Anda di halaman 1dari 8

. .

Yang berusaha, Hjh Joairidah bt. Hj. Seman, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Penakup Ulu

....
Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudahmudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat
direalisasikan melalui program-program sebegini.

Majlis khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep
dan budaya cintakan Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu,
majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid SKPU yang telah berjaya
menamatkan bacaan Al-Quran. Semoga, kejayaan ini mampu memberi
semangat dan inspirasi kepada murid-murid yang lain untuk turut menamatkan
bacaan Al-Quran masing-masing.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Radzi bin Mahmood untuk
memimpin bacaan doa seterusnya memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada
hari ini.....dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
#################################################################
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini

Terima kasih diucapkan kpd al-fadhil Ustaz di atas pimpinan majlis khatam AlQuran sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Hajah Joairidah bt
Hj Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penakup Ulu, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
#################################################################
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.
#################################################################

Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat
dalam program j-QAF di sekolah rendah. Aktiviti ini dilaksanakan bagi
memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi
bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga
merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang
diketengahkan kepada murid-murid sekolah rendah yang beragama Islam
bermula dari Tahun Satu lagi.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para graduan, majlis


dengan segala takzimnya mempersilakan Yang berusaha Hajah Joairidah Hj
Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penakup Ulu untuk mengiringi Encik
Sood bin Molok untuk menyampaikan sijil kepada para graduan.
##########################
Hadirin yang dirahmati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan cek yang merupakan sumbangan
daripada Bank Rakyat untuk pembinaan surau SKPU. Dengan ini majlis
mempersilakan selaku wakil daripada pihak Bank
Rakyat untuk menyerahkan cek sumbangan kepada Guru Besar SKPU.
##########################################
Terima kasih di atas penyerahan cek sebentar tadi.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil dan cenderahati kepada murid-murid


khatam Al-Quran. Pada tahun ini seramai 6 orang pelajar berjaya mengkhatamkan AlQuran mengikut kriteria yang ditetapkan.
#################################################################
Terima
kasih
diucapkan
kepada
Encik
Sood
bin
atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi.

Molok

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili


seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran Tahun 2014,
ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya
Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.Marilah sama-sama kita akhiri majlis
kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum
wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmanilLahi Taala wa ilal liqa, maas
salamah.
Majlis menjemput tetamu kehormat dan para jemputan untuk menikmati
sedikit jamuan ringan di Bilik Pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai