Anda di halaman 1dari 11

TEKS MC KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 52 SK PUTERI PANDAN 2

PENGACARA: LINAWAZNAH & ROSENIMALIZA

Acara Teks
Selamat datang diucapkan kepada para tetamu ke Kejohanan
Pengumuman Sukan Olahraga kali ke 52 peringkat Sekolah Kebangsaan Puteri
kepada ibu bapa Pandan 2 bagi tahun 2018.

Di sini terdapat dua pengumuman.

Perhatian kepada semua ibu bapa dan bekas murid yang berminat
untuk menyertai acara sukaneka, anda dijemput untuk mendaftar nama
di meja urusetia.

Perhatian kepada ibu bapa yang ingin menjadi sukarelawan bagi


membantu guru-guru sebagai pegawai kejohanan, anda dijemput untuk
mendaftar nama di meja urusetia. Bilangan yang diperlukan adalah
seramia 10 orang. Sukarelawan yang mendaftar akan dibekalkan t-shirt.

Umumkan Mengumumkan ketibaan


ketibaan VIP Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari, Timbalan Ketua
Paluan kompang UMNO Bahagian Titiwangsa, diiringi oleh
Yang berusaha Puan Nora bt Akir, Guru Besar SK Puteri Pandan
2,
En. Mohd Ezanee b Md Zainal Abidin, Yang Dipertua PIBG SK
Puteri Pandan 2, bersama
Guru2 Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Puteri Pandan 2.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-
hormat sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan


menerima tabik Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari, Timbalan Ketua
hormat dari UMNO Bahagian Titiwangsa untuk menerima tabik hormat daripada
peserta peserta perbarisan. Dipersilakan.
perbarisan
Untuk makluman hadirin, Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 52 adalah
bertemakan ‘Animasi’.

MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perarakan masuk kontigen rumah sukan ke tengah padang ini akan diketuai
Bendera oleh Komandan Barisan, Nurul Waheeda bt Mohd Yazid diikuti oleh
kejohanan
pembawa bendera sekolah, Saieswary a/p Gopal. Manakala pembawa
bendera kejohanan terdiri daripada wakil atlet rumah sukan masing-
masing iaitu

1. Nur Afrina Batrisyia bt Kamal Basyah (kuning)


2. Weinaz Batrisyia bt ALis (Kuning)
3. Raja Atika bt Raja Ariffin (Biru)
4. Dhivya Darshini a/p Suntharaju (hijau)

Perbarisan Rumah Menyusul dibelakang adalah kontigen rumah Sejinjang. Smurffettes,


Biru itulah pilihan rumah biru. Sesuai dengan wataknya yang ceria, berani
dan setia. Semangat setia kawan dalam smurffetts penting bagi
pasukan biru untuk terus unggul sebagai juara. Biru nombor satu,
jangan ragu-ragu.
Kontigen ini diketuai oleh adik Nur Izzati Rasyidah bt Rahmat selaku
komandan pasukan.
Diikuti oleh pembawa bendera adik Aqilah Yusra bt Abdul Azim
Dan pembawa sepanduk adik Intan Sofea bt Nor Hafizan

Pasukan Sejinjang dianggotai seramai 33 orang ahli dengan dibimbing


oleh Cik Jagethiswary a/p Awuli, Pn Maryam Jamilah Abral, En
Muhammad Adha Rosli dan Pn. Rosenimaliza Mohd Ali

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen rumah Ledang. Watak minnions adalah
Kuning karakter yang melucukan, cerdik dan sangat comel. Mereka sentiasa
bekerjasama antara satu sama lain dalam melakukan semua misi bagi
menyelesaikan pelbagai masalah. Pemilihan watak animasi ini cukup
sesuai dijadikan contoh semangat berpasukan dan selesa bekerja
bersama-sama.

Kontigen ini diketuai oleh adik Syasya Batrisyia bt Taufik selaku


komandan pasukan.
Diikuti oleh pembawa bendera adik Nur Eryatul Qistina bt Mohd
Nadzri
Dan pembawa sepanduk adik Rachel Kamala Das

Pasukan Ledang dianggotai seramai 33 orang ahli dengan dibimbing


oleh Pn Siti Syara Ismail, En. Muhammad Shafiq Ismail, Cik Lee Siew
Chin dan Pn Adiliah Mahmud.

Perbarisan Rumah Kontigen seterusnya adalah kontinjen rumah Saadong. Watak animasi
Hijau yang dipilih adalah Peter Pan. Sikap berdikari dan suka menolong yang
ditonjolkan watak ini sesuai diterapkan dalam diri ahli-ahli rumah hijau.
Rumah hijau terbaik, rumah hijau juara, menang kalah, fight fight fight.

Kontigen ini diketuai oleh adik Nurul Nadhirah bt Asrizal


selaku komandan pasukan.
Diikuti oleh pembawa bendera adik Mithiyaa Sri a/p Murugaya
Dan pembawa sepanduk adik Sharifah Liyana bt Syed Sharifuddin

Pasukan Saadong dianggotai seramai 33 orang ahli dan dibimbing oleh


Pn Noor Shahida Daud, Pn Salwa bt Salleh, Pn Nurul Najwa Zulkuflly dan
Pn Linawaznah Othman.

Kontinjen terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini


Prasekolah adalah murid-murid Prasekolah Permata Bestari dengan dianggotai
seramai 24 orang murid di bawah bimbingan Pn. Awalliah binti Juri
dan Pn. Maizatul Azma binti Mukhtar

Kontigen ini diketuai oleh adik Nurdarla Imani bt Izat


selaku komandan pasukan.
Diikuti oleh pembawa bendera adik Muhammad Amin b Abdullah
Dan pembawa sepanduk adik Nur Amni Wirdanie bt Mohd Amin

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Datuk


Affendi bin Zahari kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.
Ucapan alu-aluan Bunga gantang di Pasar Tamu,
Warnanya lain seperti bara;
Selamat dating para tetamu,
Dengan izin dimula acara.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi, salam Negaraku Malaysia dan


salam Wilayahku Ceria. Selamat datang ke Kejohanan Sukan Olahraga
SK Puteri Pandan 2 kali ke-52 bagi tahun 2018.

Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari,


Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa,

Yang Berusaha Puan Nora binti Akir,


Guru Besar SK Puteri Pandan 2,

Yang Dihormati En. Mohd Ezanee b. Md. Zainal Abidin


Yang Dipertua PIBG SK Puteri Pandan 2

Barisan Guru Penolong Kanan


Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya
murid-murid SK Puteri Pandan 2 yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Olahraga SK Puteri Pandan 2 kali ke 52. Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada
atlet-atlet muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, sebagai tanda cinta kepada negara
Negaraku marilah kita menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin diminta berdiri


*****************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah


kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh En. Muhammad Shafiq b Ismail. Dipersilakan…

………………..(bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Muhammad Shafiq b


Ismail. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, Kejohanan Sukan Olahraga
yang telah direncanakan pada pagi ini akan berjalan dengan lancar
serta diberkati.

Ucapan guru Hadirin sekalian,


besar Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Pn Nora binti Akir,
Guru Besar SK Puteri Pandan 2 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nora binti Akir atas
ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmia
n Daun semulur di pecan sari,
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia, Datuk Affendi


bin Zahari, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Olahraga SK Puteri Pandan 2 kali ke 52. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

……………………(ucapan)……………………

Bagi menyempurnakan acara perasmian,


Dijemput Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari diiringi Yang
Berusaha Puan Nora binti Akir untuk turun ke trek untuk
melepaskan burung sebagai gimik perasmian. Dipersilakan.

…………………….(gimik)………………………

Majlis merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari atas ucapan
dan gimik perasmian itu tadi.

Menjemput Hadirin yang dihormati,


pembawa
bendera Seterusnya, majlis mempersilakan adik Nurul Waheeda bt Mohd
mengiringi Yazid untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan
pembaca ikrar
Terima kasih diucapkan kepada adik Nurul Waheeda. Begitulah tadi
Lafaz ikrar bacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam
kejohanan kejohanan ini.

Perbarisan Keluar Dengan sempurnanya bacaan ikrar itu tadi, majlis diteruskan dengan
padang perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian
untuk masuk ke khemah masing-masing dan bersedia untuk acara
sukan selepas ini.

MUZIK PERBARISAN

Kalau perasmi nak Tuan-tuan dan puan-puan,


balik
Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput Yang Berusaha
Puan Nora binti Akir bagi menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari,
atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Mengumumkan yang berbahagia datuk meninggalkan majlis

Acara Sukan Para tetamu yang dihormati,

Sebentar lagi akan dimulakan acara bagi Kejohanan Sukan Olahraga SK


Puteri Pandan 2 kali ke 52 bagi tahun 2018.
Untuk pengetahuan hadirin, jumlah acara keseluruhan yang
dipertandingkan pada kejohanan kali ini adalah sebanyak 26 acara.
Kesemua acara padang telah pun dilaksanakan di padang sekolah pada
Rabu lepas. Pada pagi ini pula, sebanyak 22 acara balapan dan
sukaneka akan dapat kita saksikan bersama2.

Perhatian - Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas untuk


bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

Pungutan Mata Setakat Ini


Biru = 193
Kuning = 199
Hijau = 193

Perhatian kepada semua ibu bapa dan bekas murid yang berminat
untuk menyertai acara sukaneka, anda dijemput untuk mendaftar nama
di meja urusetia.
40 m prasekolah PENGUMUMAN ACARA BALAPAN (1)

100 m tahun 4 Hadirin yang dihormati,

Sebentar lagi akan berlangsung acara ………………………. Peserta-


peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah

Di lorong yang pertama ………………………… dari rumah Biru


Di lorong yang kedua ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang ketiga ………………………… dari rumah Kuning
Di lorong yang keempat ………………………… dari rumah Biru
Di lorong yang kelima ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang keenam ………………………… dari rumah Kuning

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk


dilepaskan.

70 m tahun 1 PENGUMUMAN ACARA BALAPAN (2)

100 m tahun 5 Acara seterusnya adalah acara ………………………

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah

Di lorong yang pertama ………………………… dari rumah Biru


Di lorong yang kedua ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang ketiga ………………………… dari rumah Kuning
Di lorong yang keempat ………………………… dari rumah Biru
Di lorong yang kelima ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang keenam ………………………… dari rumah Kuning

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk


dilepaskan.

70 m tahun 2 PENGUMUMAN ACARA BALAPAN (3)

100m tahun 6 Sidang hadirin,

Ayuh kita berikan perhatian kepada acara yang bakal berlangsung


sebentar lagi, iaitu acara …………………..

Di lorong yang pertama ………………………… dari rumah Biru


Di lorong yang kedua ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang ketiga ………………………… dari rumah Kuning
Di lorong yang keempat ………………………… dari rumah Biru
Di lorong yang kelima ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang keenam ………………………… dari rumah Kuning

70 m tahun 3 PENGUMUMAN ACARA BALAPAN (4)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita berikan tumpuan kepada acara yang bakal berlangsung iaitu acara
………………………………..

Di lorong pertama....
Di lorong kedua ...
Di lorong ketiga...
Di lorong keempat…
Di lorong kelima....

Tuan-tuan
Acara yang telah berlangsung sebentar tadi ialah acara …..

Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah (1)
Kejohanan Sukan Olahraga berehat sebentar untuk memberi laluan
Lompat Jauh kepada upacara penyampaian hadiah.
Tahap 1
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis
Lompat jauh mempersilakan:
Tahap 2
Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari,
Lompat tinggi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa,
tahap 2 Dengan diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Nora binti Akir
Lontar peluru Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 2
tahap 2 Dipersilakan.
@@
40 m prasekolah Yang dihormati, En Mohd Ezanee b. Md Zainal Abidin
Yang dipertua PIBG, SK Puteri Pandan 2
70 m tahun 1,2,3 Dengan diiringi oleh
Yang Berusaha En. Wan Sharipudin b Wan Sabri
100m tahun 4,5,6 GPK Kokurikulum SK Puteri Pandan 2
Dipersilakan.

Bagi acara __________________________________,


Gangsa dimenangi oleh adik.... dari rumah
Perak dimenangi oleh adik.... dari rumah
Emas dimenangi oleh adik.... dari rumah

Majlis merakamkan terima kasih kepada


Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari
Yang dihormati, En Mohd Ezanee b. Md Zainal Abidin
atas kesudian untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Vip balik Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput Yang Berusaha
Puan Nora binti Akir bagi menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia, Datuk Affendi bin Zahari,
atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
Mengumumkan yang Berbahagia Datuk meninggalkan majlis.

Acara ibu Hadirin sekalian kita teruskan acara kita pada hari ini dengan acara
sukaneka ibu.

Diminta kepada semua peserta acara sukaneka ibu untuk mengambil


tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Nama pertandingan pada hari ini ialah ”Bawa Molek Molek”.

Cara permainannya,
Peserta perlu mengepit bola di celah ketiak kemudian berlari ke stesen
kedua.

Demikian tadi berakhirnya acara sukaneka ibu.

Sukaneka Seterusnya adalah acara sukaneka prasekolah. Tema yang


prasekolah diketengahkan pada tahun ini adalah diamonds’ counting.

Cara permainannya, para peserta akan berskip ke kon pertama


kemudian perlu mengambil botol plastik dimana pada setiap penutup
botol berkenaan telah ditulis nombor. Para peserta seterusnya akan
melompat menggunakan kedua-dua belah kaki ke atas tapak kaki
disediakan dan meletakkan manik-manik ke dalam botol mengikut
nombor pada penutup botol. Kemudian mereka perlu berlari melepasi
halangan dan seterusnya meletakkan botol berisi manik ke tempat
disediakan. Setelah itu terus berlari ke garis mula dan sep peserta
seterusnya. Permainan tamat apabila semua peserta telah
menghabiskan larian.
Pemenang akan ditentukan dengan mengira bilangan manik seperti
nombor yang tertera pada penutup botol. Sekiranya terdapat markah
yang sama pemenangnya akan dikira siapa yang habiskan permainan
dahulu.

200 m tahun 4,5,6 PENGUMUMAN ACARA BALAPAN (2)

Acara seterusnya adalah acara ………………………

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah

Di lorong yang pertama ………………………… dari rumah Biru


Di lorong yang kedua ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang ketiga ………………………… dari rumah Kuning
Di lorong yang keempat ………………………… dari rumah Biru
Di lorong yang kelima ………………………… dari rumah Hijau
Di lorong yang keenam ………………………… dari rumah Kuning

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk


dilepaskan.

Penyampaian Tuan-tuan dan puan-puan,


Hadiah (2)
Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi sukaneka prasekolah dan
Sukaneka acara 200m.
prasekolah Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis
mempersilakan:
20mm tahun 4,5,6 Yang Dihormati En Mohd Erwan b. Mokhtar
Naib Yang Dipertua PIBG SK Puteri Pandan 2
Dengan diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Hayati binti Yusof
Guru Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum

Dipersilakan.

Bagi acara __________________________________,


Gangsa dimenangi oleh adik.... dari rumah
Perak dimenangi oleh adik.... dari rumah
Emas dimenangi oleh adik.... dari rumah

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd


Erwan b. Mokhtar kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

Acara Senamrobik Hadirin sekalian,

Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan


senamrobik yang akan dipersembahkan oleh semua murid SK Puteri
Pandan 2. Dipersilakan.

Sila beri tepukan yang gemuruh kepada murid-murid SK Puteri Pandan 2


atas persembahan itu tadi.

Acara sukaneka Hadirin sekalian kita teruskan acara kita pada hari ini dengan acara
bapa sukaneka bapa.

Diminta kepada semua peserta acara sukaneka bapa untuk mengambil


tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Jika tadi kita lihat para ibu beraksi, sekarang mari kita saksikan
kepantasan dan kecekapan kaum bapa pula. Permainan bagi acara ini
adalah sama seperti acara sukaneka ibu yang telah dilaksanakan
sebelum ini.

Cara permainannya,
Peserta perlu mengepit bola di celah ketiak kemudian berlari ke stesen
kedua.

Demikian tadi berakhirnya acara sukaneka bapa.

Sukaneka tahap 1 Sekarang kita akan teruskan dengan acara sukaneka bagi murid-murid
tahap 1. 11 orang peserta akan mewakili setiap rumah sukan dan akan
dibahagikan kepada 2 kumpulan. Seorang model hendaklah berdiri di
tengah-tengah set permainan. Secara bergilir-gilir setiap peserta perlu
menjunjung pundi kacang kemudian mengambil pakaian dan peralatan
sekolah secara satu-satu, berlari zig zag ke arah model dan
memakaikan pakaian kepada model masing-masing. Peserta tidak
dibenarkan untuk memegang pundi kacang yang berada di atas kepala.
Model tidak dibenarkan membantu ahli rumah ketika peserta
menyiapkan mereka. Model yang telah lengkap berpakaian akan berlari
ke garisan penamat bersama-sama dengan pelari terakhir.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada model yang sampai dahulu
ke garisan penamat.
Demikian tadi berakhirnya acara sukaneka tahap 1.

Pengumuman PENGUMUMAN ACARA (5)


acara
Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-52 disambung semula.
4 x 25 m Untuk itu marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada acara yang
prasekolah bakal berlangsung sebentar lagi iaitu acara_________________

4 x 50 m tahun Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.


1,2,3 @@
Bersedia di garisan permulaan sekarang adalah peserta dari acara
4 x 100m tahun
4,5,6 Di lorong yang pertama ………………………… dari rumah Biru

Pelari yang pertama ialah adik


Pelari yang kedua, adik
Pelari yang ketiga, adik
Dan pelari yang keempat ialah adik

Di lorong yang kedua ………………………… dari rumah Hijau

Pelari yang pertama ialah adik


Pelari yang kedua, adik
Pelari yang ketiga, adik
Dan pelari yang keempat ialah adik

Di lorong yang ketiga ………………………… dari rumah Kuning

Pelari yang pertama ialah adik


Pelari yang kedua, adik
Pelari yang ketiga, adik
Dan pelari yang keempat ialah adik

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk


dilepaskan.

Acara Bekas Hadirin sekalian kita teruskan acara kita pada hari ini dengan acara
murid sukaneka bekas murid

Diminta kepada semua peserta acara sukaneka bekas murid untuk


mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan
sebentar lagi.

Nama pertandingan pada hari ini ialah

Cara permainannya,

Demikian tadi berakhirnya acara sukaneka bekas murid

Perbarisan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 52 SK Puteri Pandan 2 kini tiba ke


penutup penghujungnya.

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut


rumah masing-masing, bermula dengan rumah Hijau, diikuti dengan
rumah Kuning dan rumah Biru.

(marching song)
Pengumuman Hadirin sekalian,
Johan Keseluruhan
Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka
tahap 1, 4 x 25m prasekolah, 4 x 50m dan 4 x 100m.

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:

Nama: Yang berusaha Puan Nora binti Akir


Jawatan: Guru Besar SK Puteri Pandan 2
Dengan diiringi oleh
Nama: Yang Dihormati Puan Hayati bt Yusof
Jawatan: Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nora


binti Akir kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.

*************************************************************************
***********
Tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian hadiah
dan pengumuman johan keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke
52 SK Puteri Pandan 2.

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:

Nama: Yang Dihormati En Mohd Ezanee b. Md Zainal Abidin


Jawatan: Yang Dipertua PIBG SK Puteri Pandan 2
Dengan diiringi oleh
Nama: Yang Dihormati En Mohd Erwan b. Mokhtar
Jawatan: Naib Yang Dipertua PIBG SK Puteri Pandan 2

Dipersilakan.

Bagi acara sukaneka ibu, bapa, bekas murid

Tempat ketiga dimenangi oleh


Naib johan dimenangi oleh
Johan dimenangi oleh

Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori Perbarisan terbaik.

Tempat ketiga disandang oleh rumah ...


Tempat kedua disandang oleh rumah ...
Tempat pertama disandang oleh rumah ...

Berikut adalah penyampaian hadiah kepada olahragawati sekolah.


Dipersilakan:

Penerima Anugerah Olahragawati tahap 1 kejohanan disandang


oleh adik....................................................................

Penerima Anugerah Olahragawati tahap 2 kejohanan disandang oleh


adik.....................................................................

Baiklah, tiba ke saat yang mendebarkan dan ditunggu oleh seluruh


warga SK Puteri Pandan 2 iaitu pengumuman Johan Keseluruhan
Kejohanan.

Tempat ketiga disandang oleh rumah ...

Johan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 52 SK Puteri Pandan 2 bagi


tahun 2018 disandang oleh rumah ...

Maka dengan ini, secara automatik rumah ... menyandang tempat naib
johan.

*****************************************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dihormati En Mohd


Ezanee bt Md Zainal Abidin kerana telah sudi menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah serta cabutan bertuah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Penutup Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan
Sukan Olahraga kali ke 52 pada tahun 2018.
.................................................................

Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Wabillahitaufiq Wal


Hidayah, Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh.
Puteri.... 2. kita laungkan hip2 hooray sebanyak 3 kali okey.
Hip hip..... horeyyyy

Anda mungkin juga menyukai