Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan


dengan suasana dan tuntutan syarie, yang mampu menenang dan menyejukkan
hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah
lagi jika membaca dan mengamalkannya. Maka Pusat Tahfiz dan pengajian agama
yang menggabungkan dua sistem cara lama dan baru ini perlu diwujudkan demi
melaksanakan perintah Allah dan meneruskan perjuangan junjungan besar nabi kita
Muhammad s.a.w serta para sahabat Baginda s.a.w juga para Tabiin dan para
Ulama besar selepasnya.

Maahad Tahfiz ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya dapat menambahkan
bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai dan mempunyai kemahiran
hafazan yang tinggi serta mampu memenuhi keperluan semasa di dalam dan luar
negara Islam pada masa akan datang.

Selaras dengan seruan kerajaan serta kibaran panji-panji Islam ketika ini
yang menyeru dan mengajak para muslimin dan muslimat mengkaji , menghayati ,
dan mengamalkan segala bentuk ajaran dan pertunjuk Ilahi yang terdapat di dalam
Al-Quran itu sendiri maka Maahad Tahfiz ini secara tidak langsung menyediakan
prasarana pendidikan islam pada keseluruhannya yang akan dapat melahirkan
individu Qurani yang mampu menguasai berbagai cabang ilmu Laduni dan moden.
Dalam pada masa yang sama negara akan memiliki rakyat yang cemerlang
pemikirannya , gemilang dalam sejarahnya dan terbilang dari segi kualitinya. Ini
adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di
dalamnya.
Penubuhan Maahad Tahfiz ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi manamana pihak atau mana-mana pertubuhan yang lain tetapi lebih kepada Amar Makruf
Nahi Mungkar atau mengajak kepada kebaikan menegah daripada melakukan
kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman dan Taqwa.
Dengan itu ianya menetapkan bahawa Maahad Tahfiz ini bukanlah milik individu
tertentu atau pertubuhan tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat
muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah.

Disamping itu penubuhan Maahad Tahfiz ini dapat mengimarahkan masjid


dan surausurau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan
Al-Quran berhalaqah setiap hari terutama dalam bulanbulan Ramadhan. Dengan
ini orang tempatan akan dapat mengambil faedah kerohanian apabila mereka
bersama-sama mengambil bahagian bersama pelajar tersebut.

Sejarah Penubuhan
Idea untuk mewujudkan madrasah tahfiz di kampung Kesang Laut telah dicetuskan
oleh keluarga Tuan Haji Hamid bin Haji Samad iaitu hasil perbincangan antara
beliau, isterinya Hajah Awiah binti Haji Awi dan anakanda mereka Ustaz Haji Noor
Effendi. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh masyarakat Islam di Kampung
Kesang Laut.

Segala pujian bagi Allah, pada 16 April tahun 2000 bersamaan 11 Muharram 1421
Hijrah dengan rasminya madrasah tahfiz tersebut dinamakan Madrasah Tahfiz AlQuran An-Nuur, ringkasannya MAN. Bermula dengan seorang mudir, seorang guru
dan 10 orang pelajar lelaki, Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur memulakan kelas
pengajian Al-Quran tahap hafazan.

Kepercayaan masyarakat terhadap Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur telah


mendorong Tuan Imam Haji Abdul Rahman bin Haji Kiman (telah kembali ke
rahmatullah) dan merangkap pengerusi surau An-Nur Kesang Laur pada ketika itu
bersama beberapa orang dari jawatankuasa beliau memohon bantuan dana dari
Yang Berhormat Menteri Besar Johor Abdul Ghani bin Othman. Beliau elah
bersetuju dan meluluskan bantuan bernilai RM20,000 (dua puluh ribu) bagi tujuan
kelengkapan dan keperluan asas asrama untuk Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur.

Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur diurustadbir oleh anak tempatan kampung


Kesang Laut iaitu Ustaz Haji Noor Effendi bin Haji Hamid Al-Hafiz. Beliau merupakan
pengasas bersama dan pengetua / mudir MAN sejak MAN ditubuhkan hingga kini.
Beliau dibantu oleh Ustaz Taufiq bin Abdul Aziz Al-Hafiz yang dilantik sebagai guru
tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur.

Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur mencatat kejayaannya apabila melahirkan


pelajar pertama yang berjaya menamatkan hafazan 30 juz yang pertama dalam usia
madrasah yang ketika itu baru mencecah satu tahun.

Pada awal tahun 2001 kebanjiran pelajar yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia
telah membuka hati Tuan Haji Hamid bin Haji Samad bersama isterinya Puan Hajah
Awiah binti Haji Awi untuk menawarkan sebahagian dari rumah mereka untuk
dijadikan asrama kedua pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur. Empat bilik
yang selesa bersama ruang legar dan ruang tamu telah diserahkan kepada
Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur untuk menjalankan aktiviti pengajian Al-Quran.
12 orang pelajar telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuknya di rumah beliau
selama ianya beroperasi hingga tahun 2009. Asrama rumah ini ditutup kerana
Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur telah mendapat asrama baru yang lebih selesa
untuk para pelajar.

Dalam tahun 2002 Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur melangkah setapak lagi
kehadapan apabila diminta untuk membuka cawangannya di Surau Al-Mizan, Parit
Ponorogo (Parit Karang Darat), Muar Johor. Pada awalnya kelas di Parit Karang
Darat ini telah dikenali dengan nama Raudhah An-Nuur (kini Madrasah Al-Mizan /
MAM) dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Atas inisiatif Tuan Haji Abdul Rashid bin Abu Hassan (Pengerusi Surau Al-mizan)
dan keluarga beliau, pelajar MAN cawangan Parit Ponorogo (Parit Karang Darat)
telah dipindahkan ke premis baru yang merangkumi dua pintu rumah yang dijadikan
asrama pelajar. Iaitu bersebelahan dengan bangunanan asal asrama pelajar (Balai
Islam) di Surau Al-Mizan. Perpindahan ini telah mewujudkan satu suasana baru
kepada pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur yang lebih selesa dan teratur.

Alhamdulillah, Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur telah berjaya didaftarkan di


bawah Jabatan Agama Islam Johor pada tahun 2005. MAN melangkah setapak lagi
pada tahun 2007 dengan membuka pusat pengajian untuk pelajar perempuan pula.
Ianya bertempat di tepi jalan besar Muar-Melaka iaitu di kampung Tanjung Gading.

Pada tahun 2008 pula Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur membuka cawangan
madrasah tahfiz Al-Quran di Kemboja, ianya dikendalikan oleh bekas pelajar
Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur iaitu Ustaz Arafat bin Yusuf Al-Hafiz.

Oleh kerana ramai pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur yang telah berjaya
dan ingin melanjutkan pengajian yang lebih tinggi, pada tahun 2009 Madrasah
Tahfiz Al-Quran An-Nuur membuka pengajian aliran Ulum Syariyyah atau dikenali
sebagai kelas alim atau kitab atau pondok. Pada permulaan, kelas kitab ini dibuka
untuk banin / pelajar lelaki sahaja.

Pada tahun 2010 Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur memiliki laman web rasmi
pertama dengan menggunakan www.amir.com.my. Kini domain tersebut tidak
digunakan lagi oleh Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur. Madrasah Tahfiz Al-Quran
An-Nuur menerima bangunan baru di Parit Ponorogo hasil dari bantuan Kerajaan
Negeri Johor pada tahun 2010.

Pada tahun 2010 juga Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur memulakan kelas alimah
atau kitab aliran pondok untuk banat / pelajar perempuan. Dengan pilihan Allah,
pengasas bersama Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur iaitu Puan Hajah Awiah binti
Haji Awi (ibu kepada pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur) menerima
anugerah Juara Ibu Mithali 2010 peringkat Kebangsaan.

Pada tahun 2010 Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur bertapak di 5 kawasan yang
berlainan iaitu Kesang Laut, Parit Ponorogo, Tanjung Gading, Parit Bunga yang
semuanya berada di dalam daerah Ledang dan satu cawangan di Kemboja.

Pada bulan Julai 2011 pelajar banat Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur telah
dipindahkan ke bangunan baru di Kesang Laut. Bangunan tersebut mula dibina
setahun sebelum itu. Kos keseluruhan kerja-kerja pembinaan dari awal hingga siap
bersama dengan sebahagian prasarananya ialah RM1.2 juta. Semua duit tersebut
dari sebuah syarikat Bumiputera yang menaruh kepercayaan kepada Madrasah
Tahfiz Al-Quran An-Nuur untuk memperjuangkan generasi Al-Quran.

VISI MADRASAH
Melahirkan generasi Al-Quran yang memperjuangkan Sunnah Nabi SAW hingga
memartabatkan umat Islam.

MISI MADRASAH
Melahirkan para huffaz yang berkualiti untuk masyarakat di samping menjalankan
aktiviti dakwah dan penyebaran Syiar Islam secara berterusan.
Menjadikan para pelajar sebagai ejen hidayat ke seluruh alam.

Berusaha melahirkan Muslim yang memiliki akhlak yang tinggi di dalam mencapai
kesempurnaan ilmu, iman, amal, dakwah dan istiqamah.
Motto Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur yang tertera di dalam logonya berbunyi
yang bermakna sesiapa yang berusaha pasti dapat menjadi perangsang
untuk melahirkan insan misali. Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur juga yakin
bahawa tidak mustahil debu menjadi emas dan batu
menjadi berlian, begitulah manusia tidak mustahil
yang jahat menjadi baik, yang kurang bijak menjadi
cerdik dan yang malas menjadi cerdas dan cergas.
Jata Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur memahatkan
sebagai sasaran utama
dari moto . Begitu juga hadis Baginda Nabi
S.A.W yang berbunyi yang
bererti menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap
orang yang beriman diabadikankan dalam logo Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur
sebagai pemangkin semangat para pelajar dan semua pihak yang tertabit dengan
pengajian ilmu agama Allah SWT.

Prosedur dan Syarat


Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur telah menggariskan beberapa syarat bagi
mengambil calon-calon pelajar mereka. Ini bertujuan agar semasa proses
pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar ini dapat mengikuti segala tahapan
yang telah disediakan untuk melahirkan seorang Hafiz yang professional.

Syarat Penerimaan Kemasukan Pelajar Baru


1. Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon.
2. Salinan kad pengenalan ayah atau penjaga.
3. Surat berhenti sekolah.
4. Surat sokongan akhlak sekiranya bekas pelajar dari madrasah lain atau
pemohon berumur 15 tahun dan ke atas.
5. Sedia mematuhi peraturan dan jadual yang ditetapkan oleh pihak Madrasah.
6. Mempunyai keazaman untuk menjadi insan yang berakhlak mulia.
7. Memiliki minat untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran.
8. Tidak menghidapi apa-apa jenis penyakit yang kronik.
9. Mampu berdikari dan menjaga kebersihan dan keselamatn diri.
10. Calon hendaklah bukan bekas pelajar yang telah dibuang dari mana-mana
pusat pengajian dan madrasah.
11. Memiliki sahsiah diri yang terpuji,baik dan menggalakkan.
12. Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah.

Syarat Kemasukan Kelas Nazirah & Pra Tahfiz


1. Pelajar di tahap ini merupakan pelajar yang telah tamat pengajian asas
membaca Al-Quran (Iqra atau muqaddam dan seumpamanya), syarat
kemasukan adalah seperti yang termaktub di atas.
2. Pada tahap ini pelajar akan didedahkan dengan penghafazan surah dan ayatayat lazim.
3. Syarat minima pelajar dari tahap ini untuk meneruskan pengajian mereka ke
kelas tahfiz ialah: Mampu menamatkan hafazan surah As-Sajadah, AdDukhan dan Al-Mulk dalam tempoh kurang dari sebulan.

Syarat Kemasukan Kelas Tahfiz


1.

Pernah mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk dengan sempurna.

2.

Bersedia menamatkan hafazan 30 juzuk di madrasah ini.

3.

Memiliki kemampuan minimum untuk menghafaz bagi setiap juzuk dalam


tempoh tidak melebihi 40 hari.

Syarat Kemasukan Syahadah Tahfizul Quran

Syahadah Tahfizul Quran merupakan sijil tertinggi yang dikeluarkan oleh


Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur hanya kepada para pelajarnya yang lulus di
dalam peperiksaan khas untuk menguji kepakaran pelajar terhadap hafazan AlQuran mereka.
Di dalam peperiksaan ini calon dikehendaki untuk memperdengarkan hafazan
mereka kepada Jemaah Tasmi dengan kesalahan yang sangat minimum. Calon
yang gagal menamatkan peperiksaan atau merekodkan kesalahan melebihi 15
kesalahan adalah dianggap gagal di dalam penilaian ini.
Untuk melayakkan diri menduduki peperiksaan ini, calon perlulah terlebih
dahulu menamatkan hafazan 30 juz Al-Quran dan menduduki kelas pakar sebagai
persediaan menghadapi Peperiksaan Syahadah.

i. Calon boleh menduduki peperiksaan tersebut berdasarkan dua tahap:

A. Kategori 15 juz (Dua hari berturut-turut)

B. Kategori 10 juz (Tiga hari berturut-turut)


ii. Bacaan calon akan diperdengarkan di hadapan Jemaah Tasmi yang diketuai oleh
seorang ketua pemeriksa

iii. Peperiksaan ini juga ditawarkan kepada para huffaz yang menamatkan hafazan
mereka dari institut tahfiz lain dengan persetujuan Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran
An-Nuur .

Silibus dan Sukatan Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur

Di Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur ini mengutamakan subjek Al-Quran


akan tetapi mereka juga tidak melupakan subjek subjek teras seperti di sekolahsekolah harian biasa. Sepanjang pembelajaran murid di sini mereka akan
mengahrungi beberapa tahap bagi memantapkan Pendidikan al-Quran mereka.

Tahap Satu: Celik Al-Quran (menggunakan sistem Iqra): untuk pelajar yang belum
boleh membaca Al-Quran atau telah membaca Al-Quran tetapi masih dalam tahap
yang

tidak

memuaskan

dari

sudut

sebutan

huruf,

panjang

pendek

dan

seumpamanya.

Tahap Dua: Nazirah (membaca Al-Quran hingga khatam 30 juzuk): untuk pelajar
yang telah menamatkan tahap satu sama ada sebelum memasuki Madrasah atau
semasa di Madrasah dan juga untuk pelajar yang telah mengkhatamkan Al-Quran
sebelum belajar di Madrasah tetapi bacaannya tidak memuaskan.

Tahap Tiga: Pra Tahfiz Al-Quran (menghafaz surah-surah penting seperti AsSajadah, Al-Mulk, Yasin, Al-Waqiah, Al-Dukhan, Ar-Rahman dan sebagainya): untuk
pelajar yang baru mengkhatamkan Al-Quran dan dalam ujian dan latihan untuk ke
tahap empat iaitu tahap Tahfiz Al-Quran 30 juzuk.

Tahap Empat: Tahfiz Al-Quran (menghafaz dan memahami 30 juzuk Al-Quran):


untuk pelajar yang khatam bacaan Al-Quran dan telah mahir serta lancar membaca
Al-Quran.

Tahap Lima: Syahadah Tahfiz (mampu membaca Al-Quran sebanyak 30 juzuk


dalam tempoh tidak melebihi 3 hari dengan cara hafazan tanpa melihat kepada AlQuran dan bacaan tersebut tidak melebihi 15 kesalahan): untuk pelajar yang telah
menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Tahap ini adalah tahap yang paling tinggi
dalam pengajian tahfiz Al-Quran sebelum memulakan pengajian selanjutnya dalam
ilmu qiraat, tarannum, tafsir dan sebagainya.

TEMPOH:
1. Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap satu ialah enam hingga sepuluh
bulan sahaja jika pelajar bermula dari Iqra yang pertama.
2. Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap dua ialah setahun tetapi
digalakkan supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam tempoh empat bulan
jika bermula dari juzuk yang pertama.
3. Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap tiga iaitu tahap Pra Tahfiz Al-Quran
ialah 60 hari untuk menghafaz 4 surah iaitu surah As-Sajadah, Ad-Dukhan, AlWaqiah dan Al-Mulk.
4. Tempoh untuk tahap empat iaitu tahap Tahfiz 30 juzuk Al-Quran adalah bergantung
kepada kemampuan setiap pelajar tetapi pihak Madrasah meletakkan target untuk
setiap pelajar supaya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam
tempoh tidak melebihi tiga tahun bermula dari memasuki tahap tiga.
5. Tempoh yang dicadangkan untuk tahap lima iaitu tahap Syahadah Tahfiz ialah satu
tahun sahaja.

Silibus Pelajaran Aliran Tahfiz


Di Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur, silibus pelajaran aliran tahfiz adalah
silibus yang menjadi tunjang utama bagi setiap pelajar yang berdaftar disi.
Walaubagaimanapun silibus subjek teras sepert Baha Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan sebagai masih di beri penekanan agar pelajar Madrasah Tahfiz AlQuran An-Nuur sering dan sejalan di dalam urusan dunia dan akhirat. Berikut adalah
silibus bagi aliran tahfiz yang wajib mereka ikuti

Hafazan

: Al-Quran Riwayat Hafs DariAsim, RasmUthmani.

Terjemahan Al-quran

: Tafsir Bimbingan Al-rahman.

Tauhid

: Usuluddin Karangan Muhammad Atarid & Risalah


Tauhid

Tajwid

: Ilmu Tajwid, Riwayat Hafs `An `Asim, Toriq Asysyatibiyyah Karangan Surur Shihabuddin Hassan
An-nadawi Al-hafiz

Fiqh

: Pelajaran Fiqh Karangan Abu Qamariddin, Safinahtun


Najah Was Solah Karangan Salim Mutalaah

Bahasa Arab

: Durus Al-Lughah Al-Arabiyyah Li Ghair An-Natiqiin


Bihaa Karangan As-syekh Faa Abdul Rahim.

Jawi

: Doktor Jawi Karangan Ustaz Abdul Manan Al-Marbawi

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Di Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur, para asatizah menggunakan
beberapa cara pengajaran dan pembelajar seperti tasmi, tadarus, talaqqi dan
musyafahah dan juga tikrar
Guru menggunakan kaedah tasmi selepas dihafaz untuk mengukuhkan
hafazan, memperbetulkan hafazan dan penilaian secara meluas. Guru juga memberi
penekanan terhadap kaedah tikrar sebagai kaedah utama dalam menghafaz alQuran. Kaedah tadarus, tasmik, talaqqi dan musyafahah juga merupakan kaedah
yang diberi keutamaan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran.
Namun dalam kaedah membaca bacaan contoh kepada pelajar, menyemak
bacaan pelajar sebelum dihafaz, memastikan pelajar agar melakukan tikrar sehingga
dihafaz dan menjelaskan kefahaman ayat membantu dalam menghafaz ayat alQuran kurang diberi perhatian oleh guru. Begitu juga dengan kaedah penulisan yang
mana guru kurang memberi saranan terhadap kaedah penulisan dalam hafazan.
Manakala kaedah menerangkan makna kalimah, menghuraikan maksud ayat,
menerangkan asbab nuzul ayat, menghuraikan kefahaman ayat dan melakukan
penilaian melalui penulisan juga amat kurang diberi perhatian oleh guru.

Guru juga menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah secara menyeluruh


bertepatan dengan pandangan Abu Najihat (2002) dan Abu al-Fida (2006) yang
menjelaskan bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang asas
di dalam pengajaran dan pembelajarantahfiz al-Quran. Kaedah ini juga merupakan
kaedah yang telah dilaksanakan oleh Jibrail a.s dan Rasulullah s.a.w di dalam
menghafaz al-Quran semasa penurunan wahyu (Abu Najihat, 2002; Abu al-Fida,
2006). Begitu juga amalan melakukan tasmi pelajar selepas dihafaz untuk penilaian,
memperbetulkan

bacaan

dan

mengukuhkan

hafazan

juga

dilakukan

dan

dilaksanakan secara meluas oleh guru. Kaedah tasmi juga merupakan kaedah yang
utama untuk menilai bacaan dan hafazan serta mengukuhkan kekuatan hafazan
(Abu al-Wafa, 1999; Abu Najihat, 2002; Abu al-Fida, 2006).
Kaedah tasmi dan talaqqi telah juga dibuktikan oleh Mohamad Marzuqi
(2008) dengan menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara

kaedah tasmi dan talaqqi dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian ini juga selari
dengan kajian Abdul Hafiz et al. (2003) dan Abdul Hafiz et al. (2005) yang
menunjukkan bahawa kaedah tikrar dan kaedah tasmi merupakan kaedah yang
sering diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz.
Guru juga menyarankan agar para pelajar menggunakan kaedah tadarus
bersama rakan-rakan untuk memperbetulkan hafazan pelajar dan meyakinkan
kepada pelajar bahawa kekuatan hafazan bergantung kepada jumlah tikrar hafazan.
Ini menunjukkan bahawa kaedah tasmi, kaedah tadarus dan kaedah tikrar amat
diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru. Ini bertepatan dengan pandangan AlQabisi (1955), Ahwani (1955), Muhammad Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999), Abu
Najihat (2002), As-Syarbini (2004), Abu al-Fida (2006) dan Mohd Farouq (1427H)
yang menjelaskan bahawa kaedah tikrar merupakan kaedah yang utama di dalam
menghafaz al-Quran dan jumlah takrar merupakan penentu kepada kekuatan
hafazan pelajar. Schunk (1996) juga memperjelaskan bahawa ingatan akan kukuh
dan menjadi ingatan jangka panjang apabila ia dilatih secara berterusan.
Dalam pelaksanaan kaedah pengajaran tahfiz, guru kurang menitik beratkan
kaedah membaca bacaan contoh kepada pelajar, menyemak bacaan pelajar
sebelum dihafaz, memastikan pelajar agar melakukan tikrar sehingga dihafaz dan
menjelaskan kefahaman ayat membantu dalam menghafaz ayat al-Quran. Kaedah
ini telah diperjelaskan oleh Abu Najihat (2002) dengan menyatakan bahawa guru
berperanan memastikan bacaan pelajar dan memperbetulkan bacaan pelajar.
Manakala pelajar berperanan mencontohi bacaan guru dan memperdengarkan
bacaannya kepada guru. Selepas melakukan amalan tikrar pelajar dikehendaki
memperdengarkan hafazannya di hadapan guru untuk memastikan kesahihan
hafazannya (Abu Najihat 2002).
Begitu juga dengan kaedah kefahaman yang telah dihuraikan secara
terperinci oleh Ahwani (1955), As-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida (2006) dengan
menyatakan bahawa kaedah kefahaman merupakan kaedah yang membantu dalam
menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan memahami maksud ayat dan
makna kalimat pelajar akan dapat menumpukan perhatian terhadap ayat yang
dihafaz semasa amalan tikrar dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan
dalam membaca ayat al-Quran. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian

Abdul Hafiz et al. (2005) dan Mohamad Marzuqi (2008) yang telah menyatakan
bahawa kaedah kefahaman ayat kurang diberi perhatian dalam perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran tahfiz Al-Quran di maahad tahfiz.
Kesimpulan
Menjadi penuntut tahfiz bukan bermaksud melahirkan seorang hafiz yang
memakai kopiah atau serban semata, yang duduknya di masjid seperti yang
digambarkan kebanyakan orang.Sebenarnya seorang hafiz merupakan golongan
yang lebih hebat dari kumpulan profesional kerana mereka mahir dalam hafazan alQuran dan bidang profesional malah mampu memimpin masyarakat.
Madrasah tahfiz merupakan suatu jalur pendidikan yang akan melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek dan kerohanian. Mereka yang berada di
dalam lingkungan pendidikan Madrasah Tahfiz akan mengalami suatu perubahan
dari sudut pemikiran yang matang berbanding mereka yang mengambil didikan dari
skeolah teras biasa. Ini kerana di Madrasah Al-Quran di beri penekanan yang
mendalam agar pelajarnya dapat menyelami apa yang Allah mahukan dari
hambanya demi mendapat keredhaan Allah.

Rujukan
Al-Quran
Abdullah Basmeih. ( 2002 ). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian
Al-Quran (30) Juz. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Abdul Hafiz Abdullah dan Hasimah Muda. (2003). Kaedah hafazan al-Quran
yang sistematik dan praktikal dalam melahirkan para huffaz yang rasikh. Pusat
Pengajian Islam dan Sosial. Universiti Teknologi Malaysia.Abdul Hafiz bin Abdullah,
Hussin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Kamarul Azmi
Jasmi dan Abdul Basit Samat @ Darawi. (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah
Hafazan Al-Quran Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu.
Universiti Teknologi Malaysia
Abu Al-Fida, Muhammad Izzat. (2006). Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul
Salam.
Abu Al-Wafa, Aliyallah Ali. (1999). An-Nur al-mubin litahfiz al-Quran al-Karim.
Kaherah: Darul Wafa
Al-Habash, As-Syeikh Muhammad. (1987). Kaifa tahfaz al-Quran. Beirut: Dar
al-Khair.
Al-Qabisi. Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Ar-Risalah al-mufassolah
li ahwal al-muaallimin wa ahkam almuallimin wal mutaallimin. Kaherah: Dar Ehya al
Kutub al Arabiyyah.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Illias, Ab Halim Tamuri & Mohd Izaham
Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam
kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Malaysia. Journal
of Islamic and Arabic Education. 3(1), 2011, 59-74.
Schunk D.H. (1996). Learning Theories. Second edition. New Jersey. USA:
Prentice Hall,Inc.

Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar, Khairul Anuar Muhammad & Mohd Zohdi
Mohd Amin. (2003). Tahfiz al-Quran: Sejarah dan perkembangannya. Seminar
Kaedah Pengajaran dan Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti
Islam Malaysia.
Wan Muhammad Abdul Aziz. (1995). Ke arah penyelarasan sistem pengajian
tahfiz al-Quran di Malaysia. Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Quran. Bil 1.1-8

Anda mungkin juga menyukai