Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI GABUNGAN PENGUSAHA

TERNAKAN IKAN PATIN DI NEGERI PAHANG DAERAH TEMERLOH

1.0 PENDAHULUAN
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar
yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong . Bentuk
fizikalnya, mempunyai dua sengat dikiri dan kanan dan satu di belakang, tidak
bersisik dan saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan boleh menjangkau
berat 20kg.

Industri Ikan Patin Sangkar di Temerloh boleh dilihat di sepanjang sungai


tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1500 sangar Ikan Patin yang diusahakan
oleh 120 orang pengusaha yang mana memberi peluang kepada penduduk
menceburi bidang akuakultur. Mengikut statistik Jabatan Perikanan Pahang,
pengeluaran setakat ini adalah sebanyak 40 tan metric sebulan. Jumlah
pengeluaran yang disasarkan adalah sebanyak 70 metrik tan sebulan namun
begitu pengeluaran yang ada masih tidak dapat menampung permintaan yang
begitu tinggi.

Jenis-jenis Ikan Patin yang terdapat di daerah Temerloh adalah seperti berikut :

Bil Jenis Ikan Asal Harga Pasaran


1. Patin Hitam Kemboja 14.00
2. Patin Emas Kemboja 25.00
3. Patin Buah Malaysia 70.00
4. Patin Muncung Malaysia 200.00
5. Patin Lawang Malaysia 30.00
6. Patin Juara Malaysia 20.00

** Sumber Data – Jabatan Perikanan, Temerloh Pahang

2.0 PERANAN AGENSI KERAJAAN

Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Pertanian merupakan peneraju utama


pembangunan dan permodenan sector perikanan Negara berasaskan maklumat
saintifik dan perkhidmatan berkualiti bagi penyediaan infrasuktur , kawal selia
dan khidmat nasihat ke arah pencapaian hasil yang maxima. Dari aspek
pemasaran pula, Agensi Kerajaan Fama bertanggungjawab memastikan hasil-
hasil tangkapan tersebut di pasarkan dengan harga yang lebih konpetitif dan
lebih menguntungkan.
3.0 PERANAN KOPERASI GABUNGAN PENGUSAHA TERNAKAN IKAN PATIN

Selaras dengan matlamat yang digariskan dibawah “National Kerja Economic


Activity (NKEA), ANGKASA merancang untuk meningkatkan penglibatan
koperasi di dalam sektor penternakan Ikan Air Tawar khususnya di dalam aspek
pembiayaan, pemasaran dan khidmat nasihat.

3.1 Objektif Penubuhan


ANGKASA akan mengutarakan pendekatan dan pengabungan koperasi-
koperasi yang sedia ada di sekitar Temerloh dan kawasan-kawasan
berdekatan yang bergerak aktif di dalam industri penternakan Ikan Air
Tawar atau yang berminat untuk menceburi bidang ini. Diantara objektif
penubuhan Koperasi Gagungan Penternak Ikan Air Tawar di sungai
Pahangadalah seperti berikut :

 Memperkasakan penternakan ikan patin melalui koperasi


 Sebagai satu pasaran bagi meminiksimakan peruntukan geran dari
agensi-agensi Kerajaan
 Menghapuskan kegiatan orang tengah
 Menjadikan Koperasi sebagai wadah bagi menyalurkan pinjaman
kepada pengusaha ternakan ikan patin, bagi tujuan pembelian
makanan ikan, jarring dan peralatan
 Membantu kerajaan dalam meralisasikan matlamat program
dibawah NKEA
 Ke arah mencapai penubuhan gabungan pengusaha ternakan ikan
patin

3.2 Aktiviti Koperasi Gabungan Pengusaha Ternakan Ikan Patin


Koperasi Gabungan akan menjalankan ternakan ikan patin sebagai aktiviti
utama dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan dengan
ternakan ikan seperti :

 Pembiayaan pembeliaan benih ikan


 Pembinaan penyediaan infrasuktur ternakan ikan dan lain-lain.
4.0 TATACARA PELAKSANAAN

Pihak ANGKASA mengariskan perancangan-perancangan bagi memastikan


penubuhan gabungan koperasi dapat menjayakan ternakan ikan patin secara
berkesan.

4.1 Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Penubuhan Koperasi Pengusaha


Ternakan Ikan Patin
4.2 Mengadakan seminar mengenai peranan dan kepentingan koperasi
kepada pengusaha-pengusaha ternakan ikan patin sepanjang sungai
Pahang, Daerah Temerloh dan kawasan berdekatan
4.3 Bengkel Penubuhan Koperasi Gabungan Pengusaha Ternakan Ikan Patin
dengan Kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

5.0 KAEDAH PENGLIBATAN AGENSI

Melalui kerjasama masyarakat

a) Penglibatan ANGKASA melalui kerjasama masyarakat di mana


ANGKASA dan Koperasi Gabungan menandatangani persefahaman di
dalam aspek-aspek seperti penglibatan pengurusan, pentadbiaran, modal
dan pembahagian untung rugi perniagaan
b) ANGAKSA pada dasarnya bersetuju menggunakan kaedah ini di mana
melalui kaedah ini kedua-dua pihak akan memainkan peranan yang aktif
di dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

6.0 PEMBIAYAAN MODAL

ANGKASA secara dasarnya bersetuju memperuntukan RM 1.0 Juta bagi


memastikan matlamat penubuhan tercapai khususnya untuk membiayai aktiviti
pembiayaan koperasi kepada anggota sebagaimana peruntukan Fasal 6
Undang-Undang Kecil 61 (b) ANGKASA (pindaan 2010)

7.0 KESAN DARI PENGLIBATAN ANGKASA

Penubuhan Koperasi Gabungan Pengusaha Ternakan Ikan Patin akan memberi


kesan positif kepada pembangunan sosio ekonomi pengusaha ternakan selaras
dengan fungsi utama ANGKASA antaranya :

a) Meningkatkan kerjasama di antara koperasi-koperasi di dalam


menjalankan aktiviti untuk faedah bersama
b) Meningkatkan pendapatan pengusaha ternakan ikan yang terlibat
c) Membantu membangunkan indutri Ternakan Ikan Air Tawar di Negara ini
d) Menyumbang kepada pendapatan ANGKASA

8.0 RUMUSAN

Wujudnya Gabungan Koperasi Ternakan Ikan Patin dapat menyumbang kepada


cara ternakan yang lebih ekonomik dan menghasilkan pulangan yang tinggi dan
membantu meninggikan taraf sosio ekonomi anggota koperasi selaras dengan
kehendak program NKEA.

Anda mungkin juga menyukai