Anda di halaman 1dari 10

Komen Pensyarah Secara keseruhannya, penulisan anda menjawab kehendak soalan, Syabas dan tahniah. Cuma..... 1.

Sekiranya isi kekuatan lebih banyak daripada isi kelemahan, kita perlu mula dengan isi kelemahan dahulu. 2. Bahagian bibliografi ada 12 rujukan, tapi sepanjang penulisan, tidak cukup citation terutamanya pada bahagian kekuatan (yang mana anda setuju sangat dengan pandangan penulis). 3. Ringkaskan lagi bahagian berwarna kuning.

4. Betulkan mana-mana kesalahan ejaan.

Cuba betulkan setakat mana yang mampu, anda dibenarkan hantar pada 15 Julai 2013 .(Kalau nak hantar lebih awal pun boleh juga).

Selamat mula berpuasa esok.

KRITIKAN ARTIKEL

TAJUK ARTIKEL : Pelaksanaan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) Dalam Program Seni Persembahan Teater Universiti Pendidikan Sultan Idris.

PENULIS

: Nor Shuradi Bin Haji Nor Hashim Pensyarah Teater Jabatan Seni Persembahan, FMSP / UPSI

Pengenalan Artikel ini telah ditulis oleh Nor Shuradi Bin Haji Nor Hashim yang merupakan seorang pensyarah teater dari UPSI. Artikel ini menyatakan tentang keadah pengajaran berpusatkan pelajar. Bagi merealisasikan proses pembelajaran sedemikian , kaedah pengajaran pemusatan pelajar (Student Centered Learning : SCL) yang lebih
1

menekankan tindakan pelajar yang aktif telah dipraktikkan bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai sepertimana yang disasarkan. Maka artikel ini

mengutarakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) yang telah dipraktikkan dan diaplikasikan dalam program minor teater pendidikan.

Ringkasan Tujuan penulis dalam penulisan artikel ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar.Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran. Kaedah yang sesuai amat penting dalam mencapai objektif pengajaran.Kaedah yang sesuai amat penting dalam mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca objektif pengajaran tidak tercapai. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru dan pelajar. Sekiranya guru hanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long , 1982). Menurut penulis, strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim pembelajaran yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif. Mengenai perlaksanaan penaksiran dan penilaian melalui pembelajaran aktif berpusatkan pelajar juga telah menuntut penulis selaku pensyarah bimbingan membina beberapa teknik penilaian pelajar yang berkualiti. Apa yang pasti persekitaran penilaian berpusatkan pelajar teater menyediakan peluang untuk memberi maklumbalas dan penambahbaikan proses pembelajaran.Penilaian berbentuk formatif dan sumatif telah ditekankan di dalam menyumbangkan kepada penilaian dan penaksiran di penghujung
2

proses pembelajaran.Maka penulis selaku pensyarah bimbingan telah menyediakan teknik teknik penilaian bersifat formatif antaranya melalui penulisan jurnal refleksi, penulisan apresiasi seni , penulisan kritikan seni , penyediaan portfolio tugasan , penilaian tugasan amali kuliah , penilaian perbincangan , penilaian penyelesaiaan masalah , penilaian pesembahan , penilaian projek ,penilaian kerja berkumpulan dan ujian kuiz.Penilaian berasaskan rubrik juga diperkenalkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugas para pelajar teater.

Menurut Freiberg (dalam Giam Kah How, 2000) terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini, disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang mana ada diantaranya telah dipraktikkan oleh penulis dalam kajiannya. Antaranya adalah: i. Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir, 2002).Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar. ii. Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggungjawab guru untuk mengenalpasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan.Kelebihan

pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar mengenalpasti , menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif.

iii.

Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu , pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru. Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009). pendapat, menyoal serta

iv.

Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya

menyelesaikan masalah yang dihadapi.Aspek penting yang perlu diketahui ialah tujuan penyelesaian masalah dimana ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.

v.

Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat
4

keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.

vi.

Kaedah Strategi Main Sambil Belajar Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain dan ia juga

mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

vii.

Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997).Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek , memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti , projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi , projek yang bersesuaian dengan objektif pelajaran.

viii.

Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung

menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa

kesan kepada

pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan


5

antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah.

Kritikan artikel Saya menyokong sepenuhnya artikel penulis tentang keberkesanan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar ini. Ini kerana salah satu punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu matapelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap matapelajaran tersebut. Ianya berpunca daripada kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar , tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. (Siapa kata?) Di samping itu , guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah atau syarahan). Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar. Pengajaran kadang kala membosankan kerana tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah atau latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik. ( Hassan Langgulung, 1981 ) Justeru , saya berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami proses tranformasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan guru perlu diubah kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakan kepentingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperiksaan tetapi didalam pengamalan kehidupan sebenar.

Pada pandangan saya , proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya

menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar. Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan seperti yang telah dilakukan oleh penulis dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut. (Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1986 ) Langkah terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan. Semasa pembentangan rakan rakan sebaya digalakkan memberi pendapat , pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran sacara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal , menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaran teater pendidikan. Selain itu, pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang
7

kepada pelajar untuk belajar secara individu , kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. (Azman Wan Chik, 1987 )

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa pengajaran berpusatkan pelajar ini masih ada kelemahannya. Contohnya dengan kaedah berpusatkan pelajar ini akan mengurangkan rasa tanggungjawab guru dalam penyampaian isi pengajaran kerana pelajar belajar sendiri untuk membina sesuatu pengetahuan melainkan guru memainkan peranan sepenuhnya sebagai pembimbing atau fasilitator.

Menurut Syidam Abdullah (2008), terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.

Rumusan Setelah saya membaca artikel ini dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran berpusatkan pelajar amat relevan dan perlu dipraktikkan dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pedagogi pendidikan dimana kurikulum, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan penaksiran penilaian adalah berfokuskan kepada pelajar. Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar juga bermakna pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Justeru itu, pembelajaran pemusatan pelajar lebih berprinsipkan daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar yang merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya peranan guru dalam pembelajaran pemusatan pelajar berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Manakala tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada guru kepada pelajar. Serta
8

proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberikan gred tetapi termasuk memberikan maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran dikendalikan. Selain itu, saya mencadangkan untuk penambahbaikan guru perlu memberikan tugas kepada setiap pelajar dalam kumpulan itu mengikut kemampuan mereka. Ini menggalakkan pelajar mendisiplinkan diri serta dapat mengelakkan pergaduhan antara pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di lakukan. Guru juga boleh membuat aktiviti kumpulan bagi menaikan semangat pelajar untuk berkerjasama dalam kumpulan melalui pertandingan seperti explorer , kuiz dan sebagainya.Akhir kata pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara. Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap yang diharapkan.

Bibliografi 1. Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda. 2. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 3. Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. Diterima Daripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah . Pada 11/01/2010. 4. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. 5. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.
9

6. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. 7. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise. 8. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4. 9. Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia: Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya. 10. Suhaida Abdul Kadir, 2002. Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional] Terhadap Prestasi, Abtribusi Pencapaian,Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Social Dalam Pendidikan Perakaunan. . Universiti Putra Malaysia, tidak diterbitkan. 11. Syidam Abdullah, 2008. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Diterima daripada http://www.scribd.com/doc/8535938/PB-Berpusat-Pelajar. pada 11/01/2010. Pada 11/01/2010

10

Anda mungkin juga menyukai