaman murid, guru boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada
murid disamping mengimbas kembali topik pembelajaran yang lepas. Hal ini
penting bagi memastikan murid tersebut tidak tersalah dari segi konsep. Dalam
hal ini, guru perlulah membantu pelajar yang tidak ada pengetahuan terdahulu
kerana ianya sangat berkait rapat dengan pelajaran yang baharu.
Pada masa yang sama, guru kenalah bertindak sebagai pemudah cara
kepada murid-murid untuk belajar. Dalam hal ini guru tidak perlulah memberi
tunjuk ajar seratus peratus. Cukuplah sekadar menunjukkan jalan kepada
mereka. Contohnya, guru perlulah menyediakan segala alat, bahan dan
sebagainya bagi membantu murid memahami konsep jisim dan berat sama ada
ditunjukkan dalam bentuk gambar, simulasi, lakonan dan sebagainya. Hal ini
penting bagi memastikan mereka benar-benar boleh membezakan kedua-dua
konsep tersebut. Oleh itu, penggunaan bahan maujud sangat diperlukan bagi
memudahkan penyampaian pengajaran guru di dalam mengajar murid.
Selanjutnya, teori ini jelas membawa kepada keberkesanan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran apabila seseorang guru dapat mengintegrasikan
maklumat baru yang dipelajari oleh murid, melalui perbandingan antara idea
baru dengan idea lama. Sebagai contoh, murid telah belajar mengenai konsep
rumah, iaitu ada bilik, tandas dan sebagainya. Kemudian murid telah belajar
mengenai pangsapuri. Konsep rumah tidak perlu diubah walaupun murid tidak
pernah melihat pangsapuri. Walaubagaimanapun, apabila guru
memperkenalkan rumah igloo, konsep rumah perlu diubah kerana rumah juga
boleh diperbuat daripada ais, tidak semestinya rumah diperbuat daripada simen
dan kayu sahaja. Jelaslah bahawa, jika guru berupaya memperkenalkan dan
membantu murid membuat perbezaan dalam sesuatu konsep, hal ini dapat

memastikan keberkesanan murid untuk mempelajari sesuatu topik yang bakal


diajar pada masa akan datang.

3.3

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran konstruktivis

Berbeza dengan teori yang sebelum ini, teori pembelajaran konstruktivis ini
mempunyai kelainannya yang tersendiri. Pastinya ia membawa kepada suatu
bentuk pendekatan yang berbeza dalam memantapkan lagi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun sejauh manakah
keberkesanannya?
Teori pembelajaran konstruktivis akan menjadi lebih berkesan sekiranya
seseorang guru berupaya memilih pelajar yang sudah menguasai sesuatu
kemahiran dalam sesuatu topik untuk mengajar rakannya yang lain. Contoh
yang boleh diketengahkan disini ialah guru akan memilih beberapa orang pelajar
yang sudah memahami dan menguasai topik pecahan dalam matematik kepada
beberapa kumpulan untuk membimbing murid yang masih belum menguasai
topik pecahan. Pendekatan ini sebenarnya sangat membantu guru bagi
mengukuhkan kemhiran murid. Hal ini kerana, sesetengah murid mungkin malu
atau takut untuk bertanya dengan guru sekiranya mereka tidak faham.
Sebaliknya, mereka akan lebih selesa apabila bertanya dengan rakan mereka
sendiri. Justeru, cara ini boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah mengikut kesesuaian murid.
Bukan itu sahaja, keberkesanan teori ini boleh dilihat sekiranya guru
menggalakkan pelajar melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Hal ini bagi
meluaskan pemikiran mereka disamping menggalakkan perbincangan supaya
mereka dapat berkongsi pendapat dan idea yang pelbagai. Misalnya, guru
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kemudian menyuruh mereka
mencari maklumat mengenai tempat bersejarah di Malaysia. Perkara ini bukan
sahaja menggalakan interaksi sesama mereka. Malah, perkara ini akan
menyebabkan mereka sentiasa berbincang berhubung dengan tugasan yang
telah diberikan kepada mereka. Maka, disinilah keberkesanan teori ini dapat
dilihat apabila guru tersebut berupaya menjayakannya.
Berikutan itu, jika seseorang guru dapat melaksanakan strategi
pengajaran yang pelbagai seperti mengadakan debat antara kumpulan dan
sebagainya, sebenarnya ia merupakan suatu usaha baik yang boleh dinilai
sebagai sesuatu yang berkesan di dalam teori konstruktivis. Sebagai contoh,
guru memberikan pelbagai isu semasa sebagai topik perbincangan untuk
dibahaskan didalam setiap kumpulan. Hal ini dapat menggalakan murid untuk
terlibat secara aktif bagi mengemukakan pandangan masing-masing. Malah,
mereka turut belajar untuk mentafsir maklumat yang mereka terima dan
membuat pertimbangan melalui perbincangan sesama mereka. Jelaslah disini

bahawa sememanya aktiviti seperti ini boleh membantu guru dalam aktiviti
pengajaran di dalam bilik darjah.

3.4

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura turut membawa
kepada keberkesanannya dari segi pelbagai bentuk terutamanya dari segi sosial.
Pembelajaran melalui pemerhatian pastinya membawa impak yang positif dalam
bilik darjah. Namun, sejauh manakah teori ini boleh diaplikasikan didalam bilik
darjah?
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih
berkesan sekiranya seseorang guru tersebut menggalakkan pembelajaran
melalui pemerhatian dan peniruan. Contohnya, guru telah menjadikan seorang
murid tahun enam yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan cemerlang dalam
akademik sebagai model untuk dicontohi oleh para pelajarnya. Perkara ini
sebenarnya dapat memberi impak yang positif kepada mereka untuk lebih
bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum dan
turut sama tidak lupa menyeimbangkan kecemerlangan dalam pelajaran.
Namun, guru tersebut perlu juga untuk menerangkan tingkah laku yang kurang
sesuai atau tidak boleh diikuti, supaya murid tidak meniru sesuatu tingkah laku
yang boleh membawa kepada perlakuan yang negatif, melanggar undangundang dan sebagainya.
Selain itu juga, penggunaan model sebenar seperti mana yang
digalakkan dalam teori pembelajaran sosial adalah sangat membantu di dalam
keberkesanan aktiviti modeling di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh
membawa tukang kayu ke bengkel kemahiran hidup untuk menunjukkan cara
menggergaji kayu dengan betul. Pembelajaran pastinya akan menjadi lebih
efektif kerana murid akan memerhatikan pengalaman secara langsung dan
berupaya meniru kemahiran yang ditunjukkan oleh tukang kayu tadi. Hal ini
bukan sahaja memudahkan pengajaran di dalam bengkel tersebut. Malah,
pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan pastinya dengan suasana yang
sedemikian akan menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih
berkesan.
Tambahan pula, satu kebiasaan guru yang memang wajar dipuji apabila
seseorang guru mempamerkan hasil kerja murid yang mendapat gred A
dibelakang kelas didalam memastikan aktiviti modeling boleh berlaku didalam
kelas. Sebagai contoh, hasil kerja murid yang mendapat A terutamanya dalam
subjek pendidikan seni dipaparkan dibelakang kelas. Dalam hal ini, murid-murid
lain yang belum membuat hasil kerja yang cantik pasti akan lebih teransang
untuk turut sama membuat hasil kerja yang terbaik supaya hasil kerja mereka
boleh dipamerkan. Hal ini semestinya akan mewujudkan pembelajaran yang
lebih berkesan kerana setiap murid akan berlumba-lumba dan berusaha kearah

menghasilkan setiap tugasan dengan bersungguh-sungguh. Semestinya


keberkesanan aktiviti modeling ini dapat dilihat menerusi peranan guru yang
melaksanakan aktiviti seperti ini didalam kelas.

3.5

Aplikasi dan keberkesanan Teori pembelajaran humanis

Teori pembelajaran Humanis turut memainkan peranan yang penting di dalam


memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi
lebih berkesan. Pendekatan humanis yang dilihat sebagai kuasa ketiga dalam
bidang psikologi adalah sangat sangat menarik untuk diaplikasikan oleh guru.
Namun, sejauh manakah keberkesanannya?
Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya
yang mempunyai pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan
dengan teori humanis bagi menjadikan pembelajaran menjadi lebih efektif.
Sebagai contoh, ada pelajar yang belum bersarapan atau mengantuk didalam
kelas. Apabila guru boleh menghidu situasi murid yang sebegini, guru tersebut
perlu memberi ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk murid
yang mengantuk untuk tidur sekejap. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan
mood untuk murid belajar. Malah, ia akan menjadikan murid lebih menumpukan
kepada aktiviti pembelajaran yang berlangsung didalam kelas.
Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan berfokuskan kepada
pelajar, bukannya mengajar subjek yang diajar semata-mata. Dalam hal ini,
keperluan pelajar haruslah diutamakan. Jika hal ini dilakukan, pastinya proses
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Guru bertanggungjawab supaya
memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik mungkin. Sebagai contoh, guru
sains mengajar mengenai planet di alam semesta. Guru harus mengenalkan
murid kepada planet supaya murid tahu, bukannya menyampaikan apa yang
guru tahu mengenai planet sehingga murid tidak faham apa yang diajar oleh
guru. Perkara ini haruslah disedari oleh semua guru supaya murid boleh
menerima pengajaran guru dan seterusnya supaya keberkesanan murid untuk
belajar topik yang akan datang akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, teori humanis dapat dilihat keberkesanannya melalui


tindakan guru yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik kepada
muridnya. Sebagai contoh, setiap pagi akan ada kelas yang bertugas untuk
memungut sampah. Guru yang bertugas untuk memantau para pelajar boleh
menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar
memungut sampah. Hal ini bukan sahaja menimbulkan rasa percaya pelajar
terhadap guru. Malah, ianya dapat memupuk tabiat suka menjaga kebersihan
dalam kalangan pelajar dan guru. Haruslah diingatkan bahawa, seorang guru
bukanlah mengajar akademik dan kokurikulum sahaja. Guru juga turut sama

bertanggungjawab membentuk sahsiah, akhlak dan peribadi pelajar agar boleh


berketrampilan mulia di dalam kehidupan seharian.
You might also like:
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Panduan Pengelolaan Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi
Semua Bidang
Analisis Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Model-model dalam program j-QAF dan Pelaksanaannya
Linkwithin
Posted by Nazari Raduan at 06:45
http://tujuhpen.blogspot.com/2014/09/aplikasi-teori-pembelajaranbehavioris.html
Sunday, 28 September 2014

Anda mungkin juga menyukai