Anda di halaman 1dari 20

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

PROGRAM BUKU HIJAU


(AFS 2001)

SIRI 6: PENTERNAKAN HIDUPAN AKUATIK

ISI KANDUNGAN
SIRI 6: PENTERNAKAN HIDUPAN AKUATIK MUKA SURAT

1. Kemudahan dan peralatan hatcheri 1-3

2. Jenis hidupan akuatik 4-6

3. Sistem ternakan 7-8

4. Penyediaan kolam 9-10

5. Pelepasan benih ikan 11-12

6. Pengurusan kolam ternakan 13-15

7. Penuaian dan pemasaran ikan 16-17


1.0 : Kemudahan dan Peralatan Hatcheri

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Pusat pengeluaran benih (Hatcheri) memainkan peranan yang sangat penting dalam industri akuakultur
bagi menjamin bekalan benih yang berterusan dan menjadikan industri penternakan hidupan akuatik
sebagai industri yang berdaya maju dan mempunyai masa depan yang cerah.

Dengan adanya hatcheri, penternak akan dapat merancang jadual penstokan serta pengeluaran yang
tepat dan dapat membekalkan benih yang mencukupi kepada pengguna. Semakin banyak projek
akuakultur di sesuatu kawasan itu, maka semakin berpotensilah sesebuah pusat pengeluaran benih ikan
itu beroperasi.

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti kemudahan dan peralatan sesebuah hatcheri.

Bahan dan alatan

1. Tangki semaian
2. Tangki asuhan
3. Akuarium
4. Blower
5. Paddle wheel
6. Rumah generator
7. Tangki rotifer/artemia

Kaedah/aktiviti

Catat dan rekodkan jenis peralatan dan kemudahan asas yang sedia ada di pusat penetasan.

1
Keputusan/pemerhatian

Bil. Gambar Nama Alatan/ Kegunaan Pemerhatian


Kemudahan
1. Bekas untuk mengekalkan Sesuai digunakan untuk
organisma akuatik, sama ada air tujuan perhiasan kerana
Akuarium tawar atau marin, atau keadaan cermin yang lut
kemudahan di mana koleksi sinar.
organisma akuatik dipamerkan
atau dikaji.
2. Kegunaan penternak di Kadar hidup yang lebih
sangkar bagi membolehkan tinggi dan saiz anak ikan
Tangki asuhan
mereka menyediakan yang lebih besar dapat
keadaan yang sesuai untuk dicapai dalam masa yang
anak ikan. lebih singkat.

3. Menapis kotoron pejal atau Mendakan di dasar


tahi ikan yang biasanya tangki dapat
Tangki semaian
terapung dalam tangki ikan. dikurangkan.

4. Alat pengukur kadar oksigen Suhu dan juga


digital yang digunakan untuk kandungan zat-zat
D.O. meter
mengetahui kualiti air di organic yang ada di
suatu perairan. dalamnya dapat
diketahui.
5. Pemantauan air, termasuk Kualiti air dapat
instrumen analisis untuk dikekalkan untuk
Hach Kit mendapatkan kualiti air yang pertumbuhan ikan yang
sesuai bagi ikan. lancar.

6. Pencegahan dan Menghasilkan ikan


penghapusan penyakit ikan yang sihat dan segar.
Ozonator dalam sistem akuakultur.

7. Mengukur pH air dan Kualiti tanah dapat


mengetahui tingkat dikekalkan bagi tujuan
pH Meter kesuburan tanah. ternakan ikan di kolam
tanah.

8. Membekalkan oksigen bagi Keseimbangan oksigen


tujuan medapatkan kadar yang terlarut dalam air
Tangki oksigen
oksigen terlarut di dalam air membolehkan ikan
dan memcapai kualiti air hidup dalam keadaan
yang optimum. selesa

9. Pengudaraan kolam, Kandungan oksigen di


membersihkan sistem dalam air dapat
Vortex blower
pengudaraan dan dikekalkan bagi
pembentungan, dan kemandirian hidupan
mengepam gas termampat. akuatik.

2
Perbincangan

Pelajar dikehendaki membuat laporan tentang pemerhatian mereka di pusat penetasan UPMKB.

Kesimpulan

Nyatakan sesuatu pengetahuan dan pengalaman yang telah anda pelajari atau perolehi daripada amali
ini.
Saya dapat mempelajari tentang pelbagai jenis alatan yang digunakan bagi mendapatkan hasil tuaian
ikan yang segar dan berkualiti. Berdasakan ilmu yang saya perolehi, saya lebih arif tentang keadaan
yang sesuai untuk melakukan penternakan ikan. Sebagai contoh, kualiti air sangat penting untuk ikan
supaya ikan dapat menjalani tumbesaran yang teratur. Saya juga dapat mengetahui bahawa setiap alatan
yang digunakan adalah untuk tujuan yang berbeza seperti PH meter yang akan menyukat kualiti tanah.

3
2.0 : Jenis Hidupan Akuatik

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Hidupan akuatik terdiri daripada kumpulan ikan, tumbuhan akuatik, krustasia, molluska, amfibia dan
reptilia.

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti rupa bentuk beberapa hidupan akuatik.


2. mengetahui kategori dan nama saintifik beberapa hidupan akuatik.

Bahan dan alatan

Sampel hidupan akuatik.

Kaedah/aktiviti

1. Gambar hidupan akuatik diberi kepada pelajar untuk membuat penelitian.

2. Cari nama tempatan atau nama saintifik dan ciri-ciri hidupan akuatik berdasarkan gambar
yang diberi.

3. Catatkan pemerhatian anda dan padankan gambar atau maklumat dalam jadual yang telah
disediakan.

4
Keputusan/pemerhatian

Bil. Gambar Nama Tempatan/Saintifik Pemerhatian


Tubuh badan ikan keli licin,
berlendir dan tidak bersisik. Ikan ini
juga mempunyai sesungut di
Ikan keli/Siluriformes bahagian mulut. Bentuk badannya
1. seakan terpedo.

Mempunyai badan yang lebar dan


tebal. Badan berwarna merah
pudar. Sirip renang dan ekor
2. Tilapia merah/Oreochromis seakan berwarna merah jingga.
niloticus

Mempunyai dua sengat di kiri kanan


dan satu di belakang badan, tidak
bersisik dan lembut.
3. Patin/Pangasianodon
hypophthalmus

Mempunyai warna perak hampir


keseluruhan badannya, akan tetapi
Lampam jawa/Barbonymus siripnya berwarna kelabu dan
4. gonionotus terdapat warna merah dihujung
sriripnya. Mempunyai badan yang
lebih mampat.

Bentuk badannya agak bulat dan


memanjang. Warna sisik seakan
Jelawat/Leptobarbus hoevenii kehijauan apabila dilihat dari atas.
5. Bahagian perut keperakan dan
bahagian ekor kehijau perakan.

Muncung hidungnya yang panjang


seperji belalai. Cengkerangnya
yang lembut membezakan ia
Labi-labi/Trionychidae dengan kura-kura. Fisikalnya
6. berwarna hijau-coklat gelap.

5
Padankan gambar di bawah dengan kategori hidupan akuatik

Ikan

Reptilia

Moluska

Krustasia

Perbincangan

Pelajar dikehendaki membuat laporan ringkas berkenaan pengetahuan dan pengalaman yang mereka
perolehi daripada program ini.

6
3.0 : Sistem Ternakan

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Sistem ternakan yang biasa digunakan oleh penternak adalah:

1. Penternakan dalam kolam tanah

2. Penternakan dalam tangki

3. Penternakan dalam sangkar

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti sistem ternakan yang biasa diamalkan.

2. menghuraikan kebaikan dan kelemahan setiap sistem ternakan.

Bahan dan alatan

1. Kolam tanah

2. Sangkar ikan

3. Tangki simen

Kaedah/aktiviti

1. Lakukan pemerhatian pada struktur binaan yang ada pada setiap sistem ternakan.

2. Ukur dan catat keluasan, kedalaman, sudut, benteng, paras kedalaman air dan sebagainya
secara berpasukan.

3. Senaraikan kebaikan dan kelemahan pada setiap sistem ternakan.

4. Catatkan pemerhatian anda dan padankan gambar atau maklumat dalam jadual yang telah
disediakan.

7
Keputusan/pemerhatian

Sistem
Bil. Gambar Kebaikan Kelemahan Pemerhatian
Ternakan
-Kadar tebaran -Kesan negatif Keadaan kolam
bergantung pencemaran yang besar boleh
kepada aliran air kilat memuatkan kuantiti
1. -Ikan tidak berbau -FCR lebih ikan yang banyak
Sangkar ikan lumpur tinggi dan mendapatkan
-Mudah -Musuh hasil tuaian yang
kendalikan pemangsa berlipat kali ganda.
pemasaran -Kesan negatif Kolam ini diperbuat
secara berjadual cahaya di dari beberapa biji
-Kos pembinaan kawasan air tong drum dan
murah jernih jaring.
-FCR rendah dan -Kos operasi Ikan dapat dijaga
terkawal tinggi dengan baik kerana
-Kadar tebaran -Keperluan keadaan kolam
2. hanya dihadkan servis sistem yang berbumbung
Kolam simen oleh kemampuan berkala dan dapat mengelakkan
sistem semakin kerap ikan daripada
-Mudah tuai dan di peringkat terdedah kepada air
kendalikan pembesaran. hujan atau
pasaran secara -Bekalan pemangsa. Kolam
beriadual sumber air ini diperbuat dari
-Tiada musuh perlu jubin.
-Terkawal bau disediakan
lumpur -Servis sistem
-Banyak perlu berkala
rekabentuk &
bahan
-Makanan asli -Terhad kadar Keadaan kolam
bantu rendahkan tebaran yang luas dapat
FCR -Ada kesan menternak lebih
-Mudah sediakan bau lumpur banyak kuantiti ikan
3. Kolam tanah peralatan -Mudah dalam satu kolam.
sokongan membiak, hasil Kolam ini seratus
ternakan dengan saiz peratus dari tanah
-Boleh pilih kadar pelbagai dan sekelilingnya
tebaran sukar
sesuai untuk pengredan
skala besar -Musuh mudah
penternakan baka menyerang
monoseks -Perlukan
kapur dan baja
-Sukar
penuaian
untuk jualan
berkala

8
4.0: Penyediaan Kolam

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Penyediaan kolam merangkumi kerja pengeringan kolam, pembersihan kolam, analisa pH tanah
dan pengapuran, mengisi air dalam kolam dan pembajaan kolam.

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. mempamerkan teknik penyediaan kolam ternakan dengan cara yang betul.

Bahan dan alatan

1. Kolam ternakan
2. Kapur abu panas/abu sejuk
3. Hampas biji teh
4. Baja organik
5. Cangkul
6. Mesin pembajak
7. Parang
8. Pongkis
9. Baldi

Kaedah/aktiviti

1. Tapak kolam diberikan kepada setiap kumpulan untuk tujuan penyediaan kolam.
2. Pengeringan kolam hendaklah dilakukan bagi tujuan pembersihan tapak dengan mengeluarkan
semua air dan membuang semua jenis tumbuhan, kayu, akar dan sebagainya ke tempat lain.
3. Untuk mendapatkan dasar kolam yang rata, permukaan dasar kolam hendaklah digemburkan
dan diratakan terlebih dahulu.
4. Pengapuran perlu di buat sebelum memasukkan air semula ke dalam kolam. Sebelum
pengapuran dilakukan, analisis tanah perlu dilakukan untuk menentukan nilai sebenar pH tanah
bagi mengetahui kadar pemberian kapur pada kolam. Kadar pemberian kapur bergantung
kepada pH tanah.
5. Air hendaklah dimasukkan ke dalam kolam dalam tempoh lebih kurang seminggu selepas
pengapuran dibuat.
6. Masukkan dua pertiga (2/3) air daripada kedalamam kolam.
7. Pembajaan kolam dengan baja organik (baja tahi ayam) dilakukan selepas memasukkan air.

9
Keputusan/pemerhatian

Isi tempat kosong dalam carta alir di bawah:

Pengeringan Kolam

Pembersihan Kolam
Untuk membuang kayu ranting,
Rumpai atau sisa kumbahan ikan,
daun-daun kering, dan lumpur

Penganalisaan Tanah dan Pengapuran

Mengisi Air ke Dalam Kolam


½ minggu selepas pengapuran
2/3 daripada kedalaman kolam

Pembajaan Kolam
Jenis baja: organik

10
5.0 : Pelepasan Benih Ikan

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Pemilihan benih ikan yang betul merupakan salah satu faktor kejayaan penternakan ikan. Perkara yang
perlu diambilkira adalah seperti ketahanan terhadap penyakit, permintaan pasaran dan mempunyai kadar
pertukaran makanan yang baik.

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. memilih benih yang sesuai untuk sesuatu ternakan.

Bahan dan alatan

1. Plastik
2. Tangki oksigen
3. Gelang getah

Kaedah/aktiviti

1. Benih boleh didapati daripada pembekal atau dengan melakukan pembiakan sendiri.
2. Penebaran untuk 1 ha saiz kolam adalah 20 000 anak benih.
3. Benih yang baru sampai hendaklah dikuarantinkan dan dirawat sebelum dimasukkan ke dalam
kolam.
4. Pemindahan anak benih dari tangki ke kolam hendaklah dilakukan selepas rawatan. Sebelum
melepaskan ikan ke dalam kolam, suhu air dalam bekas anak benih dengan suhu air kolam
hendaklah disesuaikan (supaya sekata) dengan cara mengapungkan seketika bekas plastik untuk
mengangkut benih pada permukaan kolam.
5. Masukkan air dalam bekas bersama benih ikan ke dalam kolam secara perlahan-lahan agar ikan
tidak terkejut.

11
Keputusan/pemerhatian

Isi ruang kosong dalam jadual di bawah dan catatkan pemerhatian anda

Bil. Perkara Kepentingan/Kebaikan Pemerhatian


Supaya kadar pertumbuhan Ikan membesar lebih
1. Kadar pelepasan (stocking rate) ikan dapat diseimbangkan cepat

Supaya anak benih ikan tidak Meningkatkan kadar


2. Rawatan dan kuarantin anak benih dimakan ikan yang lebih besar pertumbuhan ikan

Suhu air perlulah sesuai Selera makan ikan


3. Penyesuaian suhu air kolam dengan dengan keadaan kolam meningkat, kadar
suhu air dalam bekas anak benih terutama kepada bekas benih pertumbuhan ikan lebih
ikan supaya kadar cepat
pertumbuhan ikan dapat
dimaksimakan

-Pasaran komersial Saingan antara satu jenis


4. Monokultur -Sistem intensif ikan sahaja di dalam
kolam

-Kepelbagaian hasil Saingan antara dua tau


5. Polikultur -Pengurusan ekosistem lebih lebih ikan di dalam kolam
baik

Apa yang anda faham tentang tabiat pemakanan ikan air tawar?

Tabiat pemakanan ikan air tawar adalah memakan plankton, ikan kecil atau algae. Secara umumnya,
ikan air tawar hanya memakan sumber semulajadi kerana tidak terdedah kepada makanan yang
dibuat sendiri oleh manusia. Akan tetapi, manusia mula menternak sendiri dengan memberi makan
pallet ikan bagi memaksimakan kadar pertumbuhan dan memberi ikan cukup nutrien. Keadaan ini lebih
cepat bagi mendapatkan hasil yang berkualiti dalam kuantiti yang banyak.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘surface feeder’, ‘plankton feeder’ dan ‘bottom feeder’? Berikan contoh
bagi setiap satunya.

‘Surface feeder’ adalah ikan yang makan di permukaan kolam seperti ikan lampam jawa dan ikan kaloi.
‘plankton feeder’ adalah ikan yang makan di pertengahan kolam seperti ikan kap perak dan sepat siam.
‘bottom feeder’ adalah ikan yang makan dipermukaan bawah kolam seperti ikan bandaraya dan ikan pari.

12
Apakah nisbah yang disyorkan bagi penternakan ikan secara polikultur?

13
6.0: Pengurusan Kolam Ternakan

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Selepas kemasukan benih ke dalam kolam, pengurusan harian haruslah dilakukan oleh pelajar- pelajar
sampai ke peringkat penuaian. Antaranya adalah seperti:

i. Penyelenggaraan kolam

ii. Memberi ikan makan

iii. Memeriksa kualiti air

iv. Penyampelan stok yang sedia ada

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. mengorganisasi kaedah pengurusan kolam yang baik.

2. memahami kesan alam sekitar dan sosio budaya dalam amalan penternakan.

Bahan dan alatan

1. Mesin rumput atau parang


2. Jala
3. pH meter
4. D.O meter
5. Secchi disc
6. SCT meter
7. Hach kit

Kaedah/aktiviti

1. Selepas memasukkan benih ke dalam kolam, benih diberi makanan rumusan bermula dengan
jenis permulaan (starter), kemudian jenis pembesaran (grower) dan seterusnya penggemukan
(finisher).
2. Pemberian kadar makanan adalah berdasarkan berat badan ikan iaitu 3% daripada berat badan
ikan.
3. Pemberian makanan juga boleh dilakukan dengan cara menguji iaitu dengan memberikan
makanan secara sedikit demi sedikit sehinggalah ikan tidak mahu makan lagi bagi menentukan
kadar makanan yang hendak diberi.

14
4. Pemeriksaan parameter air haruslah dilakukan dari semasa ke semasa kerana parameter air
mempengaruhi tahap kesihatan dan pembesaran ikan.
5. Persampelan berat dan saiz ikan dilakukan sebulan sekali. Laporan persampelan hendaklah
disediakan.
6. Pemeriksaan keadaan kolam pula dilakukan setiap hari dengan melihat kekeruhan air, kematian
ikan, kehadiran alga di tepi kolam serta haiwan pemangsa.
7. Buku log untuk merekod pemberian makanan, parameter air dan pemeriksaan kolam
hendaklah disediakan.
8. Laporan tentang keadaan kolam secara keseluruhannya perlu disediakan.

Keputusan/pemerhatian

Catatkan keputusan anda dalam jadual di bawah:

Bil. Gambar/Jenis Alat Kegunaan/Contoh Pemerhatian

1. Secchi disc

2. Paddle wheel

3. Makanan ikan origin


daripada tumbuhan

4. Makanan ikan origin


daripada haiwan

5. Makanan tiruan

15
Padankan jenis makanan ikan di bawah dengan fungsinya

Makanan starter Untuk penggemukan

Makanan grower Untuk pembesaran

Makanan finisher Diberi sehingga ikan


berusia 30 hari

16
7.0: Penuaian dan pemasaran ikan

Lokasi : Unit Perikanan, Taman Pertanian Universiti (TPU)

Pengenalan

Ikan boleh dituai setelah mencecah umur 6 bulan ke atas. Pelajar perlu mencari pasaran dengan
mengambil kira harga pasaran dan untung yang dijangkakan.

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti peluang penjualan hasil ternakan.

Bahan dan alatan

1. Jala
2. Pukat
3. Tangki
4. Pam udara
5. Plastik dan penimbang

Kaedah/aktiviti

1. Ikan yang telah mencapai saiz pasaran bolehlah dituai dan dipasarkan.
2. Ikan tidak diberi makan selama 1 hari sebelum proses penuaian dijalankan.
3. Penuaian ikan boleh dilakukan dengan menjala sekiranya kuantiti kecil diperlukan. Sekiranya
ikan diperlukan dalam kuantiti yang banyak, kaedah menarik pukat biasanya diamalkan. Paras
kedalaman air kolam hendaklah dikurangkan kepada sepertiga (1/3) daripada kedalaman kolam
sebelum menarik pukat.
4. Segala benda yang boleh menghalang proses menarik pukat hendaklah dikeluarkan daripada
kolam.
5. Ikan yang telah dituai akan diletakkan ke dalam tangki di hatcheri selama beberapa hari untuk
tujuan pemasaran.
6. Ikan yang dituai hendaklah dicatat bilangan dan beratnya.
7. Pelajar akan membuat penjualan di pusat jualan yang telah ditetapkan.
8. Setiap jualan hendaklah direkod dan laporan hendaklah disediakan.
9. Produk yang dijual boleh dalam bentuk ikan hidup, ikan sejukbeku, ikan yang telah
diproses dan sebagainya berdasarkan permintaan pengguna atau pembeli.
10. Kejayaan sesebuah projek ternakan biasanya diukur berdasarkan untung bersih yang
diperolehi selepas tamat projek.

17
Keputusan/pemerhatian

Catatkan keputusan anda dalam jadual di bawah:

Bil. Gambar Alat Nama Alat Kelebihan/Kekurangan

1. Joran dan kail -kuat, harga yang berpatutan dan tidak


memerlukan rawatan yang kursus.
-hasil sekali tangkapan adalah sedikit

2. Jala -hasil tangkapan yang lumayan.


-turut memerangkap daun
kering,ranting dan sebagainya dalam
satu tebaran.

3. Pukat -hasil tangkapan yang lumayan


mengikut saiz pukat.
-anak-anak ikan juga turut tertangkap
menyebabkan kurang kadar pembiakan
ikan.
4. Pukat tarik -hasil tangkapan dapat dipilih dan
dilepaskan sekiranya masih kecil.
-menggunakan tenaga yang banyak
untuk menarik pukat.

Namakan 2 sistem penuaian yang biasa diamalkan:

1.

2.

Senaraikan kebaikan dan keburukan setiap sistem tersebut

Isikan kotak-kotak kosong dengan jawapan yang betul

(b) (a)

Maklumat penting dalam


merancang penjualan
(c)
(d)
(e)

18

Anda mungkin juga menyukai