Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARAAN HARI GRADUASI PRA SUNGAI UDANG, KLANG SEKOLAH S.K.

QUE : SEBELUM MAJLIS BERMULA Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan salam sejahtera. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis Graduasi Pra sekolah S.K. Sungai Udang bagi tahun 2011. QUE : SETELAH VVIP TIBA DITEMPAT DUDUK DAN SEMUA HADIRIN SERTA JURUAUDIO SUDAH BERSEDIA. Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin untuk berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku. QUE : APABILA SELESAI MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan semua hadirin untuk duduk. Indah berbalam, si awan petang, Berarak di celah, pepohon ara; Pemanis Kalam, selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

QUE : KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berbahagia, _____________________________________

Yang dihormati, En. Ahmad Murad Bin M. Thani , Guru Besar SKSU

Yang berusaha, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, para ibu bapa dan penjaga, seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi dan diraikan sekalian. Selamat datang ke Majlis Graduasi Pra sekolah SKSU bagi tahun 2011. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan inayahNya, maka kita dapat berkumpul sekali lagi di dewan yang indah ini.

Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

QUE : BACAAN DOA Hadirin sekalian, sebelum meneruskan acara marilah kita sama-sama menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan semoga majlis kita pada hari ini diberkati dan mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________ untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

QUE : BACAAN DOA SELESAI Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

QUE : BACAAN AL-QURAN Hadirin dan hadirat sekalian, majlis pada hari ini diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang akan dibacakan oleh _________________________. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas bacaan ayat-ayat suci al-quran sebentar `tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, Hari Graduasi merupakan salah satu agenda yang diadakan di peringkat sekolah. Hari ini juga merupakan hari penghargaan kepada pelajar prasekolah bagi menghargai usaha mereka dalam pencapaian dan penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran.

QUE : UCAPAN GURU BESAR SKSU Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar SKSU, En. Ahmad Murad bin M.Thani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

QUE : UCAPAN SELESAI

ALUAN

GURU

BESAR

Demikianlah tadi ucapan oleh Tuan Guru Besar SKSU. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

QUE : UCAPAN PERASMIAN Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, ____________________________________________ untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Pra sekolah SKSU bagi sesi 2011. Dengan segalanya dipersilakan.

QUE : UCAPAN PERASMIAN SELESAI Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi. Semoga ucapan dan amanat yang disampaikan tadi menjadi ingatan kepada kita semua.

QUE : PERSEMBAHAN 1 Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, majlis diteruskan dengan persembahan daripada anak-anak pelajar pra sekolah.

Anak-anak ini akan mempersembahkan nyanyian lagu Good Morning. Majlis mempersilakan.

QUE : PENYAMPAIAN SIJIL Majlis seterusnya, menjemput ___________________________ diiringi oleh _____________________________ untuk menyampaikan sijil kepada semua muridmurid pra sekolah SKSU sesi 2011. Majlis mempersilakan. Dijemput adik . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

QUE : PERSEMBAHAN 2 Majlis seterusnya akan dimeriahkan lagi dengan persembahan yang ke 2. Anak-anak pra sekolah SKSU akan mempersembahkan yang bertajuk Tanya Sama Pokok. Majlis mempersilakan

QUE : PENYAMPAIAN ANUGERAH Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada para pelajar. Untuk itu, majlis menjemput ____________________ untuk mengiringi _______________________ bagi menyampaikan anugerah-anugerah berikut. Bagi anugerah _________________ majlis menjemput .

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

QUE : PERSEMBAHAN 3 Hadirin sekalian, kemeriahan majlis diteruskan lagi dengan persembahan berikutnya. Persembahan ini bertajuk Bila Rasa Gembira. Majlis mempersilakan

QUE : ANUGERAH TOKOH PELAJAR Seterusnya, untuk menyampaikan anugerah tokoh pelajar, majlis menjemput sekali lagi ____________________________ mengiringi ______________________ untuk menyampaikan anugerah. Dijemput adik ____________________________ untuk menerima Anugerah Tokoh Pelajar pra sekolah SKSU bagi sesi 2011.

QUE : PERSEMBAHAN 4 Hadirin sekalian, majlis menjemput anakanak pelajar prasekolah SKSU untuk mempersembahkan persembahan yang bertajuk Its A Small World. Majlis mempersilakan

QUE : PENYAMPAIAN CENDERAMATA Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata

tanda kenang-kenangan kepada _______________________ di atas kesudian beliau merasmikan majlis Graduasi pra Sekolah SKSU bagi sesi 2011. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

QUE : PENUTUP Alhamdulillah, nampaknya majlis kita sudah sampai ke kemuncaknya.

Banyak keluk, ke penarik, Keluk Tumbuh pohon kuini, Nan Elok, Bawalah balik, Nan tak elok, tinggallah di sini.

Bunga Seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.

Ditangguhkan majlis indah berseri, menjunjung kasih menjunjung budi.. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

dalam menjayakan majlis wabillah..

ini.

sekian

QUE : JAMUAN RINGAN VIP Sebelim majlis bersurai, majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu undangan bagi menikmati jamuan yang disediakan. Majlis mempersilakan..

Anda mungkin juga menyukai