Anda di halaman 1dari 17

TPACK :

Aplikasi Teknologi Sebagai Sokongan


Dalam
Mencapai Standard Pembelajaran

21 Mac 2021

Dr. Mariah binti Lambak


KANDUNGAN

01 02 03
Apa Itu TPACK Aplikasi Teknologi Capaian
Sokongan Standard Pembelajaran
01 APA ITU TPACK
APA ITU TPACK
❖ CK- Content Knowledge Pengetahuan
Kandungan-pengetahuan mengenai mata
pelajaran yang diajar oleh guru.
content ❖ isi kandungan mata pelajaran yang diajar
dari aspek fakta, konsep, teori dan
prosedur dalam bidangnya;
❖ pengetahuan dalam kerangka penerokaan
untuk mengurus dan menghubungkait
idea;
❖ mengetahui dan meneroka pengetahuan isi
kandungan dalam bidangnya merentas
bidang-bidang yang lain.
APA ITU TPACK
❖ PK- Pedagogical Knowledge -Pengetahuan
Pedagogi.

Pedagogy ❖ pengetahuan mendalam tentang proses dan


amalan atau kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk tujuan pendidikan, nilai
dan matlamat.
❖ melibatkan semua isu pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, pembinaan dan
pelaksanaan rancangan
❖ menguasai pegetahuan pedagogi memahami
bagaimana pelajar membina pengetahuan,
memperoleh pengetahuan dan memupuk
minda dan tabiat positif terhadap
pembelajaran.
APA ITU TPACK

❖ Shulman (1986) menyatakan bahawa pengetahuan


kandungan dan pengetahuan pedagogi tidak boleh
dipisahkan
APA ITU TPACK
❖ PCK- Pedagogical Content Knowledge
-Pengetahuan Pedagogi kandungan.
❖ Pengetahuan mengenai pendekatan atau strategi

PCK ❖
pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan mata
pelajaran yang diajar.
Elemen-elemen dalam isi pelajaran dapat disusun
untuk menjadikan pengajarannya lebih baik.
❖ Penyampaikan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran dengan kaedah dan strategi yang sesuai
agar murid mudah memahami dan dapat membina
pengetahuan isi kandungan tersebut dengan lebih
berkesan dan bermakna dalam kehidupan.
APA ITU TPACK
❖ TK – Technological Knowledge -Pengetahuan
Teknologi - pengetahuan asas yang sentiasa berubah
dan berkembang yang merangkumi pengetahuan
teknologi untuk pemprosesan maklumat, komunikasi,
dan penyelesaian masalah.

❖ Kemahiran menggunakan peralatan teknologi digital


dan sistem operasi komputer serta
perisian-perisiannya.

❖ Keupayaan mempelajari dan mengadaptasi teknologi


baru ini adalah penting untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran.

❖ Pengetahuan mengenai cara berfikir dan bekerja


dengan menggunakan teknologi.

❖ Kemahiran untuk menggunakan teknologi tertentu.


APA ITU TPACK
❖ Tecnological Content Knowledge (TCK) adalah
pengetahuan mengenai cara bagaimana ilmu
teknologi dan ilmu kandungan mata pelajaran
dikaitkan secara antara satu sama lain.
❖ Termasuk ilmu teknologi yang telah
mempengaruhi dan digunakan dalam meneroka
isi kandungan disiplin sesuatu subjek atau mata
pelajaran yang diberi.
TCK ❖ Peralatan teknologi baru semakin canggih maka
perlu mengetahui tentang perkembangan
teknologi tersebut seperti ciri-ciri, fungsi dan
penggunaan peralatan baru untuk menyesuaikan
serta mengaplikasikan dalam mata pelajaran
yang diajar.
APA ITU TPACK
❖ Technological Pedagogical Knowledge (TPK) adalah
pengetahuan yang terhasil daripada penggunaan
pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran.

❖ Pengetahuan mengetahui bagaimana pengajaran boleh


berubah dengan menggunakan sesuatu teknologi.

❖ Pengetahuan tentang pengaruh teknologi terhadap


pengajaran dan pembelajaran, termasuk pengetahuan
mengenai kemampuan dan kekangan sesuatu
teknologi tersebut dalam menghasilkan reka bentuk
dan strategi pedagogi tertentu.

❖ Berupaya memilih dan menyesuaikan peralatan


teknologi dalam pengajaran. Pengetahuan untuk
mengaplikasikan strategi pedagogi dan strategi
menggunakan peralatan adalah penting bagi guru pada
masa kini bagi memudahkan serta meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka.
APA ITU TPACK ❖ Tecnological Pedagogical Content Knowledge – (TPACK)-
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan ialah
pengetahuan gabungan pengetahuan isi kandungan mata
pelajaran, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan teknologi.

❖ Pengetahuan ini berbeza dengan pengetahuan disiplin atau


kepakaran teknologi serta pengetahuan pedagogi umum yang
merentasi disiplin oleh guru-guru.

❖ TPACK menjadi asas kepada pengajaran menggunakan


teknologi yang memerlukan pemahaman tentang

❖ i) konsep-konsep penggunaan teknologi;

❖ ii) teknologi pedagogi yang menggunakan teknologi


untuk mengajar kandungan mata pelajaran secara
konstruktif;

TPCK ❖ iii) pengetahuan menggunakan teknologi bagi


memudahkan pembelajaran;

❖ iv) pengetahuan menggunakan teknologi untuk


memupuk pengetahuan sedia ada serta membina
epistemologi baru atau mengukuhkan pengetahuan
yang ada.
APA ITU TPACK
APA ITU TPACK
APA ITU TPACK

(Mishra and Koehler, 2006)


KESIMPULAN

❖ Rangka kerja TPACK memperincikan peranan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cara yang benar-benar bersepadu.

❖ Satu pengetahuan yang kompleks dan bersituasi.

❖ Koehler dan Mishra (2009) berpendapat bahawa konsep TPACK akan membenarkan guru
bergerak maju melangkaui pendekatan yang terlalu dipermudahkan dengan mengganggap
teknologi sebagai 'add-on' dan bukannya memberi tumpuan kepada cara yang lebih berkesan
untuk mengabungkan ketiga-tiga ilmu teknologi, kandungan dan pedagogi dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
TERIMA KASIH
Sebarang pertanyaan dialu-alukan.

CREDITS: This presentation template was created by


Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik.

Anda mungkin juga menyukai