1.0 PENDAHULUAN
Warga Kolej Komuniti Pasir Mas berhasrat untuk mengadakan program khimat bakti di bulan
Ramadhan bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Al Qamariah Pasir
Mas. Program ini adalah merupakan program anjuran pihak kolej bersempena kehadiran
Ramadhan Al-Mubarak.
2.0 MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat mendidik hati warga Kolej Komuniti Pasir Mas dalam aspek
mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Di samping itu,
juga dapat memupuk ukhuwah islamiah dan beramah mesra antara warga Kolej Komuniti Pasir
Mas dengan warga Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Al Qamariah Pasir Mas, seterusnya dapat
berbuka puasa bersama mereka.
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program, kita dapat:
Menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan.
Mensyukuri nikmat pemberian Allah dan bersifat qanaah.
Mengenali dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik.
Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Membuat kebajikan dengan memberikan khidmat kepada anak-anak yatim.
Menjadikan bulan ramadhan sebagai jambatan membina hubungan silaturrahim antara
warga kolej dan anak-anak yatim.
9.0 PENUTUP
Program seumpama ini amat baik sekali perlu dilaksanakan saban tahun. Semoga ianya akan
mendapat manfaat dan mencapai matlamatnya . Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat
kelulusan dan peruntukan bagi menjayakan program yang telah dirancang. Kerjasama dari
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini amat diharapkan agar ianya dapat
berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Insyaallah. Untuk akhirnya , saya dahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathira .
...............................................
( Mohd Najib Bin Mohd Yusof ) .................................................
Pensyarah ( Salimah Binti Azhari )
Kolej Komuniti Pasir Mas Timbalan Pengarah
Kementerian Pendidikan Tinggi Kolej Komuniti Pasir Mas
Kementerian Pendidikan Tinggi
Diluluskan oleh :
....................................
( Mohammad Faizal Bin Ahmad )
Pengarah
Kolej Komuniti Pasir Mas
Kementerian Pendidikan Tinggi
LAMPIRAN 1 - PESERTA YANG TERLIBAT
JUMLAH RM 4360
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI
NAMA PROGRAM:
PROGRAM KHIDMAT BAKTI RAMADHAN
KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS 2018
TARIKH CADANGAN:
RABU / 06 JUN 2018
TEMPAT:
RUMAH ANAK YATIM DAN DUAFA” AL QAMARIAH
LOT 106, JALAN HOSPITAL, KAMPUNG DANGAR,
17000 PASIR MAS, KELANTAN
ANJURAN:
KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA