Anda di halaman 1dari 31

S.M.A.

S (SMART MONITORING AQUARIUM SYSTEM)


WAN NUR HAFIZAH WAN HUSSAIN & SALIZA BINTI ALI

SK Seri Payong

SK Keruak

fifi.chocobite@gmail.com, saliroza592@gmail.com

Rumusan Projek

Sistem Smart Monitoring Aquarium System (SMAS) dibina bertujuan untuk menghasilkan satu sistem
pemantauan yang dapat menyelesaikan masalah dalam memantau pH air, suhu dan kualiti air dalam
akuarium pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Kualiti air yang baik diperlukan bagi
memastikan jangka hayat ikan hiasan kekal lama. Sistem SMAS juga diharapkan dapat memberikan
pengalaman secara langsung kepada para pelajar menerusi pembelajaran secara Kefahaman melalui
Reka Bentuk (KmR). Selain itu, sistem ini juga dapat membantu pembela ikan hiasan dalam
memastikan kualiti air berada dalam keadaan baik dan sempurna. Oleh itu, adalah diharapkan pada
masa depan sistem ini dapat ditingkatkan inovasinya sehingga ianya dapat dikomersilkan bagi
penggunaan industri perikanan ikan hiasan. Seterusnya, dapat digunakan bagi mengatasi masalah
dalam industri penternakan ikan sangkar dan ikan air tawar serta masalah pencemaran air sungai yang
sering berlaku pada masa kini.

1.0 Pengenalan

Sektor perniagaan ikan hiasan merupakan salah satu industri penting di Malaysia (Bernama, 2019).
Sektor ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja, sekali gus telah berjaya
menjana pulangan yang bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara (Bernama, 2019). Oleh kerana
wujudnya permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan memberikan pendapatan yang lumayan
kepada pengusahanya maka sektor ini telah semakin berkembang (Bernama, 2019). Namun,
menjalankan perniagaan penternakan ikan hiasan ini memerlukan pengetahuan yang baik dalam
bidang penternakan ikan dan bantuan teknologi yang terkini bagi memastikan perniagaan yang
dijalankan tidak terjejas. Terdapat pelbagai aspek yang perlu diambil kira bagi menjalankan perniagaan
ikan hiasan antaranya ialah pengurusan akuarium, kualiti air dan penjagaan ikan hiasan yang dipilih
(Rozanna, 2016).

Dalam aspek kualiti air, untuk memastikan ikan hiasan kekal sihat serta hidup dalam jangka
masa yang lama,beberapa perkara perlu dititikberatkan.Antaranya adalah mengukur pH air (Dollan,
2015) bagi memastikan air dalam akuarium tidak terlalu berasid. pH yang sesuai adalah antara 6.5
hingga 9 (Dollan, 2015, Lin & Tseng, 2019). Keduanya mengukur suhu air kerana ikan hidup dengan
baik pada suhu 25 ºC hingga 27ºC (Lin & Tseng, 2019). Ikan sangat sensitif dengan perubahan suhu
(Parker, 2012). Suhu yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan ikan mati (Muarif, 2016).
Seterusnya adalah kualiti air, bahan beracun dalam akuarium juga perlu dipantau kerana ammonia dan
nitrat biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasan. Kandungan kualiti air yang sesuai ialah 70
hingga 300 ppm.

Berdasarkan hal inilah maka sistem ini telah direka cipta. Sistem yang dinamakan Smart
Monitoring Aquarium System (SMAS) bagi mengatasi segala masalah tersebut. SMAS merupakan alat
yang sangat mesra pengguna. Selain itu ianya juga ringan dan murah serta senang dibawa ke mana-
mana dan bila-bila masa. Kami mensasarkan produk ini dapat dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Penghasilan produk SMAS adalah selaras dengan teknologi pada masa kini dan sejajar dengan
perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0. SMAS menggunakan board ESP-32 Arduino Wifi bluetooth
development board sebagai mikropengawal (microcontroller), sensor DS18B20 Waterproof Digital
Temperature Temp Sensor Probe Length 1M untuk mengesan suhu, sensor Liquid PH 0-14 Value
Detection Regulator Sensor Module Monitoring Control Meter Tester dan BNC PH El untuk mengesan
pH air serta sensor Analog TDS untuk mengesan kekeruhan air dalam akuarium. SMAS akan
memaparkan bacaan suhu air, nilai ppm air serta nilai pH air pada paparan I2C 1602 Serial LCD yang
dipasang pada bekas. Bagi menghidupkan produk SMAS, kita memerlukan powerbank sebagai sumber
tenaga ataupun boleh dipasang pada soket elektrik menggunakan pengecas telefon pintar. Selepas
SMAS dihidupkan, ‘coding’ perlu di ‘upload’ ke dalam board mikropengawal. Seterusnya data yang
diperolehi daripada ketiga-tiga sensor akan dimasukkan ke dalam database ThingSpeak. Pada
paparan database ThingSpeak, kita boleh memantau bacaan suhu, pH dan juga nilai ppm air
berdasarkan graf yang ditunjukkan pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, graf daripada database
ThingSpeak juga boleh dilihat menerusi telefon pintar apabila kita memasang aplikasi ThingView dalam
telefon kita. Perkara ini memudahkan kita memantau suhu, pH , dan kualiti air di mana-mana sahaja
asalkan kawasan tersebut mempunyai akses internet. Hasil pengujian didapati SMAS boleh berfungsi
dengan baik dan mampu membaca suhu, pH dan ppm pada kadar yang tepat dan cepat.
Kesimpulannya, SMAS merupakan satu produk yang dapat membantu dalam memantau kualiti
air dengan cepat dan tepat untuk memudahkan peniaga ikan hiasan dan penternak ikan hiasan. Produk
SMAS juga boleh digunakan untuk memantau kualiti air sungai dan air yang terdapat di rumah kita.
Kami berharap produk ini dapat dikomersialkan di apsaran dan dijadikan sebagai satu produk yang
mempunyai saiz yang kecil dan senang di bawa ke mana-mana sahaja dan disertakan panduan
pengguna untuk memudahkan para pelanggan yang membelinya.

2.0 Penyataan Masalah

Pemantauan kualiti air bagi penternakan ikan hiasan adalah penting bagi meminimakan kematian ikan,
tumbesaran ikan tidak terjejas, ikan bebas daripada penyakit, ikan bebas daripada pemangsa air dan
ikan yang dihasilkan adalah berkualiti. Namun, penternakan ikan hiasan yang dijalankan sering
diancam dengan mutu air yang tidak berkualiti. Hal ini akan menyebabkan ikan hiasan yang diternak
mengalami kematian. Jika tiada pemantauan yang baik, pengusaha ikan hiasan akan mengalami
kerugian. Maka timbulnya idea untuk menghasilkan satu inovasi bagi memantau suhu air, pH air dan
kualiti air. Selepas mengkaji secara mendalam didapati banyak kajian menunjukkan banyak alat telah
dicipta bagi mengatasi masalah memantau pH air, suhu (Salim, Haiyunnisa & Alam, 2016, Chen, 2015,
Encinas, 2017, Dista, Khasna & Didik, 2019) dan kualiti air (Pasika & Gandla. 2020) dalam akuarium
dan kolam untuk ikan hiasan (Lin & Tseng 2019). Namun alat yang ringkas mudah dibawa ke mana
sahaja dan boleh memantau di mana sahaja masih lagi kurang.

Oleh itu, sistem SMAS dibangunkan supaya kualiti air dapat dipantau agar ikan dalam akuarium
boleh hidup lebih lama, bebas penyakit dan berkualiti tinggi. Sistem yang dibina ini akan dapat
memantau kadar pH air, suhu air dan bahan-bahan kimia (ammonia dan nitrat) yang terdapat dalam air
berdasarkan nilai ppm yang dipantau. Pada masa kini terdapat pelbagai sistem pemantauan air. Walau
bagaimanapun, sistem pemantauan air yang menggabungkan ketiga-tiga parameter air sepertu suhu,
pH dan ppm serta dipantau menggunakan IoT masih kurang di pasaran. Jadi satu sistem pemantauan
yang menggabungkan ketiga-tiga fungsi ini, mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan boleh memantau
parameter air dalam akuarium dengan cepat dan tepat sangat perlu direka cipta bagi mengatasi
masalah yang dihadapi.

3.0 Objektif

Antara objektif sistem SMAS

3.1 Mereka alat untuk memantau kadar pH air, suhu air dan kualiti air yang ringkas dan
mudah dibawa ke mana-mana.
3.2 Memberi amaran awal tentang kadar pH air, suhu air dan kualiti air.
3.3 Mereka cipta alat yang menggabungkan pendekatan IoT bagi memenuhi keperluan
revolusi industri 4.0 dan boleh memantau kualiti air di mana-mana sahaja.
4.0 Kegunaan Projek Dalam Pembelajaran Sekoah Rendah
Modul Projek Smart Monitoring Aquarium System (SMAS) merupakan satu projek sistem pemantauan
akuarium yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc) bagi pelbagai mata
pelajaran terutama mata pelajaran Sains dan juga dalam aktiviti kokuriukulum. Antara aktiviti PdPc
yang boleh menggunakan Projek SMAS ialah dalam subjek seperti berikut:
4.1 Sains

4.1.1 Sains tahun 1


Unit 3 Air (3.2)
Menggunakan Projek SMAS untuk memperkenalkan air sebagai keperluan asas hidup. Unit 5 (5.1)
Bagi memperkenalkan bahagian haiwan juga boleh menggunakan Projek SMAS iaitu dengan
memfokuskan kepada bahagian yang ada pada ikan dalam akuarium.

4.1.2 Sains Tahun 2


Unit 1 Kemahiran proses sains (1.1)
Aktiviti memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor boleh diaplikasikan ketika melihat
bagaimana projek SMAS berfungsi. Murid diminta memerhati bagaimana alat SMAS berfungsi
seterusnya mengelas dan membaca bacaan suhu, pH dan bacaan kekeruhan air yang terpapar pada
LCD SMAS dan telefon pintar.
Unit 7 Litar Elektrik (7.1)
Menggunakan SMAS untuk memperkenalkan litar elektrik kepada murid-murid.
Unit 9 – Air (9.1)
Menggunakan SMAS untuk menunjukkan kepentingan air kepada manusia. Bagaimana hidupan
sangat memerlukan air dan kepentingan menjaga kualiti air supaya semua hidupan dapat meneruskan
hidup.
Unit 10 - Set Binaan (10.1)
Menggunakan SMAS untuk menunjukkan contoh set binaan yang lengkap, boleh berfungsi dengan
baik dan boleh mereka cipta pelbagai binaan untuk kemudahan kehidupan.

4.1.3 Sains Tahun 3


Unit 1 – Kemahiran proses sains (1.1)
Projek SMAS boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains kepada murid-murid.
Mereka boleh memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor dengan melihat bagaimana
projek SMAS berfungsi.
Unit 8 - Asid dan alkali (8.1)
Projek SMAS boleh digunakan sebagai alat untuk membincangkan asid, alkali dan neutral. Bacaan
asid, alkali dan neutral boleh diperkenalkan oleh guru dengan menggunkan alat ini.

4.1.4 Sains Tahun 4


Unit 1 – Kemahiran Proses Sains (1.1)
Projek SMAS digunakan untuk memantapkan kemahiran proses sains dari kemahiran memerhati,
mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa serta mentafsir data. Semua proses ini boleh ditunjukkan
dengan projek SMAS.
Unit 2 - Tajuk perkumuhan dan penyahtinjaan (2.2)
Bahan Projek SMAS boleh digunakan untuk menerangkan tentang perkumuhan dan penyahtinjaan di
mana haiwan seperti ikan menghasilkan bahan perkumuhan dan akan menyebabkan pencemaran air
sekiranya tidak dibersihkan.

4.1.5 Sains Tahun 5


Unit 5 - Sumber dan bentuk tenaga (5.1)
Murid boleh diperkenalkan pelbagai bentuk tenaga salah satunya adalah tenaga elektrik yang
digunakan dalam projek SMAS.
Unit 7 - Sumber Tenaga Elektrik (7.1)
Projek SMAS boleh digunakan untuk menjadi contoh tentang fungsi suis dalam litar elektrik seperti
yang terdapat dalam projek SMAS.
Unit 8 - Suhu dan Haba (8.1)
Suhu boleh diperkenalkan dengan penggunaan dalam projek SMAS.
Unit 10 - Sifat Kimia (10.1)
Melalui bahan projek inovasi SMAS ini murid boleh diperkenalkan sifat bahan berasid melalui bacaan
pH yang dibaca daripada alat ini selain menggunakan kertas litmus.

4.1.6 Sains Tahun 6


Unit 1 - Kemahiran Proses (1.1)
Murid boleh meningkatkan kemahiran proses Sains mereka menerusi pemerhatian, mengelas,
mengukur menggunakan normbor, mentafsir data dan lain-lain lagi menerusi projek SMAS yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Unit 5 - Kepentingan menjaga keseimbangan alam
Projek SMAS boleh digunakan untuk menerangkan tentang kepentingan menjaga keseimbangan alam
di mana dalam SMAS digunakan untuk memantau suhu, pH dan kualiti air bagi tumbesaran ikan yang
sihat. Analogi dalam projek SMAS boleh digunakan untuk mengajar keseimbangan alam.
Unit 12 - Mesin ringkas dan mesin kompleks
Melalui projek SMAS murid boleh diperkenalkan mesin ringkas dan mesin kompleks.

4.2 Reka bentuk dan Teknologi

4.4.1 Reka bentuk dan Teknologi Tahun 4


Unit 2 Reka bentuk produk bertema
Menggunakan projek SMAS murid diperkenalkan dengan maksud reka bentuk, kepentingannya dalam
kehidupan, laluan kerja dan pekerjaan yang sesuai dengan reka bentuk projek SMAS, seterusnya
apresiasi reke bentuk di persekitaran..
Unit 3 Aplikasi Teknologi
Projek SMAS boleh dijadikan contoh bagaimana aplikasi teknologi digunakan seterusnya
kepentingannya dalam kehidupan manusia. Memberi contoh dan idea untuk memudahkan murid
mereka produk yang boleh memberi manfaat dalam kehidupan mereka.
Unit 6 Asas pengaturcaraan.
Murid boleh didedahkan dengan asas pengaturcaraan dengan menceritakan bagaimana Projek SMAS
ini boleh mula dibina seterusnya menggunakan kod dan carta alir sehingga alat ini boleh berfungsi dan
boleh digunakan.

4.2.2 Rekabentuk dan Teknologi Tahun 5


Unit 6 - Asas Reka bentuk pengaturcaraan
Penggunaan Projek SMAS boleh digunakan untuk menghuraikan tentang asas reka bentuk
pengaturcaraan.

4.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4.3.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6


Unit 1 memahami pengaturcaraan
Unit 2 Menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir.
Projek SMAS boleh digunakan untuk menerangkan pengaturcaraan dan algoritma.

4.4 Matematik

Projek SMAS boleh digunakan sebagai bahan untuk contoh soalan-soalan penyelesaian masalah.
Tambah, tolak, bahagi bagi tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Contoh perbezaan suhu pada hari pertama
dan hari kelima dalam tajuk masa, soalan-soalan berkaitan dengan masa. Contoh cari perbezaan masa
semasa suhu tinggi dan masa semasa suhu berada pada tahap minima dan sebagainya.

4.5 Bahasa Malayu


Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu murid boleh membina karangan tentang siapa saya yang berkait
denga projek SMAS yang ditunjukkan oleh guru. Ataupun murid boleh membina ayat atau karangan
tentang pengalaman memantau ikan dalam akuarium.
Murid boleh bercerita tentang pengalaman menjaga ikan dalam akuarium menggunakan sistem SMAS.

4.6 Persatuan Sains dan Matematik


Projek SMAS ini boleh dijadikan aktiviti oleh Persatuan Sains atau Persatuan Matematik. Aktiviti bagi
Persatuan Sains ialah memantau pemeliharan ikan dalam akuarium atau projek penternakan ikan
dalam kolam kecil. Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan-kumpulan. Setiap kumpulan
akan mmelihara ikan dalam akuarium atau kolam kecil.

Aktiviti bagi Persatuan Matematik pula adalah ahli kelab dibahagi kepada beberapa kumpulan mereka
ditugaskan melihat perubahan yang berlaku dari segi suhu, pH dan bacaan kekeruhan air. Mereka
ditugaskan untuk melihat perubahan yang berlaku.
4.7 Kelab komputer
Projek SMAS juga boleh digunakan untuk aktiviti bagi kelab komputer seperti semua ahli kumpulan
belajar menyalin kod bagi membina projek SMAS.

5.0 Perkaitan Projek Dengan Isu Semasa

Banyak kajian mendapati pencemaran air adalah disebabkan aktiviti manusia. Hasil kajian
Mohd Nazri dan Azizan (2017) mendapati hujan dan suhu serta aktiviti manusia di kawasan tadahan
sungai telah menyebabkan kualiti air Sungai Pinang berada pada kelas tercemar tahap III dan IV
sementara tahap II diperoleh ketika hari hujan. Pembuangan sampah merupakan punca yang dominan
dalam mengakibatkan pencemaran Sungai Pinang selain daripada punca seperti pembuangan sisa
industri, pembinaan perumahan/bangunan baru dan lain-lain (Norshuhada et al. 2018). Rozana (2017)
dalam kajiannya mendapati punca pencemaran sungai ialah hasil daripada aktiviti pembuangan
sampah sarap. Kajian oleh Nur Syuhada, Muhammad Wafi dan Chan Ngai Weng (2019) mendapati
punca pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah hasil daripada aktiviti pembuangan sampah
sarap. Suhu air akan mempengaruhi proses biologi dan kimia seterusnya mempengaruhi pertumbuhan
dan kelangsungan hidupan ikan (Muarif, 2016).

Isu tentang suhu pula adalah cuaca panas mengakibatkan suhu air sungai meningkat sehingga
menimbulkan jangkitan penyakit kepada ikan dan jangkitan ini cepat merebak ( Shahrinnahar, 2018).
Hampir 100 penternak ikan kerapu dan siakap dalam sangkar di Laguna Tujoh, berdepan kerugian
apabila cuaca panas yang melanda Kelantan menyebabkan banyak ternakan mereka mati (Bernama,
2018). Pencemaran air ini boleh dikaji dan dinilai melalui tiga parameter utama, iaitu parameter fizikal,
parameter kimia dan parameter biologi, serta pencemaran logam berat. Punca utama pencemaran air
boleh dikategorikan kepada pencemar organik, pencemar bukan organik, pencemar toksik, pencemar
kimo-fizikal, dan pencemar mikrob. Pencemaran air boleh memberikan impak negatif kepada
kesihatan, kepupusan hidupan akuatik, dan menjejaskan. Faktor-faktor lain. Oleh itu, manusia perlu
mengamalkan sikap memulihara dan memelihara sumber air semula jadi (Ang Kaen Hua, 2015)

Ujian pH bertujuan mengukur kepekatan larutan ion hidrogen, H+. Nilai pH air pula mengukur
kekuatan asid dalam air (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2009). Parameter kimia pula
merupakan unsur paling penting dalam penentuan kualiti sumber air berdasarkan piawaian Indeks
Kualiti Air (IKA). Parameter kimia melibatkan oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD),
permintaan oksigen kimia (COD), pengukuran keasidan atau kealkalian larutan akues (pH), dan
nitrogen-ammonia (NH3-N) (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2009). Hal ini dinyatakan oleh
United Nation Development Programme (2019) melalui Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu isu
kebersihan air (sungai) dan kesihatan merupakan sasaran utama bagi mewujudkan sebuah negara
yang lestari di samping melindungi bumi ini dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan
kemakmuran.

1. Alam sekitar
i) Faktor fizikal (suhu ,oksigen)
ii) Faktor kimia (pencemaran air, mutu)
ii) Faktor Pengurusan air yang tidak sempurna (kadar perlepasan makanan dan pengendalian)
2. Ikan
i) Spesies ii) Sistem pertahanan badan
iii) Umur iv) Tempoh ternakan
v) Kualiti vi) Genetik
vii) Kekurangani zat makanan
3. Pathogen
i) Berjangkit (Virus, Bakteria, Fungi, Parasit)
ii) Tak berjangkit (Pemakanan, Ketoksikan)
PERSOALAN MENCETUSKAN IDEA

Mengapakah hidupan akuatik dalam akuarium mempunyai jangka hayat yang


singkat?
Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kualiti air dalam akuarium?

Apakah alat yang digunakan untuk memantau kualiti air dalam akuarium dalam
jangka masa yang singkat dan di mana sahaja?

RASIONAL MEMILIH PENYELESAIAN MASALAH

Selari dengan
Sesuai dengan
perkembangan
perkembangan
revolusi industri
isu semasa
4.0

Memberi
manfaat kepada
bidang
perikanan-ikan

AKTIVITI UNTUK MERANCANG PENYELESAIAN MASALAH

1. Mereka cipta satu alat yang boleh memantau pH air, suhu air dan kualiti air menggunakan Arduino.

2. Memantau pH, suhu dan kualiti air menggunakan aplikasi Thingview

3. Menguji alat tersebut terhadap air ikan yang ada dalam akuarium.

4. Merekod data yang diperolehi dalam satu database Thingspeak.

5. Membuat penambahbaikan.

6.0 Perlaksanaan Instruktional

Proses merekabentuk dimulakan dengan membuat perancangan projek. Seterusnya mengadakan


perbincangan dan pemilihan rekabentuk yang bersesuaian. Setelah rekabentuk dipilih, konsep serta
rekabentuk alat dilakar untuk mengenal pasti kaedah memasang rangka alat tersebut. Lakaran
rekabentuk yang dibuat dapat memudahkan proses penghasilan projek kerana ia merangkumi segala
proses dalam menyiapkan projekdengan teratur.
6.1 Rumusan Masalah
Permasalahan dalam sistem SMAS dirumuskan seperti berikut:
6.1.1 Bagaimana merancang dan mereka sistem yang boleh memantau suhu, pH dan kekeruhan
air dalam akuarium.
6.1.2 Bagaimana merancang sistem keseluruhan yang dapat menghasilkan paparan pada LCD.
6.1.3 Bagaimana merancang supaya sistem pemantauan ini boleh dibaca dalam telefon
pintar.

6.2 Batasan Masalah


Berdasarkan permasalahan yang dirumuskan, maka batasan bagi pembinaan projek SMAS ini adalah
seperti berikut:

6.2.1 Sistem ini hanya dapat memantau suhu, pH dan kekeruhan air.
6.2.2 Paparan bacaan sistem menggunakan LCD 12C 1602 Serial
6.2.3 Mikropengawal yang digunakan ialah ESP 32 Arduino wiffi Bluetooth.
6.2.4 Sensor yang digunakan ialah sensor temperature, sensor pH dan sensor analog TDS.
6.2.5 Akuarium yang hanya berupa prototaip

Perancangan projek
Perancangan projek
Mencari masalah

Menguji
keberkesanan projek Berbincang dengan
ahli kumpulan

Menyusun atur
projek Membeli bahan
projek

6.3 Perancangan Alat


Perancangan alat SMAS adalah pemantauan suhu, pH dan kekeruhan air akuarium meliputi
perkara berikut:
6.3.1 Penentuan spesifikasi alat
6.3.2 Pembuatan diagram blok sistem keseluruhan seperti dalam rajah 1.
6.3.3 Perancangan berkaitan perencanaan dan pembuatan rangkaian dari masing-masing
blok.
6.3.4 Menggabungkan beberapa blok menjadi keseluruhan sistem yang direncanakan.
6.3.5 Perancangan mikropengawal untuk mengendalikan sistem secara keseluruhan.

Gambarajah Blok ‘SMAS’.

Rajah 1. Diagram Blok Sistem Keseluruhan Sistem SMAS

6.4 Realisasi Perekaan Alat


Membina projek SMAS iaitu sistem pemantauan suhu, pH dan kekeruhan air ikan akuarium
adalah seperti berikut:

6.4.1 Mereka sistem berdasarkan perancangan


6.4.2 Mereka perkakasan sistem dengan menggunakan komponen elektrik yang telah
direncanakan
6.4.3 Mereka perisisan sistem mikropengawal yang sesuai dengan diagram aliran yang
telah direncanakan.

6.5 Pengujian Alat


Pengujian yang dilakukan meliputi:

6.5.1 Pengujian Rangkaian Sumber Tenaga


Pengujian rangkaian dilakukan dengan mengukur arus yang dihasilkan bagi
memastikan arus yang dihasilkan sesuai dengan spesifikasi alat yang digunakan.
6.5.2 Pengujian Liquid Crystal Display (LCD) 12C 1602 Serial
Pengujian LCD dilakukan dengan cara memasukkan pengaturcaraan melalui aplikasi
Arduino IDE ke mikropengawal untuk memastikan LCD berfungsi dengan baik.
6.5.3 Pengujian Sensor
Pengujian sensor dilakukan dengan cara mengukur tahap kesilapan dalam bacaan
sistem yang dilakukan oleh sensor serta menguji tahap kesalahan bacaan oleh
sensor itu sendiri. Jika sensor didapati tidak membuat bacaan yang tepat, maka
formula yang terdapat dalam pengaturcaraan diubah suai.
6.5.4 Pengujian Keseluruhan Sistem
Pengujian keseluruhan sistem dilakukan dengan menyambung blok-blok perkakasan
dan mengoperasikan sistem sehingga boleh mengetahui apakah alat itu boleh
berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan. Setelah perkakasan boleh berfungsi
seperti yang diharapkan, perisisan yang telah direka akan diuji bersama
perkakasannya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.

6.6 Perancangan dan Pembuatan Projek SMAS


Projek SMAS akan membaca suhu, pH dan kekeruhan air dalam akuarium yang dirancang ini
memiliki spesifikasi sebagai berikut:

6.6.1 Alat ini berfungsi secara konsisten untuk memantau suhu, pH dan nilai ppm dalam
akuarium.
6.6.2 Mikropengawal yang digunakan adalah ESP-32 Arduino wiffi Bluetooth.
6.6.3 ESP-32 berfungsi mengendali mengendali seluruh komponen iaitu sensor-sensor dan
LCD.
6.6.4 LCD memaparkan bacaan suhu, pH air dan kekeruhan air.
6.6.5 Bacaan suhu, pH dan kekeruhan air boleh dibaca menggunakan komputer riba dan
telefon pintar.

Rajah 2. Sambungan bagi ketiga-tiga sensor dalam projek SMAS


6.7 Komponen-komponen yang terdapat dalam Sistem SMAS

Komponen arduino Komponen arduino

Liquid PH 0-14 Value


12C 1602 Serial Detection Regulator ESP32 ESP-32 Arduino DS18B20
LCD for Arduino & Sensor Module Wiffi bluetooth Waterproof Digital
RPI Monitoring Control development board Temperature
Meter Tester + BNC PH Temp Sensor
Electrode Probe For Probe Length 1M
Arduino

PH Buffer Solution
Powder PH Test Prototype PCB Gravity: Analog TDS sensor
Meter Measure Female to female Double Sided Board / meter for Arduino analog
Calibration 4.01, jumper wire Circuit Breadboard TDS Sensor / Meter for
7.00, 10.01 4x6 5x7 6x8 7x9cm arduino

Resistor 1k ohm Clear Cube 90


(Carbon - 0.25W) Display Case Hot Melt Glue
Soldering iron (60 W) stick

20000MAH Hot glue Mini akuarium


Powerbank gun
Male to male
jumper
Reka bentuk projek

Arduino
Components

ThingSpeak
Rajah 3 : Lakaran Unit Projek SMAS

6.8 BAGAIMANA SMAS BERFUNGSI?

6.8.1 Reka bentuk dan perancangan mekanik


6.8.1.1 Perancangan Sensor pH
Mula-mula sambungkan ground daripada pH module ke terminal negatif mikropengawal
ESP 32. Sambungkan PO daripada pH module kepada pin IO 39 mikropengawal ESP
32 dan VCC daripada pH module kepada 5V mikropngawal ESP 32. Masukkan
pengaturcaraan program ke dalam aplikasi Arduino IDE. Kod program seperti yang
tunjukkan dalam rajah 4. Seterusnya kaliberasi pH module ke 2.5.

Rajah 4. Pengaturcaraan bagi sensor pH


6.8.1.2 Perancangan Sensor Suhu DS18B20
Dalam pembinaan sistem ini sensor suhu yang digunakan ialah DS18B20 Waterproof
Digital Temperature Temp Sensor Probe Length 1M. Sensor ini digunakan sebagai
sensor suhu kerana sistem ini merupakan rangkaian yang mudah, memiliki output linear
terhadap suhu, dapat dikalibrasi langsung dalam darjah celsius serta murah dan mudah
didapati. Bagi penyambungan sensor suhu dengan mikropengawal ESP 32, ground dari
sensor suhu disambungkan ke ground mikropengawal. VCC dari sensor suhu
disambungkan ke 3.3 V mikropengawal ESP 32 dan terminal data pada sensor suhu
disambungkan ke IO23. Seterusnya masukkan pengaturcaraan program ke dalam
aplikasi Arduino IDE dan ‘upload’ ke dalam mikropengawal seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 5.

Rajah 5. Pengaturcaraan bagi sensor suhu

6.8.1.3 Perancangan Sensor TDS


TDS (Total Dissolved Solids) menunjukkan berapa miligram pepejal larut dilarutkan
dalam satu liter air. Secara amnya, semakin tinggi nilai TDS, semakin banyak bahan
terlarut larut dalam air, dan kurang bersih airnya. Oleh itu, nilai TDS dapat digunakan
sebagai salah satu titik rujukan untuk mencerminkan kebersihan air. Sensor ini
menyokong input voltan lebar 3.3 ~ 5.5V, dan output voltan analog 0 ~ 2.3V, yang
menjadikannya serasi dengan sistem atau papan kawalan 5V atau 3.3V. Sumber
pengujaan adalah isyarat AC, yang dapat dengan berkesan mencegah probe dari
polarisasi dan memanjangkan jangka hayat probe, sementara itu dapat membantu
meningkatkan kestabilan isyarat output. Probe TDS tahan air, boleh direndam di dalam
air untuk pengukuran lama. Bagi menyambung TDS sensor dengan mikropengawal ESP
32, mula-mula sambungkan ground dari TDS sensor dengan ground ESP 32. Kemudian,
VCC dari TDS sensor ke 3.3 V mikropengawal ESP 32. Akhir sekali, sambungkan
terminal data dari TDS sensor ke pin IO35 mikropengawal ESP 32. Masukkan
pengaturcaraan dalam aplikasi Arduino IDE dan ‘upload’ ke dalam mikropengawal.
Berikut merupakan pengaturcaran yang digunakan dalam sensor TDS seperti Rajah 6.
Rajah 6. Pengaturcaraaan bagi sensor TDS

6.8.2 Perancangan Perisian


Perancangan perisian ini terdiri dari gabungan pengaturcaraan bagi keseluruhan sensor yang
digunakan dalam sisitem SMAS. Setelah kesemua pengaturcaraan untuk ketiga-tiga sensor
digabungkan, ditambah pengaturcaraan untuk sistem wifi dan juga sistem database
ThingSpeak, gabungan pengaturcaraan ini dimasukkan ke dalam mikropengawal ESP 32.
Kemudian proses pengujian dilakukan bagi ketiga-tiga sensor. Data yang diperolehi daripada
sensor akan disalurkan ke dalam database ThingSpeak serta dipaparkan menerusi I2C LCD.
Database ThingSpeak akan menghasilkan graf bagi memaparkan bacaaan suhu, pH dan nilai
ppm yang diperolehi dari TDS sensor. Gabungan pengaturcaraan ditunjukkan dalam Rajah 7.
Rajah 7. Gabungan pengaturcaraan bagi LCD I2C, wifi, database ThingSpeak dan
ketiga-tiga sensor yang digunakan

PENGUJIAN DAN ANALISIS


Ujian 1: Menguji
sensor pH
Ujian 2 : Menguji
sensor suhu
Ujian 3 : Menguji
sensor TDS
Membuat
penambahbaikan terhadap
Mengumpul dan
gabungan pengaturcaraan
merekod data bagi
bagi ketiga-tiga sensor dan
ujian 1 , ujian 2 dan
di tambah pengatucaraan
ujian 3
wifi dan pengaturcaraan
database Thing Speak

Mengumpul dan Ujian 4: Menguji


merekod data ketiga-tiga sensor
bagi ujian 4 serentak
6.8.3 Pengujian dan analisis
Pengujian yang perlu dilakukan meliputi:
6.8.3.1 Pengujian Rangkaian Sensor Suhu
Parameter pengujian adalah untuk mengetahui pengukuran voltan output litar sensor
suhu DS 18B20 dan membandingkannya dengan nilai suhu. Alat bantu yang digunakan
adalah mikropengawal dan multimeter untuk pengukuran manual. Hasil pengujian sensor
suhu ditunjukkan dalam rajah 8.
6.8.3.2 Pengujian Rangkaian Sensor pH
Parameter pengujian adalah mengukur voltan output litar sensor pH dan
membandingkannya dengan nilai yang dikira. Alat ini dibantu oleh mikropengawal dan
multimeter untuk pengukuran manual. Sensor pH akan diuji dengan larutan yang
mengandungi pH asid iaitu 4, pH alkali iaitu 10 dan pH neutral iaitu pH 7. Setiap kali
bacaan pH yang diambil dari larutan tersebut, pH probe perlu dicuci dengan air suling
bagi memastikan bacaan pH yang diambil tepat dan tidak dipengaruhi oleh larutan pH
yang lain. Sekiranya sensor menunjukkan bacaan yang betul dan tepat berdasarkan
larutan yang diuji, maka barulah sensor ini akan digunakan untuk menguji ph air yang
terdapat dalam akuarium. Hasil pengujian sensor pH ditunjukkan dalam rajah 9.
6.8.3.3 Pengujian Rangkaian Sensor TDS
Parameter pengujian adalah untuk mengetahui jumlah pengeluran voltan output litar
sensor TDS. Sebelum digunakan dalam akuarium, sensor ini diuji menggunakan air paip
dan air minuman yang telah dikenal pasti bacaannya. Sekiranya sensor itu menunjukkan
bacaan yang betul barulah sensor ini digunakan untuk menguji air dalam akuarium. Hasil
pengujian sensor TDS ditunjukkan dalam rajah 10.

6.8.3.4 Pengujian dalam sistem ThingSpeak

ThingSpeak adalah perkhidmatan platform analitik IoT yang membolehkan pengguna


mengumpul, memvisualisasikan, dan menganalisis aliran data langsung di awan.
Pengguna boleh menghantar data ke ThingSpeak dari peranti, membuat visualisasi
terhadap data secara langsung, dan menghantar makluman kepada pengguna. Pada
permulaan, pengguna perlu mendaftar akaun dengan platform ThingSpeak. Kemudian,
tekan pada butang ‘New Channel’ untuk mendaftar channel yang akan digunakan. Setiap
channel yang didaftarkan mempunyai ID tersendiri. Masukkan maklumat pada ‘Channel
Setting’. Isikan ‘Field 1’ sebagai ‘temperature’, ‘Field 2’ sebagai ‘tds’ dan ‘Field 3’ sebagai
‘pH’. Setiap ‘Field’ yang diisi akan menghasilkan data dalam bentuk graf. Klik ‘Save
Channel’. Kemudian dapatkan ‘API Keys’ daripada ‘Channel’ yang dihasilkan. ‘API Keys’
akan digunakan dalam pengaturcaraan Arduino IDE bersama-sama pengaturcaraan
ketiga-tiga sensor yang kita gunakan dalam SMAS projek. ThingSpeak boleh
memaparkan graf pada ‘website’ dan juga pada aplikasi android dan iphone dengan
memasang aplikasi ‘ThingView’ pada telefon pintar. Paparan graf yang terhasil adalah
seperti dalam Rajah 8, Rajah 9 dan Rajah 10.

6.8.3.5 Pengujian Keseluruhan Sistem


Pengujian secara keseluruhan dipaparkan pada graf yang berbeza bagi pH, suhu dan
nilai ppm menggunakan database ThingSpeak. Pengujian keseluruhan sistem
ditunjukkan dalam rajah 8, rajah 9 dan rajah 10.
Rajah 8. Paparan ThingSpeak bagi bacaan Rajah 9. Bacaan daripada ThingSpeak
suhu dengan masa (Sensor suhu) ppm dengan masa (Sensor TDS)

Rajah 10. Bacaan daripada ThingSpeak pH


dengan masa (Sensor pH)

Berikut merupakan senarai harga bagi komponen Arduino yang digunakan, peralatan yang
digunakan serta kos keseluruhan bagi pembinaan projek SMAS.

Bil Item Bilangan Harga

1 Liquid PH 0-14 Value Detection Regulator Sensor Module 1 set RM 62.88


Monitoring Control Meter Tester + BNC PH Electrode Probe
For Arduino

2 PH Buffer Solution Powder PH Test Meter Measure 3 pcs RM 3.11


Calibration 4.01, 7.00, 10.01
3 12C 1602 Serial LCD for Arduino & RPI 1 pcs RM 7.90

4 ESP32 ESP-32 Arduino Wifi bluetooth development board 1 pcs RM 28.35

5 Sonoff DS18B20 - Waterproof Digital Temperature Module 1 pcs RM 15.50

6 Breadboard 16.5 x 5.5 cm (830 Holes) 1 pcs RM 3.90

7 Resistor 1k ohm (Carbon - 0.25W) 4 pcs RM 0.40

8 Gravity: Analog TDS sensor / meter for Arduino analog TDS 1 pcs RM 73.00
Sensor / Meter for Arduino

9 Transparent square container 1 pcs RM 2.50

10 Mini aquarium 40 pcs RM 25.00

11 Male to male jumper wire 1 set RM 4.50

12 Female to female jumper wire 1 set RM 2.50

13 Soldering iron (60 W) 1 pcs Sedia ada

14 20000MAH Solar Power Bank Mobile Phones Cable Led Light 1 pcs Sedia ada
Powerbank

15 Hot glue gun 1 pcs Sedia ada

16 Hot Melt Glue stick 1 paket Sedia ada

JUMLAH KESELURUHAN RM 229.54

Jadual 1: Bahan yang digunakan dalam penghasilan projek

7.0 Refleksi

Projek SMAS boleh ditambahbaik daripada pelbagai segi seperti dari segi fungsi dan kegunaan
alat. Bagi menambah fungsi projek SMAS, alat ini boleh ditambah dengan pelbagai jenis sensor yang
lain yang dapat memantau jenis bahan kimia yang terdapat dalam air dan juga jumlah mikroorganisma
yang hadir dalam air. Selain itu, aplikasi juga boleh dibangunkan bagi memaparkan data yang diperolehi
dariapda sensor-sensor yang digunakan selain menggunakan database yang telah sedia ada di
pasaran. Bagi menambah fungsi SMAS supaya boleh digunakan bagi tujuan memantau pencemaran
sungai atau pun kegunaan pertanian dan hidrologi, teknologi robotik boleh diintegrasikan dalam projek
SMAS supaya boleh memantau kualiti air di kawasan yang tidak dapat dicapai oleh manusia.
Seterusnya, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menghasilkan projek SMAS.
Pertama, dari segi komponen Arduino. Bagi mendapatkan komponen-komponen Arduino, ianya
mengambil masa selama dua minggu hingga ketiga minggu kerana sebahagian komponen Arduino
perlu di tempah di luar negara berikutan tiada stok di dalam Malaysia. Seterusnya, dari segi
kemahiran dalam menyusun atur pengaturcaraan dan menggabungkan pengaturcaraan yang
digunakan bagi membangunkan projek SMAS agak sukar kerana pengaturcaraan yang terdapat
dalam laman sesawang kebanyakkannya adalah untuk satu sensor sahaja. Jadi, gabungan sensor
memerlukan gabungan pengaturcaraan dan hal ini dapat diselesaikan menerusi hasil perbincangan
dan bimbingan daripada mentor teknikal dan pembimbing-pembimbing yang dilantik oleh pihak
PPD. Pelbagai pengetahaun baharu yang dapat diperolehi dan pelajari menerusi bimbingan yang
diberikan.

Akhir sekali, adalah cabaran untuk memasukkan pengaturcaraan ‘wifi’ dan juga ‘database’
ThingSpeak untuk digabungkan bersama pengaturcaraan bagi ketiga-tiga sensor yang digunakan.
Beberapa kali ujian terpaksa dilakukan sebelum sistem SMAS berjaya dibangunkan. Bimbingan
yang diberikan oleh mentor teknikal dan para pembimbing berjaya membantu kami menghasilkan
sistem ini.

8.0 Impikasi Projek


Implikasi projek SMAS kepada pengusaha dan peniaga ikan hiasan ialah memudahkan
golongan pengusaha dan peniaga ikan hiasan untuk memantau mutu air berdasarkan parameter
seperti pH, suhu dan kualiti air di mana-mana sahaja. Mereka juga akan dapat menjimatkan masa dan
tenaga untuk tujuan pemantauan ikan. Kerugian akibat kematian ikan belaan juga akan dapat
dielakkan. Implikasi kepada pembela ikan hiasan adalah memudahkan mereka untuk memantau mutu
air dengan cepat dan mudah serta di mana sahaja mereka berada. Keuntungan pendapatan juga boleh
ditingkatkkan apabila ikan yang dibela membiak dengan banyaknya kerana hidup dalam persekitaran
yang sihat.

Bagi golongan pendidik pula mereka boleh menggunakan projek SMAS sebagai bahan bantu
mengajar di bilik darjah apabila mengajar topik-topik yang berkaitan dengan air. Melahirkan guru yang
tidak mudah berputus asa, berfikir di luar kotak, kreatif dan inovatif seiring dengan Revolusi
Perindustrian 4.0. Pelajar pula dapat melihat aplikasi ilmu STEM dalam kehidupan seharian. Melalui
projek ini juga dapat menggalakkan pelajar menceburi bidang STEM secara serius dan seterusnya
menjadikan bidang STEM sebagai sasaran kerjaya di masa hadapan.

9.0 Kesimpulan

Pemantauan suhu, pH dan kualiti air secara automatik menggunakan sensor Arduino ini
memerlukan kos yang rendah dan tidak memerlukan manusia bertugas untuk memeriksanya. Sistem
pemantauan ini lebih mudah, senang, pantas dan menjimatkan. Hanya dengan menggantikan sensor
dan mengubah pengaturcaraan, sistem ini dapat digunakan untuk memantau parameter mutu air yang
lain. Diharapkan sistem ini dapat dikembangkan dalam bidang pertanian, perindustrian dan bidang
alam sekitar khususnya untuk memantau pencemaran air dan kitaran hidrologi. Sistem ini dapat
mengumpul data bacaan dalam satu sistem database dan data ini dapat diakses menggunakan telefon
pintar sahaja menerusi aplikasi yang di download di dalam palytore. Data yang dikumpul boleh dilihat
menerusi graf yang dipersembahkan dan pemantauan ini mudah dilakukan di mana-mana sahaja yang
mempunyai akses internet. Sistem ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dalam
meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan STEM di sekolah dan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya sistem ini dapat dikomersialkan di peringkat yang lebih luas terutama dalam membantu
penggemar ikan hiasan serta penternak ikan sangkar dan ikan air tawar. Sistem ini juga diharapkan
dapat diinovasikan agar dapat memberikan pelbagai fungsi lagi.
10.0 Rujukan

Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian
Budaya: Cabaran dan Harapan. ResearchGate.

Alias Masek, Mizan Adilliah Rudi & Suhairawani Sekeri (2020). Water Quality Monitoring for
GoldfishAquarium using IoT. International Journal of Recent Technology and Engineering
(IJRTE). ISSN: 2277-3878, Volume-8 Issue-6, March 2020

Ang Kean Hua. (2105). Kualiti sumber air di Malaysia: Satu analisis. GEOGRAFIA Online TM
Malaysia Journal of Society and Space 11 issue 6 (98 - 108) 98. Retrieved 20 November
2020 from http://journalarticle.ukm.my/9195/

Bernama. (2019). Cuaca panas jejas penternakan ikan siakap, kerapu di Tumpat.
http://www.fomca.org.my/v1/index.php/fomca-di-pentas-media/512-cuaca-panas-jejas-
penternakan-ikan-siakap-kerapu-di-tumpat

Bernama. (2019). Peminat ikan laga perlu daftar dengan Jabatan Perikan.
https://www.sinarharian.com.my/article/51935/EDISI/Melaka-NS/Peminat-ikan-laga-perlu-
daftar-dengan-Jabatan-Perikanan

Chowdury, M. S. U., Emran, T. B., Ghosh, S., Pathak, A., Alam et al. (2019). IoT Based Real-time
River Water Quality Monitoring System. Procedia Computer Science, 155, 161–168
doi:10.1016/j.procs.2019.08.025

Das, Brinda & Jain. (2017). Real-time water quality monitoring system using the internet of things.
Internationa Conf. Comput. Commun. 78–82.

Davis AP & McCuen RH. (2005). Storm water management for smart growth. Edisi Pertama. Springer
Science and Business Media.

Dolan, A. (2015). The effects of aquarium size and temperature on color vibrancy, size, and physical
activity in bettasplendens. Maryville College, Maryville, TN, USA, Tech. Rep.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (2009) Study on the river water quality trends and indexes in
Peninsular Malaysia. Water Resources Publication, No. 2

Khan J., Rehman O., Jalil Z., Ali S.& Danish A.S (2019). Implementation of Smart Aquarium System
Supporting Remote Monitoring and Controlling of Functions using Internet of Things. Journal
of Multidisciplinary Approaches in Science 9, Issue 1 (2019) 9-28

Lin, Y. B., & Tseng, H.C. (2019). Fish Talk: An Iot based mini Aquarium system: IEEE Access, 1-1.
Doi:10.1109/access.2019.2905017.

Madhavireddy, V., & Koteswarrao, B. (2018). Smart Water Quality Monitoring System using IoT
Technology. International Journal of Engineering& Technology, 7(4.36), 636.
Doi:10.14419/ijet.v714.36.24214

Norhaspida Yatim.(2019). Sang juara RM7000. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/63812/EDISI/Terengganu/Sang-juara-RM7000

Mohd Firdaus Abdullah & Arba’iyah Mohd Noor. (2018). Isu bekalan air domestik: antara kejayaan
dan kekalahan pada pru14 di negeri Kedah. Jurnal Peradaban, Jil. 11, 115-150.
Perumal, T., Sulaiman, M.N., & Leong, C. Y. (2015). Internet of Thing (IoT) enabled water monitoring
system. IEE 4th Global Conference on Consumer Electronics (GCCE).
Doi:10.1109/gcce.2015.7398710.

Poon, W.C., Herath, G., Sarker, A., Masuda, T., & Kada, R. (2016). River and fish pollution in
Malaysia: A green ergonomics perspective. Applied Ergonomics, 57, 80-93.

Rozana. (2017). Amalan Pengurusan Akuakultur Baik dan Kecekapan Teknikal Siatem Ternakan
Kolam di Negeri Kedah dan Pulau Pinang, Malaysia. Tesis Phd UUM.

Shahrinnahar Latib. (2018). Misteri ikan sangkar mati, penternak rugi besar. Berita harian online

Vaishnavi V. Dalgavane & M.A Galkwad. (2017). Water Quality Monitoring System Based on IOT.
Advances in Wireless and Mobile Communications. ISSN 0973-6972 Volume 10, Number 5
(2017), pp 1107-1116. Research India Publications. http://www.ripublication.com
11.0 Lampiran

LAWATAN KE RUMAH PENGEMAR IKAN HIASAN

Lawatan ke rumah pembela ikan hiasan Ikan hiasan di dalam akuarium di rumah pembela
ikan hiasan

Kolam ikan hiasan di rumah pembela ikan hiasan Kolam ikan hiasan di rumah pembela ikan hiasan

Ikan hiasan di dalam akuarium di rumah pembela Proses


Tempat membersihankan
pembiakan air untuk
ikan hiasan ikan
sedang hiasan
dibersihkan
ikan hiasan
LAWATAN KE KEDAI IKAN HIASAN

Proses menemuramah pemilik kedai Ikan hiasan Ikan-ikan yang terdapat di kedai menjual ikan
hiasan dan pembeli ikan hiasan

Ikan-ikan yang terdapat di kedai menjual ikan Ikan-ikan yang terdapat di kedai menjual ikan
hiasan dan pembeli ikan hiasan hiasan

Ikan-ikan yang terdapat di kedai menjual ikan Ikan-ikan yang terdapat di kedai menjual ikan
hiasan dan pembeli ikan hiasan hiasan
PROSES MEREKA CIPTA SISTEM SMAS

Ahli kumpulan 13 Perbincangan dengan fasilitator

Proses mencari bahan rujukan untuk menyiapkan Proses membina Projek SMAS
projek SMAS

Proses membina Projek Sistem SMAS Proses membina Projek Sistem SMAS
Kit box yang mengandungi sensor yang digunakan Akuarium yang diletakkan sensor pH, suhu dan
untuk membaca bacaan pH, suhu dan kejernihan TDS
air dinamakan SMAS

Bahan yang digunakan untuk menguji sensor pH Proses ujian bagi memastikan sensor pH boleh
sebelum digunakan untuk membaca pH dalam berfungsi dengan baik
akuarium.

Proses Ujian Sensor pH Bacaan pH ditunjukkan dalam LCD

Proses Ujian Sensor pH


Bacaan pH ditunjukkan dalam Web ThingSpeak Proses mengekod sensor suhu dalam Arduino

Bacaan suhu ditunjukkan dalam Arduino Proses Ujian Sensor suhu

Bacaan suhu ditunjukkan dalam LCD Bacaan suhu ditunjukkan dalam Web ThingSpeak

Proses Ujian Sensor pH


Proses Ujian Sensor TDS Proses memprogram Sensor TDS dalam sistem
Arduino

Proses menguji sensorTDS Bacaan Kekeruhan air ditunjukkan dalam LCD

Proses Ujian Sensor pH

Bacaan Kekeruhan air ditunjukkan dalam Web Data yang boleh dibaca dalam telefon pintar
ThingSpeak melalui aplikasi ThingSpeak
Scan this QR Code for
ebook version.

Anda mungkin juga menyukai