Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

Halaman Judul

1.0
2.0

Halaman

Pengenalan

1-3

Masyarakat kaum semai

3.0

Kesimpulan

4.0

Lampiran

5.0

Rujukan

4 - 12

13 14
15
16

PENGENALAN
i

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
gembira. Antara kaum-kaum utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India telahpun menetap di
tanah air ini selama abad ke-5. Selain itu, Malaysia merupakan tanah air kepada banyak kaum etnik.
Malaysia Timur adalah paling utama untuk banyak kaum etnik. Antaranya termasuklah Nyonya dan
Baba, Kadazandusun, Iban dan sebagainnya. Dari segi ini memilih kaum asli sebagai kumpulan etnik
kerana kaum ini adalah terdapat di Malaysia sejak zaman purba.
Bahasa Melayu terdapat perkataan Orang Asli. Perkataan orang asli adalah diambil
kira rasmi di Malaysia. Perkataan orang asli merujuk orang asal yang hidup di tanah Semenanjung
Tanah air sejak zaman nyonya dan baba. Masyarakat orang asli ini satu bangsa dari kumpulan
masyarakat asal yang tinggal di Semenanjung Tanah air sejak 3,000 tahun hingga 10,000 tahun lalu,
terdapat masyarakat kaum Asli tinggal di tanah melayu pula, dikategorikan kepada tiga kumpulan
utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain. Ia
dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara.
Menurut Keene State Colleges "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai
tinggal di Semenanjung Malaysia.
Kategori yang pertama adalah Semang atau Negrito, biasanya boleh diketemukan
dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung. Ia dikenali sebagai Austroasiatik. Dari
Negeri China 7,000 hingga 10,000 tahun ke kawasan Tenggara Asia. Sejarah purba mereka adalah
terawal datang ke Tanah Melayu. Kedua adalah Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung. Ia
dikenali sebagai Austroasiatik. Dalam kumpulan kecil dari Selatan Negeri China dan Taiwan ke Asia
Tenggara 3,000 hingga 5,000 tahun. Kumpulan pertama dari kawasan Indo China, Champa dan
Burma dan menetap di bahagian Utara Tanah Melayu. Kategori yang ketiga pula Proto-Malay atau
1 Kategori ini dikenali sebagai Austranesian
Melayu Asli, menetap di wilayah selatan semenanjung.

(Malayo-Polynesian). Datang lebih kemudian dari Asia Tenggara ke Tanah Melayu. Masyarakat ini
membuat perkahwinan campur antara satu sama lain. Kumpulan kedua berasal Tenggara Asia,
seperti Kawasan Palembang, Sumatra serta kepulauan Sulawesi. Menetap di Bahagian Selatan Tanah
Melayu.
Setiap kategori terdapat beberapa pecahan. Dalam kategori dua terdapat enam
pecahan. Ia adalah Temiar, Semai, Semoq Beri, Jah Hut, Mahmeri, dan Che Wong. Dari pecahan
atau kaum ini terdapat kaum yang kedua iaitu kaum semai. Kaum Semai adalah kumpulan
penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka
terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan
ekonomi bertukar hadiah seperti sistem barter. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke
kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut
Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri
menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seseorang
individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak
memiliki ketua yang rasmi.
Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa
("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung
selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan
penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa
salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak
membahayakan masyarakat. Malah suku Semai
2 mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak

sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005). Masyarakat kaum semai ini
adalah bilangan yang paling banyak dalam kumpulan Senoi.

SALAH SATU MASYARAKAT KAUM ORANG ASLI


3 ADALAH KAUM SEMAI

Suku Kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi


Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993, menunjukkan jumlah
mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang
terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat diantara 60
hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang di lantik dari golongan
berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

Pada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain
di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam
hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian,
diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup
dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 orang sahaja. Ketua keluarga atau orang
tua dalam keluarga tersebut bangun lebih awal untuk menghidupkan api bagi memanaskan badan
dan memasak makanan seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah menuju ke
destinasi masing-masing.
Pada waktu petang sebelum senja, mereka berehat di rumah duduk berbual-bual
tentang ladang, memberi dan sebagainya. Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit atau
membuat persediaan peralatan untuk esok harinya. Walau bagaimanpun keadaan ini mungkin telah
berubah mengikut peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang lemah bekerja dengan kerajaan,
swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan. Masyarakat kaum semai adalah mahir
dalam bidang kraftangan.
4

Mereka mengamalkan ekonomi tradisional berasaskan pertanian sara diri. Padi huma,
sekoi, jagung, ubi kayu, pisang, keladi dan berbagai jenis sayur-sayuran seperti labu, kacang
panjang, timun, kacang bendi adalah hasil tanaman mereka. Kaum Semai mengamalkan sistem
bertukar-tukar makanan seperti sistem barter, perkhidmatan dan keperluan lain secara berkongsi.
Masyarakat kaum semai bekerjasama antara satu sama lain untuk. Tidak ada urusan jual beli
dilakukan. Sistem ekonomi cara ini akan mengeratkan dan semangat setia kawan di samping
mewujudkan kemesraaan di kalangan mereka.
Memburu dan menangkap ikan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang
dilakukan kaum ini. Aktiviti memburu biasa dilakukan oleh lelaki sahaja. Peralatan memburu seperti
buluh sumpit, jerat, belatik dan perangkap mudah diperolehi di hutan. Antara jenis-jenis binatang
yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang kecil yang lain. Ikan
adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan menggunakan lukah, kail, racun akar tuba,
serampang, jaring, tuar dan juga dengan tangan. Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan
perempuan. Hasil seperti rotan, damar, buluh, cendana dan gaharu akan dijual. Mereka pulang pada
waktu tengahari atau petang.
Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa jika melakukan sesuatu. Perkataan
"bood" bererti dalam bahasa masyarakat semai adalah "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh
anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai.
Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan
membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari
sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk
takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam
semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).
5

Contoh bahasa suku semai :


Bagus = Bor

Saya = eng
Makan = Cak

Ayam = Bafung/Fung

Minum = Ngaut

Beras = Cengroy

Mandi = Mehmu

Cendawan = Cenai

Bersih = Parlain
Rahalook = Bagaimana
Makanan utama masyarakat Semai ialah beras dan ubi kayu. Mereka mendapat
sumber protein daripada binatang buruan, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan yang didapati dari
ladang dan hutan yang berhampiran. Makanan yang disajikan adalah tertakluk kepada pantang
larang makanan disenaraikan. Masyarakat suku kaum semai menghasilkan alat-alat muzik, seni
muzik daripada bahan hutan. Masyarakat suku kaum semai juga sinonim dengan upacara ritual yang
dipanggil sewing.
Daripada segi perubatan, masyarakat Semai mangamalkan cara berubat sendiri
apabila seseorang daripada mereka sakit sama ada dengan menggunakan akar dan daun-daun kayu
atau bomoh. Bagi sakit atau luka-luka herba digunakan secara meluas di dalam masyaraka Semai.
Jenis-jenis herba yang digunakan adalah berdasarkan jenis penyakit yang dihidapi. Slak Selendon ,
Slak Mandi Alam, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk di tempat yang luka dan dibalut.
Untuk mengubati, daun gelenggang yang telah layu pada api dan dihancurkan kemudian disapu di
tempat yang berkudis. Ia diubati dengan membakar kulit kerang hangus, kemudian ditumbuk sampai
hancur, disapu pada bisul.
Dari segi kebudayaan pula, pengunjung akan didedahkan dengan keunikan tarian
Sewang di mana ia merupakan salah satu adat masyarakat Kaum Semai. Tarian itu pada asalnya

untuk tujuan pemujaan itu dilakukan dalam bentuk tarian dan nyanyian yang diketuai oleh seorang
bomoh dikenali sebagai Tok Halaq. Tetapi sekarang ini ia telah pun diadaptasi dengan unsur
kontemporari dengan pembaharuan irama lagu, tetapi kostumnya masih kekal dengan pakaian kain
batik, irama ketukan buluh dan pemakaian selempang dan tanjak berasaskan daun kelapa.
Kebiasaannya penduduk Orang Asli seakan-akan berpesta kerana tarian ini dilangsungkan selama
tiga hingga enam hari mengikut tujuan seperti menyambut kelahiran, ketika kematian, berkhatan,
mengubati penya kit dan membuka pantang. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai memakai
kain batik, pemakaian selempang dan tanjak berasaskan daun kelapa untuk persembahan tarian
Sewang.
Dari segi adat resam, kaum suku semai kelayakan umur minima untuk berkahwin
bagi lelaki adalah 21 tahun dan 18 tahun bagi perempuan. Kebiasaannya mereka akan memilih
pasangannya sendiri atau pilihan keluarga. Terdapat pelbagai proses sebelum perkahwinan
berlangsung iaitu:

Adat Merisik

Adat Meminang

Tanggung Nafkah

Semasa Bertunang

Hari Berkahwin
+ Keberangkatan Pengantin Lelaki Ke Rumah Pengantin Perempuan, Istiadat Berarak
+ Merenjis Atau Menabur Bertih
+ Memohon Tanda
+ Upacara Bersanding

Menyembah (Menerima Nasihat)

Upacara Penyatuan
Borang tersebut sebagai keputusan muktamat sebelum perkhawinan. Setelah kedua-

dua pihak setuju untuk berkahwin, mereka akan ditemukan


7 dalam satu pakatan sulit antara pihak
lelaki dan perempuan. Pihak lelaki akan menghantar alat adat meminang kepada pihak perempuan.
Alat-alat berkenaan adalah seperti berikut: Sebutan adat

Alat / banyaknya
persalinan pakaian

Salin tiga

Sepasang

pengantin

Belanja tubuh
Selendang
Cincin perak
Sirih pinang

perempuan. Warna sebarangan tanpa corak.


RM60.25
Sehelai
Sebentuk
Setepak
Ketika dalam tempoh pertunangan, pihak ellaki dikenakan Tanggung Nafkah bakal

pengantin perempuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui bersama iaitu wang
tunai sebanyak RM15 sebulan. Jika dalam bentuk barang, Barang-barang hendaklah dihantar ke
rumah pengantin perempuan. Pihak lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat seperti satu set alat
tidur, sepasang persalinan pakaian pengantin berwarna tanpa corak dan sepasang kasut pengantin
perempuan. Pihak lelaki juga dikehendaki membuat persiapan diri dengan menyiapkan sebuah
kopiah, sehelai kain selempang dada, sepasang pakaian Melayu dan sepasang kasut. Sebelum
bersanding kedua-dua pengantin dikehendaki melakukan adat-adat iaitu berinai, bergandik bagi
pengantin perempuan, gunting rambut bagi pengantin lelaki, dan wajib mandi limau dan dijampi
bagi mengelakkan malapetaka.
Selepas itu, kedua-dua pengantin akan dihias dengan pakaian cantik. Pengantin
perempuan akan memakai pakaian salin tiga yang telah dosediakan oleh pihak lelaki. Kedua-dua
pengantin dibawa naik ke rumah dan melakukan istiadat menyembah wali wakil, ibu bapa mertua
8

dan waris-waris. Di sini akan berlakunya pengishtiharan adat resam nikah kahwin. Nasihat-nasihat
tentang kerukunan hidup berumah tangga di lakukan oleh mereka.

Kaum Semai mempunyai hari perayaan sendiri seperti Hari Genggulang,


Menyambut Tahun Baru, Hari Menuai atau Menggulung dan Hari Membuka Ladang Baru.
Kebiasaannya disambut oleh Suku Kaum Semai yang tinggal di kawasan Perak Tengah, Hilir Perak
dan Selatan Perak pada akhir tahun iaitu akhir bulan Disember atau di awal tahun pada bulan Januari
atau Februari. Ia merupakan upacara tahunan yang paling meriah dan penuh tradisi. Mengikut
kepercayaan turun-temurun Suku Kaum Semai, Hari Genggulang diadakan untuk kesejahteraan dan
keselamatan kampung. Namun begitu pada masa kini upacara tersebut sudah beransur berubah
mengikut peredaran masa.
Perayaan dimulakan oleh pawang atau bomoh dengan mentera dan jampi, cenagoh
untuk memanggil roh, keramat dan penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman nenek moyang
mereka. Pawang atau bomoh akan melaksanakan upacara tersebut di balei (rumah pemujaan) yang
telah disediakan dalam satu kawasan khas. Balei ini dihias dengan anyaman daun serdang,
mengkuang hutan, bunga-bungaan dan lain-lain. Di hadapan Balei terdapat dua buah sangkak di
mana di kiri kanannya diisi dihidang dengan jamuan hantu yang mengandungi pulut, wajik
periong (sejenis makanan seperti gulai bercampur sayur ubi, keledek, keladi, labu dan abu, pulut
kuning dan telur ayam yang sedang diram dan berdarah di dalamnya). Setelah selesai upacara di
balei, tok pawang akan mengikat pantang. Kemuncak upacara adalah di mana setiap penduduk
mengadakan kenduri di rumah masing-masing dan orang ramai dipelawa sama. Untuk meriahkan
lagi perayaan itu, ia disambut dengan joget orang asli atau Modek dan di setengah tempat mereka
menggunakan muzik pengiring. Upacara ini biasanya berlarutan hingga ke pagi hari.

Suku Kaum Semai menyambut hari menuai padi dengan mengadakan kenduri pada
hari pertama padi dituai. Hari itu merupakan hari yang paling sibuk kerana setiap orang menjalankan
berbagai-bagai aktiviti seperti menangkap ikan, memburu, mengutip sayur, menuai dan menumbuk
padi sebagai persediaan untuk kenduri besar.

Membuat ladang merupakan tugas yang mesti dilakukan oleh Orang Asli kerana ia
adalah punca pendapatan mereka. Setiap tahun mereka akan membuka ladang baru untuk
mendapatkan makanan. Mengikut kepercayaan setiap hutan tebal, gunung, gaung, bukit, dan anak
sungai ada keramat dan penunggu yang boleh mendapatkan bencana atau bala. Oleh itu untuk
keselamatan diri dan tapak ladang, mereka akan mengadakan kenduri sebagai menjamu penunggu
atau keramat di daerah itu. Kenduri ini biasanya diiringi oleh sewang diwaktu malam hingga ke
siang hari.

Apabila terdapat kematian di sesebuah kampung, biasanya sanak saudara jauh dan
dekat akan diberitahu. Penduduk tempatan akan menziarahi dan membantu upacara pengkebumian.
Ahli masyarakat akan menangguhkan semua kegiatan harian mereka kerana dikhuatiri roh simati
akan marah atau menegurnya dan akibatnya orang yang terlibat akan ditimpa malang. Kebiasaannya
mayat tidak kebumikan pada hari kematian dengan itu tujuan memberi peluang kepada saudara mara
simati yang jauh datang memberi penghormatan terakhir.

Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah simati sehingga pagi
untuk mengelakkan mayat tersebut daripada diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh kucing kerana
dipercayai boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api akan dinyalakan di
sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu yang menyebabkan kematian itu. Kanak10

kanak akan ditangkalkan dengan menconteng arang di kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah
tapak kaki dan juga pada daun-daun yang dipercayai ditakuti oleh hantu.
Sebelum upacara pengkebumian, mayat tersebut akan dimandikan dan dibungkus
dengan kain baru atau kain putih dan seterusnya dibungkus dengan tikar, diikat kemas-kemas supaya
senang diusung. Liang lahad digali sedalam 1 meter. Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad.
Sebelum di kambus, tiga kepal tanah bercampur arang yang telah dijampi akan diletakkan di keduadua belah telinga dan bahagian dada untuk memutuskan hubungan si mati dengan keluarganya. Jika
tidak, keluarga yang hidup akan jatuh sakit dan boleh membawa mati.

Setelah dikambus, kayu yang diukir (ala kadar) dicacak di atas kubur sebagai penanda
dan diikuti dengan upacara meletakkan makanan, minuman dan rokok yang telah dinyalakan diatas
kubur selama enam hari berturut-turut. Pada hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk
memberitahu simati bahawa dia sudah berada di alam lain. Upacara ini dilakukan dalam rumah
simati. Setelah masuk hari ketujuh, keluarga serta penduduk kampung akan bergotong-royong
menambak atau memadatkan tanah kubur tersebut agar tidak jerlus. Penanda sementara tadi diganti
dengan batu nisan yang kekal. Sebelum meninggalkan kubur, makanan, minuman dan rokok akan
dilekatkan diatas kubur berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya akan memegang batu nisan serta
memanggil nama simati seolah-olah menggerakkannya untuk menjamu makanan dan minuman, di
samping berpesan bahawa perjalanannya ke alam lain adalah selamat dan memohon supaya tidak
mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.
Kaum suku semai mempercayai kepada semangat baik dan jahat. Setiap benda
mempunyai semangat dan boleh membawa kemudaratan ataupun kebaikan Orang asli mewarisi adat
dan kepercayaan yang kaya dengan pantang larang. Mereka berpegang kepada kepercayaan
11

animisme dan dinaungi oleh semangat alam dan tumbuh- tumbuhan.

Di samping itu, masyarakat

Semai juga tidak boleh membuat rumah pada hari Rabu kerana mengikut kepercayaan, rumah
tersebut akan menjadi panas sekiranya larangan ini dilanggar dan sebagai akibatnya, penghuni
rumah tersebut akan selalu mendapat penyakit, tidak ada rezeki dan pelbagai lagi perkara-perkara
buruk akan menimpa mereka.
Masyarakat Semai Perak menganggap objek-objek di sekeliling mereka mempunyai
kuasa ghaib luar biasa yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka amat menekankan
hubungan yang mesra dan baik dengan alam semesta. Menurut mereka, kewujudan hubungan yang
baik antara manusia dengan alam sekitar akan menjadi kunci kepada kesejahteraan hidup yang
harmoni. Selain itu, Orang Semai percaya bahawa terdapat empat unsur yang membentuk tubuh
manusia iaitu jasad, semangat, roh dan malaikat. Kehidupan manusia dikawal oleh makhluk
superhuman yang dipercayai wujud di sekeliling mereka. Secara keseluruhannya makhluk
superhuman terbahagi kepada tiga iaitu Nyenaang, Maklikat dan Nyaniik. Nyenaang ialah kuasa
yang menyerupai tuhan manakala Maklikat pula berperanan sebagai orang suruhan kepada
Nyenaang. Suku Semai, tinggal di hutan Semenanjung Malaysia. Mereka tetap mempertahankan
identitas budaya mereka. Suku Semai dikelompokkan ke dalam rumpun Senoi, dan mereka adalah
salah satu dari 18 etnis Orang Asli di Malaysia.

12

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa gaya kehidupan subetnik Semai
Perak mempunyai kebudayaan yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat itu
sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak semakin dipingggirkan. Keunikannya telah
menjadikan masyarakat ini lebih stabil dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Tidak ada unsur-unsur
hasad dengki, khianat, sabotaj, kedekut, dendam dan sebagainya. Mereka menjaga hubungan baik
dengan ketiga-tiga unsur di dunia ini iaitu makhluk supernatural, manusia dan alam sekitar.
Kewujudan subetnik Semai Perak di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan
lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam
sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri.
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tidak semua golongan
masyarakat mengambil cakna dengan kewujudan dan sosiobudaya subetnik Semai Perak yang
terdapat di Malaysia ini. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah mengambil beberapa inisiatif yang
sewajarnya agar masyarakat di Malaysia dapat mengenali kaum masyarakat Semai Perak ini dengan
lebih mendalam. Kehidupan dalam masyarakat Orang Semai mementingkan keharmonian,
keselesaan, tidak boleh mengujudkan sesuatu suasana yang tidak tenteram kerana ini akan
menimbulkan tindak balas yang kurang baik.

Aspek budaya atau adat resam yang mempunyai persamaan dengan kumpulan etik
saya adalah mempercayai bahawa penunggu, hantu dan syaitan adalah salah satu punca seseorang itu
mendapat sakit. Oleh itu bomoh atau pawang memainkan peranan penting untuk mengubat dan
mengetahui penyakit-penyakit yang dihidapi dengan cara jampi.
13

Persamaan yang seterusnya adalah mencari jodoh akan merantau ke tempat lain.
Setelah bertemu gadis idaman hati yang sesuai untuk dijadikan teman hidup, maka ia pun akan
bermalam di situ setelah mendapat persetujuan orang tua gadis tersebut. Biasanya kehadiran pemuda
itu amat difahami oleh ketua keluarga tersebut.

Sebelum bersanding, kedua-dua pengantin

dikenakan adat-adat berinai di rumah masing-masing.


Persamaan yang ketiga pula, menyambut hari menuai padi dengan mengadakan
kenduri pada hari tersebut. Kaum India juga menyambut perayaan ini dibawa nama Ponggal.Hari
tersebut kaum India mengucap terima kasih kepada tuhan matahari.
Persamaan yang seterusnya adalah Semasa makan, tidak dibenarkan melakukan
sesuatu perbuatan yang boleh mengganggu suasana sedang makan seperti bercakap, meninggikan
suara, menyanyi, dan makan bersepah kerana semangat makanan akan hilang dan sukar mencari
rezeki. Kaum Semai dan kaum India sentiasa duduk bersila atau bersimpuh ketika sedang makan.

14

LAMPIRAN

15

RUJUKAN

Azhar Mad Aros. (2000). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Dentan, Robert Knox, 1979, The Semai: A Nonviolent People of Malaya, Fieldwork Edition, Case
Studies in Cultural Anthropology, New York, Holt, Rinehart and Winston.

De Waal, Frans, 2005, Our Inner Ape: A Leading Primatologist Explains Why We Are Who We Are,
Riverhead Books.

Bonta, Bruce D. 1997. "Cooperation and Competition in Peaceful Societies." Psychological Bulletin
121(2):299-320.

https://www.google.com/search?
q=rujukanmasyarakat+kaum+suku+semai&biw=1366&bih=643&source=lnms
&sa=X&ved=0ahUKEwj00uzTxu3PAhXGG5QKHakQA6wQ_AUIBSgA&dpr
=1#q=+bahasa+semai

Anda mungkin juga menyukai