Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1.

PENDAHULUAN
KERTAS KERJA
PROGRAM KURSUS SEMBELIHAN
SK LA SALLE 2 BRICKFIELDS
( ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA PANITIA AGAMA
ISLAM)
2017M / 1438H

1. PENDAHULUAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Panitia Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan La Salle 2 Brickfields telah merancang untuk mengadakan Kursus
Sembelihan. Program ini dilaksanakan untuk mendedahkan murid dengan kaedah
penyemblihan binatang. Disamping, mereka juga dapat mengaplikasi kaedah
penyembelihan secara amali yang akan mereka amalkan dalam kehidupan seharian
kelak. Selain, program ini juga akan menjadi perkongsian dan medan untuk murid-murid
mendapatkan input pembelajaran diluar bilik darjah. Di sini, mereka akan dapat
mengetahui dan memahami konsep penyembelihan yang sebenar mengikut syariat
Islam sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. berikut.
Sabda Rasulullah S.A.W : " Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik
terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara
membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara
penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihan itu "

2. MATLAMAT
Memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkenaan konsep
penyembelihan mengikut syariat Islam.

1
3. RASIONAL
Dengan adanya program seperti ini murid-murid akan mendapat pendedahan
awal tentang cara-cara untuk menyembelih dengan cara dan kaedah yang betul.Selain
itu, memberi pengalaman baru kepada murid-murid untuk melihat sendiri proses
penyembelihan haiwan yang selama ini belum pernah dilihat oleh mereka secara
langsung. Murid-murid juga akan dapat membezakan haiwan sembelihan yang sah
dan yang menjadi bangkai selepas disembelih.
Program ini juga mampu memberi pengalaman kepada murid untuk melakukan
amalan fardhu kifayah dalam Islam ini dalam masyarakat suatu hari nanti. Disamping,
menyemai dan mendidik semangat murid-murid untuk bermuafakat dan bekerjasama
dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

4. OBJEKTIF
Program ini bermatlamat:

4.1 Memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah sebagai seorang muslim untuk melakukan
sembelihan secara betul dan menghasilkan makanan yang halal lagi baik untuk
dimakan.

4.2 Memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkenaan konsep penyembelihan


mengikut syariat Islam.

4.3 Menyemai semangat kerjasama dan muafakat dalam kalangan murid-murid untuk
membuat amali sembelihan dan melakukan kerja rewang bagi memasak ayam yang
disembelih.

5. SASARAN
Semua murid SK La Salle 2 Brickfields,

2
6. MASA/TEMPAT
Tarikh : 3 November 2017

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Za’ba SK La Salle 2 Brickfields

7. KAEDAH/ METODOLOGI

7.1. Taklimat dan penerangan konsep sembelihan

7.2. Amali sembelihan

7.3 Rewang

8. TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi Amali penyembelihan (Ustaz Md Nor Rahim)

9.30 pagi Rehat/ Gotong royong membersih ayam

10.00 pagi Penerangan teori penyembelihan (Ustaz Md Nor Rahim)

11.30 pagi Jamuan

12.00 tengahari Bersurai

3
9. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA
Pengerusi : En Muhamad Yazid bin Haji Sulaiman (GB)

Timbalan Pengerusi : Pn Suzana bt Ramli ( PK1 )

: En Zulkaunan bin Mohamed (PK HEM)

: Pn Sharipah Musalmah bt Syed hashim ( PK KO )

Setiausaha : En. Muhamad Firdaus bin Fauzi

Bendahari : Pn. Siti Rohah bt Md Radzi

Penyelaras : Pn Naziah bt Hashim

PA Sistem : En. Muhammad Syahir bin Mustafa

Dokumentasi : En Muhd Shahrim bin Husin

Kawalan Murid : En Md Nor Rahim bin Salimin

Kebersihan : Cik Nur Adni bt Mohd Ezani

Pn Rahimatul Nadia binti Ahmad Sabri

Pendaftaran : Pn Zuraini Rahayu binti Yusof

Pn. Nur Akmal bt Mohmad Aziz

Rewang : Pn Wan Nor Kamariah bt W Husain (Ketua)


Semua Guru

10. SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan diperolehi daripada sumbangan.

4
11. PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN KOS CATATAN
1 Ayam Sembelihan RM 20 X 6 RM 120
2 Makan dan Minuman RM 1.50 X 50 RM 75
3 Pisau RM 5 X 1 RM 5
JUMLAH RM 200

12. MENU
← Menu untuk jamuan adalah gulai ayam dan nasi putih. Minuman pula adalah
Sunquick oren.
13. PENUTUP
Harapan kami semoga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat Allah.
Selain, memberi pendedahan kepada murid-murid tentang konsep sembelihan dalam
Islam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………… ……………………………………………
(MUHAMAD FIRDAUS BIN FAUZI) ( NAZIAH BT HASHIM)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Kursus Sembelihan 2017. Program Kursus Sembelihan 2017

Disahkan oleh,

………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai