Anda di halaman 1dari 19

Teknologi Penanaman


Sayur-Sayuran
KANDUNGAN

 Jenis Teknologi Penamanan Sayur
 Pengenalan Rumah Terlindung
 Pengenalan Hidroponik
 Pengenalan Fertigasi
JENIS TEKNOLOGI
PENANAMAN SAYUR

Rumah Terlindung Sistem Hidroponik Sistem Fertigasi
PENGENALAN RUMAH TERLINDUNG


 Rumah terlindung ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau
plastik yang membolehkan penanaman terlindung dan terkawal. Haba dari
cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan
tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara panas di dalamnya
dapat dikurangkan dengan menggunakan kipas. Tanaman-tanaman akan lebih
terlindung dari polusi dan radikal bebas dari luar. Hama dan pengganggu
tanaman lainnya akan lebih dapat dicegah daripada masuk.

 Rumah terlindung ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam
industri sayur, misalnya ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi
pelbagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan
tanaman di dalamnya.
PENGENALAN RUMAH TERLINDUNG

Kebaikan

 Dengan ruang tanaman menggunakan rumah terlindung, maka sangat mudah untuk
memantau dan menjaga tanaman secara lebih intensif.
 Boleh mengatur pencahayaan supaya tidak terlalu terang atau terlalu redup.
Menghindarkan dari cuaca ribut. Suhu udara lebih mudah dikawal kerana dapat
menambahkan pendingin ruangan berupa kipas jika suhunya didapati terlalu panas.
 Penyiraman juga boleh dilakukan secara lebih effektif. Tanaman tidak akan terkena
air hujan yang menyebabkan kadar air dalam tumbuhan terjadi secara berlebihan.
 Boleh menanam berbagai macam tanaman. Dari mulai tanaman yang memang
memerlukan cahaya matahari sedikit, yang banyak cahaya matahari, yang perlukan
banyak air, kelembaban serta kawasanyang kering. Di dalam rumah kaca,
keperluan-keperluan untuk bercucuk tanam akan sangat mudah diadaptasi.
PENGENALAN RUMAH TERLINDUNG

Kelemahan

 Memerlukan kos yang tinggi
STRUKTUR-STRUKTUR RUMAH
TERLINDUNG


A) RUMAH HIJAU ‘COOLING PAD B) RUMAH TERLINDUNG C) RUMAH RAWA KALIS
AND FAN’ ‘POLYTUNNEL’ SERANGGA

7
PENGENALAN SISTEM HIDROPONIK

Tanaman hidroponik

• Menanam sayur – sayuran dengan tidak menggunakan tanah.

Perkataan “Tidak menggunakan Tanah”


• Disini tanah digantikan dengan bahan–bahan lain seperti kapas, benang,
habuk kayu, span, bahan yang dikitar seperti hampas padi, jerami padi, kulit
kelapa yang dikisar atau di koyak-koyakan, pasir, batu dan sebagainya
• Asas gantian tanah hendaklah ianya boleh menampung atau meresap air.
Tidak terlalu padat dan ada sedikit ruang pengudaraan yang kecil.
• Tanah hanya digunakan sebagai bahan untuk memegang akar tanaman
PENGENALAN SISTEM HIDROPONIK



Teknologi Hidroponik ada berbagai jenis.
• Sistem titis
• Sistem Nutrient Film Technique iaitu Teknik larutan Nipis
• Sistem larutan dalam dan mengalir
• Sistem larutan dalam dan statik
• Sistem aeroponik
• Sistem meresap
SISTEM TANAMAN SECARA HIDROPONIK

Sistem “DYNAMIC ROOT FLOATING (DRF)”

Sistem DRF ini adalah sistem kitar semula (Closed System). Sistem
ini bersesuaian untuk tanaman sayur daun sahaja. Segala keperluan
tanaman bagi tumbesaran dan perkembangan sayur dibekalkan
dalam bentuk larutan nutrien. Sistem ini ditutup dengan rawa
dimana ianya tidak menggunakan racun kimia serangga. Hasil
tanaman adalah lebih tinggi, selamat dan berkualiti.

10
PENGENALAN SISTEM HIDROPONIK

Kelebihan Hidroponik

 
 Tidak memerlukan kawasan yang luas.
 Masa menanam yang pendek, pusingan tanaman sebanyak 6 ke 7 setahun.
 Penjimatan dalam tenaga kerja
 Penjimatan air
 Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan
 Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa
menggunakan racun yang merbahaya
 Masalah rumput dapat dikurangkan
 Penjimatan penggunaan baja kerana nutrien dapat dikitar kembali
 Hasil yang lebih tinggi
 Musim menanam sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim atau cuaca
 Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit kawasan (kepadatan
tinggi memungkin hasil maksima)
 Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak
menyenangkan seperti bau najis dan sebagainya.
PENGENALAN SISTEM HIDROPONIK


Kelemahan Hidroponik

 Kos permulaan yang lebih tinggi.


 Tidak dapat faedah dari kelebihan aktiviti mikro-organisma dalam tanah.
 Memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan
hidroponik.
 Memerlukan keperluan asas (air bersih dan tenaga letrik) yang lebih sempurna.
 Tidak semua jenis tanaman boleh ditanam secara hidroponik.
PENGENALAN SISTEM FERTIGASI


SISTEM FERTIGASI

 Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”.


Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja
yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan
ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
  
 Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar
yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan
juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.
PENGENALAN SISTEM FERTIGASI


Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti
cocopeat, sekam padi, peat moss dalam kaedah tanaman fertigasi.
Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya
murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.
SISTEM PENGAIRAN SECARA FERTIGASI

Sistem fertigasi ialah satu sistem pembekalan air dan larutan baja
serentak ke zon akar secara automatik (titis) mengikut keperluan
tumbesaran tanaman secara berkesan. Tujuan sistem ini adalah
untuk meningkatkan keberkesanan pengunaan baja dan
mengurangkan pembaziran. Kaedah fertigasi dapat
mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan
kualiti, menjimatkan masa dan juga mengurangkan pengunaan
tenaga buruh.

15
PENGENALAN SISTEM FERTIGASI


Sistem fertigasi menggunakan pergabungan (tank nutrien, paip utama, pump air,
filter, gate valve, pressure meter, timer, connector, polyethylene pipes, nozzles)
PENGENALAN SISTEM FERTIGASI

Kelebihan Fertigasi
 

 Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti,
menjimatkan masa, tiada masalah merumpai, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta
meningkatkan kecekapan ladang.
 Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja
berbanding dengan cara-cara lain.
 Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
 Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan perbezaan
lembapan tanah tidak terlalu besar antara tanah yang kering dengan yang basah.
 Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip tertier adalah sangat
kecil. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah.
 Mengelakkan garam daripada meresap kedalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrien.
 Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
 Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
PENGENALAN SISTEM FERTIGASI


Kelemahan Fertigasi
 
 Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil. Oleh itu
ia mudah tersumbat disebabkan oleh timbunan garam galian yang terjadi
akibat proses penyejatan larutan baja diantara dua penitisan.

Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai