Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PERTANIAN TITI GANTUNG

SEMESTER II

SESI 2022/2024
(AGR 222) PENGURUSAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

TAJUK:
LAPORAN PENGELUARAN NANAS

PENSYARAH TEORI:
PUAN NURAIDAH BINTI EMRAN

PENSYARAH AMALI:
PUAN AZUANA BINTI MAT TERMIZI
PUAN NORSHATUL NAJWA BINTI BAHAROM
PUAN NOR AMIRAH BINTI ABU HASSAN

NAMA KAD PENGENALAN NO MATRIK


MUHAMMAD NUR ADAM 040907-14-1239 113099
BIN SUAZALI

1
1.0 PENGENALAN

Semasa sem 2 saya telah memiliki pengalaman baru semasa lawatan di SAUDAGAR
NANAS AGROFARM iaitu saya dapat mengenali banyak jenis nanas yang ditanam iaitu
MD 2 yang merupakan nanas yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran., pelajar
dikehendaki untuk membuat satu tugasan pegeluaran nanas bagi mendapat markah oleh itu
saya akan menerang pengenalan tentang nanas. NENAS MD2 merupakan sejenis varieti
nenas yang sangat popular di Malaysia dan seluruh dunia masa kini. Nenas (Ananas
comosus) merupakan sejenis tumbuhan tropikal yang diklassifikasikan sebagai tumbuhan
daripada famili Bromeliaceae. Ramai yang bertanya penulis apakan dia 'MD' dalam nama
varieti nenas popular ini dan ianya sebenarnya adalah 'Millie Dilarch' sempena hasil kajian
yang dijalankan di Institut Penyelidikan (PR) di Hawai sekitar tahun 1980'an.  Penyelidikkan
ini melibatkan PR dengan beberapa syarikat nenas terkemuka dunia seperti Del Monte,
Dole dan Maule Land & Pineapple Company dimana akhirnya berjaya memperkenalkan
varieti nenas MD2 yang kini diterima oleh masyarakat antarabangsa. Di Malaysia
memasukkan varieti nenas ini hanya berlaku sekitar kurang dari 10 tahun lalu dimana benih
tanaman nenas MD2 dibawa masuk dan dibuat percubaan penanaman di Johor. Kini tanaman
nenas MD2 di negara kita menjadi impian ramai penanam nenas sama ada dikawasan tanah
gambut atau tanah mineral disekuruh negara. Antara beberapa negeri yang kini luas menanam
nenas MD2 adalah seperti di Johor, Pahang, Kedah, Selangor, Sarawak dan beberapa lagi.

2
2.0 OBJEKTIF TUGASAN
 Dapat maklumat yang lebih mendalam mengenai tanaman nanas.
 Dapat mengenalpasti racun yang sesuai digunakan.
 Dapat mengetahui beberapa jenis penyakit dan perosak tanaman nanas.
 Dapat mengetahui mengenai proses yang diperlukan semasa penanaman nanas.

3
3,0 ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 Pengenalan 2

2 Objektif 3

3 Isi kandungan:
o 3.1 Botani Tanaman
o 3.2 Penyediaan sulur nanas
o 3.3 Sistem Tanaman
5 - 17
o 3.4 Kalendar Pengeluaran nanas
o 3.5 Pembajaan
o 3.6 Pengairan
o 3.7 Merumpai
o 3.8 Kawalan Penyakit Dan Perosak
o 3.9 Penuaian Hasil

4 Kesimpulan 18

5 Lampiran 18-19

4
3.1 BOTANI TANAMAN

• NAMA SAINTIFIK : ANANAS COMOSUS


• NAMA TEMPATAN : NANAS
• KELUARGA : BROMELIACEAE
Pokok
Ia adalah sejenis tanaman monokotilidon. Daunnya panjang dan berbentuk lanceolet dan
berduri di hujung.

Daun
Daun nanas tumbuh mengeliling batang meristem

Bunga
Bunga nenas terletak pada buah nenas dibahagian hujung setiap kluster buah. Bergantung
kepada varieti nenas, saiz dan warna bunga nenas berbagai daripada warna ungu, kuning,
merah dan sebagainya .  Bunga ini mempunyai sistem seperti bunga lain dimana ada debunga
dan stigma yang akan menghasilkan biji benih.

Buah
Buah nanas ialah sejenis buah komposit yang terbentuk lonjong. Jambul biasanya terdapat di
atas buah yang terdiri daripada batang pendek dan daun.

AKAR
Sistem pengakaran pokok nanas adalah jenis serabut. Tanaman nanas mempunyai akar tanah
dan akar celah atau akar aksil. Akar aksil tumbuh di ketiak daun bahagian bawah batang
pokok dan ia membesar di permukaan tanah dan sebahagiannya di dalam tanah. Akar tanah
pula tumbuh daripada bahagiandalam tanah dan biasanya ia cetek dan tumbuh tidak melebihi
90 cm dari permukaan tanah.

BATANG

5
Batang pokok nanas biasanya tumbuh menegak sehingga satu meter. Walau bagaimanapun,
bagi jenis Sarawak, yang tidak mengeluarkan hasil batangnya akan menjalar. Meristem apeks
di bahagian atas batang merupakan bahagian aktif pokok yang mengeluarkan daun, batang,
tangkai buah, buah dan jambul.

SULUR
Sulur mempunyai tiga jenis yang tumbuh selepas keluar bunga.
 Sulur angin - muncul daripada ketiak daun
 Sulur tanah - terbit daripada bahagian pangkal pokok yang tertanam
 Sutur tangkai - sulur yang terbit daripada tangkai buah

JAMBUL
Jambul terletak di bahagian atas buah yang terdiri daripada batang pendek yang mempunyai
meristem dan daun. Jambul normal boleh digunakan sebagai bahan tanaman.

6
3.2 PENYEDIAN SULUR NANAS

Pemilihan sulur terbaik dilakukan dengan memilih suluh benih yang telah
berumur lebih dari 6 bulan. Sulur nanas tersebut akan dicabut dan daun daun
dikelilingnya dibuang dan dibersihkan. Sulur dikerat dan ditinggalkan bahagian
bawah sahaja. Kemudian, sulur akan dikerat kepada 4 bahagian. Rendaman
larutan racun dan kulat dilakukan pada setiap suluh benih dalam tempoh 10
hingga 15 minit. Kemudian, suluh benih akan dicelupkan ke bahan penggalak
akat sebelum semaian dilakukan.

7
3.3 SISTEM TANAMAN

Kepadatan tanaman bergantung kepada objektif perlaksanaan projek, jenis baka


dan sistem penanaman.Pada umumnya, kepadatan tanaman tunggal bagi setiap
baka ialah 43,500 pokok/ha atau 17,424 pokok/ek dengan jarak tanaman 60m x
1.0m x 15cm. Kayu pancang berentangkan tali atau dawai digunakan sebgai
penanda barisan. Tali atau dawai itu berbubuh tanda bagi pengukuran jarak
tanaman sepanjang barisan.

Kayu tugal ditugalkan untuk membina lubang tanaman sepanjang


rentangan tali. Kedalaman lubang 10-15cm(4-6 inci) adalah disesuaikan dengan
saiz benih 30-60cm (1′-2′)panjang.Tanam sulur bersaiz sama di petak yang
sama. Satu sulur untukl satu lubang, tanah disekelilingnya dipijak agar sulur
berdiri tegak.

8
9
3.4 KALENDER PENGELUARAN NANAS

0 Penyediaan Batas

Penanaman Sulur Nanas


1 .

Pembajaan Urea
1 BLT

Pembajaan NPK Hijau

3 BLT

6 BLT Pembajaan NPK Hijau

9 BLT Pembajaan NPK Biru

10 BLT Hormon

14 BLT
Penuaian Hasil

10
3.5 PEMBAJAAN
Pembajaan pertama tanaman nenas organik dijalankan pada minggu ke 8 (2 bulan lepas
tanam) dengan menggunakan baja larutan organik (4 jenis bahan Campuran bahan FPJ, FAA,
PCA dan CA) dengan kadar sebanyak 3,000 liter/ha yang disembur melalui sistem sprinkler
selama 30 -45 minit setiap plot tanaman. Pastikan kerja penyemburan tidak di ganggu dengan
cuaca hujan. Sebaiknya penyemburan dijalankan pada awal pagi atau pada lewat petang. Ini
kerana pokok nenas tidak aktif pada masa tengahari atau pada masa adanya sinaran cahaya
matahari. Nenas adalah tumbuhan CAM iaitu tumbuhan yang tidak aktif waktu siang tetapi
aktif pada malam hari. Nenas juga merupakan tumbuhan yang sangat kurang menggunakan
air (seperti juga kaktus).

Satu formulasi am bajaan, jadual dan kadar pembajaan untuk tanaman nanas di
atas tanah gambut telah ditentukan.

Formulasi Pembajaan Semburan

isipadu air
Nutrien Berat/ekar
18l(4gel) 225/(50gel)

BS-1 Kapur Terhidrat 24kg 640g 8kg

Zink Sulfat 1.5kg 42g 500g

Kuprum Sulfat 1.5kg 42g 500g

Ferum Sulfat 0.75kg 21g 250g

BS-2 Semua nutrien BS-1 di atas dan


24kg 640g 8kg
Urea

Formulasi Pembajaan Tabur

1. Baja campuran nanas (BCN) berunsur NPK dalam nisbah 30 : 1 : 32 adalah


sesuai untuk tanaman nanas berbagai kultivar di atas gambut.
2. Keperluan BCN oleh pokok setiap kali pembajaan ialah 14g/pokok.
3. Sepusingan hayat, tanaman nanas BCN diperlukan sebanyak 42g/pokok.

Nutrien Berat 100kgBCN %

Ammonium Sulfat(SA) 72kg 72

11
Christmas Island Rock    

Phosphate(CIRP) 1kg 1

Muriate of Potash(MOP) 27kg 27

12
3.6 PENGAIRAN

Dalam penanaman nanas sistem pengairan tidak begitu penting kerana ia agak tahan kepada
keadaan kemarau, walau bagaimanapun saliran mesti disediakan menggunakan saliran
permukaan.
Saliran berupa peparitan perlu dibina dahulu bagi menurunkan paras air yang sememangnya
keadaan tanah gambut di Malaysia selalunya menakung air.

Jenis Parit Ukuran

 Utama 1.5×1.2×1.2
 Kedua 1.2×0.9×0.9
 Ladang 0.9×0.9×0.6

13
3.7 MERUMPAI
Pengawalan Rumpai

Beberapa ciri tanah gambut di Malaysia menggalakkan pertumbuhan rumpai


tertentu.Kebolehan menakung air yang tinggi,Aras air tinggi,Purata taburan
hujan yang tinggi,Kandungan organik yang tinggi dan pH rendah sesuai kepada
spesies rumpai tertentu.

Kaedah Pengawalan Amalan kultur:

Pengawalan rumpai secara menggunakan tangan, mencabut, memotong,


menajak dan sungkupan.

Cara Kimia :

Racun herba yang berbagai jenama memerlukan pemilihan yang sesuai dengan
langkah kawalan yang diambil.

Pengawalan Rumpai Sebelum Tanaman

1. Paraquat 50-100ml/18 liter air untuk memusnahkan rumput rencam.


2. Glyphosate 80-100ml liter air untuk lalang. Jika perlu diulang lagi 4-6
minggu kemudian.

Pengawalan Rumpai Sebelum Tanam

Guna racun rumpai pracambah dan disemburkan merata di permukaan tanah.

14
Jenama Kadar 18l Pusingan/ Tempoh

       

Racun air Tanaman Kawalan(bln)

KROVAR 1 120g 2kali 4-6

GESAPAX

  120g 3-4kali 1 1/2-3

COMBI 80

DIRAN,

DIURON, 120g 3-4kali 1 1/2-3

KARMEX,

KIMEX

Beberapa minggu selepas disembur, terdapat beberapa rumpai tumbuh. Oleh itu,
merumput perlulah dijalankan sebelum rumpai berbunga atau mengeluarkan
buah/biji benih.

15
3.8 Kawalan Penyakit Dan Perosak
Penyakit :
Penyakit yang biasa menyerang nanas adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda-tanda Kawalan


Reput Pangkal Sebab bahan tanaman reput di Baiki sistem penyimpanan dan
(Thielariopsis pangkal. pembungkusan bahan tanaman.
paradoxa) Berlaku apabila sistem Celup bahan tanaman dalam captofol
penyimpanan tidak teratur. atau benomyl atau bordeaux mixture.
Tanda lesion bertukar ke hitam.
Buah 'collapse' Buah menjadi lembut dan busuk. Buang semua pokok yang
(Erwinia Kulit bertukar dari ungu ke hijau berpenyakit.
chrysanthemi) pekat. Sembur vektor dengan heptachlor.
Mata Dalam Sebabkan dinding ovari menjadi Kawal mite dengan racun serangga.
(Penicillium keras seterusnya ke bahagian teras. Kurangkan baja nitrogen.
funiculosum) Sembur dengan campuran bordeaux.
Reput Teras Daun-daun menjadi lembut dan Amalkan amalan kultura yang baik.
(Erwinia busuk. Baiki saliran.
chrysanthemi) Daun-daun biasanya
bergelembung gas.
Perosak :
Perosak yang biasa menyerang nanas adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Kawalan


Koya Makan daun, akar dan buah Methyl Engenol sebagai promar
(Dysmicoccus Daun bertukar merah bermula dari sebagai umpan dengan Malathion
brevipes) hujung daun. (0.1% a.i)
Sebabkan pokok layu.
Teritip Makan daun, buah dan batang. Sembur dengan malathion 0.15% a.i
(Diaspis Tompok-tompok kloronik atau minyak putih 2.0% a.i.
bromeliae) terbentukdi daun.
Hama Merah Makan pada daun tua sebabkan Sembur dengan dicofal atau amitraz
(Stigmacus lekuk-lekuk coklat di bahagian yang
atau hexythiazox 0.1% a.i.
floridanus) diserang.
Rumpai :
Racun herba pra cambah digunakan sebelum menanam. Semburan dibuat antara
barisan dengan menggunakan racun herba kontak.

16
3.9 PENUIAN HASIL
Umumnya peringkat kematangan buah nanas boleh ditentukan dengan melihat perubahan
warna kulit, keratan 'mata' dan pengiraan hari dari tarikh menanam atau pemberian hormon
untuk aruhan bunga.

Nanas boleh dikutip hasil antara 115-130 hari selepas berbunga bergantung kepada 'variety'.
Tarikh kematangan ini digunakan sebagai panduan sahaja, kerana kematangan buah nanas
boleh juga dipengaruhi oleh cuaca. Buah nanas biasanya masak lebih awal apabila peringkat
akhir tumbesaran buah berlaku pada musim hujan.

'Variety' Md2 boleh dikutip apabila satu atau kurang daripada mata adalah masak sebaliknya
bagi nanas lain ia boleh dikutip apabila satu mata masak (daripada pangkal).

pasca Tuai :
Buah dikutip dengan memotong tangkai menggunakan pisau yang tajam. Buah-buah yang
dituai dimasukkan ke dalam guni atau bakul buluh dan dihantar ke pusat pengumpulan untuk
penggredan.

Penyimpanan :
Nanas patut diedarkan segera selepas dikutip kerana tempoh hayat penyimpanan nanas adalah
4-5 hari dalam suhu bilik (25º- 35ºC). Untuk pasaran jauh buah patut disimpan dalam suhu
kurang dari 6ºC.

17
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, saya dapat banyak pengalaman baru semasa melawat projek
nanas di SAUDAGAR NANAS AGROFARM .Banyak yang saya pelajari
semasa lawatan iaitu mengetahui tentang variety nanas, cara penanaman nanas
dan produk yang boleh dihasilkan daripada nanas yang ditanam, Penanaman
nanas sama ada secara kecilan atau komersil memberi pulangan yang lumavan
dan satu pelaburan yang menguntungkan. Oleh itu penanaman nanas adalah
digalakkan.

Selain itu, saya dapat mengetahui tentang penyakit pokok nanas serta dapat
mengenali serangga perosak dan dapat mengetahui cara kawalan serangga
perosak & penyakit. Di samping itu, dapat mempelajari jarak tanaman yang
betul.

Akhir sekali, dengan menjalankan penanaman nanas ini, saya dapat


mempelajari dan secara tidak langsung saya mengetahuia dan menarik minat
tentang nanas. Saya mengucapkan terima kasih keatas pengarah membawa kami
ke SAUDAGAR NANAS. Setinggi-tinggi penghargaan diucap kepada
pensyarah teori dan amali kerana telah mengajar saya tentang pengurusan
tanaman buah-buahan.

18
4,1 RUGUKAN DAN LAMPIRAN

1. https://jpn.penang.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=68:nanas-sp-
29682&catid=23&Itemid=54&lang=ms
2. https://www.mpib.gov.my/pengurusan-tanaman-nanas/
3. http://animhosnan.blogspot.com/2017/08/nanas-kultivar-nanas.html

19
20
21

Anda mungkin juga menyukai