Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA PROGRAM BERSAMA ANA MUSLIM 2022

PERKARA TEKS
Alu-aluan Indah berbalam si awang petang,
pengerusi Berarak di celah pepohon ara,
majlis Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismilahhirahmanirahhim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang dihormati ,Wakil daripada Ana Muslim,
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Yang Berusaha En Nawawi bin Sarupin,


Guru Besar, Sek.Keb. Kampong Padang,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


2) En. Zamri bin Mohamad Nor – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) En Mohd Hafiz bin Ibrahim – Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah
NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini dalam PROGRAM JOM
BERSAMA ANA MUSLIM BAGI TAHUN 2022.

Hadirin yg dimuliakan,
Program JOM BERSAMA ANA MUSLIM bagi tahun 2022 ini baru sahaja diperkenalkan di daerah Kuantan.
Dengan hasil Kerjasama dari pusat sumber as-syafie, Sekolah kebangsaan kampong padang telah Berjaya
terpilih menjadi 10 buah sekolah yang pertama dalam program jelaa=jah ana muslim bagi tahun ini.
Syukur Alhamdulillah. Selaras dengan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan
membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga Pra Universiti. Pihak ana
muslim telah memainkan peranan dalam menjayakan usaha kerajaan ini agar dapat memastikan budaya
cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid
selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. Ini kerana
membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang.
Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Program kita akan dimulakan.

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis perhimpunan rasmi kita pada hari ini, majlis mempersilakan Saudara
__________________________ dari Tahun __________ untuk memimpin bacaan doa.

**************************BACAAN DOA***********************************

Majlis merakamkan sekalung kasih kepada Saudara ________________________ atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
UCAPAN GB Melilit rotan di dahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan aluan pembuka bicara
Bingkisan ucapan sepatah kata

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Nawawi bin Sarupin
untuk menyampaikan bingkisan kata,ucapan sempena majlis program jom Bersama ana muslim bagi
tahun 2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En
Nawawi bin Sarupin atas ucapan aluan yang telah disampaikan.
PENGENALAN Hadirin sekalian,
ANA MUSLIM
& KUIZ Mekar sejambak bunga gubahan,
SPONTAN Jatuh sekuntum di atas peti,
Tetamu mari berikan pengenalan,
Supaya ana muslim kenal di hati.

Kini tibalah masa slot yang seterusnya, untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi watak yang ingin
ditonjolkan pada hari ini iaitu ANA MUSLIM. Dengan itu majlis mempersilakan ___________________________
untuk sesi pengenalan ana muslim dan seterusnya menyampaikan kuiz spontan kepada murid-murid
kamps yang dikasihi sekalian. Dengan itu, majlis mempersilakan.
Majlis mengucap terima kasih kepada ___________________________________________________________________ atas
penyampaian slot Bersama ana muslim sebentar tadi.
Wah nampaknyaa rakan-rakan saya sangat bersemangat untuk menjawab soalan-solan kuiz yang
diajukan. Syabas kawan-kawan. Anda memang terbaik !!

PENYAMPAIAN Awan bersua citra berkisah


SUMBANGAN Ukiran sukma kilauan kelisa
BUKU DARI Pengenalann program selesai sudah
PIHAK ANA Penyampaian cenderahati menyusul pula
MUSLIM Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

PENYERAHAN Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid daripada kelas ___________ dibawah pimpinan Sebagai
CENDERAHATI tanda penghargaan , pihak ana muslim ingin memberikan sumbangan buku kepada pihak sekolah
sebagai kesudian untuk menerima kehadiran mereka dan dapat menjayakan program pada hari ini..
manakala daripada pihak sekolah ingin juga menyampaikan cenderahati kepada pihak ana muslim
sebagai tanda kenang-kenangan. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya , mempersilakan
__________________ ______________________________________________dan Tuan Guru Besar, En Nawawi bin sarupin
untuk menyempurnakan acara majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada __________________________________________________


atas kesudian menyempurnakan acara majlis itu tadi. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Pihak
Ana Muslim kerana sudi berkunjung ke SK Kampong Padang pada hari ini
PERTANDINGAN Baiklah hadirin, dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
MEWARNA DAN pada pagi ini. Slot yang kedua akan menyusul selepas waktu rehat. Murid-murid diminta untuk Kembali
MELUKIS ke kelas masing-masing untuk persediaan waktu rehat. Bahan Pertandingan Mewarna dan melukis
POSTER Poster akan diedarkan kemudian oleh pengawas Pusat Sumber.
Besi tembaga biar di tanah
Emas suasa di bawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah
Di lain ketika bersua Kembali
Saya ________________________________________________________, Pengawas pusat sumber yang bertugas pada hari
ini. Majlis diakhiri dengan lafaz yang mulia WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALAMUALIKUM
W.B.T.
Sekian, terima kasih.

p/s : Mohon semua pengawas pusat sumber untuk tinggal di tapak perhimpunan untuk sesi fotografi Bersama Ana Muslim. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai