Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU PENGHAYATAN


ISLAM 2015

PERKARA
Pengumu
man
Lagu
Negaraku

TEKS PENGACARA

CATATA
N/
TINDAK
AN

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil


tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan
sebentar lagi
Hadirin yang dimuliakan,
Bumi Malaysia tanah airku
Di bawah bayu Sabah tercinta
Syukran Jazillan kusembah Pada Mu
Rahmat redha Mu tak putus ku pinta
Bagi mengatakan rasa syukur sebagai rakyat Malaysia di
bumi yang aman bertuah ini, marilah kita sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan
Asmaul Husna dengan diiringi muzik.
Hadirin diminta berdiri
(Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku &
Asmaul Husna).
Majlis mempersilakan semua hadirin duduk.

Alu-aluan
Pengacara
Majlis

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
Rabbissrahlisadriwayassirliamri Wahlull Uq Dattan Millisani
Yaf Khahul Kauli...
Dimulakan lafaz dengan nama Allah dimohonkan limpahan
berkat akan segala nikmat yang diberi.
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat
tinggi..
Dilaksanakan pada penghulu segala hari.
1

Yang Berusaha/ Tn. Hj Mahamad Bin Hj Abdullah, Pengetua


SMK Pengiran Omar,
Yang dihormati/
Barisan Penolong Kanan SMK
Pengiran
Omar,
Yang dihormati/ Ustaz Jamain Bin Majit, Penceramah
jemputan dari SMK Beaufort 2,
Warga pendidik SMK Pengiran Omar,/
dan/ rakan rakan pelajar sekalian.
Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurnianya pada tahun ini kita dapat
mengadakan Program Minggu Penghayatan Islam dengan
temanya We Love Rasul S.A.W sempena memperingati
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , yang dianjurkan
oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Pengiran Omar.
Bacaan
Doa

Hadirin dan hadirat sekalian,


menandah tangan pohon perkenan
agar majlis berjalan lancar
al-fatihah kita lafazkan,
apa dihajat moga terpancar.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia
ini, majlis dengan tunduk tazimnya menjemput dan
mempersilakan Ustaz Azran Bin Saleh untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Amin-amin ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Azran Bin Saleh atas
bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Program We Love Rasul S.A.W ini merupakan satu

program untuk menghidupkan penghayatan islam dalam


diri para pelajar. Ini merangkumi kepentingan ilmu, amali
dan penghayatan serta dijadikan pembudayaan dalam
kehidupan sepanjang hayat. Melalui aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan sepanjang minggu Penghayatan Islam ini
berlangsung, pelajar dapat mengenali peribadi Rrasul
junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W dan dan
menjadikan baginda sebagai role model dalam membentuk
jatidiri muslim dan muslimah buat sekalian pelajar SMKPO.
Ucapan
Perasmian

Tayangan
Montaj

Slot bual
bicara

Sidang hadirin dewan yang dihormati,


Meneruskan agenda kita pada petang yang penuh berkah
ini, Majlis dengan rasa bangga dan penuh takzimnya
mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji Mahamad Bin Hj
Abdullah, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan perasmian majlis penutupan Program
Minggu Penghayatan Islam SMK Pengiran Omar 2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Ucapan Perasmi)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan itu
tadi.
Seterusnya Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan
montaj aktiviti aktiviti yang telah dilangsungkan sempena
Minggu Penghayatan Islam ini. Sama-sama kita saksikan.
(Tayangan Montaj)
Begitulah tadi gelagat dan telatah pelajar SMK Pengiran
Omar sepanjang aktiviti ini berlangsung. Dapat kita
saksikan kesungguhan dan komitmen yang jitu yang jelas
terpancar pada wajah muslimin dan muslimat muda SMK
Pengiran Omar. Semoga semangat ini akan terus membara
dalam jiwa mereka semua. In Sha Allah.
Hadirin dan hadirat sekalian..
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk
seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat
di dunia.
Sesungguhnya
Nabi Muhammad S.A.W
merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada
umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan

benar.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Marilah sama-sama kita menghayati, membuka hati dan
minda kita untuk bersama sama mendengar sesi bual
bicara yang akan disampaikan oleh Ustaz Jamain Bin Majit
dari SMK Beaufort 2 bersama Kumpulan Qasidah SMKPO.
Sepanjang sesi bual bicara ini berlangsung, kita akan turut
dihiburkan dengan persembahan Selawat Thobibiyyah dari
Kumpulan Qasidah SMKPO serta tayangan multimedia.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
(Sesi Bual Bicara, Persembahan, Tayangan
Multimedia &
Selawat beramai-ramai)
Demikianlah tadi satu slot yang amat berinformasi dan
bermakna serta menghiburkan buat kita semua.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Jamain Bin Majit atas
kesudian memberikan ceramah kepada warga SMKPO

Penyampai
an
cenderaha
ti kepada
pencerama
h

Penyampai
an Hadiah

Hadirin yang dihormati sekalian,


Seterusnya sebagai tanda penghargaan, sekalung budi,
majlis mempersilakan Ustazah Norinah Binti Kinan selaku
Pengarah Program Minggu Penghatayan Islam SMKPO 2015
bagi mengiringi Tn Haji Mahamad Bin Hj Abdullah, Pengetua
SMKPO untuk ke naik pentas bagi menyampaikan
cenderahati kepada penceramah kerana sudi menjayakan
Majlis Perasmian Penutupan Program Minggu Penghayatan
Islam SMKPO 2015 ini.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(Penyampaian Cenderahati)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin yang dimuliakan.

Peserta

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu penyampaian


hadiah kepada pemenang - pemenang ujibakat yang telah
dijalankan sepanjang minggu program berlangsung.
Mendahului senarai ujibakat ialah Ujibakat Hafazan AlQuran.
Bagi peserta Muslim, dimenangi oleh Firdius Bin Joseph dari
kelas 5MPV. Dipersilakan naik ke pentas.
Bagi peserta muslimah, dimenangi oleh Nurul Hidayah Binti
Asri dari kelas____________. Dipersilakan.
Seterusnya Ujibakat Tilawah Al Quran bagi peserta Muslim,
Tempat kedua dimenangi oleh Firdius Bin Joseph dari kelas
5MPV
manakala Johan dimenangi oleh AzmanBin Nawaai @ Nawi
dari kelas _____________.
Bagi peserta Muslimah pula, tempat ketiga dimenangi oleh
Amirah Nadirah Bt D. Ramlan dari kelas _____________.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Fatin Shierylena Bt
Muhlis dari kelas _____________.
Johan Tilawah Al Quran bagi peserta muslimah dimenangi
oleh Saudari Nurul Fatini Bt Roslan dari kelas _________.
Ujibakat seterusnya ialah Syarahan Spontan.
Bagi peserta muslim, tempat ketiga dimenangi oleh Mohd
Firdaus B Mat Lani dari kelas ___________. Dipersilakan.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Nur Muhammad Syafiq B
Md Kassim.
Dan johan disandang oleh Riwan Syah B Usman dari kelas
_______.
Sementara tempat ketiga syarahan spontan bagi peserta
muslimah dimenangi oleh Norsyafiqah Bt Nasip @ Bangkol
dari kelas 5KJ1.
Tempat kedua pula jatuh kepada Fatin Nurhanisah Bt
Muhamad Fuaad dari kelas ________
5

Dan Johan disandang oleh Shafira Bt Boestamam dari kelas


5KJ1
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
pertandingan nasyid berkumpulan
Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Al-Imtiyaz.
Dijemput ketua kumpulan tampil untuk mengambil hadiah.

Tokoh
Muslim &
Muslimat

Johan pertandingan nasyid dimenangi oleh kumpulan


Jazrawi. Dipersilakan ketua kumpulan ke pentas untuk
mengambil hadiah.
Sidang dewan yang dimuliakan,

Seterusnya disampaikan anugerah khas sempena Minggu


Penghayatan Islam 2015 sebagai motivasi kepada
penyandangnya serta pelajar SMKPO khasnya supaya terus
membudayakan Islam ke dalam kehidupan harian mereka.
In sha Allah.
TOKOH IMAM MUDA SMK PENGIRAN OMAR 2015
dianugerahkan kepada Mohd Firdaus Bin Mat Lani kerana
sumbangan dan komitmen nya yang sentiasa berusaha
membudayakn islam di dalam hidupnya.
Seterusnya,
IKON MUSLIMAH SOLEHAH SMK PENGIRAN OMAR 2015,
dianugerahkan kepada Fatin Nur Hanisah Bt Muhamad
Fuaad di atas kesungguhannya melestarikan Islam sebagai
nur hidupnya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah
itu tadi.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tn Pengetua atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Penutup

Sidang hadirin,

Dengan ini, berakhirnya sudah majlis kita pada hari ini.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Jamai bi Majit, atas kesudian bersua pandang beramah
mesra dan mengungkap bicara pada Majlis Perasmian
Penutupan Program Minggu Penghayatan Islam SMKPO
2014 ini.

Jamuan
makan

Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada para hadirin dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis kita pada kali ini
Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah
S.W.T. dan yang buruk itu adalah kekhilafan kami sendiri.
Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan
untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
Selamat menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai