Anda di halaman 1dari 3

Nyanyian lagu Negaraku Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu

dan Negeri Kedah Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.

*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk


salutasi -hadirin mengambil tempat-

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha, ______________________________Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior
Yang berusaha, ___________________________ penolong kanan
pentadbiran.
Yang berusaha,_________________________penolong kanan hal
ehwal murid.
Yang berusaha, ___________________________penolong kanan
kokurikulum
Yang berusaha, ___________________________pensyarah dari Unit
Kokurikulum institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Guru-guru,
para fasilitator serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Kata aluan Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t

Saya mewakili pihak Jawatankuasa Majlis, terlebih dahulu mengalu-


alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian ke
majlis perasmian penutup ________________________________.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Penciptanya kerana dengan
limpah dan kurniaan-Nya dapat sama-sama kita berkumpul pada pagi
yang penuh barakah ini.

Sebelum majlis diteruskan lagi, ucapan terima kasih dan sekalung


penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana telah
memberi peluang dan kerjasama yang padu kepada pihak kami untuk
menjayakan program pada hari ini.
Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Kerat rotan bersama buluh,


Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama menadah
tangan bermunajat memohon berkat agar majlis mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis mempersilakan __________________________ untuk
tampil ke hadapan bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Selesai bacaan doa Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada _____________________atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan pengerusi Siding hadirin sekalian,
program
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan menjemput dan


mempersilakan saudara ________________________, Pengerusi
Program _______________________ pada hari ini, untuk memberikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara


_____________________, atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Ucapan Guru besar Hadirin yang dihormati

Pahlawan melayu gagah perkasa,


Musuh dating habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha,


______________________Guru besar Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup
___________________________.
Selesai ucapan perasmi Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Pengumuman Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan
keputusan dan terbaik.
penyampaian hadiah
kumpulan terbaik Dengan ini majlis menjemput tuan guru besar, ______________
mengiringi saudara ______________ pengerusi program
_____________________ pada hari ini untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Dipersilakan.

*pengumuman dan penyampaian hadiah

Majlis merakamkan terima kasih kepada


______________________(gb) kerana telah sudi menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah itu tadi.
Penyampaian Hadirin sekalian,
cenderamata
Sekarang majlis dengan penuh takzimnya menjemput
________________________ bagi menyampaikan cenderamata
kepada yang berusaha, __________________________ sebagai tanda
penghargaan.
Selesai penyampaian Majlis merakamkan ribuan terima kasih atad kesudian menerima
cenderamata cenderamata sebentar tadi.
penutup Besi tembaga biar di tanah
Emas suasa dibawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah
Di lain ketika bersua kembali.

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya acara penyampaian sebentar tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada pagi ini

Saya mewakili jawatankuasa majlis memohon maaf atas salah dan silap
sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekali lagi, ucapan terima kasih
buat warga Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior atas kesudian menerima
kunjungan kami bagi menjayakan program ini. Semoga ukhwah yang
terjalin berkekalan dan mendapat redha daripada-Nya.

Sekian, wabilahitaufik walhidayah.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebelum majlis bersurau kita akan jalankan sesi fotografi bersama-


sama pensyarah, guru dan murid. Dipersilakan mengambil tempat.

Anda mungkin juga menyukai