Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017

AGENDA ULASAN JURUACARA CATATAN


KETIBAAN Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.
TETAMU
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran guru-guru,
tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan
SK Tanjong Belanja 2017.

Hadirin yang di muliakan,

Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi, untuk itu, tuan-


tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian di minta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis, saya bagi pihak majlis


meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya
mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod
senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti
program ini hingga ke akhir majlis.

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha


____________________________________________
_ diringi oleh Guru Besar, penolong Kanan dan dif-dif
jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

NYANYIAN LAGU Majlis dimulakan dengan 3 Nyanyian lagu iaitu lagu


Negaraku, Perak Excellent dan Lagu Sekolah. (* Dif-dif
kehormat dan para hadirin diminta berdiri)

……………….(Lagu Negaraku)
……………….(Perak Excellent)
………………( Lagu Sekolah)
………………(Ikrar)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

KATA ALUAN Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt. Salam


PENGERUSI sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya dan
MAJLIS Salam Perak Excellent.

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG


MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
TEKS PENGACARA MAJLIS

PEMANIS KATA SELAMAT DATANG


AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

MELATI KUNTUM MENGHIAS GELAS,


TUMBUH MELATA DI TEPI KALI,
ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017,
MURID-MURID CEMERLANG KITA HARGAI.

Yang Berusaha En Khairudin bin Hj Abu Hanipah, Guru Besar


SK Tanjong Belanja,

Yang Setia ………………………………………………………………………………………..


Pegawai Perhubungan SK Tanjong Belanja,

Yang Dihormati En Abdullah Radzi bin Abbas, PK


Pentadbiran SK Tanjong Belanja

Yang Dihormati Pn Jamiah Bt Ahmad, PK Hal Ehwal Murid,

Yg Dihormati Pn Azni Bt Abdul Rashid, PK Kokurikulum,

Yang Berbahagia En Alias Bin Razali, YDP PIBG SK Tanjong


Belanja

Dif-dif jemputan, ketua-ketua kampung ibu bapa,guru-guru,


serta murid-murid yang dirahmati sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SK


Tanjong Belanja Tahun 2017 .

Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati kerana dengan
limpah izinnya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam
bidang kokurikulum dan juga akademik.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri
ke majlis ini terutamanya kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak
dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
InsyaAllah.
TEKS PENGACARA MAJLIS

BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama


kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-
Fadhil Ustaz Aizzuddin bin Salehuddin. Dipersilakan..
~~~~Bacaan Doa~~~~~

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadzil Ustaz Aizzuddin atas bacaan doa itu
tadi.

PERSEMBAHAN 1 DARI KEDAH KE KUALA PERLIS


SINGGAH BERSANTAI DI TEPI JETI
PERSEMBAHAN PEMBUKAAN MEMERIAHKAN MAJLIS
SEMOGA HADIRIN TERHIBUR DI HATI.

Tanpa membuang masa, kita teruskan lagi acara kita pada


pagi ini dengan menyaksikan persembahan tarian kebudayaan
daripada murid-murid SK Tanjong Belanja. Dipersilakan.

~~~~Persembahan Murid~~~~

Persembahan sebentar tadi dibawah bimbingan Pn


Ganggadevi, Pn Saftina, Pn Nor Hazlinna, Pn Nur ‘Aifaa dan
Pn Rabizah. Untuk pengetahuan hadirin, pasukan tarian
kebudayaan ini telah memenuhi jemputan khas daripada
Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan, Pejabat Pendidikan
Daerah Perak Tengah dan SMK Sultan Muhammad Shah.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada pasukan
tarian kebudayaan SK Tanjong Belanja.

UCAPAN GB Hadirin yang dihormati,

INDAH NIAN PUCUK BIDARA


INDAH LAGI BUNGA SETANGGI
UCAPAN TUAN PENERUS BICARA
SILAKAN TUAN YANG KAMI SAYANGI.
TEKS PENGACARA MAJLIS

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Khairudin


Bin Hj Abu Hanipah Guru Besar SK Tanjong Belanja untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

~~~Ucapan GB~~~~

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru


Besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN PERGI KE KOTA BELI SELASIH,


PERASMIAN SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA,
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA

Yang jauh kita datangkan, yang dekat kita raikan, yang ditepi
kita ketengahkan, yang dibelakang kita ke hadapankan.

Dengan itu, pihak majlis dengan penuh harapan dan


sukacitanya menjemput

Yang Berusaha………………………………………………………………………………..

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan


Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Tanjong Belanja 2017.
Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

~~~Ucapan Perasmi~~~

Majlis dengan penuh takzimnya, mengucapkan jutaan terima


kasih kepada Yang Berusaha ………………………………………………………
di atas ucapan perasmian sebentar tadi. Semoga segala yang
dikongsikan beliau itu dapat kita jadikan panduan di dalam
membimbing anak-anak untuk mencapai kejayaan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak


terhingga, majlis mempersilakan En. Khairudin Bin Hj Abu
Hanipah Guru Besar SK Tanjong Belanja untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berusaha ………………………………………
majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
.
PERSEMBAHAN 2 ADAT TUAN ADAT BERSERAH
MARI DATANG MEMBAWA TUAN
TEKS PENGACARA MAJLIS

ADAT BERSIRIH ADAT SEJARAH


UNTUK TUAN KAMI SEMBAHKAN

Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada murid-


murid Pra Sekolah SK Tanjong Belanja. Dipersilakan.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan
tarian comel daripada murid pra sekolah tadi. Persembahan
tersebut adalah hasil bimbingan Pn Nor Shaliza bt Kamal
Azman dan Pn Nur Saliza bt Yusof.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dirahmati sekalian,


ANUGERAH
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih
LONJAKAN yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
SAUJANA LINUS membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-
& KEDUDUKAN murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga
KELAS P.KHAS ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

BERKEBAYA BATIK BERWARNA MERAH,


DISERIKAN DENGAN PERMATA BERLIAN,
TIBALAH MASA PENYAMPAIAN ANUGERAH,
PENERIMA TERUJA MENUNGGU GILIRAN.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan penuh takzimnya


menjemput ____________________________________
Diiringi oleh ___________________________________
Untuk naik ke atas pentas. Dipersilakan.

~~~~penyampaian hadiah~~~~

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________


__________ atas kesudian beliau menyampaikan
cenderamata penghargaan kepada murid-murid.

KEDUDUKAN Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi


KELAS PERDANA kedudukan dalam kelas dan mata pelajaran terbaik bagi kelas
& MATA perdana. Ole itu, majlis mempersilakan ________________
PELAJARAN __________ diiringi oleh _________________________
TERBAIK untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan…

~~~~penyampaian hadiah~~~~
TEKS PENGACARA MAJLIS

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _________


________________ kerana sudi menyampaikan
cenderamata kepada murid yang cemerlang.

PERSEMBAHAN 3 SEHABIS MERAH DAUN YANG SIHAT


&4 DAHAN MELEBAR BERCERITA SAKAN
MAJLIS ANUGERAH MOHON BEREHAT
PERSEMBAHAN PELAJAR KITA SAKSIKAN

GRADUASI Hadirin sekalian,


TAHUN 6
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Graduasi Tahun
6. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput En
Khairudin bin Hj Abu Hanipah diiringi oleh _____________
__________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

~~~~Graduasi Tahun 6~~~~

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima


kasih kepada En Khairudin bin Hj Abu Hanipah kerana sudi
menyampaikan sijil kepada murid-murid.

ANUGERAH Acara yang seterusnya ialah Anugerah Tokoh SK Tanjong


TOKOH Belanja 2017. Dengan ini, majlis mempersilakan _________
_______________________ diiringi oleh ____________
_________________ untuk menyempurnakan majlis.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~~~~Anugerah Tokoh~~~~

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada _________


_________________ di atas kesudian menyampaikan
Anugerah.

PENUTUP Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kecemerlang & Graduasi SK


Tanjong Belanja 2016 pada kali ini. ucapan tahniah kepada
murid yang telah berjaya.Diharapkan kecemerlangan ini akan
diteruskan lagi di tahun yang akan datang.
TEKS PENGACARA MAJLIS

BINTANG TUJUH SINAR BERSERI, 


BULAN PURNAMA DATANG MENERPA; 
AJARAN GURU HENDAKLAH DICARI, 
MANA YANG DAPAT JANGANLAH LUPA.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja


pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah
s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG


BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
TAHUN HADAPAN KITA BERJUMPA LAGI

Sekian, terima kasih.....


Assalammualaikum wb.t

Anda mungkin juga menyukai