Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN

PENDIDIKAN KESIHATAN MURID MASALAH


PEMBELAJARAN
(PKBK3043)
‘GAYA HIDUP SIHAT’

Nama Pensyarah :
Puan Hajah Bainah binti Mustafa
Nama Ahli Kumpulan:
Nazatul Shima binti Sezali
Siti Khadijah binti Azman
DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT
Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) mentakrifkan
perkataan sihat sebagai:

“Satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang


memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan
pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan
yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang
negatif dan berisiko”

Konsep gaya hidup sihat


dikategorikan sebagai satu Gaya hidup sihat ialah gaya
kehidupan yang seimbang hidup yang mengutamakan
di mana seseorang amalan kesihatan dan
membuat satu pilihan pencegahan jangkitan
dengan bijak penyakit.
-Lyons dan Langille (2001),
DEFINISI DARI ASPEK FIZIKAL, MENTAL & SOSIAL

Dari aspek fizikal bermaksud menjaga


kebersihan dan kesihatan tubuh badan,
persekitaran dan alam sekitar

Dari aspek mental bermaksud mengawal


tekanan dan ketegangan yang melibatkan
aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran

Dari aspek rohani bermaksud menjalinkan


hubungan baik sesama manusia.
KONSEP GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat merupakan suatu kempen


aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat
yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari
penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup
sedentari. Sasaran utama kempen ini ialah
golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja
dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
4 komponen utama:

I. Peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan


II. Peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres
III. Peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok
IV. Peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.
Membuat
pemeriksaan
Menjaga Elakkan
kesihatan
kebersihan diri, perbuatan yang
rumah dan menjejaskan
persekitaran kesihatan

Pastikan
mendapat
Bersenam
rehat yang
cukup

KOMPONEN Membuat
Menjaga
pemakanan GAYA HIDUP pemeriksaan
SIHAT berkala
MENJAGA PEMAKANAN
Makan makanan yang seimbang Kepentingan menjaga pemakanan
• Makanan seimbang ialah • Agar tumbesaran berjalan
pengambilan makanan yang cukup dengan lancar
untuk keperluan tubuh badan
• Memberikan vitamin yang
• Mengambil semua jenis nutrient cukup kepada badan
dengan kadar yang sesuai.
• Mampu mengawal kadar
• Tidak mengambil makanan ringan obesiti
dengan kerap.
• Perkembangan mental tidak
• Pastikan makan mengikut masa. terganggu
• Makan mengikut cadangan piramid • Dapat mengurangkan risiko
makanan mendapat penyakit
berbahaya.
SENAMAN
• Senaman ialah pergerakan badan
yang dilakukan berulang kali secara
terancang dan berstruktur.
• Senaman dilakukan untuk
meningkatkan komponen
kecergasan
• Melalui senaman kita dapat
mencergaskan otak dan dapat
menangani tekanan.
Pastikan mendapat rehat
yang cukup
Mencegah
kanser dan
penyakit
Otak menjadi Kurangkan
 Rehat ialah tempoh yang aktif stress

diambil untuk berhenti


daripada melakukan KEPENTINGAN
sesuatu aktiviti fizikal atau MENDAPAT Menyegarkan
Meningkatkan
mental atau melakukan kecergasan REHAT YANG badan
badan
aktiviti ringan. CUKUP
 Rehat yang cukup Dapat Menguatkan
memerlukan tidur antara mengawal ingatan
berat badan
Membantu
7-9 jam sehari. memperbaiki
sistem badan
Membuat pemeriksaan Kekerapan Peratusan

berkala Sangat kerap


Kerap
3.9
14.7
Kadang-kadang 53.1
Tidak pernah 28.3

• Boleh mengesan awal risiko mendapat


penyakit supaya rawatan pencegahan
dapat dilakukan.
• Digalakkan untuk mereka yang
berumur 35 tahun ke atas
• Dapatkan ujian saringan:
-Indeks jisim badan, glukos dan kolestrol
darah, tekanan darah dan komposisi lemak.
Bilakah perlu membuat ujian saringan?

Ujian 20 – 34 tahun 35 -59 tahun

Sekurang-kurangnya 6 bulan Sekurang-kurangnya 6 bulan


Berat dan tinggi untuk IJB
sekali sekali
Sekurang-kurangnya 1 tahun Sekurang-kurangnya 1 tahun
Tekanan darah
sekali sekali
Paras gula dalam darah Sekiranya salah seorang ahli Pemeriksaan rambang untuk
keluarga ada kencing manis gula dalam darah sekurang-
kurangnya 2 tahun sekali untuk
< 40 tahun dan setahun sekali
untuk > 40 tahun.
Paras kolesterol dalam darah Sekiranya salah seorang ahli Ujian kolesterol dalam darah
keluarga ada paras kolesterol sekurang-kurangnya 5 kali
yang tinggi dalam darah setahun

Pemeriksaan sendiri payudara Setiap bulan Setiap bulan


Elakkan perbuatan yang menjejaskan
kesihatan

ARAK

SHISHA
KESIHATAN REPRODUKTIF
DEFINISI :

• Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.


Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan
sistem reproduktif (sistem peranakan).

• Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang


memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang
bertanggungjawab.
Peranan Dan Tanggungjawab Setiap Ahli Keluarga Dalam
Mempromosikan Kesihatan Reproduktif:

Peranan Peranan Peranan


Keluarga Ibu Bapa Suami Isteri
1) PERANAN KELUARGA

-Keluarga merupakan unit asas di dalam masyarakat untuk membina ketahanan


emosi dan kesejahteraan ahli-ahlinya.
-Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan
keluarga.
-Keluarga mempunyai peranan yang penting untuk:
-Melahirkan individu yang sihat dan bertanggungjawab
-Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli – makan dan
minum, pakaian, perlindungan dan kasih sayang.
-Membentuk dan memupuk konsep diri yang baik
-Menanam nilai-nilai murni dan tatasusila hidup
-Mengamalkan cara hidup sihat dan menyalurkan nilai-nilai positif kepada
generasi muda
-Mempertahankan keperluan mengamalkan tingkah laku seksual yang
sihat dan bertanggungjawab untuk menghindari dari penyakit masalah-
masalah berkaitan jangkitan melalui hubungan seks.
2) PERANAN IBU BAPA

-Ibubapa adalah bertanggungjawab membimbing dan memupuk harga diri


dan nilai-nilai murni anak dengan kasih sayang khususnya berhubung dengan
tanggungjawab perilaku seksual.
-Sanggup mendengar dan memberi nasihat berkaitan dengan kesihatan
reproduktif.
-Menjalinkan perhubungan yang mesra dengan anak-anak bagi
meningkatkan keyakinan dan rasa hormat.
-Melindungi anak-anak daripada penderaan seks
yang merangkumi:
-Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk
-Melaporkan sebarang pencabulan
-Mengesan tingkahlaku dan gejala luar biasa dan
-Mengambil tindakan sewajarnya
-Mengajar batasan dalam pergaulan
3) PERANAN PASANGAN SUAMI ISTERI

-Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai,


bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan
pasangan.
-Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-
masing di dalam memupuk kesejahteraan keluarga. Oleh itu, dengan
memahami dan melaksanakan fungsi tersebut unit keluarga akan menjadi
lebih utuh dan harmoni.
-Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah
berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan
antara satu sama lain.
-Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya
dalam perhubungan seksual.
-Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak
kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka.
-Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
-Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.
Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi
kesejahteraan keluarga ?

• Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalam


masyarakat.
• Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan
anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih
baik.
• Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus
dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.
Dapat
mengekalkan
tubuh badan
yang sihat

Dapat memupuk Dapat


sikap berdaya mencergaskan
saing otak

KEPENTINGAN
GAYA HIDUP
Untuk SIHAT Dapat
mendapatkan mengawal serta
berat badan mengurangkan
yang ideal tekanan

Mengurangkan
Membaiki
risiko mendapat
perkembangan
penyakit
mental
berbahaya
Tubuh badan menjadi

KESAN TIDAK MENGAMALKAN


lemah dan tidak bermaya

GAYA HIDUP SIHAT


Selalu berdepan dengan
tekanan

Mempunyai risiko yang


tinggi untuk mendapat
penyakit

Obesiti

Tidak dapat menjalinkan


hubungan sesama manusia
Mengadakan kempen Menambahkan tempat-tempat riadah
‘Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat’ di kawasan bandar dan juga luar
melalui media massa bandar

LANGKAH MEMUPUK
‘GAYA HIDUP SIHAT’

Mewujudkan program ‘1 Murid 1 Memilih makanan yang sihat


Sukan’ untuk setiap pelajar. berdasarkan piramid makanan
LIHAT & SELAMAT BERAMAL!!
RUJUKAN
Abdul Hafidz bin Haji Omar, Haron bin Mohamed & Husain bin Ayob (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Halim Mat Saleh & Othman Che Man (2011). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Janet Gonzalez-Mena (2013). Child, Family and Community. United States of America : Pearson

Lim Ann Lay, Lim Ching Chan & Limheng Sinn (1994). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2. Kuala Lumpur:
Pustaka Cipta Sdn Bhd.

Mazni Bali . Nota Pengurusan Diri dan Pendidikan Kesihatan dipetik daripada laman web
https://www.academia.edu/11383540/PENGURUSAN_DIRI_DAN_PENDIDIKAN_KESIHATAN_KELUARGA pada
27 Januari 2016

Anda mungkin juga menyukai