Anda di halaman 1dari 6

PADA PETANG YANG INDAH PENUH CERIA INI

HARI YANG BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA


MEMBAWA KITA SEMUA KE MARI DI HOTEL REGENCY
UNTUK BERTEMU DAN BERMESRA
BAGI MENGULIT KENANGAN YANG ABADI
PADA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN INI .
DALAM MERAIKAN MAJLIS JASAMU DIKENANG .
SEMPENA PERSARAAN PN. HJH. NORIZAN BT. YAHYA DAN
SEMPENA PERTRUKARAN GURU PN. HJH ZAINAB BT LEBAI HASAN YANG
TELAH BERTUKAR KE SK KUALA LANJUT
JUGA PERTUKARAN GURU EN. HAFIZ BIN ABD MANAF YANG TELAH
BERTUKAR KE SK. ..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum WARAH MATULLAHI WABAROKATUH dan salam sejahtera.
Yang Berusaha Puan ________________________(Guru Besar SKKB)
dan pasangannya______________________________
Yang Dipertua PIBG SKKB Tn. Hj. Syed Zin b. Tn. Hj. Syed Embun serta pasangan
Naib Yang Dipertua PIBG SKKB En. Abdul Wahab b.
Yang Diraikan
En. Syawal Fitri b. Aziz dan pasangannya ________________________________dan
En. Derani b. Hassan dan pasangannya___________________________________.
Yang dihormati Guru-guru Penolog Kanan, Guru-guru serta staff SKKB, Guru-guru Kafa
SKKB, AJK PIBG SKKB, anak-anak serta hadirin yang dikasihi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana Kelab Guru dan Staff SKKB , mengucapkan selamat
datang ke Majlis Silaturrahim Aidil Fitri.
KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI
Pastinya meriah majlis ini
Bersama insan-insan yang pernah menabur budi
Sememangnya Jasamu DiKenang Budimu Tak Terbilang

Hadirin yang dihormati,


Menadah tangan tanda kerendahan
Lafaz Bismillah memperkukuhkan tautan
Doa diPohon penuh Pengharapan
Agar Majlis Mendapat Keberkatan
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh
al-fadhil al-ustaz Ku Mohamad Naim bin Ku Abu Hassan
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Aamin, aamin Ya Robbal alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
al-fadzil al-Ustaz Ku Mohamad Naim bin Ku Abu Hassan atas bacaan doa itu tadi.
Bukan keris tanpa hulunya
Bukan Majlis kalau tanpa Ucapannya
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu
_________________________________ Guru Besar SKKB bagi menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
...............................................................
..............................................................
Majlis merakamkan Ucapan terima kasih kepada Guru Besar di atas ucapan itu tadi.
Tuan tuan dan puan-puan;
Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama Syawal Fitri dan Pak Derani
Tak mungkin ada galang-ganti
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Biar badan dibalik bumi
Jasa yang baik kekal abadi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi ..


Begitulah ungkapan atau kata-kata yang boleh kita ucapkan atas segala bakti dan
kepimpinan yang telah ditaburkan oleh yang diraikan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Cg Syawal Fitri dan Pak Derani
serta pasangan-pasangan mereka kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersamasama kita pada petang ini.
sirih puan buat laksamana
pinang beracik sebagai teman
hadir tuan amat bermakna
dikenang diingat sepanjang zaman
Baiklah sebagaimana yang diketahui, iaitu majlis pada petang ini diadakan khusus untuk
meraikan perpisahan mereka dengan kita.
Ini bermakna kita kehilangan mereka. Mereka yang telah lama bersama-sama dengan
kita dalam menempuh pelbagai gelombang dan arus dalam dunia pendidikan tanpa rasa
jemu, dengan penuh pengharapan agar pendidikan di sekolah ini akan mencapai
kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh sesebuah sekolah. Mereka juga telah
banyak memberi sumbangan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sama ada
kepada guru dan murid.
Jadi pada kesempatan ini kami warga SK Kampong Bukit amat terhutang budi atas jasa
dan bakti yang telah ditaburkan oleh mereka.
Hancur Badan kandung tanah
Budi baik dikenang jua
Biar alam hancur dan musnah
Budi yang baik dikenang juga
Memanglah kenangan kita dengan mereka cukup banyak,. Setiap aktiviti yang sekolah
adakan mereka akan hadir. Mereka akan bersama-sama turun ke padang bagi memberi
sokongan moral yang padu untuk memberi semangat kepada guru-guru dalam
menjayakan aktivti-aktiviti yang dijalankan. Kita tak boleh lupakan gelak ketawa mereka
dan usik-mengusik yang bagaikan antara mereka dan kita seperti sebuah keluarga yang
penyayang. Walaupun onak dan duri kita redah, walaupun sakit di sana sini, kepenatan
dan kelesuan, tetapi mereka tetap bersama-sama kita menempuhnya. Bak kata
Hilang sama dicari dapat sama dirasa
Sakit sama berduka- senang sama bersyukur
Ke laut sama bergelombang- ke darat sama bertenang
Ke atas sama ke pucuk ke bawah sama ke akar

Ke air sama berenang ke tanah sama berjalan


Sahabat sama di sayang musuh sama dibenci
Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah.
Sekalipun badanmu hancur dan hilang
Jasamu tetap hidup sepanjang zaman.
Malam hari berlagu unggas
Memecah kesyunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tetap dalam ingatan.
Untuk tidak melengahkan masa. Seterusnya saya menjemput wakil guru untuk
memberikan ucapan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada wakil guru.
Hadirin hadirat yang dihormati sekelian, tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan
dari yang diraikan.
Majlis seterusnya menjemput yang diraikan Cg Syawal Fitri untuk menyampaikan
ucapan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.(UCAPAN Yg Diraikan Syawal Fitri b.
Aziz)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Seterusnya kita persilakan pula En. Derani b. Hassan untuk menyampaikan ucapan
beliau.
Majlis mengucapkan terima kasih......
Seterusnya kita jemput Pn.GB SKKB Pn. Zuraidah bagi menyampaikan hadiah
sutera batik pemberian teruna
dipakai sidara nampak berseri
terimalah hadiah tidak seberapa
tanda ingatan tulus dihati
Kain songket cantik kilauan
Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.
Pastinya kami warga SKKB tidak akan melupakan jasa baktimu.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

PANTUN PENUTUP:
Bintang barat terbit petang
bintang timur terbit pagi
jika tidak melarat panjang
ada umur bertemu lagi.
Burung punai terbang laju
burung merbah dikayu tiga
tiada apa-apa pesan dari ku
selain iringan doa sejahtera
Rukup tumbuh di tepi sungai
pohon pauh di lapis duri
hidup lara tangis berderai
kenangan jauh menghiris hati
berhampar lapik berlicin daun
bagai lesung dengan antan
purnama pula berganti tahun
jasamu tuan kekal di ingatan
sutera batik bertenun indah
dipakai sidara nampak berseri
biar jauh jarak memisah
pastinya ada rindu di hati
Hijau kenanga semerbak di titi
semerbak bau sementara kuncup
risau hanya mainan hati
mengarang waktu semasa hidup
Banyak rumput di dalam padi
buah pala di dalam tangan

silalah makan hidangan ini


dimalu jangan dikeji jangan
Kembang harum sibunga seroja
Buat hiasan penyambut tetamu kita
Terhidang sudah jamuan dimeja
Dipersilakan semua hadirin menjamu selera
Sebelum tirai majlis ini dilabuhkan, pada kesempatan ini kami semua warga SKKB
memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan tutur kata , yang zahir mahupun
yang batin dan kami juga mengucapkan selamat maju jaya dalam segala bidang yang
ceburi.
Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wr. wb

Anda mungkin juga menyukai