Anda di halaman 1dari 7

1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH


YAZIDAH BINTI YAZID
Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum wArahmatullahi
CIKGU
LOKMAN wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berusaha
Tuan Haji Muhammad Hairi Bin Tamam
Pengetua Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad,
Melaka
Yang dirai, Puan Hajah Yazidah binti Yazid
Tuana Haji Mohd Ghazali bin Mohd Yusoff, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Zakariah bin Ismail, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
En. Adnan bin Nordin, Guru penolong Kanan
Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru Cemerlang
Barisan guru dan rakan staff sokongan dan anak-anak pelajar
yang dirahmati ALLAH sekalian,
Selamat Datang ke Majlis Perpisahan Puan Hajah Yazidah
binti Yazid
FARAH

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat


Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari berbahagia


ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Uataz Ramly bin Talib
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
****BACAAN DOA****
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ramly atas bacaan doa
itu tadi.
CIKGU
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
LOKMAN
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput Anakanda Shahron Shah bin Iskandar
Zulkarnain selaku wakil pelajar untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

****UCAPAN****

Terima kasih diucapkan kepada anakanda Shahron Shah atas


ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan
Pengetua SMK Sultan Muhammad, Tn . Haji Muhammad Hairi
bin Tamam untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
****UCAPAN****
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

FARAH

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama mendengarkan Bicara Biodata
tentang insana yang banyak menabur bakti di bumi Sultan ini.
Bicara Biodata ini akan dibacakan oleh Cik Juwita binti Joris.
****BACAAN BICARA BIODATA****

Begitulah serba ringkas mengenai insan teristimewa yang kita


raikan pada hari ini. Semoga Pn Hajah Yazidah terus mengorak
langkah melakar kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
CIKGU
LOKMAN daripada Yang Diraikan, Pn Hajah Yazidah binti Yazid. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

****UCAPAN****
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hajah Yazidah atas ucapan itu
tadi.

FARAH

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia khas


untuk yang dirai Pn. Hajah Yazidah binti Yazid. Marilah samasama kita saksikan
****PERSEMBAHAN MULTIMEDIA****
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena Majlis Perpisahan Pn. Hajah Yazidah binti
Yazid . Terima kasih kepada individu yang menjayakan
persembahan tersebut.
Mudah-mudahan dapat memberi sumber inspirasi buat kita
semua.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah samaCIKGU
LOKMAN sama kita saksikan persembahan khas daripada kumpulan
nasyid Soutul Azim..dipersilakan
**** persembahan****
Semoga kita terhibur dengan persembahan nasyid yang cukup
istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan kepada
kumpulan nasyid Soutul Azim.

FARAH

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Haji Mohd
Ghazali bin Mohd untuk mengiringi Yang Diraikan Pn Hjh
Yaazidah binti Yazid untuk menerima cenderamata kenangkenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

FARAH

Bagi hadiah daripada tingkatan. Dipersilakan wakil pelajar


tingkatan 1 untuk menyampikan hadiah.
Seterusnya, dijemput wakil pelajar tingkatan 2
Dijemput wakil pelajar tingkatan 3
Seterusnya, wakil pelajar tingkatan 4
Dijemput wakil pelajar tingkatan 5

Seterusnya wakil pelajar tingkatan 6

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenangkenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hajah Yazidah binti
Yazid.
Terima kasih untuk penyampai hadiah sebentar tadi
Yang terniat sudah terkabul
CIKGU
LOKMAN Yang menerima sudah menerima
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Yang baik datangnya daripada Allah swt dan yang lemah
datangnya daripada kami jawatankuasa program.
Kami akhiri majlis dengan tasbih kifarah dan surah al asr.

Anda mungkin juga menyukai