Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia kini mempunyai pelbagai liku yang membawa aura


baharu kepada bakal pendidik yang sedang dilatih mahupun insan yang sudah bergelar
pendidik. Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dirangka dengan objektifnya
yang tersendiri. Mana mungkin sesuatu pelan hanya dicipta semata-mata tanpa
tujuannya. PPPM dihasilkan dengan asbabnya untuk meningkatkan kualiti modal insan
iaitu dengan menjadikan sistem pendidikan lebih efisien dan berorganisasi. Bagaimana
pembangunan profesionalisme keguruan yang berterusan ini dapat membantu guru-guru
menghadapi cabaran pendidikan kini? Persoalan ini merupakan topik yang perlu
dikupaskan dan ditambahbaik untuk merealisasikan hasrat PPPM 2013-2035 agar
menjadi kenyataan.

2.0 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

2.1 KONSEP PROFESIONALISME KEGURUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perguruan merupakan


pengajaran seperti perguruan kepada guru pelatih, pelajar dan lain-lain.
Keguruan pula dapat diertikan dengan hal yang berkaitan dengan ilmu-ilmu untuk
menjadi seorang guru ataupun tanggungjawab sebagai guru. Dalam konteks
menjadi pendidik, kemahiran intelek dan latihan ikhtisas merupakan ciri-ciri yang
perlu ada pada profesion seorang guru. Menurut Mok Soon Sang (1996), konsep
profesionalisme dapat didefinisikan sebagai suatu pekerjaan khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi malah
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika guru. Menurut Kamus
Dewan pula, profesionalisme ini ditakrifkan sebagai pekerjaan yang berkait
dengan peranan, tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Hal ini
menjelaskan bahawa profesionalisme itu merupakan aspek yang merangkumi
peranan seseorang yang terlatih dan berkelayakan.

1
Profesionalisme keguruan merupakan aspek yang penting dalam
menuju ke arah kejayaan sistem pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bertungkus lumus dalam memartabatkan profesion keguruan.
Profesionalisme keguruan juga difahamkan sebagai persepsi berterusan yang
beretika dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai
kaitan secara langsung dengan kemenjadian murid. Dengan asbab itulah guru
berkualiti ini merupakan nadi penting yang memenuhi arena kejayaan sistem
pendidikan.

2.2 USAHA-USAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
KEGURUAN YANG BERTERUSAN

Sekolah merupakan salah satu organisasi yang perlu membuat


perancangan strategik untuk memastikan kejayaan visi dan misi KPM. Dalam
tujuan sistem pendidikan ke arah meningkatkan pembangunan profesionalisme
keguruan yang berterusan, terdapat usaha-usaha yang membantu negara untuk
mencapai tahap kualiti pendidikan berikut.

Antaranya ialah dengan mengetatkan syarat kelayakan kemasukan


guru. Salah faham mungkin berlaku apabila pihak kementerian mengetatkan
syarat kelayakan kemasukan. Tetapi, secara logiknya, dalam menghasilkan
modal insan guru yang berkualiti, syarat kelayakan perlulah diperketatkan supaya
insan yang benar-benar layak sahaja yang berhak untuk meneruskan pengajian
ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Tindakan KPM dalam menjalankan usaha ini
semestinya bakal memberikan hasil yang positif kerana sistem pendidikan amat
menitik berat mengenai persepsi seorang guru. Dengan asbab itulah para siswa
pendidik perlu menempuhi temuduga bagi mempersembahkan persepsi yang
menunjukkan profesion seorang bakal guru. Penilaian yang dilakukan juga
mengambil berat mengenai ciri-ciri profesion keguruan yang telah dibicarakan
tadi iaitu nilai-nilai integriti dalam jiwa seorang pendidik.

KPM juga telah menjalankan usaha dalam meningkatkan kualiti


Pembangunan Profesion Berterusan (CPD). CPD merupakan program dalam
memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau
dilengkapkan dengan pengetahuan profesional dan nilai serta amalan profesional

2
keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). CPD ini bukanlah
program yang tiada hala tuju. CPD ini adalah berobjektifkan dalam meningkatkan
kualiti guru sama ada dari segi kepimpinan mahupun pentadbiran dan
pengurusan pendidikan. Program kursus CPD ini mampu untuk membina kriteria
penting dalam diri seorang guru. Antaranya ialah disiplin iaitu dari segi kehadiran,
tingkahlaku dan juga ketetapan masa. Pendisiplinan diri ini telah menunjukkan
salah satu daripada ciri-ciri profesion seorang guru. Selain itu, personaliti iaitu
merangkumi etika berpakaian dan cara berkomunikasi. Personaliti sangatlah
mempengaruhi tahap profesion seseorang kerana hal ini merupakan aspek
permulaan terhadap satu persepsi seseorang. Seterusnya, komitmen yakni
penglibatan dalam aktiviti dan juga kerjasama individu dalam sesebuah
kumpulan. Jika seseorang itu mampu memberikan komitmen yang baik dalam
sesuatu kerja, hal ini telah memberi satu wadah ke arah membina guru yang
bertanggungjawab apabila diberi amanah untuk melakukan suatu kerja. Kriteria
pemerhatian dari CPD inilah yang melahirkan model insan guru yang mempunyai
profesion keguruan.

Seterusnya, terdapat pelbagai lagi usaha KPM dalam meningkatkan


pembangunan profesionalisme guru. Misalnya, pihak KPM melaksanakan laluan
kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi, memastikan guru memberi
tumpuan kepada fungsi teras pengajaran seterusnya merombak institut
pendidikan guru (IPG) setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang
2020. Segala usaha KPM perlu diadunkan dengan komitmen bakal guru dan
pendidik supaya hasrat yang besar ini dapat dicapai dengan berkesan. Tanpa
pengimarahan usaha seia sekata, hasrat besar ini seolah-olah bagai menghitung
bulu kambing sahaja.

2.3 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Berdasarkan laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),


Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ini berfokuskan kepada ilmu dan
kemahiran. Menurut Suruhanjaya Eropah, PSH ditakrifkan sebagai segala aktiviti
pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup. Tujuannya ialah bagi
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yakni dalam aspek yang
berkait dengan peribadi, sosial mahupun pekerjaan. Sebaliknya, Pelan Induk
Pembudayaan PSH 2011-2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

3
2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM) (PT) 2015-2025 telah mempunyai
konsep sejajar mengenai PSH iaitu sebagai proses pendemokrasian pendidikan
menerusi penguasaan ilmu, kemahiran dan keterampilan menerusi kaedah
formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman di tempat kerja atau semasa
latihan.

Strategi dan inisiatif PSH terbahagi kepada tiga fasa iaitu Fasa 1
(2015), Fasa 2 (2016-2020) dan Fasa 3 (2021-2025). Dalam setiap fasa ini,
terdapat pula tiga strategi yang dijalankan iaitu Strategi A untuk mempromosikan
PSH, Strategi B dalam membudayakan PSH dan Strategi C untuk proses
menambahbaik PSH. Segala pelaksanaan fasa dan strategi ini bertujuan untuk
memastikan pelaksanaan PSH ini menunjukkan keberkesanan yang lebih jelas.
Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten merupakan faktor kepada
kemenjadian murid.

3.0 CABARAN ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN TERKINI DAN PERANAN GURU

3.1 CABARAN DALAM MENGHADAPI ARUS PERUBAHAN DASAR

Negara kita mangambil berat mengenai aspek pembangunan


pendidikan kerana hal ini mempengaruhi pembinaan negara bangsa. Isu dalam
pendidikan merupakan isu yang berubah-ubah mengikut perkembangan semasa
di sekolah. Dalam keadaan negara kita yang sangat menitik berat mengenai hal
pendidikan, dasar-dasar baharu diperkenalkan. Hal ini menjadi cabaran kepada
para pendidik dalam menerima kaedah dan dasar baharu ini supaya dapat
menyesuaikan diri dengan baik. Malah, pendidik sangatlah berperanan dalam
memelihara perubahan dasar ini supaya tidak menimbulkan isu besar. Hal ini
kerana kesannya sangatlah besar kepada politik negara apabila sesuatu isu
pendidikan diperbesar dan menimbulkan kontroversi beberapa pihak yang
mungkin melibatkan perkauman. Contohnya, isu pembelajaran tulisan jawi dan
khat dalam pembelajaran bahasa melayu tahun 3 baru-baru ini telah
menimbulkan beberapa isu perkauman sedangkan subtopik baru ini amatlah
wajar dan seiring dengan tujuan memartabatkan tulisan warisan masyarakat
melayu hingga ke hari ini. selain politik yang turut terkesan, guru-guru di sekolah
turut menjadi mangsa keadaan dimana pihak tertentu seperti ibu bapa yang tidak
setuju dengan pernyataan baharu ini. dengan itu, hal ini menjadi satu cabaran

4
besar kepada warga pendidik dimana tugas guru di sini adalah sebagai
pelaksana dasar-dasar baharu dalam pendidikan yang telah dikeluarkan. Oleh
itu, warga pendidik ini mestilah sentiasa bersedia dalam menangani dan
mengendalikan isu-isu pendidikan dengan berhemah dan mengawal emosi diri.

3.2 CABARAN MENANGANI ISU SOSIAL

Isu sosial merupakan isu yang sentiasa menjadi topik perbualan


setiap tahun. Dalam pendidikan, guru akan menghadapi pelbagai situasi sosial
yang tidak dapat dijangkakan. Hal ini kerana isu sosial merupakan salah satu isu
terbesar yang bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam meliputi
keseluruhan aspek. Di sekolah, isu peningkatan sosial juga merupakan perkara
yang serius kerana dapat memberi kesan besar dan berisiko. Antara contoh
masalah sosial yang kian menular ialah kes buli siber, merokok dalam kalangan
pelajar sekolah rendah dan banyak lagi. Segala isu sosial kini sangat
merosakkan imej negara kerana dianggap seolah-olah gagal mendidik anak
bangsa yang berdisiplin. Keadaan ini menjadi cabaran buat para pendidik yang
ditugaskan untuk mendidik anak-anak muda bukan sahaja dari aspek pendidikan
malah aspek sivik dan moral dalam diri mereka. Cabaran sosial ini tidak boleh
dianggap remeh kerana negara bangsa yang berkualiti tidak hanya bergantung
kepada kepandaian seseorang malah turut merangkumi sahsiah dan disiplin.
Keruntuhan sistem pendidikan akan berlaku jika isu sosial ini tidak ditangani
dengan serius. Murid-murid sekolah yang mempunyai pelbagai personaliti
menjadi cabaran kepada guru-guru untuk memikirkan strategi dalam mendidik
mereka menjadi insan yang berkualiti.

3.3 CABARAN MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN ANTARA BANDAR DAN


DESA

Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk


menyeimbangkan kepuasan pembelajaran antara sekolah di kawasan bandar
dan juga di kawasan desa. Hal ini merangkumi dari segi kemudahan
pembelajaran, teknologi dan sebagainya. Kawasan bandar dan desa mempunyai
suasana yang berbeza. Contohnya di sini, kebanyakan murid-murid di Sabah dan
Sarawak amat sukar untuk mencapai matlamat pendidikan yang dituju. Hal ini

5
dipengaruhi oleh kemudahan infrastruktur dan juga murid-murid yang sukar
menyesuaikan diri dengan teknologi baharu walaupun telah diperkenalkan. Akta
Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan. Namun begitu, secara praktikalnya, pelaksanaan ini
menjadi sukar kerana pola tempat tinggal yang berlainan. Cabaran bagi pendidik
dalam melaksanakan juga menjadi tergendala dan terdapat halangan yang
merencatkan pencapaian objektif ini. dalam usaha mengekalkan perpaduan
kaum, ternyata jurang tempat tinggal yang berbeza ini telah memberi kesan
dalam mencapai hasrat pendidikan. Sehingga sekarang, jurang pendidikan
antara desa dan bandar adalah masih lagi ketara. Tambahan lagi, ia juga
berbeza dari segi penggunaan teknologi maklumat seperti kegunaan internet
yang sukar digunakan di kawasan desa. Jadi, guru mendepani masalah ini dan
guru juga perlu mencari inisiatif supaya objektif pembelajaran masih lagi tercapai
dengan pendidikan yang strategik.

4.0 PERANAN GURU DALAM MENANGANI CABARAN ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN

Guru memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan matlamat


pendidikan tercapai. Tugas guru sebagai pelaksana perlu ditambahbaik dan diinovasikan
dengan idea yang menarik supaya keberkesanan dapat dicapai. Segala cabaran yang
didepani guru perlu dianggap sebagai pemangkin dalam menambah usaha bersepadu
demi pembangunan pendidikan. Antara peranan guru ialah:

4.1 PEMBINAAN BUDAYA ILMU

Guru berperanan dalam pembinaan budaya ilmu bermaksud guru


bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid dilengkapi dengan prinsip
pembudayaan ilmu. Hal ini bermaksud mereka mempunyai penerapan dalam
menambah ilmu pengetahuan. Murid-murid harus diterapkan dengan ilmu yang
pelbagai seperti ilmu sains, matematik, agama dan sastera. Kunci kejayaan
sesebuah negara berada di tangan masyarakat yang memiliki budaya literasi
yang tinggi. Kecanggihan sains, perubahan pesat teknologi dan kekayaan
budaya setiap bangsa tidak akan tercapai, melainkan melalui pembudayaan ilmu
daripada masyarakat yang meletakkan membaca sebagai tabiat dan gaya hidup.

6
Ibn Khaldun, Ibn Sina dan al-Khawarizmi antara tokoh tersohor Islam yang
berjaya menerokai pelbagai disiplin ilmu melalui tabiat dan amalan membaca.
Pembinaan budaya ilmu dalam kalangan murid ini akan membantu murid untuk
lebih bijak mengkaitkan kehidupan dengan pembelajaran.

4.2 PENERAPAN NILAI DAN MORAL

Nilai dan moral merupakan aspek yang terpenting dalam membina


sahsiah murid. Sejak akhir-akhir ini juga keruntukan akhlak semakin merebak di
kalangan remaja terutamanya dari kalangan pelajar. Masalah ini mungkin berlaku
disebabkan oleh kemasukan budaya luar yang tidak bersesuaian dengan budaya
rakyat Malaysia. Malahan masalah ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-
pelajar bandar tetapi gejala ini sudah menular di kawasan luar bandar.
Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Junoh (2011). Penghayatan nilai-nilai
murni dalam diri pelajar sekaligus dapat membentuk disiplin dari sebarang
kesalahan. Guru sangat berperanan dalam menerapkan sahsiah pelajar dari segi
nilai murni dan adab. Hal ini kerana kehidupan pelajar seolah sia-sia jika berilmu
tetapi tiada adab yang berkualiti.

4.3 KESEIMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN

Keseimbangan sistem pendidikan bermaksud murid-murid


mempunyai kestabilan dalam menuntut ilmu tanpa mengira jurang pendidikan
seperti perbezaan pembelajaran di kawasan bandar dan pedalaman. Tidak
menjadi masalah jika kawasan bandar mempunyai sistem pendidikan yang lebih
canggih tetapi sistem pendidikan di kawasan pedalaman tidak boleh diabaikan
begitu sahaja. walaupun kawasan pedalaman tidak mampu mencapai tahap
pendidikan yang tinggi. Kementerian Pendidikan memberi tumpuan kepada
usaha merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar
menerusi beberapa proses tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan. Guru
juga berperanan dalam melaksanakan tujuan menyeimbangkan sistem
pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan memahami cara
hidup bermasyarakat dan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain
serta memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

7
5.0 RUMUSAN

Secara ringkasnya penulisan kali ini membincangkan mengenai


pembangunan profesionalisme keguruan, pembelajaran sepanjang hayat, cabaran guru
dan peranan guru dalam pembangunan pendidikan. Segala impian ataupun target
pencapaian akademik memerlukan usaha yang jitu dari pelbagai pihak. Jika tiada
perancangan dan startegi pendidikan, berlakulah peminggiran dan pemisahan dalam
pendidikan diantara ilmu duniawi dan ukhrawi seterusnya hilang kesepaduan dalam
pendidikan tanpa menerapkan nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, segala usaha ke arah pendidikan yang cemerlang di negara kita
mestilah sentiasa berlandaskan landasan pelan yang dilakukan supaya pendidikan di
Malaysia lebih sistematik dan berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai