Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA


PENDUDUK KAMPUNG BERIS KUBUR BESAR
16300 BACHOK KELANTAN

PENDUDUK KAMPUNG BERIS KUBUR BESAR 16300, BACHOK KELANTAN


( MEWAKILI PENDUDUK KAMPUNG 7 PETI UNDI DUN TAWANG)

Kepada ;

YB SENATOR DATO' DR. AWANG ADEK HUSSEIN

Timbalan Menteri Kewangan,


Kementerian Kewangan,
Aras 11, Blok Tengah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

Melalui ;

Penduduk Kampung Beris Kubur Besar,


16300 Bachok Kelantan (Mewakili Penduduk Kampung 7 Peti undi Dun Tawang)

Tuan ;

PERMOHONAN PERUNTUKAN PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA


PENDUDUK KAMPUNG BERIS KUBUR BESAR

Adalah dimaklumkan kepada tuan, seperti nama-nama disebutkan seperti dilampiran


memohon peruntukan kewangan bagi tujuan menjalankan penanaman seperti berikut ;

1. Penanaman Kelapa Matag 1 Malaysia

i. Projek Penanaman Kelapa Matag adalah bertujuan untuk menjana pendapatan


penduduk kampung kerana Kelapa matag dapat memberi pulangan yang lumayan
kepada penduduk kampung dalam tempoh masa yang singkat

ii. Projek Penanaman Kelapa Mantap ini dilihat akan memberi punca pendapatan
sampingan yang lumayan kepada penduduk kampung kerana banyak hasil produk
yang dapat dihasilkan melalui pokok kelapa yang ditanam

2. Bersama-sama ini kami sertakan kepada tuan butiran-butiran perincian mengenai


projek penanaman Kelapa Mantap serta nama – nama penduduk kampung yang terlibat
dalam Projek Penanaman Kelapa mantap ini.

Sekian ;

……………………..

ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN


Penduduk Kampung Beris Kubur Besar
CADANGAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA

1.0 RINGKASAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA

Cadangan projek “PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA” adalah bertujuan


untuk memberikan punca pendapatan sampingan kepada penduduk kampung 7 peti
Undi Dun Tawang.Ini adalah kerana projek ini dilihat mampu untuk menjana
pendapatan sampingan yang lumayan dalam tempoh jangka masa yang singkat
seterusnya, meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk kampung kerana banyak
manafaat yang akan diperolehi hasil daripada produk yang berasaskan pokok kelapa.
Pemilihan Penanaman pokok kelapa Matag adalah kerana Kelapa Matag boleh
mengeluarkan antara 30 hingga 40 ribu biji buah setahun sehektar. Selain itu juga
kelapa Matag dapat mengeluaran hasil dalam tempoh paling cepat berbanding kelapa
jenis lain iatu antara 3 hingga 4 tahun sahaja. Secara keseluruhannya, kelapa varieti
Matag memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz
buah Matag yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan
mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik. Saiz buah yang
lebih besar serta mempunyai 2 kali ganda jumlah santan lebih banyak berbanding
kelapa biasa. Permintaan yang tinggi terhadap kelapa dinegara kita menjadikan
pemilihan Penanaman kelapa adalah rasional kepada penduduk kampung, untuk
menjana pendapatan sampingan yang lumayan serta mendatang keuntungan dalam
tempoh masa yang singkat. Sebagai permulaan projek, penduduk kampung yang
merangkumi 7 peti Undi Dun Tawang memerlukan peruntukan sebanyak RM20, 000
untuk menjalankan projek penanaman kelapa Matag 1 Malaysia ini. Dalam
perancangan yang teliti serta prospek yang berdaya maju, kami seluruh penduduk
kampung amat berharap jasa baik pihak YB dapat meluluskan peruntukan
permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.

2.0 PENGENALAN

Produk yang berasaskan kelapa berkembang pesat dinegara kita,ini menjadikan


kelapa menjadi sebagai produk yang berdaya maju dan fleksibel untuk pelbagai
industri berasaskan makanan dan pembuatan produk yang menggunakan kelapa.
Permintaan yang tinggi terhadap kelapa dinegara kita menjadikan pemilihan
Penanaman kelapa adalah rasional kepada penduduk kampung, untuk menjana
pendapatan sampingan yang lumayan serta mendatang keuntungan dalam tempoh
masa yang singkat. Buah kelapa Matag sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk
air kelapa muda, pengeluaran santan dan pengeluaran air Nira. Keadaan tanah dan
iklim cuaca didaerah Bachok memang sesuai untuk penanaman kelapa Matag. Kajian
mendapati permintaan tehadap kelapa Matag sentiasa mendapat sambutan tinggi
didalam dan diluar negara. Inilah kerana kelebihan kelapa Matag mempunyai buah
yang bersaiz besar dan jumlah santan 2 kali ganda lebih banyak daripada kelapa
biasa.
3.0 TUJUAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA

Projek penananan kelapa ini akan member peluang kepada penduduk kampung untuk
menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Pemilihan kelapa sebagai projek
tanaman adalah kerana kelapa Matag dapat memberikan pulangan pendapatan yang
lumayan dalam tempoh maa yang singkat. Pokok kelapa Matag akan mengeluarkan
hasil dalam tempoh masa 3 tahun sahaja dengan bilangan buah yang banyak dan
bersaiz besar berbanding kelapa biasa.Perkara yang utama tujuan projek penanaman
kelapa Matag ini adalah untuk mengikuti seruan kerajaan Malaysia supaya
meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk diluar bandar supaya keluar
daripada kepompong kemiskinan. Dengan wujudnya penanaman kelapa ini akan
mengalakkan juga pertumbuhan kegiatan ekonomi penduduk kampung contohnya
akan wujud kegiatan ekonomi seperti industri kecil dan sederhana (IKS). Ini akan
member peluang kepada penduduk kampung untuk memulakan perniagaan produk
berdasarkan pokok dan buah kelapa matag. Contohnya penduduk kampung boleh
memasarkan produk santan kelapa,minyak kelapa, dan bermacam produk yang
menggunakan kelapa. Seperti yang kita maklum permintaan dan penawaran terhadap
produk berasaskan kelapa semakin meningkat dalam pasaran luar dan dalam Negara
terutamanya santan kelapa. Ini memberikan penduduk kampung untuk merebut
peluang keemasan untuk mengusahakan atau memasarkan kelapa yang ditanam
melaui projek penanaman kelapa Matag. Projek ini mungkin akan membantu
penduduk kampung untuk meningkatkan punca pendapatan dan keluar dari
kepompong kemiskinan.

4.0 LATAR BELAKANG PERANCANGAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1


MALAYSIA

Majoriti penduduk kampung ini menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama
mereka. Asalnya projek ini dicetuskan oleh penduduk kampung, yang mengetahui
mengenai kelebihan dan keuntungan penanaman kelapa mantap dari pejabat
pertanian daerah. Tanaman kelapa yang telah ditanam terbukti telah membuahkan
hasil dan memberikan sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Oleh itu ahli
jawatankuasa kampung telah memandang serius untuk mencetuskan projek
penanaman kelapa yang dilihat mampu menjana pendapatan bagi penduduk
kampung.Setelah perbincangan oleh sebahagian penduduk kampung yang mewakili 7
Kawasan Peti undi Dun Tawang, telah berstuju utuk memberikan usul kepada pihak
YB untuk menjalankan projek Penanaman Kelapa Matag 1 Malaysia.

5.0 LATAR BELAKANG PESERTA PENDUDUK KAMPUNG PROJEK PENANAMAN


KELAPA MATAG 1 MALAYSIA
Seramai 200 orang penduduk kampung yang merangkumi 7 Peti Undi Kawasan Dun
Tawang terlibat dalam projek penanaman.Kebanyakan penduduk kampung sudah
mahir mengenai penanaman kelapa matag dan pernah mendapat khidmat nasihat dan
tunjuk ajar daripada pejabat pertanian daerah bachok. Peserta kampung seramai 200
orang ini telah banyak pengalaman dalam mengendalikan tanaman kelapa kerana
sebahagian penduduk kampung adalah pekebun yang sudah mahir dalam setiap
aspek penanaman kelapa. Majoriti penduduk kampung ini menjadikan pertanian
sebagai sumber ekonomi utama mereka. Keluasan tanah digunakan bagi tujuan
pertanian di kampung ini adalah sesuai untuk aktiviti penanaman.

6.0 KEPERLUAN ASAS PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA

. Faktor Iklim

Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan
yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar
tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.
Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk
tanaman kelapa. Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC. Kawasan yang
terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk
tanaman kelapa.

Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun
dan kelembapan relatif antara 80-90%. Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada
ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa yang ditanam
pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan
buah yang kecil dan sedikit.

Faktor Tanah

Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa
memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir
dan subur.

Zon Tanaman Kelapa

Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di


atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan
pendalaman. Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan
Datuk, Perak; Sabak Bernam, Selangor; Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor. Di
Pantai Timur pula, tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu
dan Besut, Terengganu.

7.0 PROFIL KELAPA / RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI


1. Nama Biasa
Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall

2. Nama Saintifik
Cocos nucifera L

3. Keperluan Asas

 Faktor Iklim
Suhu purata harian 22°C- 33°C, 40-80% kelembapan bandingan

 Faktor Tanah
Toleran terhadap kebanyakan jenis tanah

4. Amalan Kultur

 Penyediaan Benih

o Pemilihan buah kelapa dan penyemaian

 Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang,


bersabut nipis, bebas daripada serangan perosak dan penyakit
serta berkocak air di dalamnya.

 Buah kelapa yang dipilih hendaklah disemai di atas petak semaian


pasir berukuran 1.5 m lebar, 0.6 – 0.2 m tinggi dan panjang
mengikut keperluan.

o Semaian menggunakan polibeg


 Polibeg berlubang (perforated) yang berukuran 45 cm x 45 cm x
0.5 cm lazim digunakan.

 Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan


1 bahagian pasir.

o Penakaian

 Bilangan anak pokok yang dibuang daripada aktiviti penakaian ini


biasanya 10 – 50%.

 Penyediaan kawasan

o Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia

o Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan

o Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.

 Sistem penanaman

o Jarak tanaman system segi tiga sama untuk kelapa MATAG ialah 8.1 m x
8.1 m (178 pokok/ ha)

 Pengapuran

o Kadar kapur pada 3 – 5 t/ha adalah disyorkan pada kebanyakan tanah di


Malaysia.

o Pengapuran dilakukan sekiranya pH tanah kurang dari 5.

 Penanaman di Ladang

o Saiz lubang tanaman berukuran 0.45 m x 0.45 m x 0.45 m perlu


disediakan.

o Kemudian, 200 g baja fosfat dimasukkan ke dalam lubang dan digaulkan


bersama-sama tanah atas.

o Selepas 2 minggu, anak-anak pokok yang cergas ditanam ke dalam


lubang tersebut. Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m
x 0.6m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat
dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama
tanah atas. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa
ditanam ke dalam lubang tersebut. Anak-anak kelapa ini
hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam.
Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapat bermula
pada awal musim hujan. Menanam anak kelapa dijalankan
dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan
ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan
dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal
anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.

Pemangkasan

Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minima dengan


penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua
sahaja

8.0 ANALISIS MENGENAI KELAPA MATAG

Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang
Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh
mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga
pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata
bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.

Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun
sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk
air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust'
dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang
mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian
bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau
'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara
mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan
ialah 178-180 pokok sehektar.

Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih
besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun
pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151
biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke
tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok
berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah
pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg.
kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada
kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa
MAWA.

Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang
tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja
memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di
kalangan pengguna domestic

9.0 RANCANGAN PEMASARAN

Sektor pertanian memberikan pulangan lumayan kepada mereka yang bijak


menggunakan peluang yang ada di dalam sektor berkenaan. Berdasarkan harga bahan
mentah seperti minyak dan getah yang melambung di pasaran, mereka yang terlibat
secara langsung dalam industri ini pastinya mengambil kesempatan terhadap kenaikan
harga pasaran tersebut.. Salah seorang pengusaha ladang kelapa matag, Tuan Haji Azhari
Haji Yunus yang juga Pengurus M. Z Rezeki Enterprise berkata, buat masa ini beliau tidak
pernah menghadapi sebarang masalah untuk memasarkan kelapa matag kerana harganya
lebih tinggi berbanding kelapa biasa. Beza antara kelapa matag dan kelapa biasa ialah
pokok kelapa matag yang lebih rendah dan menghasilkan lebih banyak buah. Dengan
hasil yang banyak ini memberikan beliau pulangan yang lumayan. Beliau yang mempunyai
ladang kelapa matag dengan keluasan 1.6 hektar berjaya menjual 5,000 hingga 6,000 ribu
biji kelapa matag dalam tempoh sebulan setengah. Kelapa matag beliau dipasarkan
melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan harga RM0.60 sebiji

10.0 STATISTIK PENGGUNAAN PERMINTAAN PENANAMAN


KELAPA DIMALAYSIA

SUMBER : DOA

5. KAWASAN-KAWASAN PENGELUAR UTAMA KELAPA


MALAYSIA
6.KELUASAN KELAPA MENGIKUT NEGERI
KELUASAN (HA) KELAPA MENGIKUT JENIS TAHUN 2007
HARGA PURATA BULANAN KELAPA
MENGIKUT PERINGKAT TAHUN 2008

SUMBER: FAMA
HARGA PURATA BULANAN KELAPA
MENGIKUT PERINGKAT TAHUN 2008
PENGELUARAN KELAPA MENGIKUT NEGERI
Statistik senarai pengimport kelapa dan produk kelapa
10.0 ANALISIS PRODUK BERASASKAN KELAPA MATAG
Produk Minyak Kelapa Dara (VCO - virgin coconut oil) merupakan satu produk paling
popular masa kini di Malaysia dengan khasiatnya tersendiri. Ramai pengusaha yang telah
menjalankan projek memproses minyak VCO dengan tunjukajar dari beberapa agensi
kerajaan seperti Jabatan Pertanian dengan menghasilkan Produk seperti VCO Aliff (Batu
Pahat) dan banyak lagi syarikat2. Harga pasaran lingkungan RM 25.00 satu botol
mengandungi 250-300 ml. Minyak VCO mengandungi pelbagai khasiat untuk digunakan
sebagai makanan kesihatan. Kandungan Asid Lauric didalamnya didapati sangat sesuai
untuk menambahkan kesihatan kepada penggunanya. Lain-lain kandungan dalam VCO
ada di nyatakan dalam kajiann oleh MARDI yang berjaya menghasilkan 'Enriched VCO'
dengan tambahan beberapa nutrien dalam produk tersebut.

11.0 ANALISIS KEJAYAAN PENANAMAN KELAPA MATAG

Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga
40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang
saya pantau dan di tanam pada tahun 2001 mendapat hasil setangkai sehingga 15 biji
(terdapat 4-6 tangkai pada satu pokok). Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan
santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu
Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan
Pertanian.

Di Johor kawasan tumpuan adalah Batu Pahat, Muar dan Pontian melibatkan kawasan
penanaman antara 100 -150 hektar setahun. Bantuan berbentuk bahan input, anak benih,
baja, tanaman kontan dan prasarana asas dengan kadar yang ditetapkan Program
Tanaman Baru atau Program Tanaman Semula. Kawasan lain yang menanam kelapa
MATAG seperti di Mersing dan Kota Tinggi. Selain dari penanaman kelapa, tanaman lain
seperti pisang, nenas, serai, kontan di usahakan bagi mempercepatkan pendapatan
petani. Petani lebih minat menanam kelapa sawit berbanding menanam kelapa kerana
faktur pendapatan dan jaminan pasaran.

12.0 ANALISIS PEMASARAN


Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang
pecah. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna
hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
Di ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan
dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.

Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas
menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun
atau lebih. Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun.
PENGENDALIAN PASCA TUAI
Pengendalian di rumah pembungkusan:

Buah kelapa dikutip dan dihimpun di ladang dan dihantar ke rumah pembungkusan untuk
digredkan. Buah kelapa digredkan kepada Gred A, AB, ABC, ABCD / LONG dan Kelapa
Belah berdasarkan lilitan buah seperti berikut:-

Gred Lilitan (cm) Harga (sen)

A Lebih 45 cm 26
AB 40-45 cm 24
ABC 35-40 cm 22
ABCD /LONG 30-35 cm 16
Kelapa Belah 14

Pembungkusan dan pengangkutan hasil Buah-buah kelapa tidak dirawat atau


dibungkus selepas dikutip. Buah-buah kelapa tua diangkut dengan lori. Tandan kelapa
muda juga diangkut dengan lori tanpa pembungkusan.

13.0 HASIL DAN PULANGAN

memasarkan kelapa matag kerana harganya lebih tinggi berbanding kelapa biasa.
Beza antara kelapa matag dan kelapa biasa ialah pokok kelapa matag yang lebih
rendah dan menghasilkan lebih banyak buah. Dengan hasil yang banyak ini
memberikan beliau pulangan yang lumayan. Beliau yang mempunyai ladang kelapa
matag dengan keluasan 1.6 hektar berjaya menjual 5,000 hingga 6,000 ribu biji kelapa
matag dalam tempoh sebulan setengah. Kelapa matag beliau dipasarkan melalui
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan harga RM0.60 sebiji.

14.0 Rumusan

Produk yang berasaskan kelapa berkembang pesat dinegara kita,ini menjadikan


kelapa menjadi sebagai produk yang berdaya maju dan fleksibel untuk pelbagai
industri berasaskan makanan dan pembuatan produk yang menggunakan kelapa.
Penanaman kelapa adalah rasional kepada penduduk kampung, untuk menjana
pendapatan sampingan yang lumayan serta mendatang keuntungan dalam tempoh
masa yang singkat. Sebagai permulaan projek, penduduk kampung yang merangkumi
7 peti Undi Dun Tawang memerlukan peruntukan sebanyak RM40, 000 untuk
menjalankan projek penanaman kelapa Matag 1 Malaysia ini. Dalam perancangan
yang teliti serta prospek yang berdaya maju, kami seluruh penduduk kampung amat
berharap jasa baik pihak YB dapat meluluskan peruntukan permohonan kami bagi
merealisasikan projek ini.

Anda mungkin juga menyukai