Anda di halaman 1dari 29

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

ANALISIS PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM MENANGANI MASALAH PENGUASAAN MENULIS DAN MEMBACA

Pensyarah

DR. NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF

MOHD FAESAL MAZIAN BIN JAMIAN

L20112007827

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Isi kandungan

1.0 2.0

Pengenalan Latar Belakang Tajuk 2.1 Objektif Pengajaran Tajuk 2.2 Liputan Tajuk 2.3 Peruntukan Waktu Pengajaran Tajuk

1 2 2 2 3 6 6 6 8 8 9 10 10 10 11 13 13 14 15 15 15 16 17 17 18 19 19 20 21

3.0 3.1 3.1.1 3.1.2 3.2 3.2.1 3.2.2 3.3 3.3.1 3.3.2 3.4 3.4.1 3.4.2 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10

Perkembangan Potensi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Secara Seimbang dan Harmonis Potensi intelek Kepentingan intelek dalam pembentukan jati diri pelajar Kepentingan berjiran dalam kehidupan harian Potensi rohani Kesempurnaan iman berhubung kait dengan adab-adab terhadap jiran Pegangan nilai-nilai murni dalam hidup berjiran Potensi emosi Sifat terpuji membentuk jati diri pelajar Perpaduan pemangkin keharmonian hidup Potensi jasmani Akal yang cerdas pada badan yang cergas Penggunaan tenaga fizikal Pendapat Penulis Meningkatkan intelek pelajar semasa P&P Kepentingan aktiviti sumbangsaran/brainstorming Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Perkembangan unsur rohani dalam P&P Membentuk keperibadian unggul Pemahaman mengenai Islam sebagai agama yang syumul Perkembangan emosi dalam P&P Pelaksanaan unsur jasmani dalam P&P Simulasi/lakonan Kelebihan bekerja dalam kumpulan

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

5.0 6.0

Rumusan Bibliografi

23 24

1.0 PENGENALAN Laporan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumukan baru-baru ini meningkat berbanding tahun 2010. Ini menunjukkan 0.119% calon SPM tahun 2011 memperolehi A bagi semua mata pelajaran. Statistik yang dikeluarkan juga menunjukkan seramai 559 daripada 468,808 calon memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata diduduki, berbanding 403 calon pada tahun 2010. Bagaimanapun kita tidak juga harus lupa mengenai fakta yang disebut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa 8 peratus daripada 6,667 orang pelatih PLKN buta huruf. Akhbar The Star pada 10 Januari 2012 memaparkan berita 8% of National Service trainees cannot read or write. 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN yang tidak boleh menulis dan membaca ini juga adalah terdiri di kalangan calon SPM 2011. Berdasarkan 468,808 orang calon SPM pada tahun 2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Pemahaman membaca dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu pada aras mudah, sederhana sehinggalah kepada aras yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Dechant (1981), Ismail Zakaria et al. (1992) dan Safiah Osman (1990) yang menekankan bahawa murid-murid seharusnya menguasai pemahaman membaca pada peringkat yang paling mudah atau asas sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan pada aras yang lebih tinggi. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid-murid yang gagal untuk menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang pembaca yang mahir (Roshotte & Torgeson 1985). Pernyataan tersebut memberi input kepada kita bahawa kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid adalah berpunca daripada kegagalan guru dalam mengaplikasikan amalan dan strategi membaca secara sistematik dan efektif.
3

pelajaran yang

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Dilihat daripada aspek psikolinguistik, membaca dan memahami akan melibatkan proses mencipta dan meneliti serta menggarap kemampuan mental untuk mencantumkan idea utama dan pada waktu yang sama juga melakukan banyak pertimbangan terhadap sesuatu informasi itu sama ada betul atau sebaliknya (Ismail Zakaria et al. :1992). Dalam konteks pengajaran bahasa pula kemahiran membaca adalah merujuk kepada kemahiran untuk memahami apa yang dibaca atau diistilahkan sebagai kemahiran membaca dan memahami (Abdul Ghalib Yunus 2001). Laporan-laporan yang menyatakan ada pelajar yang belum menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat sekolah ini telah membuka mata masyarakat dan mengharapkan agar ianya tidak menular ke segenap lapisan masyarakat pelajar di negara kita. Apa yang penting semua pihak mencari jalan untuk menangani masalah ini bersama dan bukannya mencari siapa yang bersalah kerana ianya merupakan tanggungjawab bersama.

1.1 LINUS SEBAGAI USAHA PENYELESAIAN Kerajaan melalui KPM amat prihatin dengan masalah buta huruf dikalangan rakyat Malaysia. Antara usaha kpm ialah memastikan semua murid tidak lagi mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012 dengan mewujudkan Program LINUS. Program LINUS juga merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara). Ia mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohot Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Rasional keperluan kepada Program LINUS ini kerana program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II dan dibuat selepas peperiksaan UPSR. Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Program-program yang dilaksanakan ini tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA. KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

2.0 ANALISIS ARTIKEL THE INFLUENCE OF DEMOGRAPHY OF SKILLS OF LINUS PUPILS Artikel The Influence Of Demigraphy Of Skills Of LINUS Pupils ini ditulis oleh En Hasnalee bin Tubah dan Prof. Dr. Zulkifley Bin Hamid pada 2011. En Hasnalee bin Tubah merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak dan Prof. Dr. Zulkifley bin Hamid pula seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pengaruh demografi memberi kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS. Responden kajian melibatkan 131 orang murid-murid LINUS Tahun 1 dan 17 orang guru LINUS yang dipilih secara rawak daripada 15 buah sekolah. Lokasi sekolah yang dipilih berdasarkan kepada kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Kajian yang dijalankan memfokuskan kepada penguasaan membaca dan memahami perenggan dalam kalangan murid-murid kelas intervensi membaca menggunakan program LINUS. Pengkaji juga menyentuh secara lengkap tentang persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini. Menurut artikel ini, membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu
5

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pengetahuan dan melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Artikel ini turut menekankan agar guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 1. Guru yang bertanggungjawab memegang LINUS perlu mempunyai kepakaran dalam menentukan kesediaan murid, dan jelas tentang tahap bantuan (scaffolding) yang perlu diberikan kepada murid-murid LINUS. Di samping itu guru LINUS juga perlu menguasai kemahiran pengajaran secara psikolinguistik iaitu menekankan faktor keupayaan mental dan penguasaan bahasa bagi memberikan kesan yang mendalam terhadap kemahiran membaca dan memahami kepada murid-murid LINUS. Pengkaji telah menganalisis kajian dengan berdasarkan teori Psikososial Vygotsky (1935) yang menjelaskan tentang peranan scaffolding dan ZPT yang perlu dijadikan panduan guru LINUS dalam mengajar kemahiran membaca dan memahami dalam kelas LINUS. Hasil dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa tidak semua faktor demografi murid atau pun guru mempengaruhi kemahiran membaca dan memahami murid.

Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P;) yang perlu diambil oleh setiap guru supaya proses P&P; mencapai objektif pembelajaran dengan memberikan tiga situasi pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama. Beliau menerangkan satu persatu cara P&P; yang diambil oleh tiga guru tersebut dan kemudiannya, membuat perbandingan antara satu sama
lain. Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat kepelbagaian cara pendekatan pembelajaran yang dilakukan oleh tiga guru yang berbeza tetapi mengajar matapelajaran yang sama. Hasilnya, kita dapat melihat dengan jelas 6

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

perbezaan cara P&P; yang dilakukan oleh guru-guru tersebut dan kita dapat membuat perbezaan dan dapat melihat cara pendekatan mana yang dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya perlu ditekankan dalam supaya proses P&P; mencapai objektifnya. Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa guru yang pertama menjalankan proses P&P; beliau dengan mengarahkan perlajar untuk mengambil nota penting tentang isi pelajaran dan di akhir setiap bab, pelajar akan diarahkan untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang akan disoal semasa peperiksaan. Daripada senario pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa, guru pertama ini lebih menekankan tentang keputusan peperiksaan pelajar semata-mata. Guru tersebut langsung tidak mengaplikasikan konsep kepelbagaian dalam teknik pengajaran beliau. Walaupun guru tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tanpa adanya konsep kepelbagaian samada kepelbagaian cara pengajaran atau kurikulum pembelajaran ataupun arahan, objektif pembelajaran tersebut tidak akan tercapai.

BIDANG: INTERPERSONAL FOKUS UTAMA: 3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat FOKUS SAMPINGAN: 3.1 Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya pengucapan yang betul semasa

berunding. 3.2 Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang lain.

Pada akhir pelajaran pelajar dapat: 1. Murid dapat berbincang dengan menggunakan ragam bahasa yang betul. 2. Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang lain secara terbuka. 3. Menggunakan kata kerja yang tepat dalam ayat Aras 2.

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

i, Mengemukakan hujah dan menegaskan pendirian dengan sopan tentang sesuatu topic yang dibincangkan dengan cara bersahaja.

2.1

MASALAH KEPADA PELAJAR MELAYU Walaupun pelajar Melayu telah bertutur menggunakan Bahasa Melayu sejak dari kecil,

tetapi masih ramai dikalangan mereka yang gagal mengungkapkan bahasa itu dengan tepat dan baik kerana beberapa kekangan, diantaranya pengaruh dialek. Sebagai contoh, bagi murid Melayu di Kelantan seringkali keliru dengan perkataanperkataan yang digunakan oleh guru mereka sehingga menyebabkan mereka tersalah tafsir sesuatu makna perkataan tersebut. Contohnya, mereka mungkin keliru dengan penggunaan kata culas. Berdasarkan makna Bahasa Melayu yang betul, culas bererti malas, letih atau tidak bermaya sedangkan dalam dialek

2.2

LIPUTAN TAJUK 1. Maksud berjiran menurut Islam 2. Hak dan tanggungjawab berjiran 3. Cara menyemai semangat kejiranan 4. Hikmah menjaga adab berjiran 5. Implikasi tidak beradab dengan jiran

2.3 PERUNTUKAN WAKTU PENGAJARAN TAJUK

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Perkembangan dan masa Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID Tayangan sedutan filem Melihat dan menghayati sedutan filem

Alatan/ Catatan ABM: LCD Laptop

Langkah 1 (25 minit)

Maksud

Guru menjelaskan : - Maksud berjiran - Jenis-jenis hak jiran - Tanggungjawab terhadap jiran Pelajar memberi perhatian terhadap proses P&P

ABM: Buku teks Kertas mahjong

berjiran menurut Islam Hak dan

tanggungjawab terhadap jiran Membahagikan kepada 3 kumpulan pelajar Pelajar bergerak mengikut kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru Setiap kumpulan mewakili jenis-jenis jiran iaitu: Jiran sesama Muslim dan mempunyai hubungan kekeluargaan Jiran sesama Muslim tetapi tidak mempunyai hubungan kekeluargaan Jiran bukan Islam

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Guru memberikan kertas Pelajar mengenalpasti cirimahjong kumpulan kepada setiap ciri mengenai tanggungjawab terhadap jiran Menyuruh pelajar menulis Pelajar menulis di dalam mengenai tanggungjawab kertas yang disediakan terhadap jiran Guru meminta pelajar Pelajar akan mengangkat

menyebutkan satu persatu senarai tanggungjawab dan mengenai tanggungjawab menyebutnya apabila terhadap jiran mendengar jenis jiran yang disebut oleh guru

Langkah 2 (25 minit)

Cara

Guru menulis di papan tulis Melayu: orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa Guru memberikan arahan supaya pelajar membuat simulasi/lakonan 10 Pelajar membuat simulasi/lakonan suatu pepatah Pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan mengenai lakonan yang akan dipersembahkan

menyemai semangat kejiranan Hikmah menjaga adab berjiran

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

berdasarkan pepatah Melayu tersebut Langkah 3 (15 minit) Implikasi (Skrip lakonan disediakan) Guru menyediakan 5 sampul surat. Di dalam sampul tersebut, mengandungi soalan atau arahan mengenai tajuk yang telah dipelajari Pelajar memberikan sumbangsaran/brainstorming mengenai soalan yang ditanya ATAU Pelajar menunjuk cara beradab terhadap jiran Penutup (10 minit) Memberikan latihan pengukuhan kepada pelajar Pelajar membuat latihan dalam buku latihan di akhir proses P&P Pelajar memilih 1 sampul untuk menjawab soalan

tidak beradab sesama jiran

3.0 PERKEMBANGAN POTENSI INTELEK , ROHANI, EMOSI DAN JASMANI (JERI) SECARA SEIMBANG DAN HARMONIS 3.1 POTENSI INTELEK Elemen intelek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diterjemahkan sebagai :
Berkaitan dengan akal, daya berfikir dan unsur penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan

Manusia berintelek ialah manusia yang bijaksana, berfikir secara kritis dan kreatif
Menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas

3.1.1 Kepentingan intelek dalam pembentukan jati diri pelajar

11

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Sebagai seorang pendidik, salah satu kewajiban yang yang harus dipenuhi adalah membantu mempengaruhi kemampuan intelektual pelajar agar dapat berfungsi secara optima, dan mencuba melengkapi proses pengajaran yang ditujukan bagi mereka yang lambat dalam belajar1. Contohnya, guru berperanan sebagai fasilitator ketika pembelajaran berlaku. Pelajar yang cerdas akan diberi pengayaan manakala pelajar yang lemah akan diberi pemulihan. Unsur intelek mengandungi aspek-aspek seperti hikmah, iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran, daya fikir yang kreatif dan inovatif, daya fikir yang logik dan analitis dan sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah Ilmu yang bermanfaat dapat memandu pemikiran pelajar agar selalu melakukan sesuatu pekerjaan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak. Malah, implikasi daripada intelek ialah pelajar sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitarannya. Ini bermakna pelajar berhasil menyebarluaskan ilmu yang dipelajarinya ke segenap ruang lingkup hidup selaku seorang Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Selain itu, pelajar boleh membuat pertimbangan seperti berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Melalui perbincangan bersama-sama dengan guru serta rakan-rakan, pelajar telah didedahkan dengan kaedah pemikiran yang boleh membantu mereka membuat pertimbangan semasa membuat keputusan. Segala pertimbangna yang dibuat akan dilakukan secara kolektif tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kehidupan. Pelajar akan bersifat rasional iaitu boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Perkara ini adalah penting kerana mendidik pelajar supaya bertindak secara betul jika menghadapi masalah. Sebagai contoh, jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan seperti mencuri, pengawas sekolah tidak boleh mengambil tindakan secara sendirian seperti memukul pelajar tersebut tetapi hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada guru disiplin sekolah. Kemahiran yang akan dimiliki oleh pelajar yang intelek ialah menguasai asas 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Jika kemahiran ini dapat dikuasai sepenuhnya, sudah tentu mereka
1

Drs. Slameto, Belajar Dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya, Edisi Ketiga, 1995, Rineka Cipta, Jakarta, muka surat 132

12

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

dapat memahami pelajaran yang diajar oleh guru dengan jayanya. Maka tidak akan timbul pelajar yang keciciran dalam pelajaran mereka. Implikasi daripada intelek ialah pelajar akan berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Ini bermakna bahawa proses pembelajaran itu tidak hanya setakat di sekolah menengah, bahkan melebihi daripada itu. Ini bertepatan dengan suruhan dalam agama iaitu pembelajaran sepanjang hayat (long life learning). Malah pelajar berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Kemahirankemahiran ini dapat diasah kerana kecerdasan seseorang itu boleh dikembangkan jika mengikut cara atau kaedah yang tertentu. Seorang pelajar yang mampu memiliki nilai tambah ini sudah pasti mengubah dirinya serta persekitarannya dalam pelbagai aspek tidak kira dari segi cara hidup dan pemikiran. Berbalik kepada tajuk menghayati adab berjiran, pelajar akan memiliki suatu persepsi baru mengenai kejiranan. Setelah mempelajari tajuk ini, pelajar mengetahui akan kepentingan berjiran serta hak-hak mereka. Seterusnya, mereka akan memahami akan tuntutan yang harus ditunaikan selaku seorang Muslim.

3.1.2 Kepentingan berjiran dalam kehidupan harian Dalam tajuk adab berjiran pelajar akan pendedahan jenis-jenis jiran berserta tanggungjawab terhadapnya. Pelajar akan dapat mengetahui mengenai peranannya apabila berinteraksi dalam hidup berjiran. Melahirkan memupuk kemesraan sesama jiran tanpa mengira bangsa. Pelajar dapat mengahayati sirah-sirah rasulullah S.A.W mengenai hubungannya sesama jiran. Mendedahkan kepada pelajar mengenai keharmonian hidup berjiran seperti sifat bantu membantu ketika dalam kesusahan

3.2 POTENSI ROHANI.

13

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Elemen rohani memainkan peranan dalam memastikan kualiti pelajar yang dihasilkan melalui sistem pendidikan Malaysia menjadi seimbang. Elemen ini akan memberi implikasi terhadap pelajar mengenai kepercayaan kepada tuhan , bersyukur dengan pemberian tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai nilai murni2. Jika elemen ini tidak dititik beratkan ia akan menghasilkan pelajar yang cemerlang yang tiada pegangan agama dan hilang nilai-nilai murni. Pengukuhan ikatan kerohanian dilihat berperanan besar memantapkan jiwa remaja dengan menerapkan nilai-nilai kesucian hati berteraskan semangat keimanan dan keikhlasan kepada Allah S.W.T. Ikatan kerohanian ini boleh di capai melalui lima pendekatan iaitu ikatan dengan peribadatan, ikatan dengan Al-Quran Al-Karim, ikatan dengan masjid, ikatan dengan zikrullah, ikatan dengan amalan ibadat Nawafil(sunnat) dan ikatan dengan Muraqabah(mengawas diri) kepada Allah S.W.T. Secara umumnya, pengukuhan ikatan kerohanian merupakan antara keutamaan yang di beri penekanan di dalam falsafah pendidikan Islam sebagai pelan tindakan dalam menyediakan remajanya yang memiliki keseimbangan dalam mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat. 3.2.1 Kesempurnaan iman berhubung kait dengan adab-adab terhadap jiran Berdasarkan hadis nabi S.A.W yang bermaksud Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Hadis ini merupakan dalil atau sumber yang dijadikan panduan dalam bab adab berjiran bagi mata pelajaran pendidikan islam tingkatan dua. Semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku, guru akan membaca hadis berserta maksudnya. Kemudian guru akan menghuraikan isi kandungan hadis ini dan kaitannya dengan bab ini. Rohani pelajar dapat dikembangkan melalui pembelajaran tajuk ini . Keimanan pelajar kepada ALLAH S.W.T dapat dipertingkatkan dan dikuatkan dengan mengamalkan dan melaksanakan tanggungjawabnya terhadap jiran. Islam telah menggariskan kepada umatnya tanggungjawab terhadap jiran sama ada dengan jiran muslim atau bukan islam.

http://www.scribd.com/doc/4535706/Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia
14

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Seterusnya, perkembangan rohani pelajar dapat diperkembangkan dengan sikap tolong menolong sesama jiran. Pelajar yang melaksanakan tanggungjawabnya terhadap jiran akan menjadi contoh tauladan kepada orang bukan islam. Secara tidak langsung ia memberi pandangan positif kepada orang bukan islam bahawa agama islam menyeru umatnya mengamalkan sikap tolong menolong, hormat menghormati dan sayang menyayangi sesama manusia tanpa mengira warna kulit , bangsa dan agama. Peranan guru amat besar sekali dalam menekankan bahawa adab sesama jiran ini amat penting kerana ia melibatkan kesempurnaan iman seseorang. Dengan penekanan yang begitu berat sekali akan membantu dalam proses untuk memperkembangkan rohani pelajar agar selaras dengan falsafah pendidikan islam.

3.2.2 Pegangan nilai-nilai murni dalam hidup berjiran Tajuk adab berjiran ini mendedahkan kepada pelajar elemen rohani iaitu hidup bermasyarakat perlu berpegang menjaga nilai nilai murni. Antara nilai murni yang diterapkan melalui tajuk ini ialah konsep ziarah menziarahi jiran samada jiran muslim atau bukan Islam. Melaluli penerapan ini pelajar dapat memahami bahawa ziarah menziarahi ini merupakan salah satu kehendak agama dalam menjaga hubungan sesama manusia. Menurut Ibn Sina(1953) falsafah teoritikal bertujuan menyempurnakan jiwa(nasf) dengan mengetahuinya, maknanya berlakunya kepercayaan yang diyakini tentang hal yang wujud. Tujuan faksafah praktikal bukan sekadar menyempurnakan jiwa dengan pengetahuan tetapi menyesuaikan dengan kehendak pengetahuan itu3.

3.3 POTENSI EMOSI

Prof. Dr Hasan langgulung(2002), Peralihan paradigm dalam pendidikan Islam dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama , Jakarta m/s 57

15

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dari segi emosi merupakan salah satu elemen yang dititikberatkan dalam falfasah pendidikan kebangsaan. Elemen tersebut dititikberatkan kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut: 4 Mempunyai emosi yang matang dan stabil; Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang; Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

3.3.1 Sifat terpuji membentuk jati diri pelajar Topik adab berjiran ini menanamkan kepada pelajar mengenai sifat sifat yang terpuji yang perlu dijaga dan dibudayakan dalam hubungan dengan jiran tetangga. Hak dan tanggungjawab pelajar terhadap jiran antaranya ialah hormat menghormati dan kasih mengasihi. Pelajar akan dipupuk dengan sifat-sifat tersebut dalam sesi pembelajaran. Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W menggalakkan kita supaya sentiasa berkasih sayang sesama manusia tanpa mengira agama , warna kulit dan kaum. Hadis nabi yang bermaksud 3 perkara : barangsiapa yang memiliki sifat ini dia akan memperolehi kemanisan iman 1) hendaklah Allah dan Rasul itu lebih dia kasihi daripada dirinya sendiri dan daripada perkara lain. 2) dia mengasihi saudaranya kerana Allah 3) dia membenci dirinya kembali kepada kufur sebagai mana dia membenci dirinya dicampakkan kedalam api neraka.Berdasarkan hadis tersebut sudah jelaslah bahawa sifat kasih sayang wajar dipupuk di dalam diri pelajar melalui kehidupan kejiranan. Seterusnya melalui pembelajaran tajuk ini, pelajar diberi penekanan dengan sifat kesabaran. Penerangan guru mengenai situasi-situasi yang tertentu yang boleh mencabar kesabaran pelajar kerana manusia dicipta dengan pelbagai tingkah laku dan pelbagai jenis keperibadian. Guru menyatakan kepada pelajar beberapa contoh situasi dimana pelajar perlu menonjolkan sifat sabar apabila menghadapi situasi berikut. Jiran yang panas baran , jiran yang suka mendengar muzik
4

http://d.scribd.com/docs/1tdwwuwqxfgtbk9vv2vf.pdf
16

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

terlalu kuat, jiran yang pengotor dan sebagainya merupakan contoh-contoh jiran yang mengabaikan hak dan tanggungjawab berjiran. Disini pelajar dipupuk menghadapi situasi berikut dengan kesabaran agar tiada perpecahan dalam masyarakat. Sebagai mana firman ALLAH S.W.T di dalam surah al radu yang bermaksud Dan orang-orang Yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan Dengan cara Yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan Yang sebaik-baiknya pada hari akhirat

3.3.2 Perpaduan pemangkin keharmonian hidup Hati nurani setiap manusia yang hidup di dunia ini inginkan suatu kehidupan yang penuh keharmonian, bersatu padu dan tiada permusuhan. Topik adab berjiran juga membicarakan tentang adab pergaulan sesama manusia dan kepentingan menjaga hak dan tanggungjawab terhadap jiran. Melalui penerapan dalam tajuk ini pelajar perlu menjaga adab berjiran supaya perpaduan hidup masyakat dapat dijaga. Guru menyatakan satu larangan keras daripada Allah dan juga rasulNya mengenai sifat yang keji iaitu prasangka buruk terhadap jiran sebagai mana sabda rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya Tinggallah apa yang meragui kamu kepada apa yang tidak meragui kamu . Hadis ini jelas menunjukkan bahawa prasangka buruk boleh membawa kepada permusuhan dan perpecahan dalam kehidupan. Pelajar juga dipupuk dengan sifat rendah diri dan menghormati jiran dalam tajuk adab berjiran ini. Penekanan sifat ini bagi mengelak pelajar daripada sikap sombong, tidak menghormati dan bongkak terhadap jiran. Perpecahan dan pergaduhan boleh tercetus dengan tiadanya sifat rendah diri dan hormat menghormati. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan untuk memberi penerangan kepada pelajar. Sebagai contoh, jika berlaku kecemasan seperti tiada kenderaan untuk membawa isteri hendak bersalin ke hospital. Jika kita seorang yang sombong dan bongkak nescaya jiran tidak akan memberi pertolongan walaupun dalam keadaan kecemasan.

17

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Perpaduan dalam masyarakat amat dititikberat oleh kerajaan. Kestabilan dan kemakmuran dalam negara amat penting sekali. Sehubungan dengan itu satu pelan telah diwujudkan yang telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi pada 23 April 2004. Pelan tersebut dinamakan Pelan Integriti Nasional atau ringkasnya (PIN). Salah satu dari objektif khusus PIN adalah menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti5 3.4 POTENSI JASMANI Kurikulum itu hendaklah dilihat dalam erti kata aktiviti dan pengalaman, bukannya ilmu bagi dicari dan fakta bagi diingat ( Laporan Haddow,1931) 3.4.1 Akal yang cerdas pada badan yang cergas Menyedari kepentingan remaja sebagai aset yang cukup bernilai dalam membentuk saf kepimpinan masa depan, maka Islam membangunkan remajanya bukan hanya terarah kepada pembangunan kerohanian semata-mata, malah turut memfokuskan kepada pembangunan jasmani. Pembangunan ini diimplimentasikan melalui pendekatan pengukuhan ikatan jasmani bagi memenuhi tuntutan masa lapang remajanya dengan aktiviti-aktiviti jihad, latihan-latihan ketenteraan dan latihan-latihan jasmani serta permainan, agar wujud keseimbangan antara kehendak-kehendak rohani dan keperluan-keperluan jasmaninya. Keseimbangan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga merupakan suatu keperluaan.

Kepentingan ikatan jasmani ini dapat dilihat melalui sabda Rasulullah S.A.W seperti diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud ; Seorang Mumin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada si Mumin yang lemah

http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasan_Mengenai_Pelan_Integriti_Nasional.pdf
18

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Bahawasanya Rasulullah S.A.W telah membaca ayat ini (maksudnya) dan perlengkapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan. Kemudian baginda bersabda ; Ingatlah, bahawa kekuatan itu dengan melimpar panah! Ingatlah, bahawa kekuatan itu dengan melimpar panah!

Ikatan kemasyarakatan berdasarkan tajuk pengajaran dan pembelajaran ini iaitu Menghayati Adab Berjiran membawa remaja Islam untuk memahami realiti kehidupan dengan suasana kemasyarakatan yang bersih dan baik supaya mereka mampu mengambil sumber kebersihan itu bagi diri mereka, membina kesucian hati, ketetapan iman, ilmu yang bermanfaat, akhlak yang mulia, kekuatan jasmani, kesedaran Islam dalam pemikiran, jihad yang benar dalam berdakwah, kejernihan yang dipuji Allah S.W.T bagi jiwa mereka dan pendorongan keimanan pada agama yang mereka. 3.4.2 Penggunaan tenaga fizikal Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan gabungan elemen jasmani. Guru perlulah menggunakan aspek fizikal secara terancang dan bersesuaian dengan pembelajaran dalam kelas. Sebagai contoh pelajar bergerak dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru. Melalui pergerakan ini pelajar diajar untuk bergerak mengikut arahan. Seterusnya, pergerakan dalam simulasi atau lakonan dapat mengembangkan bakat dan kemahiran pelajar untuk mengadaptasikan subjek yang diajar dalam kehidupan yang nyata. Kemahiran ini adalah menyerupai tajuk Pendidikan Islam yang lain seperti solat, yang mana memerlukan kepada amali dan bukannya sekadar teori sahaja. Kata-kata hikmah telah menyatakan ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

19

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.0 PENDAPAT PENULIS:

4.1 Meningkatkan intelek pelajar semasa P&P Semasa pengajaran dan pembelajaran pelajar akan saling memberi sumbangsaran iaitu melontarkan idea serta buah fikiran masing-masing dengan bebas yang bersangkutpaut dengan tugasan yang diberikan. Ini memberi satu pendedahan kepada para pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Idea-idea yang dilontarkan oleh pelajar-pelajar juga boleh membantu guru untuk mengembangkan potensi pelajar . Konsep pendidikan bersepadu atau kesepaduan ilmu dapat meningkatkan kecemerlangan ilmu dan pada masa yang sama mendekatkan manusia kepada Allah SWT. Dalam kata lain, semakin tinggi pendidikan, manusia akan bertambah ketakwaannya dan semakin dekat cintanya kepada Allah SWT6. Guru perlulah banyak menggunakan kaedah pengajaran seperti problem based learning untuk meningkatkan daya fikir pelajar. Semasa pembelajaran dan pengajaran guru boleh menimbulkan permasalahan dalam masyarakat dan meminta pelajar mengeluarkan cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang diutarakan.

4.2 Kepentingan aktiviti sumbangsaran/brainstorming

Dr Tajul Ariffin Noordin, Majalah Pendidik, Ogos 2008 , m/s 61

20

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Ia juga boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan professional yang menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Kepentingan aktiviti sumbangsaran ini ialah pelajar akan dapat mengembangkan daya intelek yang dimiliki serta dapat mewujudkan semangat bekerjasama di antara sesama mereka. Implikasinya, ia boleh mengeratkan lagi perpaduan di kalangan mereka. Aktiviti ini juga melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pelajar akan menggunakan keupayaan intelek untuk berfikir semasa sesi penerangan pengajaran dan pembelajaran serta soal jawab. Proses ini akan memerlukan pelajar menggunakan aras pengetahuan sedia ada untuk pengukuhan pembelajaran. Selain itu, ia juga melibatkan pelajar menggunakan tahap pemahaman, pemikiran kreatif serta kritis dan pengaplikasian apa yang dipelajari untuk jangka masa pendek dan panjang di dalam kehidupan .

4.3 Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Dalam langkah 3 (Rancangan Pengajaran), pelajar diajak untuk berfikir secara kritis mengenai implikasi jika tidak beradab terhadap jiran. Penilaian ini dibuat secara spontan iaitu pelajar dikehendaki memilih satu sampul surat yang mengandungi soalan. Terdapat dua kaedah untuk menjawab soalan sama ada melalui lisan ataupun melalui tunjuk cara. Perbuatan melakonkan pepatah Melayu Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa dapat mengembangkan estetika iaitu kesenian dan daya kreatif pelajar. Pelajar-pelajar disarankan untuk melakonkan pepatah tersebut bagi memberi gambaran sebenar mengenai realiti hidup berjiran. Pelajar perlu mengabungkan pengalaman dirumah ketika berinteraksi dengan jiran tetangga. Sehubungan dengan itu, pelajar akan membuat lakonan dengan menggunakan idea-idea daripada perbincangan mereka untuk menghasilkan lakonan yang baik. Pelajar akan mengadaptasi
21

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pelajaran lain untuk dimasukkan dalam lakonan mereka seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Malaysia agar lakonan yang dipersembahkan menarik dan bersifat praktikal.

4.4 Perkembangan unsur rohani dalam P&P Pelajar dapat mengetahui dan mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia7. Sebagai contoh, pelajar memberikan salam atau berjabat tangan semasa bertemu dan berpisah dengan jiran serta orang-orang yang beragama Islam. Selain itu, pelajar dapat mengikuti contoh tauladan yang baik daripada Rasulullah SAW dalam melayani jiran tetangga tidak kira mereka itu beragama Islam ataupun sebaliknya. Setiap yang kita lakukan akan menunjukkan dan memberikan gambaran nilai tertentu. Dalam perkara ini, Rasulullah SAW mengajar umat baginda untuk mengasihi sesama manusia terutamanya jiran yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Tambahan pula, pelajar dapat membaca dalil-dalil yang berkaitan dengan menghayati adab berjiran. Selain daripada itu, guru berperanan dalam menyampaikan intipati serta tuntutan yang terdapat dalam dalil-dalil mengenai adab berjiran. Apabila keimanan dapat ditingkatkan, pemikiran pelajar akan menjadi sihat dan beradab. Ini adalah benteng atau kekuatan yang dapat melindungi pelajar daripada melakukan aktiviti tidak berakhlak dan bermoral. Pemikiran sihat akan memulakan gaya hidup yang sejahtera dengan fitrah insan. Maksudnya secara sedar pelajar akan berasa benci dan jijik terhadap gaya hidup yang bertentangan dengan fitrah manusia8.

4.5 Membentuk keperibadian unggul


7

Rohaty Mohd. Majzub, Pendidikan Pra Sekolah, 1991, Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor, muka surat 77 Dr Tajul Ariffin Noordin, Majalah Pendidik, Ogos 2008 , m/s 61

22

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Melalui pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas, pelajar dapat membentuk konsep diri yang positif. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah adalah satu aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kacamata Islam. Malah dapat membentuk anak didik menjadi insan yang bertaqwa sehingga mampu mencintai Allah serta merasa sangat takut melakukan perkara yang mengundangkan kemurkaan Allah. Pendidikan yang dilakukan oleh guru hendaklah selari dengan fitrah insan. Pendidikan tidak seharusnya berorientasikan perniagaan berbanding amanah untuk pembangunan insan. Guru seharusnya tidak berpusatkan kepada murid semata mata sehingga mengabaikan akhlak, adat dan adab dalam pendidikan . Guru juga perlu mengaitkan kisah-kisah teladan dan membawa contoh-contoh keratan akhbar yang berkaitan dengan adab berjiran. Ini merupakan salah satu pendedahan dan gambaran yang jelas dan memberi kesan yang mendalam terhadap diri pelajar.

4.6 Pemahaman mengenai Islam sebagai agama yang syumul Secara umumnya, tajuk ini mengajar pelajar untuk memahami bahawa Islam itu adalah berbentuk universal. Maksudnya ialah Islam itu menjaga perhubungan serta tatasusila manusia. Setiap manusia berhak diberikan layanan yang sama tanpa mengira latarbelakang mereka terutamanya berkenaan dengan adab berjiran. Perkara ini jelas menunjukkan Islam memberi panduan kepada manusia dalam bermuamalat atau berhubungan setiap hari. Penghayatan ini amatlah bermanfaat bagi melahirkan masyarakat penyayang dan bertanggungjawab. Pendidikan Islam dilihat menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah autority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Justeru, secara umumnya pendidikan Islam bolehlah dirumuskan sebagai usaha atau proses mengajar, mengasuh, mendidik dan mengembangkan potensi individu dari segi aqli, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan seimbang yang mampu membangunkan diri, keluarga dan
23

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

masyarakat berteraskan ajaran Islam dengan matlamat mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

4.7 Perkembangan emosi dalam P&P Melalui aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan, pelajar dapat membina sikap yang positif terhadap pembelajaran. Interaksi dengan rakan sebaya akan mencetuskan perhubungan yang baik serta mengeratkan persaudaraan. Selanjutnya, pelajaran ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab sosial yang harus mereka fahami dan hayati setiap waktu. Setiap jiran itu mempunyai haknya yang tertentu dan terpulanglah kepada pelajar untuk mengaplikasikannya berdasarkan landas yang telah ditetapkan. Disamping itu, sikap belas kasihan dan bertimbang rasa dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah mempelajari tajuk ini, pelajar dapat membiasakan diri dengan tingkah laku yang baik kepada jiran tetangga seperti menoloong jiran di waktu mereka menghadapi kesusahan mahupun ketika ditimpa malang. Aktiviti lakonan berdasarkan pepatah Melayu Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa dapat menyemai sikap berbudi bahasa dan bersopan santun dalam diri pelajar. Mereka akan melaksanakan amalan-amalan yang baik seperti memberi salam atau ucap selamat jika bertemu dengan jiran. 4.8 Pelaksanaan unsur jasmani dalam P&P Melalui aktiviti yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar diajar untuk melafazkan serta menyebut dalil daripada hadith dengan betul. Guru berperanan dalam membetulkan sebutan pelajar agar sebutannya betul dan bertepatan dengan lahjah Arab. Pelajar mendengar guru menyebut dan kemudiannya membaca secara beramai-ramai. Setelah itu, pelajar mendengar penerangan ringkas tentang maksud hadith.

24

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Selain itu, pelajar diajar untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan semasa perbincangan diadakan. Pergerakan untuk membentuk kumpulan-kumpulan jelas menunjukkan bahawa arahan yang diterima daripada guru difahami dengan jelas. Antara pengajaran yang tersirat (hidden curriculum)9 melalui tajuk menghayati adab berjiran ini ialah membentuk disiplin diri. Arahan yang diterima daripada guru akan difahami oleh pelajar. Seterusnya pelajar dikehendaki mematuhi arahan serta peraturan yang telahpun diberikan seperti membentuk kumpulan. Secara tuntasnya, aktiviti yang dijalankan telah membentuk pelajar agar berdisiplin semasa menuntut ilmu. Komunikasi yang berlaku sepanjang perbincangan menggalakkan pelajar untuk memperoleh kemahiran lisan. adab bertanya dan sebagainya. Kordinasi motor kasar10 seperti pergerakan membuat kumpulan serta lakonan mengenai tajuk menghayati adab berjiran diketengahkan semasa pembelajaran berlangsung. Pelajar-pelajar akan menggunakan koordinasi badan mereka mengikut skrip lakonan yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, lakonan berdasarkan perumpamaan Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. 4.9 Simulasi/lakonan Pelajar diberikan ruang untuk melakonkan cara-cara untuk menghormati jiran. Ini kerana jiran itu terdiri daripada golongan dewasa dan tua mahupun sebaya dengan mereka. Sudah tentu cara berkomunikasi tidak sama kerana terdapat perbezaan tahap umur serta latar belakang dan ia memerlukan kepada suatu pendekatan yang lebih sesuai untuk berinteraksi. Perlakuan seperti memberi salam serta melafazkan ucapan yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami tajuk ini dengan lebih berkesan. Tambahan pula pelajar sudahpun mempunyai pengetahuan sedia ada kerana mereka berhadapan dengan situasi tersebut setiap hari dalam kehidupan mereka.
9

Mereka akan berbual dan berbincang mengenai tugasan yang

diberikan dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai seperti adab memulakan perbincangan,

Kuliah KPF5012, Dr. Mohd Ariffin Bin Ghazali, 23 Januari 2009, Taman Bernam Baru 2 Rohaty Mohd. Majzub, Pendidikan Pra Sekolah, 1991, Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor, muka surat 78

10

25

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Simulasi atau lakonan adalah satu bentuk amali yang lebih praktikal berbanding dengan teori. Amali tersebut merupakan satu pendekatan yang jelas untuk pelajar memahami tajuk ini dengan kefahaman yang jitu. Menurut kaedah Taksonomi Benjamin Bloom, lakonan atau simulasi ini adalah ditahap aras aplikasi. Aras aplikasi ialah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Antara objektif umum yang digunakan adalah seperti menjalankan tunjuk cara kaedah dan prosedur yang betul11. 4.10 Kelebihan bekerja dalam kumpulan Perumpamaan Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh melambangkan bahawa bekerja dalam kumpulan itu memberikan banyak manfaaat serta faedahnya berbanding dengan kerja yang dilakukan secara sendirian. Hal ini kerana pelajar akan dapat menggabungkan idea atau cadangan masing-masing secara kolektif. Pengetahuan sedia ada dikalangan pelajar mampu mencetuskan idea yang pelbagai serta menarik. Malahan kerja secara berkumpulan dapat membina keyakinan setiap ahli kumpulan. Ini kerana tanpa kerjasama yang padu daripada semua ahli kumpulan, mereka tidak dapat menghasilkan kerja yang diarahkan oleh guru. Pengajaran berkumpulan memudahkan guru membimbing murid dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bersistem. Di samping itu, guru juga mudah mengesan maklum balas pembelajaran murid-muridnya12. Kesannya ialah tidak ada pelajar yang ketinggalan untuk mengikuti pembelajaran kerana segala aktiviti memerlukan kerjasama antara pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini, guru telah membahagikan pelajar kepada kumpulan pelbagai kebolehan13. Ini bermakna di dalam setiap kumpulan terdiri daripada pelajar yang cerdas, pelajar sederhana dan pelajar lemah. Perkara ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab pelajar terhadap kumpulan dan ahli-ahli dalam kumpulannya.
11

Bhasah bin Hj Abu Bakar, Pengujian , Pengukuran , Dan Penilaian Pendidikan,2007, Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur, m/s 67 dan 68
12

Pengurusan Bilik Darjah, Jilid 5, 1994, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 4
13

Pengurusan Bilik Darjah, Jilid 5, 1994, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 5

26

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Disamping itu, pelajar yang cerdas berperanan untuk membantu rakannya yang lemah selain daripad menggalakkan kerjasama diantara mereka.

5.0 RUMUSAN:

27

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Tajuk Menghayati Adab Berjiran dapat menjadikan sesorang pelajar itu memahami akan tuntuan sebagai seorang Muslim dan juga sebagai seorang jiran. Perkara ini menjadikan pelajar berskap lebih bertanggungjawab terhadap jiran mereka walaupun jirannya itu tidak seagama dengannya. Perkara ini telahpun ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk membentuk generasi masa hadapan yang memiliki peribadi dan akhlak yang tinggi. Malah, generasi yang terdidik ini nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama14. Selain itu, nilai-nilai murni yang terkandung semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat difahami dengan baik oleh para pelajar. Pembatinan nilai atau penerapan nilai murni adalah merupakan unsur-unsur yang penting kepada proses sosialisasi15. Proses inilah yang mencorakkan perkembangan emosi dan sahsiah individu pelajar agar menjadi lebih progesif serta membentuk menjadi insan yang lebih sempurna. Akhir kata, guru berperanan penting dalam melahirkan pelajar yang bersih mindanya daripada anasir negatif yang kian meruncing dalam masyarakat kita sekarang. Diharapkan segala input yang diberikan di kelas dapat dipraktikkan oleh pelajar tidak kira di mana mereka berada.

RUJUKAN Abu Bakar Nordin, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, 2008, Edisi Kedua, Quantum Books, Tanjung Malim

14

Abu Bakar Nordin, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, 2008, Edisi Kedua, Quantum Books, Tanjung Malim, muka surat 73
15

Abd Rahim Abd Rashid, Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum, 1993, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 33

28

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Abd Rahim Abd Rashid, Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum, 1993, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 33 Drs. Slameto, Belajar Dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya, Edisi Ketiga, 1995, Rineka Cipta, Jakarta Prof. Dr Hasan langgulung(2002), Peralihan paradigm dalam pendidikan Islam dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama , Jakarta Rohaty Mohd. Majzub, Pendidikan Pra Sekolah, 1991, Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor Kuliah KPF5012, Dr. Mohd Ariffin Bin Ghazali, 23 Januari 2009, Taman Bernam Baru 2 Pengurusan Bilik Darjah, Jilid 5, 1994, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur http://www.scribd.com/doc/4535706/Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia http://d.scribd.com/docs/1tdwwuwqxfgtbk9vv2vf.pdf http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasan_Mengenai_Pelan_Integriti_Nasional.pdf http://www.psikologi-perkembangan.blogspot.com/ http://members.tripod.com/Bobezani/teknik.htm

29

Anda mungkin juga menyukai