Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN IKAN HIASAN

Memelihara ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di
Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli
ikan hiasan.
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan
tabiat makan ,jantina ,pergerakan , warna badan dan cara pembiakan.
Terdapat banyak bahan dan keperluan untuk memelihara ikan hiasan.Antaranya,ialah
Akuarium. Saiz Akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar,
besar, sangat besar dan terlalu besar..Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat
ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter),
akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium
besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).
Seterusnya ,sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium.
Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini
mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan
partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati.
Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air,
kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan
oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan
ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Seterusnya ,sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara
mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesoriaksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi
dan). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan
injap-injap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh
kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga
membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara
daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa
tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada
pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan
berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam
udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak.
Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan.

Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem
pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium
dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam
akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah membekalkan
oksigen

terlarut

secukupnya

kepada

ikan

memastikan

pH

air

pada

tahap

optima,memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan
makanan dapat dipam keluar daripada akuarium,memastikan air yang masuk ke akuarium
dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih dan lampu akuarium berfungsi baik untuk
mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,
pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan
dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan
beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan
memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat
makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan
akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari..
Selain itu, untuk menambahkan lagi hiasan dalaman akuarium, penggunaan model atau
replika boleh diletakkan dalam akuarium agar kelihatan cantik. Penggunaan poster sebagai
latar belakang digunakan supaya hiasan di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan
menarik. Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium. Latar belakang yang
biasa digunakan adalah gambar tumbuhan, pemandangan laut dan batu
Faktor faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan lokasi untuk menempatkan akuarium
ialah keamatan cahaya ,suhu dan keselamatan . Dalam penjagaan akuarium terdapat
penjagaan harian dan bulanan.
Secara kesimpulannya,terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam teknologi
pemeliharaan ikan hiasan.Jika , pemeliharaan ikan hiasan ini dilakukan dengan penuh minat
dan mengikut prosedur yang betul ia pasti menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Anda mungkin juga menyukai