Anda di halaman 1dari 7

/

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA


71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM DIPLOMA AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN

KOD DAN MODUL/


DAB 1323 - PEMAKANAN TERNAKAN RUMINAN
CODE AND MODULE

1. PEMBERIAN MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA


TERNAKAN
2. JENIS BAHAN MAKANAN DAN NUTRIEN
3. POTENSI DAN PENGGUNAAN BAHAN SAMPINGAN
PERTANIAN SEBAGAI SUMBER MAKANAN
TERNAKAN
SUB KURSUS / SUB
4. PEMPROSESAN MAKANAN
COURSE
5. FORMULASI MAKANAN UNTUK LEMBU FIDLOT
6. PENGAMBILAN MAKANAN KERING ( DMI )
7. MEMERIKSA STOK MAKANAN
8. MENYELIA PENYEDIAAN MAKANAN TERNAKAN
9. MENTADBIR KERJA RUMUSAN MAKANAN
TERNAKAN

Urus makanan ruminan guna air bersih, bekas minuman, pam


air, bahan makanan, bekas makanan dan standard operating
OBJEKTIF PENCAPAIAN
procedure (sop) supaya punca air dan bekas air dikenalpasti,
AKHIRAN / TERMINAL
air minuman dapat dibekalkan, arahan kerja diterima, bahan
PERFORMANCE
campuran makanan dicampurkan dan diproses, stok makanan
OBJECTIVE
diperiksa, makanan ternakan ditadbir dan disediakan mengikut
tatacara pengurusan ladang di malaysia.

NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka : 01 Drp : 07

TAJUK : KEPERLUAN PERALATAN DAN KEMUDAHAN PEMBERIAN MAKANAN DAN


MINUMAN TERNAKAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memudahkan pelatih-pelatih memahami dengan lebih lanjut
pelbagai jenis peralatan, kemudahan pemberian makanan dan minuman ternakan serta bahan
makanan yang diperlukan untuk memberi makanan kepada ternakan.
NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka: 02 Drp: 07

PENERANGAN :

1.0 PENGENALAN

1. Air diberi supaya ternakan berada di dalam keadaan sihat, membesar, membiak dan
mengeluarkan hasil. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu, seimbang dan secukupnya
untuk kesihatan pembesaran dan pengeluaran. Selain dari keperluan di atas makanan juga
menentukan untung rugi sesuatu perusahaan ternakan.
2. Keperluan air
i. Keperluan umum
Air adalah sumber “makanan” yang penting untuk ruminan dan adalah kandungan
utama di dalam susu.Ia diperlukan pelbagai aktiviti di dalam badan seperti :
- Kandungan cecair di dalam badan.
- Suhu badan
ii. Keperluan khusus
Ternakan memerlukan air untuk:
- Mengunyah dan menelan makanan
- Memunggah/ mengangkut bahan nutrien ke seluruh anggota badan.
- Pembentukan dan penyelenggaraan tisu badan
- Pengeluaran susu
- Memunggah dan membuang bahan sisa
- Mengawal suhu badan
- Membantu dalam penglihatan dan pendengaran.
3. Kuantiti air yang diperlukan
- Kandungan air di dalam badan haiwan lebih 70% dan sesetengah tisu pula
mengandungi 70-90% air. Keperluan air bagi ternakan adalah amat berbeza antara
satu dengan yang lain.
NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka: 03 Drp: 07

- Faktor-faktor seperti penyaraan badan, suhu, jenis makanan dimakan, tenaga


dikeluarkan dan kadar pengeluaran hasil seperti susu dan lain-lain adalah perlu
dipertimbangkan.

- Purata keperluan air bagi ternakan:

Ternakan Keperluan Air Sehari (Liter)


Lembu tenusu 90
Lembu pedaging 60
Bebiri 4-6

- Adalah penting untuk memberi minum air yang bersih, tidak berbau dan berubah
warna. Air yang diminum dalam bekas yang kotor, bercendawan atau berlumut
mungkin mengakibatkan keracunan kepada ternakan dan menjejaskan kualiti susu.
- Walaupun kuantiti air dinyatakan, adalah lebih baik sekiranya air minuman disediakan
secara ad-libitum kerana ada ketikanya ternakan akan meminum air lebih dari hari-hari
biasa.

2.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

a) UNTUK PEMBERIAN AIR MINUMAN

1) Palung air minuman

- Adalah bekas tempat mengisi air bersih untuk ternakan minum


- Kedudukan palung minuman bergantung pada rekabentuk kandang kurungan dan
jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang kurungan yang mempunyai
beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan di antara petak.
- Kandang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air
minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm
(panjang) dan 60cm (tinggi). Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan
yang sesuai digunakan selalu daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai
alternatif
NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka: 04 Drp: 07

2) Pam air centrifugal

- Merupakan satu jenis pam paling banyak digunakan oleh sebab binaannya yang
mudah, kos rendah dan tahan lasak. Sifat-sifat pam ini yang penting adalah bekalan
air adalah berterusan dan bekalan air boleh dikawal dengan mudah. Ia juga sesuai
untuk menyedut cecair yang kotor atau mempunyai bahan mendapan.
- Menggunakan daya empar untuk menggerakkan cecair dari paras rendah kepada satu
paras yang lebih tinggi. Bentuk paling mudah ialah terdiri dari impeller yang berpusing
di dalam kotak bentuk volute. Cecair ditolak oleh mata kipas pam ke tepi volute
dengan kelajuan yang tinggi dan akan mengalir mengikut bentuk volute ke saluran
keluar.
- Apabila air digerakkan ketepi volute, satu kawasan tekanan rendah terjadi dibahagian
tengah impeller. Di bahagian impeller inilah ditempatkan saluran air masuk, supaya
bekalan dan penerimaan cecair berterusan.
- Terdapat dua jenis pam air centrifugal :
i. Volute - single stage dan multi stage
Impeller mengalirkan air ke dalam ruang yang mengembang (volute). Bentuk
kotak volute direka supaya aliran air bergerak dengan kelajuan yang sekata di
sempadan impeller. Kelajuan ini berkurangan di antara impeller dan saluran
keluar. Dengan itu tenaga kelajuan berubah ke tenaga tekanan.
ii. Diffuser - single stage dan multi stage
Jenis ini mempunyai bahagian tambahan yang dinamakan diffuser di keliling
impeller. Diffuser tidak bergerak dan bertindak hanya sebagai ruang-ruang
yang berkembang. Aliran air impeller bertukar arahnya. Kelajuan tinggi
berubah kepada tekanan di diffuser lagi. Perubahan tenaga kelajuan ke
tekanan ini sekali lagi berlaku antara diffuser dan volute.

- Pam boleh memberikan perkhidmatan yang lama sekiranya diselenggarakan dan


digunakan dengan betul. Amalan-amalan yang baik diikuti adalah:-
 Memastikan bearing sentiasa dilincirkan
NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka: 05 Drp: 07

 Aci pemacu pam adalah lurus


 Menyebu (priming) pam sebelum dihidupkan
- Pemilihan pam adalah bergantung kepada faktor-faktor yang berikut:-
 Kadar alir yang diperlukan
 Tekanan atau turus yang diperlukan
 Jenis pemasangan kekal atau bergerak
 Jenis kuasa yang ada (elektrk, enjin dan traktor)
 Punca air (sungai,parit,kolam,perigi)
 Had peruntukan

b) UNTUK PEMBERIAN MAKANAN

Peralatan yang digunakan;

Jenis alat Kegunaan Penyelenggaraan


Kereta sorong Mengangkut makanan dari Bersihkan selepas digunakan
setor ke palung makanan supaya tidak mudah berkarat
Pencedok Mencedok makanan ke dalam Bersihkan selepas digunakan
bekas makanan atau supaya tidak mudah berkarat
pengangkutan
Traktor Mengangkut makanan Penyelenggaraan mengikut
tambahan dan foraj jam bekerja
Setor menyimpan makanan Menyimpan makanan supaya Bersihkan setiap hari dan
sentiasa kering, tidak berkulat elakkkan dimasuki makhluk
dan selamat perosak dan terkena hujan
Penyapu Mengumpul sisa – sisa -
makanan supaya senang
dibuang

Palung makanan

 Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya
pemberian makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran
61 cm (24 inci) lebar dan 45 cm (18 inci) tinggi. Seekor lembu memerlukan 15 cm (6 inci)
ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya
air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping
mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak.
 Contoh palung makanan ternakan di kandang;

Palung konsentrat di kandang lembu fidlot Palung konsentrat di kandang lembu


NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka: 06 Drp: 07

Palung konsentrat di kandang bebiri Palung rumput di kandang lembu

3.0 KAEDAH PEMBERIAN MAKANAN RUMINAN

Cara - cara pemberian makanan tambahan

1. Dapatkan jadual pemberian makanan daripada ketua unit


2. Semak jadual pemberian makanan tambahan dengan bilangan ternakan yang ada
3. Bersihkan palung makanan
4. Guna kereta sorong untuk mengambil makanan tambahan mengikut kumpulan dan bawa ke
palung makanan.
5. Angkat dan letakkan guni makanan ke dalam palung makanan.
6. Buka guni dan tuangkan makanan dengan menarik guni perlahan-lahan.
7. Gunakan tangan dan seratakan makanan di dalam palung makanan.
8. Gantung atau letakkan batu galian atau blok urea molas di tempat yang strategik dan
selamat.
9. Sekiranya galian serbuk digunakan, tabur serbuk serata di atas makanan tambahan.
10. Ambil ternakan dari padang ragut dan gembalakan balik ke kandang.
11. Biarkan ternakan berada di kandang sehingga makanan habis.
12. Gembala ternakan ke padang ragut.

4.0 KAEDAH PENYEDIAAN BEKALAN AIR MINUM

1. Tentukan punca bekalan air minum


2. Periksa bekas minuman ( sedia dan bersihkan jika perlu)
3. Penuhkan bekas minuman dengan air yang diperolehi dari sumber paip atau yang diangkut
dengan trailer.
4. Gulung hos air dengan rapi dan diletakkan di tempat yang selamat.
5. Tambah air jika perlu.

5.0 KAEDAH PENGENDALIAN PAM AIR

A) Untuk menghidupkan enjin pam air :


1. Pergi ke tempat enjin pam air
NO KOD / CODE NO DAB 1323 Muka: 07 Drp: 07

2. Periksa dan tentukan paras air dalam tangki ‘back flow’ pada aras yang ditentukan.
3. Periksa aras minyak pelincir dalam lingkungan tanda selamat.
4. Periksa dan tentukan bahan api mencukupi untuk kegunaan.
5. Periksa air bateri.
6. Buka ‘back flow tap’ bagi memastikan keseluruhan paip dalam sistem dipenuhi air ( bebas
udara)
7. Hidupkan enjin menggunakan suis
8. Pastikan air mengalir dalam paip dengan membuka paip angin
9. Tutup semula ‘back flow tap’.

B) Untuk mematikan enjin selepas digunakan:


1. Matikan enjin

SOALAN :

1. Nyatakan dua jenis peralatan pemberian minuman ruminan


i. ______________________________
ii. ______________________________

2. Nyatakan 5 kaedah penyediaan bekalan air minum ruminan

i. ______________________________
ii. ______________________________
iii. ______________________________
iv. ______________________________
v. ______________________________

3. Nyatakan tiga bahan sisa pertanian yang sesuai dijadikan makanan ternakan
i) ___________________________________
ii) ___________________________________
iii) ___________________________________

4. Senaraikan dua jenis rumput yang boleh dijadikan sebagai makanan ruminan.
i) ___________________________________
ii) ___________________________________

RUJUKAN :

SYNERGY MEDIA (2010), Panduan Lengkap Penyediaan Lembu Pedaging, S.A.Majeed & Co. Sdn.
Bhd, Malaysia

Anda mungkin juga menyukai