Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI 2021

23 FEBRUARI 2022

CATATA
ACARA ISI
N
Pengumuman Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Para tetamu, guru dan murid diminta untuk dipersilakan

mengambil tempat duduk  masing-masing kerana majlis akan

dimulakan sebentar lagi.

Mohon kerjasama para hadirin dan murid-murid agar berdiri

apabila diumumkan  ketibaan  tetamu kehormat dan sama-sama

menyanyikan lagu Negaraku dan ****

Acara 1 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Lothman


(Ketibaan
bin Awang, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan
VIP)
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu diiringi barisan

pengurusan sekolah.

***Nyanyian lagu Negaraku dan SMASID Terbilang.

Acara 2 Hadirin Sekalian,


(Bacaan Al-
Bagi memohon keberkatan majlis, marilah sama-sama kita
Quran)
mendengar bacaan alunan ayat suci al-quran yang akan

disampaikan oleh …………………………………………………………… bermula

dari ayat ………………. surah …………………….. Dipersilakan.

***Bacaan Al-Quran
Majlis mengucapkan terima kasih kepada

……………………………………………………………………………………………………. atas

bacaan al-quran itu tadi.

Doa Hadirin……………………………………………………………………………………………………

…. untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

***bacaan doa

Terima kasih diucapkan kepada


……………………………………………………………………………………………………….. atas
bacaan doa itu tadi.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah

Gunung Daik Bercabang Tiga

Doa Sudah Ucapanpun Sudah

Tiba Masa Menjamu Selera

Untuk itu dipersilakan  hadirin dan hadirat sekalian untuk

menjamu selera.

Acara 5 Hadirin yang dimuliakan,


(Ucapan
Meneruskan agenda kita pada petang yang mulia ini, majlis
Murid)
dengan sukacitanya mempersilakan Ketua Pelajar, Mohd Naim

Daniel bin Yusof untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada

guru-guru dan rakan-rakan. Dipersilakan.

***ucapan
Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar atas ucapan yang

disampaikan sebentar tadi.

Acara 6 Hadirin yang dihormati sekalian,


(Ucapan
Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya
Pengetua)
mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Haji Ahmad Ridhuan bin

Abdul Ghani, Pengetua SMA Sultan Ismail, Dungun untuk

menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

***ucapan pengetua

Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan

itu tadi.

Acara 7 Kata orang,


(Ucapan
Kepimpinan diteladani
Perasmian)
Program dirancang dan direalisasi

Muafakat kata menjadi paksi

Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi.

Sidang hadirin yang dihormati, kini tibalah saat yang dinantikan

iaitu ucapan dan perasmian majlis apresiasi 2019.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya mempersilakan

Yang Berbahgia Tuan Haji Lothman bin Awang, Ketua Penolong

Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu, untuk menyampaikan ucaptama dan seterusnya

merasmikan Majlis Apresiasi 2019. Dipersilakan yang


berbahagia.

***ucaptama

Berilah Kami Haluan Kemudi

Pengobat Hati Menanti Harapan

Ucapan Diberi Penuh Beerti

Amanat Tuan Jadi Pegangan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan

penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Ketua

Penolong Pengarah Bahgian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal

Agama Terengganu atas amanat dan ucapan perasmian itu tadi.

Acara 8 Sidang hadirin sekalian,


(Penyampaia
Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan atur cara
n Hadiah)
penyampaian hadiah dan sijil-sijil kecemerlangan.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya

menpersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Lothman bin Awang,

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal

Ehwal Agama Terengganu, diiringi Yang Berusaha Ustaz Haji

Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani ke pentas untuk

menyempurnakan acara tersebut.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

***rujuk senarai penerima hadiah


Sebagai tanda penghargaan ,sekalung budi seuntai kasih , majlis

mempersilakan yang berusaha Yang Berusaha Ustaz Haji

Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani untuk menyampaikan

cenderahati kepada yang Yang Berbahagia Tuan Haji Lothman

bin Awang.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Ketua

Penolong Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan

kepada guru dan pelajar sebentar tadi.

Acara 9 Hadirin yang dihormati sekalian,


(Bacaan Doa)
Majlis kita hampir sampai ke penghujungnya. Namun, sebelum

tirai majlis pada hari ini dilabuhkan, majlis menjemput al-fadhil

Ustaz Ahmed Shaban al-Khafagy untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

***bacaan doa

Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil Ustaz Ahmed Shaban

al-Khafagy atas bacaan doa itu tadi.

Acara 9 Hadiri dan hadirat sekalian,


(Penutup)
Dengan berakhirnya bacaan doa itu tadi, maka selesailah sudah

majlis pada hari ini.

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan terima kasih atas

kehadiran Yang Berbahagia Tuan KPP Bahagian Pendidikan


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, ajk pibg, barisan

pentadbir sekolah, ahli jawatan kuasa kerja dan para hadirin

sekalian di atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan

secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis

yang bersejarah dan penuh gemilang ini.

Delima selasih indah tersingkap

Hantaran bengkalis seri cahaya

Terima kasih tidak terungkap

Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara

Kadang tak sedar tersilap kata

Andai terlanjur patah bicara

Serendah hati kemaafan dipinta..

Mewakili pihak jawatankuasa , majlis ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini

berlangsung ,kami memohon ampun dan maaf .

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum w.b.t.

Acara 10 Sebagai tanda kenangan, majlis menjemput tetamu2 kehormat,


(Sesi
barisan pentadbiran dan penerima2 anugerah untuk mengambil
Bergambar)
tempat bagi acara fotografi .

Anda mungkin juga menyukai