Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2017

Program : PDPLI TAHFIZ Nama Pelajar :


Kod : TFZK2023 Semester / Tahun : SEMESTER 2
Ambilan : JUN 2017
Nama Kursus :
Kumpulan : 2.01 – 2.07
KAEDAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TAHFIZ SEKOLAH
MENENGAH

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Esei 2 Januari 2018 1 Mac 2018

2. Pembinaan dan Pembentangan RPH 19 Mac 2018 23 Mac 2018

3. Kuiz 19 Mac 2018 23 Mac 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan pelbagai strategi dan pendekatan pengajaran bersesuaian dengan


gaya pembelajaran (C1, P1, A3, PLO1).
2. Membanding beza kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz secara
tradisional dan moden (C2, P2, P4, A4, PLO2, PLO3).
3. Mengaplikasi pedagogi Maharat al-Quran dalam pengajaran dan pembelajaran (C3,
A4, PLO2, PLO3).
4. Membina rancangan pengajaran harian Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran
menepati format yang ditentukan secara kumpulan (C6, A4, PLO4, PLO5).

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat :
1. Menghuraikan perbezaan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz
secara tradisional dan moden dengan kritis dan bernas.

2. Mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Maharat al-


Quran yang sesuai melalui pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) serta
memberi justifikasi terhadap kaedah tersebut.

1
3. Menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian secara berkumpulan dalam
bidang Maharat al-Quran yang menepati format serta melaksanakan
pembentangan.

Guru Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan agen pelaksana yang memainkan peranan
penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kegagalan
guru dalam merancang, mengolah dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan akan menjejaskan pelaksanaan kurikulum. Oleh itu, pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik sangat penting untuk memastikan
kejayaan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru
TMUA, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

Tugasan 1 ( Penulisan Esei - 30% ) – INDIVIDU

Tugasan ini adalah tugasan individu. Anda dikehendaki :


1. Membincangkan secara kritis dengan membuat perbandingan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran tahfiz secara moden dan tradisional yang diaplikasikan
dalam pendidikan tahfiz masa kini.

2. Memberikan justifikasi terhadap pemilihan kaedah dan teknik pengajaran dan


pembelajaran Maharat al-Quran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
yang telah dibina bersama rakan anda dalam Tugasan 2.

Tugasan 2 (Pembentangan 15% ) - KUMPULAN

Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (2-3 orang dalam satu kumpulan). Anda
dikehendaki :

1. Menghasilkan SATU Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Maharat al-Quran yang


lengkap dengan memilih mana-mana tajuk yang terdapat di dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) merangkumi Tilawah al-Quran, Tajwid, Adab al-
Quran, Manhaj Qiraat, Qiraat atau Rasm Uthmani) dengan mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang sesuai.

2. Membentangkan RPH yang telah dibina secara berkumpulan. Masa yang


diperuntukkan untuk pembentangan adalah 30 minit.

Tugasan 3 (Kuiz 15%) - INDIVIDU

Menjawab 3 soalan struktur yang diberikan dalam tempoh masa selama 30 minit.

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini merangkumi tugasan individu dan kumpulan.


2. Format Penulisan adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
- Muka depan hendaklah mengikut format terkini
- Tugasan hendaklah bertaip komputer
- Font Jawi Biasa atau Traditional Arabic
- Saiz Huruf adalah 18 point
- Langkau 1.5 baris
- Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
- Panjang Esei 1000 patah perkataan

3. Idea yang dikemukakan haruslah menunjukkan keaslian, kematangan, bermutu tinggi


dan disokong dengan pelbagai sokongan ilmiah.
4. Sebarang amalan plagiat tidak dibenarkan. Sekiranya terdapat sebarang unsur
plagiarisme, anda boleh digagalkan.
5. Anda wajib menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan disisipkan di bahagian
muka depan Tugasan Kerja Kursus anda.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:


1. Penulisan Esei
a. Kefahaman yang menyeluruh terhadap isi kandungan.
b. Liputan isi kandungan yang menyeluruh,konsisten dan terperinci.
c. Persembahan hujah yang kritis dan matang.
d. Penulisan yang menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang
mantap.
e. Rujukan dari sumber akademik yang muktabar .

2. Penulisan RPH
a. Susunan butiran RPH yang lengkap dan terperinci
b. Menulis isi kandungan yang tepat dan tersusun
c. Pemilihan aktiviti yang sesuai dan menarik
d. Penulisan catatan yang tepat dengan aktiviti, BBM, nilai dan kaedah
e. Mempamerkan idea yang tepat, kritis dan menyeluruh

3. Pembentangan
a. Ketepatan Isi Kandungan

3
b. Gaya Persembahan yang menarik
c. Keyakinan Diri
d. Pengurusan Persembahan yang baik dan sempurna

4. Kuiz : Tugasan ini ditaksir berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Asmaniza binti Mamat) (Sarkiah binti Shaari)


Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Jabatan al-Quran dan Sunnah Jabatan al-Quran dan Sunnah
IPG Kampus Pendidikan Islam IPG Kampus Pendidikan Islam

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh:

(Mohd Fathi bin Said)


Ketua Unit al-Quran dan Sunnah
IPG Kampus Pendidikan Islam

Tarikh :

4
RUBRIK PENULISAN ESEI

WAJARAN KRITERIA
SKALA
(30%)

Liputan dan Kandungan


- Liputan kandungan tepat, relevan , terperinci dan sangat
mencukupi
- Skop literatur yang luas dan komprehensif serta sangat sesuai.
Hubungkait idea ditunjukkan dengan sangat jelas.

Kualiti Reviu
- Reviu kritikal yang sangat baik
- Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap.
- Mempamerkan kebolehan mencari idea dan mencari
penyelesaian alternatif dengan tepat
- kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan
memberikan maklumbalas
Cemerlang 23-30%
(A+,A,A-)
Organisasi
- Susunatur terbaik, logikal dan koheren serta kreatif. Idea
dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-contoh
sesuai, penerangan dan huraian tambahan .
- Susun atur baik dengan kesilapan yang sedikit/minima
- Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta atau
contoh mencukupi untuk menyokong hujah

Kualiti Sumber
- Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik
- Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama
dan sekunder

Liputan dan Kandungan


- Liputan kandungan yang relevan dan baik
- Skop literatur yang baik dan komprehensif serta sesuai.
Hubungkait idea ditunjukkan dengan jelas.

Kualiti Reviu
- Reviu kritikal yang baik
- Analisis idea dan isu agak tepat, komprehensif dan agak
lengkap.
Kepujian - Mempamerkan kebolehan mencari idea dan mencari
18-22%
(B+,B,B-) penyelesaian alternatif dengan agak tepat
- kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang agak
aktif dan memberikan maklumbalas

Organisasi
- Susunatur agak baik, logikal dan koheren serta agak kreatif.
Idea dikembang secara menyeluruh dan agak jelas dengan
contoh-contoh agak sesuai dengan penerangan dan huraian
tambahan .
- Susun atur yang agak baik dengan kesilapan yang
sedikit/minima

5
- Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi fakta atau
contoh agak mencukupi untuk menyokong hujah

Kualiti Sumber
- Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi yang baik
- Mempunyai jumlah yang mencukupi bahan sumber utama dan
sekunder

Liputan dan Kandungan


- Liputan kandungan mencukupi dan relevan.
- Skop literatur yang kurang meluas dan kurang komprehensif
serta kurang sesuai. Hubungkait idea yang kurang jelas.

Kualiti Reviu
- Reviu kritikal yang mencukupi
- Analisis idea yang mencukupi
- Mempamerkan kebolehan mencari idea dan mencari
penyelesaian alternatif kurang tepat
Lulus - kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang kurang
15-17%
(C+,C) aktif dan kurang memberikan maklumbalas

Organisasi
- Susun atur yang memuaskan dengan kesilapan yang
sedikit/minima
- Idea dikembang dengan memuaskan dan kurang mengandungi
fakta atau contoh untuk menyokong hujah

Kualiti Sumber
- Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi yang memuaskan
Bahan sumber utama dan sekunder yang kurang mencukupi

Liputan dan Kandungan


- Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan.
- Skop literatur yang tidak meluas dan kurang komprehensif serta
tidak sesuai. Hubungkait idea yang tidak jelas.

Kualiti Reviu
- Reviu kritikal yang tidak mencukupi
- Analisis idea yang tidak mencukupi
- Tidak dapat mempamerkan kebolehan mencari idea dan
Gagal mencari penyelesaian alternatif tidak tepat
(C- - Tidak dapat mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif
,D+,D,E,F) dan tidak dapat memberikan maklumbalas
0-14%
Organisasi
- Susun atur yang tidak memuaskan dengan kesilapan yang
nyata
- Idea dikembang dengan tidak memuaskan dan tidak
mengandungi fakta atau contoh untuk menyokong hujah

Kualiti Sumber
- Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi yang tidak
memuaskan
Bahan sumber utama dan sekunder yang tidak mencukupi.

6
RUBRIK PEMARKAHAN PEMBINAAN & PEMBENTANGAN RPH

WAJARAN KRITERIA
SKALA
( 15 %)

Ketepatan Isi Kandungan


 Mempamerkan pemahaman yang sangat jitu dan
sangat menyeluruh terhadap isi kandungan
 Mempamerkan kebolehan penulisan RPH yang
sangat tepat dan sangat sempurna.

Gaya Persembahan
Cemerlang 11.3 - 15%  mempamerkan gaya persembahan yang sangat
(A+, A ,A-) menarik dan berjaya menarik perhatian pendengar

Keyakinan Diri
 mempamerkan keyakinan diri yang sangat tinggi

Pengurusan Persembahan
 menguruskan persembahan yang sangat baik
dengan mempamerkan kebolehan mengamalkan
kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan
maklumbalas terhadap penonton

Ketepatan Isi Kandungan


 Mempamerkan pemahaman yang jitu dan
menyeluruh terhadap isi kandungan
 Mempamerkan kebolehan penulisan RPH dengan
tepat dan sempurna.

Kepujian 9 – 11.2% Gaya Persembahan


( B+, B ,B-)  mempamerkan gaya persembahan yang menarik
dan berjaya menarik perhatian pendengar

Keyakinan Diri
 mempamerkan keyakinan diri yang tinggi

Pengurusan Persembahan
 menguruskan persembahan yang baik dengan
mempamerkan kebolehan mengamalkan kemahiran
mendengar yang aktif dan memberikan
maklumbalas terhadap penonton

7
Ketepatan Isi Kandungan
 Mempamerkan pemahaman yang kurang
menyeluruh terhadap isi kandungan
 Mempamerkan kebolehan penulisan RPH yang
kurang tepat dan kurang sempurna.

Gaya Persembahan
Lulus 7.5 – 8.9%  mempamerkan gaya persembahan yang kurang
( C+,C) menarik dan kurang berjaya menarik perhatian
pendengar

Keyakinan Diri
 mempamerkan keyakinan diri yang baik

Pengurusan Persembahan
 kurang berjaya menguruskan persembahan dengan
baik dan kurang mempamerkan kebolehan
mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan
memberikan maklumbalas terhadap penonton

Ketepatan Isi Kandungan


 Tidak dapat empamerkan pemahaman yang jitu dan
menyeluruh terhadap isi kandungan
 Mempamerkan kebolehan penulisan RPH yang tidak
tepat dan tidak sempurna.

Gagal 0 – 7.4% Gaya Persembahan


(C-, D+, D  Tidak dapat mempamerkan gaya persembahan yang
E dan F) menarik dan tidak berjaya menarik perhatian
pendengar

Keyakinan Diri
 Tidak dapat mempamerkan keyakinan diri yang
tinggi

Pengurusan Persembahan
 Tidak dapat menguruskan persembahan dengan
baik serta tidak dapat mempamerkan kebolehan
mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan
tidak memberikan maklumbalas terhadap penonton

Anda mungkin juga menyukai