Anda di halaman 1dari 4

MASA NOTA TEKS

8.30 am Aluan Bismillah…..

Alhamdulillah selamat datang kepada semua para waris,adik-adik dan


hadirin sekalian.
InsyaAllah sebelum kita ke acara lebih lanjut kita mulakan majis kita
dengan Ummul Furqan Al-Fatihah.

InsyaAllah hadirin sekalian,para waris,majlis kita bakal bermula


sebentar lagi dengan pengisian jiwa dan rohani dari Ustaz jemputan.
Oleh itu di minta para waris yang budiman untuk mengambil tempat
masing-masing.

9.00 – Slot Pengisian : Bukan rumput sebarang rumput,


10.30 am Ustaz Khairul Rumput penghias di kayu jawa,
Asfani Nasir Bukan jemput sembarang jemput,
Jemput untuk pengisi jiwa.

Hadirin sekalian, Program ILS 2019 membuka tirai dengan pengisian


jiwa yang akan di sampaikan oleh penceramah jemputan kita.

Beliau (biodata).
Oleh itu tanpa melengahkan masa,majlis dengan penuh rasa
sukacitanya memperilakan Ustaz Khairul Asfani Nasir.
Dipersilakan.

(ceramah)

Terima kasih di ucapakan kepada ustaz atas pengisian yang cukup


terkesan di jiwa semua.

Sebagai tanda mata,


Pihak majlis mempesilakan (pengarag ILS PP 2019) Saudari
______________ ke pentas untuk menyampaikan cenderahati
kepada Ustaz Khairul Asfani Nasir.
Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Pengarah dan Ustaz Khairul


Asfani.
11.30 am Peramian Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Penutup : Burung Merba di pohon Cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Aluan Assalamualaikum pembuka bicara.

Assalamualaikum……..

(Salutasi)

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kasih


sayang dan inayah-Nya kita dapat berhimpun bersama-sama bagi
meraikan dan memeriahkan Majlis Perasmian Nisa' I love School
2019 . Saya bagi pihak JK Pengelola Nisa’ Pulau Pinang mengalu-
alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada pagi ini .

Doa Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Majlis dengan ini mempersilakan saudara/i _____________ untuk


membacakan doa.

Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Saudara/i ___________________ di atas bacaan
doa itu tadi .

Yayasan Darul Hadirin sekalian,


Hadis PP
Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Yang
Berbahagia, wakil dari Yayasan Darul Hadis Pulau Pinang,
__________________________ untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.
(cakap)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ____________________


atas ucapan sebentar tadi.

Muslim Care Seterusnya,


Malaysia
Majlis mempersilakan wakil daripada Muslim Care Malaysia,
______________________ untuk menyampaikan kalam bicara.
Majlis mempersilakan.

(cakap)

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada ___________ atas kalam


mutiara sebentar tadi.
AEON Kredit Hadirin hadirat yang budiman,

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil AEON Kredit


___________________________, pihak majlis mempersilakan.

(cakap)

Terima kasih ___________________ atas ucapan sebentar tadi.


Nisa’ Malaysia Seterusnya pihak majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan,
Wakil Nisa’ Malaysia ________________________ untuk
menyampaikan kalam bicara seterusnya merasmikan Program I Love
School 2019 bagi Negeri Pulau Pinang.
Majlis mempersilakan.

(cakap)

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tersemat di dalam hati

Hadirin sekalian ,

Dengan ucapan itu , maka rasmilah majlis kita pada hari ini . Majlis
merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga dihulurkan kepada Yang Berbahagia, _________________,
di atas kesudian puan untuk merasmikan majlis pada pagi ini .

Penyampaian Beg Hadirin,


Sekolah & Alat
tulis Majlis di teruskan dengan slot penyampaian sumbangan beg sekolah
dan alat tulis kepada para peserta ILS PulauPinang pada hari ini .

Bagi menyempurnakannya , majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan (wakil MCM), ________________ , diiringi oleh
(pengiring 1), ______________ untuk menyempurnakan majlis
penyampaian sumbangan.

Terima kasih (MCM)____________________ atas penyampaian


sumbangan .

Majlis diterusnya dengan mempersilakan, (wakil AEON Kredit)


____________________ untuk majlis penyampaian sumbangan ,
diiringi (pengiring 2) ________________.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada (AEON Kredit)_________________________.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput,
(wakil Nisa’ Malaysia),___________________ diiringi
(pengiring 3)_____________ untuk menyampaikan sumbangan.
Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada


(wakil Nisa’ Malaysia) ____________________ atas kesudian
menyampaikan sumbangan-sumbangan sebentar tadi.

Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak kami,
cenderahati majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan
(pengarah Nisa’ PP) ___________________ diiringi
(Pengarah ILS PP 201) ________________________ untuk
menyampaikan cenderamata kepada para barisan tetamu kehormat
kita.
Dipersilakan.

(list penerima)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


(Pengarah Nisa’ PP) ______________________ atas kesudian tuan
menyampaikan cenderamata kepada para tetamu kita sebentar tadi.

Penutup Tuan puteri pergi ke Kuah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Kalau ada sumur di ladang


Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Di lain masa berjumpa lagi

Selesailah sudah Majlis Perasmian Nisa' I Love School Pulau Pinang


bagi Tahun 2019. Saya bagi pihak JK Kerja Majlis,ingin mengucapkan
terima kasih di atas kesudian hadirin dan hadirat sekelian
memeriahkan seterusnya memaknakan majlis pada hari ini.

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan


sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari
Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi
majlis dengan wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh .

Sesi Bergambar Di jemput dan di persilakan para tetamu jemputan,para


peserta,barisan ajk dan barisan sukarelawan untuk ke atas pentas bagi
sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai