Anda di halaman 1dari 4

1

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439H


SMK KUALA PERLIS

PENDAHULUAN:

Dari segi bahasa Maal Hijrah bermaksud sama-sama berpindah. Dari segi istilah
bermaksud berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif. Justeru
penghayatannya perlu ada dalam rangka membina satu misi perjuangan hidup Islam
yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan muslimat SMKKPs.

RASIONAL

Dalam kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan 1 terdapat tajuk Hirah Rasulullah SAW.
Pelajaran ini diajar untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa
hijrah. Pelbagai motivasi berguna dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam
kehidupan. Ianya menjadi inspirasi dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak supaya
kehidupan menjadi selaras dengan nilai-nilai kehidupan

OBJEKTIF

1. Pelajar memahami maksud hijrah yang sebenarnya


2. Mengetahui senario penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat.
3. Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah

TARIKH

1. Tazkirah Maal Hijrah : 06 Oktober 2017


2. Gotong-royong Menyediakan Bubur Asyura : 07 Oktober 2017

TEMPAT:

Dewan Al Biruni SMKKPs

SASARAN :

Guru dan Staf


Semua Pelajar Islam SMK Kuala Perlis
Badan-badan Beruniform SMKKPs
2

JAWATANKUASA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439H

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Abdul Hadi bin Mahamood (Pengetua)


Naib Pengerusi : En Zahri bin Abas ( PK Pentadbiran )
Penyelaras 1 : Pn Ng Lay Tuan ( PK HEM )
Penyelaras 2 : En Shurizan bin Mansor ( PK Kokurikulum )
Penyelaras 3 : Pn Haliza binti Saad (Guru Kanan Kemanusiaan)
Setiausaha 1 : En Mohd Basyir bin Omar ( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
Setiausaha 2 : Pn Norafifah binti Azizun
Bendahari : Cik Anis Syazwani binti Bakar

AHLI JAWATANKUASA:

1. Jawatankuasa Tazkirah / Ceramah Maal Hijrah

 Ustaz Mahamad Idris bin Musa


 Ustaz Mohd Basyir bin Omar
 Pn Noryusnita binti Hairun
 Pn Haliza binti Saad
 Pn Norafifah binti Azizun
 Pn Ana Farina binti Abdul Fatakh
 Pn Syamilah binti Saad

2. Jawatankuasa Menyediakan Bubur Asyura


( Guru-guru Badan Beruniform SMKKPs )

Kumpulan Kawah 1:
Pemantau : En Abd Rahman bin Abd Ghani

 Kadet JPAM
 Kadet Bomba
 Pengakap
 Taekwando

Kumpulan Kawah 2
Pemantau : Pn Salmah Mohd Zain

 Puteri Islam
 Kadet KRS
 Kadet Polis

Kumpulan Kawah 3
Pemantau : Pn Moryani Saadan

 Silat
 Kadet Koreksional
 Pandu Puteri
3

ATURCARA PROGRAM:

 Tazkirah Maal Hijrah ( 06 oktober 2017 )


-7.30 : Pelajar Islam berkumpul di dataran perhimpunan
-7.40 : Bacaan Yaasin
-8.00 : Tazkirah : Di Sebalik Peristiwa Hijrah

 Gotong-royong Menyediakan Bubur Asyura ( 07 Oktober 2017 )


Dilaksanakan bersama peserta Perkhemahan Perdana Badan-badan
Beruniform 2017
- 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

ANGGARAN BELANJAWAN:

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER


( RM ) KEWANGAN
1 Tepung gandum 3 kg 8.50
2 Tepung beras 9 kg 31.50
3 Gula 9 kg 26.00
4 Gula merah 3 kg 15.00
5 Santan 21 kg 255.00 Yuran Kegiatan
6 Kacang hijau 3 kg 18.00 Agama Islam
7 Kacang kuda 3 kg 24.00
8 Kacang ais 3 kg 21.00
9 Ubi keledek 15 kg 60.00
10 Pisang emas 15 kg 37.00
11 Jagung 30 labu 30.00
12 Garam 3 bungkus 6.00
13 Air mineral ( isi semula ) 5 tong 10.00
14 Gas ( isi semula ) 3 tong 78.00
15 Sewa peralatan (dapur dan kawah ) 3 set 90.00
16 Bekas plastik / sudu plastik 350 80.00
17 Plastik sampah / plastik bungkus 1 paket 10.00
Jumlah perbelanjaan RM 800 .00
4

PENUTUP:

Pihak Panitia Pendidikan Islam mengharapkan usaha murni ini dapat mencapai objektif
yang dirancang, mendapat sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT.
Semoga semuanya berjalan lancer dan pelajar serta guru mendapat faedah yang
diharapkan beserta ganjaran pahala di akhirat kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( NORAFIFAH BINTI AZIZUN ) ( MOHD BASYIR BIN OMAR )


Setiausaha 2 Setiausaha 1
Program Sambutan Maal Hijrah 1439 H Program Sambutan Maal Hijrah 1439H

Disahkan oleh:

( ABDUL HADI BIN MAHAMOOD)


Pengetua SMKKPs

Anda mungkin juga menyukai