Anda di halaman 1dari 40

Pokok Durian

Penanaman Durian

PENANAMAN DURIAN
(DURIAN dan DURIAN BELANDA - tanaman jangka panjang)

Nama Saintifik:DURIO ZIBETHINUS MURR


Nama Biasa :DURIAN
Famili :BOMBACEAE

DURIAN
Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan
penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah
sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah
yang luruh memuncak. Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah
kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan
dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan
menjadi amalan biasa di Malaysia.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN


Iklim
Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu
pertumbuhan vegetif. Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-
32oC, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan,
mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun.

Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%. Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi,
pokok-pokok durian berupaya menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok
buah-buahan yang lain. Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun baru. Pada
peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau. Pengairan
diperlukan untuk mengelakkan kematian. Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah
ketandusan air.

Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3
bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut. Masa yang kritikal bagi
perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang. Ini disebabkan pada waktu tersebut,
kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi. Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok
menghasilkan pucuk baru. Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan
antara buah muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur.
Faktor Tanah

1
Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan
dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar. Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai.
Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan perparitan yang
sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung. Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak
terdapat di lereng-lereng bukit. Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi
ia tidak tahan dengan musim kemarau yang terlalu panjang. Penanaman durian di kawasan yang mengalami
kemarau panjang, seperti di Utara Semenanjung, memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan pengeluaran
hasil yang baik.

Contoh tanah yang dianggap sesuai bagi tanaman durian ialah:-

(a) Tanah yang berasal dari batu igneus seperti tanah siri Rengam dan Jerangau.
(b) Tanah lom liat berpasir yang berasal dari batu sedimentari (lihat siri-siri tanah Semenanjung Malaysia).
(c) Tanah lanar laut yang mengandungi kandungan liat yang tinggi, asalkan paras air dalam tanah tidak
terlalutinggi. Sebagai contoh: Siri Kangkong dan Siri Selangor di Semenanjung Malaysia. Tanah-tanah
bermasaalah seperti tanah bris, tanah pasir lombong, tanah asid sulfat, tanah masin, tanah gambut dan
tanah bertakung air adalah tidak sesuai.

Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12o adalah sesuai untuk penanaman durian. Walau bagaimanapun, ia masih
boleh ditanam di kawasan yang berkecerunan 12-20o jika langkah-langkah pemuliharaan tanah dibuat.
KLON-KLON YANG DISYORKAN

D 24
Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937. Pokok cergas
membesar, rendang dan rajin berbuah. Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun) ialah 10 biji sepokok
setahun. Hasil akan meningkat ke 65 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Bentuk buahnya
bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian. Pangsa
mempunyai 1-3 ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris. Isi manis, pejal, bertekstrur halus dan
sedikit pahit. Peratus isi ialah 26%. Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan kemarau tanpa
pengairan yang cukup. Tempoh matang buah ialah 105-110 hari selepas bunga kembang. Bijinya besar dan
kebanyakannya merekah.
D 99
Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Pokok lasak tetapi
lambat membesar.Pokok agak kecil tetapi rajin berbuah. Pada peringkat awal (pokok berumur 6-9 tahun) hasil
ialah 7 biji sepokok setahun. Hasil akan meningkat ke 45 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas.
Di pokok, buahnya didapati dalam keadaan berjambak. Saiz buah sederhana dengan berat diantara 1-2 kg.
sebuah. Buah durian D 99 berbentuk bulat tetapi dempak di bahagian pangkal dan hujung buah. Kulitnya nipis
berwarna hijau hingga hijau perang. Durinya kecil, pendek dan tajam. Buah boleh dikopek dengan mudah.
Bilangan ulas boleh mencapai sehingga 25 ulas bagi sebiji durian. Isinya sederhana tebal, berwarna kuning
terang dan tekstur isinya halus. Pokok tahan terhadap kanker batang dan persekitaran kering. Rasanya lemak
manis. Kebanyakan biji durian jenis ini adalah leper atau kesep. Tempoh matang ialah 90-100 hari selepas

2
bunga kembang.

D 123
Klon yang berasal dari Thailand ini dipanggil 'Chanee' dan didaftarkan pada 24 Julai 1971 serta sesuai ditanam
di sebelah utama Semenanjung Malaysia. Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata
sepokok (berumur 10 tahun) ialah 30-40 biji sethaun. Buah besar, berat 2.5 kg. sebiji dan berbentuk bujur..
Permukaan kulit buah berlekuk dan berwarna hijau kekuningan. Isinya tebal, berwarna kuning keemasan,
beraroma atau berbau kuat; rasa lemak dan manis dan tekstur isi yang sederhana halus. Peratus isi 30-40%.
Tempoh matang buah ialah 105-120 hari selepas bunga kembang.
D 145
Klon durian D 145 berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang dan didaftarkan pada 30 Oktober 1981. Durian ini
juga digelar Durian Beserah, Tuan Mek atau Durian Hijau. Pokok sederhana besar dan sederhana cergas. Hasil
purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 50 buah setahun. Buah berbentuk bulat, purata berat 1.4 kg. sebiji dan
di bahagian hujung buah terdapat bentuk seperti puting. Durinya rapat dan panjang dan kulit berwarna hijau bila
cukup matang. Isinya berwarna kuning keemasan, bertekstur halus dan rasa lemak manis. Peratus isi buah ialah
25%. Tempoh matang buah adalah 105-115 hari selepas bunga berkembang.

D 158
Durian ini berasal dari Thailand. Nama popularnya 'Kan You' atau Tangkai Panjang dan telah didaftarkan pada
30 Jun 1987. Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering. Saiz buah durian ini adalah sederhana
besar dengan purata berat diantara 2-4 kg. sebuah. Warna kulitnya hijau perang, tangkai buah panjang (15-17
cm). Buah berbentuk bulat bujur, kulit buah berwarna hijau perang dan durinya pendek. Saiz ulasnya besar. Isi
tebal, ulas besar dan berwarna kuning keemasan, pejal sedikit bersabut dan rasanya manis. Klon ini kurang
beraroma jika dibandingkan dengan klon D 123. Peratus isi buah ialah 32%. Tempoh matang buah antara 130-
140 hari selepas bunga berkembang.

D 159
Dikenali sebagai 'Mon Thong' atau Bantal Mas. Berasal dari Thailand dan popular di kawasan utara
Semenanjung Malaysia dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987. Pokok sederhana besar, senang hidup apabila
ditanam dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (beruumur 10 tahun) ialah 60-100 biji semusim
dan purata berat buah diantara 3.0-5.0 kg. Buah berbentuk bujur panjang dan bergelugur. Bahagian hujung buah
tajam dan membengkok sedikit. Duri berwarna perang dan kasar. Ulasnya besar, isi tebal, berwarna kuning
emas, rasa yang manis, tekstur isinya halus dan berkrim dan kurang beraroma. Peratus isi buah ialah 30-35%.
Tempoh matang buah diantara 130-140 hari selepas bunga kembang.

D 169
Berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada tahun 1989. Klon ini juga dikenali sebagai 'Tok Li Tok'. Pokok
sederhana besar dan pertumbuhannya cergas. Hasil purata sepokok ialah 40-50 biji setahun (berumur 10 tahun).
Berat buah 1.2-1.8 kg. sebiji. Bentuk buah bujur panjang, kulit buah berwarna hijau kekuningan, nipis,
mempunyai duri yang agak kasar dan tajam. Isinya tebal, berwarna kuning, sedikit bersabut dan lembut.
Rasanya lemak manis dan pahit sedikit. Peratus isi ialah 25%. Tempoh matang buah ialah 100-110 hari selepas
bunga kembang.
3
MDUR 78
Hasil dari kacukan D10 dan D24. Pokok cergas membesar dan rintang terhadap penyakit kanker. Berat buah 1-
1.8 kg. sebiji. Kulit sederhana tebal. Berwarna hijau muda kekuningan dan berbentuk bulat membujur. Isi tebal,
ulas besar, warna ulas kuning dan bertekstur halus. Rasa isi lemak, manis dan beraroma.

DUR 79
Hasil dari kacukan D24 dan D10. Pokok sederhana besar dan rintang kepada penyakit kanker. Rajin berbuah,
buah berbentuk bulat membujur dan berat 1.0-1.6 kg. sebiji. Warna kulit hijau. Isi berwarna kuning jingga, ulas
besar dan bertekstur halus. Rasa isi manis dan lemak.

MDUR 88
Klon hibrid, hasil kacukan antara D24 dan D10. Buah berbentuk bulat bujur. Saiz buah sederhana besar antara
1.5-2.0 kg. Isi sangat tebal dan berwarna kuning emas. Tekstur isi pejal, sederhana halus dan rasanya lemak
manis. Hasil purata ialah 55-65 biji/pokok/musim.

SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN


Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk
pendebungaan dan pasaran. Bagi sesuatu kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori
seperti berikut:-
Klon Utama
Klon-klon Subsidiary
Klon-klon Tempatan

Klon Utama
Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang
ditanam. Dalam keadaan tertentu dua klon utama boleh ditanam.

Klon-Klon Subsidiary
Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk
pasaran. Klon-klon ini terdiri dari senarai klon-klon durian yang disyorkan.

Klon-klon Tempatan
Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu
kawasan setempat. Pemilihan klon-klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun. Biasanya
pekebun boleh menanam 5-20% klon-klon tempatan. Penanaman klon-klon durian mengikut kesesuaian tempat
adalah seperti berikut:-

Jenis Klon Kawasan Utama Yang Sesuai


D 24 (Bukit Merah)
D 99 (Kop Kecil)
D 123 (Chanee)
D 190 (MDUR 88)
4
D 188 (MDUR 78)
D 145 (Beserah)
D 158 (Kan Yau)
D 159 (Mon Thong)
D 169 (Tok Litok)
D 189 (MDUR 79) Perak dan kawasan di mana kemaraunya pendek dan tidak nyata.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
Pahang.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Kelantan.
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.

PENANAMAN

Penyediaan Benih Tanaman

Penanaman durian pada masa ini menggunakan baka klon yang dibiakkan secara vegetatif. Teknik pembiakan
benih bagi tanaman durian ialah dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji. Bahan pembiakan
mestilah diperolehi dari sumber pokok induk yang disahkan ketulenannya. Anak benih mestilah sihat, subur,
cergas, tidak berpenyakit dan dari klon yang tulen dan menepati standard yang ditetapkan. Spesifikasi standard
minimum anak benih durian yang dibiak dengan menggunakan saiz polibeg berukuran 30 x 12 cm adalah
seperti berikut:-

Faktor
Spesifikasi Standard Diperlukan

Ketinggian anak cantuman dari tapak cantuman (minimum)


Umur lepas cantuman (minimum)
Umur lepas cantuman (maksimum)
Bilangan daun sempurna
Saiz garis pusat batang pada paras 10 cm di atas tapak cantuman 30 cm
4 bulan
8 bulan
8 bulan
0.5 cm

Anak benih tanaman durian yang sihat, subur dan tuleh boleh diperolehi daripada pengeluar-pengeluar benih
tanaman yang berwibawa. Bahan Tanaman Lanjut (Advanced Planting Material) merupakan benih durian
5
cantuman yang tumbesarannya dijaga hingga ketinggian pokok melebihi 150 cm. Umur benih tanaman lanjut
bagi durian dapat mengurangkan peratus kematian. Pertumbuhan pokok juga cepat dan tidak memerlukan
perlindungan pada awal penanaman. Penyediaan benih tanaman lanjut bagi durian ini dibuat dengan menukar
polibeg kecil kepada polibeg besar. Polibeg 30 cm x 45 cm biasa digunakan. Tanah campuran baru dimasukkan
semasa penukaran polibeg. Pokok benih yang telah siap diubah perlu dijaga rapi dengan cukup pembajaan dan
penyiraman di bawah sedikit lindungan. Benih tanaman lanjut durian perlu dibuat penyesuaian atau perlasakan
(hardening) sebelum diubah ke ladang. Menanam durian klon D24 dengan menggunakan bahan tanaman lanjut
didapati peratus kehidupannya adalah tinggi dan tumbesarannya lebih aktif.

Cantuman Ladang
Cantuman ladang ialah cantuman sion terpilih (klon) ke atas pokok penanti yang telah tersedia ditanam di
ladang. Diantara kebaikan cantuman ladang ialah pokok-pokok penanti boleh ditanam terus dari peringkat awal
percambahan atau dari anak biji benih. Gangguan kejutan mengubah benih pokok tidak timbul lagi dengan
kaedah ini. Sejak awal lagi, pertumbuhan anak pokok penanti lebih subur dan tidak mudah mendiri. Setelah
pokok-pokok penanti berumur lebih 4 bulan atau garis pusat batang pokok penanti mencapai 0.4-0.8 cm,
cantuman sangat sesuai dilakukan pada paras ketinggian 30 cm dari paras tanah.

Kaedah cantuman ladang boleh dilakukan dengan cara cantuman matatunas atau cantuman baji sisi (selit)
dengan keratan ranting muda. Setiap keratan muda mempunyai 2-4 matatunas. Pokok penanti di ladang yang
subur dan cergas sahaja dipilih untuk dibuat cantuman. Sion atau matatunas klon terpilih dicantum ke atas
pokok penanti. Kaedah cantuman adalah sama seperti membuat cantuman keatas pokok penanti di dalam
polibeg di tapak semaian.
Pokok penanti perlukan bekalan air yang mencukupi selepas kerja cantuman ladang dilaksanakan. Cuaca yang
tidak begitu kering dan hujan sekali sekala dalam seminggu adalah sesuai untuk menentukan kejayaan yang
tinggi. Kemarau yang terlalu panjang melebihi dua minggu atau hujan terlalu lebat dan berpanjangan akan
menurunkan peratus kejayaan. Selepas 3 minggu, balutan plastik cantuman boleh dibuka bagi cantuman
matatunas, tetapi cantuman selit masih belum sesuai dibuka balutannya. Kejayaan cantuman dapat dinilai
daripada warna dan keadaan sion yang masih hijau.
Selepas seminggu, matatunas mula becambah sepanjang 1 cm dan mengeluarkan pucuk hijau. Pokok penanti
boleh dipotong 15 cm atas paras sion supaya menggalakkan pertumbuhan lebih aktif dan cepat. Pokok penanti
yang pertumbuhan sion melebihi 10 cm atau melebihi 5 helai daun dipotong menghampiri paras cantuman sion-
penanti. Sokongan kayu tegak perlu disediakan untuk pertumbuhan sion-penanti. Sebarang tunas selain dari
sion yang dapat pada pokok penanti sentiasa perlu dibuang. Pengurusan pokok yang telah dicantum perlulah
diteruskan dengan pembajaan, merumput, kawalan penyakit dan serangga dan penyiraman. Penyemburan foliar
baja daun digalakkan supaya pertumbuhan pokok cepat dan aktif pada peringkat awal. Peratus kejayaan dengan
menggunakan teknik cantuman ladang adalah tinggi.
Penyediaan Kawasan
Pokok-pokok, belukar dan semak samun perlulah dibersihkan. Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu
agak rendah dan mendatar bagi mengelakkan air bertakung. Bagi kawasan yang berbukit-bukit yang
mempunyai cerun melebihi 12o, teres atau platform perlu dibina sebagai satu langkah pemuliharaan tanah.
Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk mengawal hakisan dan juga membekalkan unsur
nitrogen kepada pokok-pokok durian. Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurang-kurngnya satu pusingan bajak
piring, diikuti oleh satu pusingan bajak putar, jika tanaman penutup bumi dicadangkan. Sebaik-baik pembajaan
6
minimum atau tanpa pembajakan adalah digalakkan, jika penanaman penutup bumi tidak diperlukan.

Sistem Penanaman
Boleh ditanam dengan menggunakan 4 sistem iaitu sistem segi-empat tepat, sistem segiempat sama, sistem
segitiga sama dan sistem sesiku keluang. Keutamaan sistem segitiga sama ialah (pada satu jarak yang sama)
dapat memberikan bilangan pokok yang lebih, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem
segiempat sama. Sistem segiempat tepat dapat memberikan ruang diantara barisan untuk ditanam dengan
tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran diamalkan. Manakala sistem sesiku keluang pula,
melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem segi empat sama. Pokok pengisi bersifat
sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi
dan boleh memaksimumkan penggunaan tanah. (Sila lihat rajah sistem penanaman di sini) !

Dalam merancang penanaman durian, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah tentang proses
pendebungaan. Klon durian bersifat tidak serasi sendiri yang boleh mempengaruhi pembentukan buah durian.
Oleh yang demikian, penanaman klon durian secara tunggal tidak digalakkan, sebaliknya penanaman pelbagai
klon perlu dipratikkan. Langkah ini akan dapat mempertingkatkan proses pendebungaan, persenyawaan dan
seterusnya hasil dan bentuk buah yang seragam.

Membuat Barisan dan Lubang Tanaman


Tumbesaran pokok durian lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut. Keadaan ini mengakibatkan
permukaan tanah terlindung dan ia mewujudkan satu keadaan persekitaran yang lembap dan menggalakkan
kejadian penyakit cerana batang. Jarak tanaman yang sesuai bagi durian mengikut jenis sistem penanaman yang
diamalkan adalah seperti berikut:-

Sistem penanaman Jarak (meter)


Kepadatan pokok (pokok.ha)

Tiga segi sama


Empat segi sama
Empat segi tepat
Sesiku keluang 10x10x10
10x10
10x12
12x12 115
100
83
139

Penanaman di Ladang
Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan
pertumbuhan yang subur, cergas dan sempurna. Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan
tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti pisang. Untuk tujuan demikian, tanaman naungan

7
perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian. Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x
3m.

Bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan lubang, membaris barisan tanaman perlulah dimulakan dengan
barisan dasar dan seterusnya menentukan lubang tanaman dengan memacak kayu-kayu pancang pada jarak
yang dtetapkan. Apabila kerja membaris selesai dibuat, lubang tanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm
hendaklah digali pada jarak yang ditetapkan. Seelok-elok lubang digali sebulan sebelum menanam dan
didedahkan kepada sinar matahari. Selepas itu lubang tersebut ditimbus semula dengan menggunakan tanah
lapisan atas yang lebih subur dan gembur. Jika didapati tanah itu kurang subur, campurkan baja organik seperti
tahi ayam atau tahi lembu yang telah reput pada kadar 5-10 kg/lubang bersama tanah lapisan atas. Masukkan
kembali ke dalam lubang. Bergantung kepada kesuburan tanah juga, taburkan 150 - 250 gm baja fosfat seperti
CIRP pada tiap-tiap lubang tanaman. Lubang tanaman yang ditumbus kembali seelok-eloknya dibiarkan untuk
tempoh satu minggu sebelum memulakan operasi penanaman anak benih.

Semua anak benih yang bakal diubah ke ladang hendaklah melalui proses perlasakan (hardening) bagi
mengelakkan kejutan atau tegasan yang serius yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok
terbantut. Proses perlasakan boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh
secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada satu kali
sehari selama seminggu. Setelah itu, anak benih boleh diubah ke ladang.

Buat lubang kecil pada tengah lubang tanaman yang telah ditimbus tadi bagi menempatkan anak benih yang
hendak ditanam. Letakkan anak benih di dalam lubang tersebut. Pastikan polibeg dipotong dan dibuang terlebih
dahulu. Timbus lubang tersebut dengan tanah dan padatkan tanah keliling dengan sempurna. Naikkan sedikit
tanah di pangkal pokok tersebut supaya kelihatan berbusut bagi mengatasi masalah air bertakung atau tanah
mendap. Siram pokok itu dengan secukupnya selepas menanam, kecuali keadaan kandungan air pada tanah
adalah mencukupi untuk keperluan anak pokok.

Anak pokok yang baru ditanam diikat pada kayu pancang bagi mendapatkan pokok yang tegak. Sekiranya tiada
tanaman naungan, anak pokok durian perlu dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh,
daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan sekurang-
kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama penanaman di ladang. Sungkupan juga diperlukan untuk diletakkan di
pangkal anak pokok supaya kelembapan tanah terkawal bagi pertumbuhannya.

PEMBAJAAN
Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada
setiap kali pembajaan dilakukan. Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4
kali setahun. Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga
terkeluar sedikit dari hujung kanopi. Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak
gajah. Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam
lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru. Lubang
tersebut ditimbus kembali dengan tanah.

Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga
8
satu bulan sebelum musim bunga. Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja
yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak. Pembajaan pada musim kemarau perlu
dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan.

Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi tumbesaran pokok durian. Pengapuran
adalah disyorkan dengan menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) pada kadar 5 kg/pokok/tahun
untuk pokok dewasa. Kadar pembajaan bagi pokok durian adalah seperti berikut:-

Umur pokok (tahun) Baja Yang Disyorkan Kg/Pokok/


Tahun Kekerapan Membaja Setahun
1 15:15:15
Baja organan 0.5
20.0 6
2 15:15:15
Baja organan 1.0
30.0 4
3 15:15:15
Baja organan 2.0
40.0 4
4 15:15:15
Baja organan 3.0
40.0 4
5 12:12:17:2
Baja organan 4.0
40.0 4
6 12:12:17:2
Baja organan 5.0
40.0 4
7 12:12:17:2
Baja organan 6.0
40.0 3
8-25 12:12:17:2
Baja organan 9.0
40.0 3

PEMANGKASAN

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi
mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer
tersusun seimbang pada batang utama pokok. Kerja-kerja membentuk pokok hendaklah dilakukan secara

9
berterusan bermula dari 3-6 bulan selepas tanam. Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan
bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah
kelak.
Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit
hendaklah dibuang. Dahan-dahan yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari
berjangkit ke dahan yang lain. Dahan perlu dipotong seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal.
Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit. (Sila lihat
panduan memangkas/mencantas pokok). Klik !

PENGURUSAN AIR
Air merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman durian selain daripada udara dan tanah.
Keperluan air merupakan salah satu faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran buah
durian. Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan kepada 50%.
Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan.

Terdapat beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman durian. Diantaranya adalah
sistem pengairan titis, sistem pengairan mikro dan sistem pengairan renjis. Pemilihan jenis sistem pengairan
bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras
tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Secara am, sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk
membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis. Jika dibanding dengan sistem pengairan
yang lain, sistem pengairan titis adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos pembangunan, pengendalian
dan penyelenggaraan. Selain daripada menyalirkan air kepada tanaman durian, kegunaan sistem ini juga boleh
dipelbagaikan untuk tujuan membaja, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu di dalam tanah dan di
dusun.
Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga
dan berbuah. Kegunaannya boleh diperluaskan kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal kelembapan
tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah. Komponen utama yang terdapat di dalam sistem
pengairan titis adalah sumber air, rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat penapis, sistem paip, tiub
high density polythene dan tiub low density polythene. Rekabentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian
bergantung kepada potential evapo-transpiration rate, jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, jenis
tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub, jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem
pengendalian.
Dalam operasi sistem pengairan titis, fator utama yang perlu diambilkira adalah kualiti air. Walaupun alat
penapis yang digunakan mempunyai kemampuan menapis sehingga 250 mesh, masih lagi terdapat partikel
halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat.
Oleh yang demikian, rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kos
penyelenggaraan. Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang. Ini adalah
untuk mengelakkan penyejatan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan
menentukan supaya air yang dibekal bukannya air panas yang terkena kepada cahaya matahari.

Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah saliran timbul pada permulaan kawasan
tersebut dibuka. Penebangan pokok-pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada
hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Oleh itu adalah disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan
10
permukaan tanah dibuat pada musim panas. Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah dibuka,
penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi mengawal hakisan tanah.

PENJARANGAN BUAH
Penjarangan buah adalah penting untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk
pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan dan pokok serta mengelakkan
dahan serkah dan mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4
minggu selepas bunga mekar apabila putik buah telah mencapai ukuran diantara 5-6 cm. Penjarangan buah
dilakukan dengan membuang buah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Buah yang berbentuk bentong / bengkok


Buah yang rapat, duri bertemu di antara satu sama lain dalam satu jambak
Buah yang lebih dari satu biji pada satu tangkai
Buah yang telah diserang serangga
Buah yang di hujung ranting
Penjarangkan dilakukan dengan menggunakan sabit kecil yang tajam dan diikat pada galah.

PENYAKIT DAN CARA KAWALANNYA


Durian peka kepada beberapa penyakit pada semua peringkat pertumbuhannya dan boleh mengurangkan hasil
atau mengakibatkan pokok mati. Antara beberapa penyakit utama pada tanaman durian cara kawalannya adalah
seperti berikut:
Penyakit Bengkak Cerana Kanker (Phytophthora palmivora)

Merupakan penyakit yang paling serius. Penyakit bengkak cerana atau kanker batang adalah disebabkan oleh
kulat Phytophthora palmivora. Penyakit ini menjangkiti bahagian batang dan akar pokok durian terutamanya di
bahagian pangkal pokok yang berdekatan dengan tanah . la juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain
seperti reput akar, hawar daun, mati rosot anak benih dan pokok dewasa serta reput buah. Penyakit mudah
tersebar luas di seluruh kawasan penanaman durian terutama sekali dalam keadaan lembap.

Tanda-tanda penyakit:
Pada kulit batang pokok durian yang dijangkiti kelihatan nekrosis bercampur tompok-tompok hitam yang
disebabkan oleh lelehan cecair yang terkeluar dari kulit batang. Pokok yang diserang agak teruk biasanya
mempunyai tanda-tanda daun melecur, keguguran daun, pengeluaran bunga dan buah yang banyak dan akhirnya
pokok akan mati.

Kawalan:
Penyakit ini hendaklah dikesan di peringkat awal lagi. Jika kawalan tidak dilaksanakan dan penyakit telah
menjadi teruk maka adalah tidak ekonomik untuk mengawal penyakit ini. Penyakit ini hendaklah dikesan pada
setiap lawatan terutama pada musim hujan. Kawalan serta merta perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penyakit
ini merebak. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:-

- Di peringkat tapak semaian; pastikan benih bebas dari penyakit.


- Jarakkan bahan tanaman di tapak semaian (jika perlu sembur dengan racun seperti metalaxyl/
11
fosetyl-aluminium.
- Di ladang, pastikan saliran di kawasan durian adalah baik (air tidak bertakung)
- Elakkan keadaan lembap di sekeliling pangkal pokok.

- Kikis sebahagian kulit kayu yang dijangkiti dengan pisau bersih. Rendam di dalam racun kulat atau
methylated
spirit untuk mendedahkan keseluruhan tompok berpenyakit termasuk kawasan yang masih sihat di sekeliling
lesion. Sapukan kawasan yang terdedah dengan 1-2% liter bahan aktif metalaxyl, forsetyl aluminium atau
lain-lain racun kulat yang sesuai. Lesion akan menjadi kering dan tidak akan membesar. Pengawasan bulanan
adalah perlu untuk memastikan tiada lesion baru yang terjadi.

- Elakkan pokok dari mendapat cedera di bahagian akar dan pangkal pokok dekat permukaan tanah kerana
kecederaan di bahagian ini memudahkan jangkitan penyakit.

- Musnahkan bahagian pokok yang dijangkiti penyakit ini iaitu tisu-tisu kulit yang telah dikikis untuk rawatan,
buah-buah yang dijangkiti reput buah, serta pokok yang telah mati. Amalan ini akan mengurangkan penyakit
ini merebak lebih luas lagi.

- Tanam lebih dari satu klon durian. Campuran dengan klon yang kurang rentang pada penyakit adalah
disyorkan seperti klon MDUR 88.
Hawar Daun Rhizoctania
Sering berlaku pada peringkat semaian dan boleh juga menyerang tanaman durian di ladang. Tidak begitu serius
tetapi boleh menyebabkan daun luruh dengan teruk terutama pada musim hujan atau di kawasan yang sangat
lembap. Kulat R. solani menyerang daun dan boleh merebak ke ranting dan dahan dan seterusnya boleh
menyebabkan simptom mati rosot.
Tanda-tanda penyakit:
Mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan
yang perang keunguan. Ia akan bertukar menjadi perang. Lesion-lesion ini akan bercantum menjadi besar
bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila sudah kering.

Kawalan:
Buang dan bakar daun-daun yang diserang. Elakkan keadaan lembap dan pastikan pengudaraan yang baik di
tempat semaian dengan mengatur anak-anak pokok tidak terlalu rapat. Di ladang, kumpul dan musnahkan daun-
daun penyakit yang gugur ke tanah terutama pada musim hujan. Sembur dengan difenoconazole, flutolanil atau
hexaconazole. Ulangi semburan sekiranya serangan masih berkekalan selang beberapa hari sebagaimana
tercatat pada label.
Bintik Daun
Disebabkan oleh alga Cephaleuros virescens. Kelihatan tompok-tompok perang kemerahan yang berupa baldu
pada permukaan daun dan di ranting-ranting. Daun menjadi kekuningan dan gugur. Penyakit ini selalu terdapat
pada pokok durian tetapi tidak berbahaya pada pokok.
Kawalan:
Pastikan pokok dalam keadaan baik dengan memberi pembajaan yang optimum, pokok tidak terlalu rimbun,
ladang tidak banyak rumpai dan mempunyai saliran yang baik. Jika diserang teruk, sembur dengan racun jenis
12
kuprum.

Penyakit Cendawan Angin


Disebabkan oleh kulat Corticium salmnicolor. Ia menyerang ranting dan dahan pokok. Batang dan cabang yang
dijangkiti menunjukkan keruping yang berwarna merah muda. Serangan teruk menyebabkan layu pucuk, daun
gugur dan dahan mati. Ini selalu terjadi pada musim hujan.

Kawalan:
Cantas dan musnah bahagian yang dijangkiti kerana ini mengurangkan kejadian jangkitan. Pangkas bahagian
yang berpenyakit dan bakar. Sapu bahagian yang terdedah dengan cat. Sembur atau sapu dengan racun kulat.

Anthraknos
Disebabkan oleh Colletotrichum gloeosporioides. Boleh dikesan apabila berlaku pengeringan batang dengan
cepat, bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang. Daun-daun menjadi kecut dan gugur.
Apabila meristem hujung mati, pucuk-pucuk baru tumbuh dengan banyak pada bahagian bawah dahan sihat.
Serangan pada daun boleh menyebabkan daun kering, bermula dari tepi atu hujung daun. Penyakit boleh
merebak ke seluruh daun menyebabkan daun gugur. Penyakit ini biasa terdapat pada anak benih dan pokok
yang lemah. Boleh dikawal dengan semburan racun kulat yang sesuai.

Cendawan angin Corticium (corticium salmonicolor)


Simptom: Batang dan cabang menunjukkan keruping berwarna merah muda, pucuk layu, daun gugur dan dahan
mati. Amalkan pertanian yang baik dan gunakan racun jenis kuprum mengikut label.

Penyakit Cerna Durian (Patch canker)


Sila klik di sini untuk penerangan selanjutnya mengenai penyakit ini !

KAWALAN SERANGGA
Ulat Pengorek Buah
Guna perangkap lampu (dipasang setinggi 20-30 kaki di sekitar dusun). Sembur dengan racun serangga.

Ulat Pengorek kulit dan Batang (Bactrocera guitata Zeuzera coffeae Synantheden spp.)
Menyerang ranting, dahan dan batang. Dahan menjadi layu dan mati serta meninggalkan sisa buangan di atas
tanah. Pangkas semua ranting yang ada tanda serangan dan musnahkan. Jika lubang pernafasan telah sampai ke
pangkal pokok, suntik dengan racun kimia seperti Rogor dan Tamaron. Selepas disuntik, lubang-lubng tadi
ditutup dengan tanah liat atau plastisin. Jika masih terdapat tanda-tanda serangan selepas 2 minggu, suntikan
ulangan hendaklah dilakukan.

Ulat Pengorek Kulit (Synanthedon spp.)


Mengorek kulit bermula dari pangkal pokok. Tanda-tanda serangan ini jika melarat akan kelihatan tahi yang
berwarna coklat kemerahan pada kulit-kulit batang. Jika kulit-kulit ini dikikis akan kelihatan ulat-ulat berwarna
putih di dalamnya. Kikis bahagian kulit yang mempunyai tanda serangan. Sapu atau sembur racun serangga
jenis sistemik yang sesuai

13
Ulat Pengorek Biji Durian (Mudaria magniplaga)
Larva yang menetas dalam buah memakan biji. Guna perangkap lampu. Kawalan dengan racun serangga seperti
lambda-cyhalothrin.

Kumbang Pengorek Batang (Platypus spp)


Di dalam atau batang yang diserang terdapat ribuan lubang-lubang halus dan kumbang mengeluarkan habuk
melalui lubang ini.

Teritip
Pokok diserang kelihatan pudar dan lama kelamaan diselaputi sepenuhnya oleh kulapuk hitam. Daun-daun
menjadi kering dan layu dan akhirnya boleh menyebabkan ranting atau dahan tersebut mati.

Koya
Sejenis serangga berwarna putih yang menyerang daun dan buah pada semua peringkat pertumbuhan pokok
durian. Serangga ini boleh dikawal dengan menyembur minyak putih pada bahagian yang diserang.

Nematod (Meloidogyne incognita)


Pokok kelihatan tidak segar dan terbantut. Kanopi jarang dan daun kekuningan, buah menjadi kecil, cepat
matang dan pudar. Kulit tidak mengelupas. Akar menjadi bengkak dan berubah warna. Guna bahan tanaman
yang bebas dari penyakit nematod. Tabur racun nematicid yang sesuai.

Anai-anai
Menyerang pokok yang masih kecil, akar pokok akan diserang dan akan mati. Serangan pada pokok dewasa
akan kelihatan seperti terowong ana-anai daripada tanah. Siram racun serangga yang dapat mengawet serangan
anai-anai.

Vertebrate Tupai
Untuk kawalan jangka panjang, populasi tupai boleh dikurangkan dengan memusnahkan serang tupai secara
membersihkan belukar dan semak samun di kawasan ladang.

KAWALAN RUMPAI
Kaedah kawalan menggunakan racun rumpai adalah lebih efektif, praktikal dan ekonomik untuk mengurangkan
saingan rumpai, kehilangan hasil dan menjimatkan kos pengeluaran.

TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL

Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan kepada tempoh
dilarang mengutip hasil seperti berikut:-

14
Bahan aktif racun prosak
Tempoh dilarang
kutip hasil (hari)
difenoconazole
dimethomorph
fluazifop-p-butyl
flutolanil
fosetyl-aluminium
glufosinate ammonium
glyphosate isopropylamine
hexaconazole
lambda-chyalothrin
metalaxyl
metalaxyl-M
metalaxyl-M + copper oxychloride
pencycuron
phosphorous acid 14

KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH


Untuk memetik buah durian pada peringkat matang, terdapat beberapa panduan umum yang telah dibentuk
sebagai indeks kematangan buah durian. Walau bagaimanapun tidak semua indeks ini sesuai untuk semua jenis
durian. Indeks kematangan tersebut adalah seperti berikut:-
Pengiraan hari mengikut kalendar
Kaedah ini melibatkan bilangan hari dari peringkat bunga kembang atau putik sehingga buah boleh dipetik.
Untuk memudahkan penuaian, tarikh pokok durian berbunga dalam sesuatu musim perlu dipastikan. Biasanya
tarikh bunga kembang dikira pada masa lebih kurang 70% bunga durian sudah kembang. Umumnya buah
durian mencapai kematangan di antara 90 dan 150 hari selepas bunga kembang bergantung pada klon atau
kultivar.

Warna duri atau kulit


Bagi kebanyakan klon durian, warna hujung duri buah menjadi coklat tua apabila buah mencapai kematangan.
Ini jelas kelihatan kerana bahagian tapak duri dan lurah di antara duri berwarna cerah.
Ciri-ciri lurah pada buah
Lurah atau alur di antara tapak duri mengembang dan warna bertambah gelap apabila buah matang.
Tangkai buah
Buah durian yang keluar dri dahan pokok mempunyai tangkai yang agak panjang. Pada tangkai ini terdapat
bahagian absis iaitu bahagian yang akan memisahkan buah daripada pokok (menyebabkan buah luruh) apabila
buah masak. Ketika buah masih belum matang, keseluruhan tangkai buah kelihatan sama besar. Apabila buah
mencapai peringkat matang, bahagian absis kelihatan membengkak. Buah boleh dipetik apabila garisan absis
sudah terbentuk sebahagian atau sepenuhnya. Garisan absis yang terbentuk sepenuhnya mengelilingi tangkai
menandakan buah hampir luruh. Tanda sebegini jelas pada klon Chanee, Monthong dan juga D 24.

15
Keanjalan hujung duri
Buah yang matang biasanya mempunyai hujung duri yang anjal atau liut. Manakala buah yang belum matang
mempunyai hujung duri yang keras.

Garis pangsa
Ruangan tempat isi atau ulas isi pada buah durian dipanggil pangsa. Buah durian biasanya mempunyai 5
pangsa. Garisan pangsa itu garisan yang memisahkan pangsa-pangsa ini akan jelas kelihatan pada kulit buah
apabila buah sudah matang. Garisan pangsa kelihatan lebih jelas pada buah yang lebih matang.

Bunyi apabila buah diketuk atau dikeruk


Buah yang matang berbunyi kosong apabila diketuk dengan kayu atau rotan atau dikeruk dengan jari,
sedangkan buah yang belum matang berbunyi padat.

Cairan tangkai buah


Apabila tangkai buah dituris, cairan akan mengalir keluar. Cairan yang keluar dari tangkai buah yang matang
kelihatan jernih dan manis rasanya. Bagi buah yang belum matang, cairan berkeadaan pekat, boleh melekat
pada jari apabila disentuh dan tidak berasa manis.
Bagi durian D 24, petunjuk kematangan yang paling sesuai ialah pembengkakan bahagian absis pada tangkai
buah dan pembetukan garisan pangsa. Walau bagaimanapun, hanya dengan melihat pada garisan pangsa sahaja
sudah memadai untuk mengenali buah yang telah matang dan kaedah ini merupakan yang paling mudah.
Garisan pangsa kelihatan semakin jelas apabila buah semakin matang. Selalunya garisan pangsa kelihatan
timbul apabila buah hampir masak atau gugur. Semua tanda kematangan di atas, walau bagaimanapun,
dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar dan kultivar yang membolehkan kesilapan berlaku ketika menentukan
kematangan buah durian. Keadaan yang panas dan kering boleh mempercepat kematangan buah durian kadang-
kadang sehingga 10 hari.

Tempoh Kemasakan Buah Durian


Klon Tempoh Kemasakan
D24
D29
D123
D145
D158
D159
D169
D188
D189
D190 10-115 hari
90-100 hari
90-100 hari
100-115 hari
105-120 hari
105-120 hari
16
100-110 hari
110-115 hari
100-110 hari
106-115 hari
Buah durian yang telah matang, dipetik dengan memotong tangkai buah 3-4 cm ke atas dari zon absis. Tangkai
buah biasanya dipotong dengan pisau tajam atau gunting. Buah yang telah dipetik tidak boleh diletakkan di atas
permukaan tanah tanpa dialas bagi mengelakkan pencemaran kulat semasa penyimpanan. Seelok-eloknya buah
tersebut terus diletakkan di dalam bakul atau bekas yang sesuai. Bagi pokok yang tinggi, buah boleh dipetik
dengan menggunakan tangga atau memanjat pokok tersebut. Bagi mengelakkan buah terjatuh ke tanah, buah
yang dipetik dimasukkan ke dalam bekas kecil seperti baldi dan kemudian diturunkan dengan tali. Seorang
pekerja lain perlu berada di bawah pokok untuk menyambut buah tersebut dan dimasukkan ke dalam bakul
mengumpul. Buah juga boleh diturunkan dengan tali sebiji demi sebiji dengan mengikatkan tali pada
tangkainya.
PETUA MEMILIH ANAK BENIH DURIAN BERMUTU
(Sumber: Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6)
Sekiranya anda bercadang untuk menanam durian, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Pertamanya anda perlu menentukan jenis klon durian yang sesuai untuk ditanam. Selepas itu sudah tentu anda
memikirkan bagaimana dan di mana hendak mendapatkan anak benih durian yang bermutu.

Tempat Membeli
Terdapat banyak tempat yang ada menjual anak benih durian contohnya pasar malam, pasar tani, gerai pameran,
tapak semaian dan sebagainya. Anda boleh membeli di mana sahaja yang anda fikirkan mudah untuk berurusan,
tetapi anda juga harus memastikan adakah tempat yang anda beli itu menjual anak benih yang tulen. Adakah
penjual yang menjual benih itu boleh dipercayai atau sebaliknya (atau hanya mementingkan keuntungan
semata-mata). Dinasihatkan anda membeli anak benih durian di tapak semaian yang telah lama menceburkan
diri dalam perniagaan anak benih. Selain untuk mendapatkan bekalan anak benih daripada mereka, anda juga
boleh mendapatkan tunjuk ajar dalam beberapa perkara terutamanya cara menanam durian dan sebagainya.

Sewaktu berada di tapak semaian adalah lebih baik anda meninjau di sekitar tempat itu untuk menentukan anak
benih yang dijual adalah anak benih yang dikeluarkan oleh semaian itu sendiri. Kadangkala terdapat juga
pengusaha tapak semaian menjual anak benih yang dibeli dari tempat lain. Sekiranya perkara seperti ini berlaku,
sudah tentulah penjual itu tidak dapat menentukan benih yang dijualnya itu benar-benar tulen. Perhatikan juga
anak-anak benih yang terdapat di tapak semaian itu bebas daripada penyakit akar dan lain-lain penyakit yang
berbahaya.
Kaedah penyediaan anak benih
Kebanyakan anak benih durian dijual di dalam polibeg yang telah dibuat cantuman anak benih daripada tunas
induk klon (baka) yang terpilih. Biji-biji durian yang disemai di atas batas semaian akan dipindahkan ke dalam
polibeg setelah berumur 4 bulan. Anak durian yang berada di dalam polibeg akan diberi penjagaan yang
sempurna selama satu bulan sebelum boleh dibuat cantuman. Anak benih yang telah dicantum hendaklah dijaga
dengan baik selama 3 bulan sebelum boleh dijual kepada pembeli.
Pembiakan anak benih durian boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu di kawasan terbuka dan di bawah
naungan. Kebanyakan pengusaha tapak semaian lebih berminat membuat pembiakan anak benih di bawah
naungan kerana penjagaannya tidak rumit berbanding dengan keadaan di kawasan terbuka. Pembiakan anak
17
benih di kawasan terbuka memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya dalam kerja-kerja penyiraman. Anak
benih yang disediakan di bawah naungan biasanya kelihatan lebih subur, daun hijau cerah tetapi pokoknya agak
lembut dan perlu diberi sokongan (kayu pancang). Manakala anak benih durian yang disediakan di kawasan
terbuka didapati daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pekat. Fizikal pokoknya kelihatan lebih tegap dan
tumbuh menegak.
Kepada pembeli anak benih durian disyorkan supaya memilih anak-anak durian yang dibiakkan di kawasan
terbuka kerana pertumbuhan anak benih ini agak lasak dan mudah menyesuaikan diri apabila ditanam di ladang.
Sewaktu menanam di ladang anak benih ini tidak perlu diberi naungan. Ini sudah menjimatkan perbelanjaan
menanam.
Memilih anak benih durian
Kesuburan pokok
Sewaktu memilih anak benih durian pastikan memilih anak benih yang subur. Cara yang mudah untuk
mengenali anak benih yang subur adalah dengan memerhatikan jarak antara daun hendaklah jauh iaitu antara
1.5 hingga 2 inci. Pokok yang tidak subur dan pertumbuhannya terbantut mempunyai jarak daun yang rapat.
Pokok yang subur terdapat banyak pucuk baru walaupun daun-daun dibawahnya ada yang masih muda
berbanding dengan pokok yang tidak subur di mana kerana pokoknya kurang mengeluarkan pucuk baru dan
daun yang terdapat di bawahnya telahpun tua. Jangan memilih anak benih yang berdaun kuning, ada
kemungkinan anak pokok ini tidak cukup menerima nutrien atau anak benih ini mempunyai masalah penyakit
akar.
Fizikal pokok
Sewaktu memilih anak benih pilihlah anak benih yang tingginya melebihi satu kaki, mempunyai batang pokok
penanti yang lurus, besar dan tegak. Begitu juga batang cantuman hendaklah besar (kecil sedikit daripada
batang pokok penanti), lurus dan tegak.

Bebas daripada penyakit


Pastikan anak benih yang dipilih tidak mempunyai tanda-tanda serangan penyakit terutama penyakit akar dan
kulat. Tanda-tanda boleh dikesan daripada pemerhatian fizikal pokok (Sumber: Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol.
1 Jilid 6).

PENDEBUNGAAN BERBANTU DURIAN


(Sumber: Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6)
Bunga durian yang berkembang mekar berjambak-jambak adalah fenomena biasa pada awal musim durian.
Sama ada disedari atau tidak cuma 1-2% sahaja bunga durian yang akan membentuk buah, adakalanya langsung
tidak menghasilkan buah. Penghasilan buah durian adalah bergantung kepada beberapa faktor dalam proses
pendebungaan. Proses pendebungaan durian akan terjadi apabila debunga (polen) daripada bunga lain hingga ke
stigma (bahagian betina bunga) yang dibawa oleh agen-agen pendebungaan. Agen-agen pendebungaan
semulajadi terdiri daripada kelawar, kupu-kupu, kelulut dan beberapa jenis semut yang datang untuk
mendapatkan manisan yang terdapat pada bunga durian yang sedang mekar.

Antara faktor-faktor kegagalan proses pendebungaan semulajadi


Salah satu faktor menyebabkan kegagalan proses pendebungaan ialah kadar kuantiti agen-agen pendebungaan
semulajadi seperti kelawar, kupu-kupu, kelulut dan semut yang rendah atau kurang. Keadaan ini boleh berlaku
di sesetengah kawasan yang mengalami gangguan ekosistem dan salah satu daripada puncanya kerana
18
kekerapan penggunaan racun serangga.

Selain itu pendebungaan yang terjadi daripada klon durian yang sama, contohnya debunga daripada klon D24
tidak menghasilkan persenyawaan dengan pokok-pokok daripada klon yang sama (D24). Fenomena ini kerap
berlaku dikalangan penanam durian secara 'hobi tani' (menanam sebatang dua pokok durian di keliling rumah).
Mereka dalam kategori ini biasanya memilih klon durian yang baik sahaja tanpa menyedari mereka telah
menanam pokok-pokok durian dari klon yang sama atau klon-klon yang tidak serasi untuk menghasilkan
pendebungaan. Ketidakserasian antara klon-klon dalam proses pendebungaan dan ketidaksesuaian
pendebungaan sendiri juga menjadi faktor penghalang kepada kejayaan pendebungaan.

Alternatif kepada pendebungaan semulajadi


Setelah memastikan pokok durian kita menghadapi masalah dalam proses pendebungaan semulajadi, satu
alternatif lain boleh diamalkan - pendebungaan berbantu. Pendebungaan berbantu durian adalah kaedah
membantu pendebungaan bunga durian iaitu dengan memindahkan debunga ke stigma bunga untuk proses
persenyawaan. Kaedah ini terhad iaitu bunga-bunga di dahan rendah atau yang dapat didebungakan saja
manakala bunga-bunga yang tinggi masih mengharapkan bantuan agen-agen pendebungaan semulajadi.

Teknik pendebungaan berbantu durian

Untuk membantu pendebungaan bunga durian, beberapa perkara perlu diberi perhatian sebagai persediaan bagi
menjalankan proses pendebungaan berbantu. Pendebungaan berbantu durian biasanya dijalankan pada sebelah
malam iaitu semasa bunga berkeadaan mekar iaitu bermula antara pukul tujuh malam hingga tengah malam.
Bagi mengenali tanda-tanda bunga mulai mekar dan sedia untuk didebungakan dapat dikesan melalui baunya
yang harum dan manisan yang dikeluarkan oleh bunga durian.

Sumber debunga (polen)


Debunga perlu disediakan sebelum melakukan pendebungaan. Penyediaan debunga elok dibuat pada sebelah
petang kerana bunga durian kembang pada waktu petang, biasanya mulai pukul lima petang. Seeloknya sumber
debunga daripada klon yang berkaitan perlulah dipilih bagi menjamin kejayaan yang tinggi. Klon durian D99
adalah antara klon durian yang mempunyai sifat keserasian yang tinggi. Klon durian ini boleh digunakan
sebagai sumber debunga kerana keserasiannya dengan kebanyakan klon-klon durian yang lain.

Kuntum-kuntum bunga yang mula kembang perlu disimpan dalam bekas yang berisi sedikit air, dengan tangkai
bunga sedikit terendam dalam air (kuntum bunga disusun tengah berdiri). Permukaan bekas mestilah ditutup
dengan kain bagi mengekalkan kelembapan. Kuntum bunga yang disimpan ini akan mekar sama seperti bunga
di pokok. Debunga bunga durian akan aktif atau matang dua jam selepas kembang dan keadaan ini dinamakan
bunga 'mekar'. Kebiasaannya bunga mula mekar mulai pukul tujuh malam. Bagi memastikan debunga telah
matang atau telah aktif, sentuhlah cepu debunga dengan hujung jari. Sekiranya terdapat debunga yang berwarna
kuning air melekat di hujung jari bererti debunga telahpun matang dan bolehlah digunakan untuk pendebungaan
berbantu.
Stigma (bahagian betina bunga)
Stigma yang terletak di tengah bunga akan kelihatan sedikit menonjol keluar apabila bunga telah kembang.
Sebagai tanda stigma telah aktif atau sedia menerima debunga untuk proses persenyawaan, permukaannya
19
berwarna oren dan apabila disentuh dengan hujung jari kita dapat merasai keadaan melekit pada permukaan
stigma.

Perlakuan pendebungaan berbantu


Dalam perlakuan mendebungakan bunga durian, debunga dari bekas stamen disapu atau disentuhkan ke stigma
bunga yang hendak didebungakan. Perlakuan ini diulangi sehingga kelihatan debunga yang berwarna kuning air
melekat pada stigma. Sekuntum bunga durian mempunyai lima berkas stamen dan setiap berkas stamen boleh
mendebungakan lima kuntum bunga yang mekar. Ini bermakna sekuntum bunga yang dipetik pada sebelah
petang sebagai sumber debunga dapat mendebungakan 25 kuntum bunga durian.

Selepas proses pendebungaan, bunga yang tidak sempurna didebungakan akan gugur dalam masa 1-2 minggu.
Proses persenyawaan yang berjaya akan membentuk putik dan terus membesar hingga matang. Masa yang
diambil daripada proses pendebungaan hingga buah matang dan gugur adalah antara 95 hari hingga 145 hari
iaitu berbeza-beza mengikut klon.
MITOS DURIAN (Pantang Larang Durian)
MYTHS KONONNYA
Pokok durian tidak boleh kena tembakan
Batang durian jangan dirembas dengan batang tepus
Jangan dikait buah durian di pokok
Jangan tambat binatang ternakan di bawah pohon durian
Jangan menebas dibawah pokok pada musim berbunga
Jangan berkelahi/berebut-rebut hasil buah durian
Minumlah air dari dalam kelopak kulit durian
Pokok durian perlu diasapkan
Jerut pokok durian dengan akar lembut
Jangan buat ampaian pada pokok durian
Jangan taruh carbide di pangkal pokok
Jangan tongkat dahan yang berbuah dengan buluh
Pokok akan mati meragan kerana bisa peluru.
Semua buah durian di atas pokok akan gugur.
Buah susah gugur di musim akan datang.
Akan rosak dan pokok akan terbantut dan mati.
Bunga akan gugur dan buah tidak menjadi.
Buah tidak menjadi di musim akan datang.
Untuk kurangkan kepanasan dan sendawa berbau.
Menjadi baja daun & mengelakkan serangga perosak
Menggalakkan pokok berbuah lebat.
Buah akan berkurangan dan pokok mungkin mati.
Akar akan rosak dan pokok mati kepanasan.
Dahan akan mati selepas musim buah.

KETERANGAN AM
Nama Biasa : Durian
20
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae
Asal :
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari
jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan
D.kutenjensis.
Kawasan Utama Tanaman :
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah
di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Kegunaan :
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat
digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga
boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.
Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Unit/100 g bybm


Tenaga 153 kcal
Kabohidrat 27 g
Kalsium 40mg
Zat Besi 1.9 mg
Vit. A (Carotene) 150 mg
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.13 mg
Vitamin C 23.3 mg
Lemak 3.4 g
Protin 2.7 g

TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara komersial,
pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 - 20 m dan keluasan kanopi di antara 19 -12 m.
Daun :
Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 - 12 cm panjang dan 2 - 4 cm lebar. Permukaan atas daun
berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik
halus.
Bunga :
Terdapat di antara 20 - 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek ( corymbose ) yang juga keluar
dari dahan-dahan (cauliflorous). Bunganya besar, 5 - 7 cm panjang, berwarna putih berkrim.
Buah :
Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya hijau hingga hijau keperangan. Kulitnya berduri dan
tajam. Buahnya berpangsa-pangsa di antara 5 6 pangsa yang setiapnya mempunyai 1 - 5 ulas biji yang diselaputi
dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna di antara kuning susu hingga oren.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang
21
kesep.

Kultivar / Klon :
Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang
disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah D24,
D99, D123, D145, D158, D159 dan D169. Berikut adalah perbezaan ciri-ciri klon yang disyorkan :

Ciri-ciri D 24 D 99 D 123 D 145 D 158 D 159


Cepat membesar, Jenis dwarf Sederhana Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan
sangat sensitif kpdtetapi tahan cepat sederhana sederhana sederhana
Pokok kemarau pada lasak membesar cergas cergas dan cergas dan
awal pertumbuhan tetapi tahan lasak lasak
lasak
Buah berbentuk Buah Buah berbentuk Berbentuk Berbentuk Berbentuk
bujur, hijau berbentuk oblong, agak bulat. agak bujur. oblong. Warna
hingga hijau bulat, berwarna hijau Berwarna hijau Warna hijau. hijau kelabu.
keperangan. Saiz berwarna hijau kelabu hingga dan bersaiz Bersaiz Saiz besar (3.5
Buah sederhana besar, kelabu hingga hijau sederhana (1.4 sederhana kg)
purata 1.5 kg per keperangan. keperangan, kg) hingga besar
buah Saiz sederhana Buah besar, (1.5-2.5 kg)
besar 1.8 kg purata berat
2.2 - 3.5 kg
Berwarna kuning Berwarna Berwarna Berwarna Berwarna Berwarna
susu hingga sangat sangat kuning, kuning hingga kuning pucat kuning pucat.
kuning, bertekstur kuning.Isinya tebal dan oren. Tebal hingga kuning. Isinya tebal
halus, tebal dan bertekstur bertekstur dan bertekstur Isinya tebal dan bertekstur
Isi (Aril) pejal. Rasanya halus dan halus. Manis, pejal. Manis dan bertekstur halus. Manis
manis, sedikit tebal. Manis beraroma baik dan halus.Manis, dan aroma
pahit, beraroma dan beraroma dan sedap mempunyai beraroma dan sederhana kuat
kuat dan berflavor sederhana. aroma yang sedap
kuat dan sedap
Kualiti buah Kualiti buah Kualiti buah Kualiti buah Kualiti sangat Kualiti buah
sangat baik. Hasil sederhana baik. Hasilnya sangat baik. baik di baik di
tinggi dan baik. Hasil tinggi Pokok matang kawasan kawasan yang
konsisten (50-150 konsisten (30- dikawasan yangberhasil 65 kering yang mempunyai
buah/pok/tah.) 120 buah mempunyai buah/pok/tah. nyata. musim
bagi pokok /pok/tah) bagi musim kering Banyak Ditanam di kemarau yang
berumur 10-15 umur 10-15 yang nyata (25 ditanam di Kedah nyata. Buat
tahun. Sesuai tahun. - 90 buah Pahang masa ini
Keseluruhan
ditanam di hampir /pokok/tahun) didapati
semua kawasan di ditanam di
Semenanjung Kedah dan
Malaysia. Kecuali Kelantan
di kawasan yang
mempunyai
kemarau yang
panjang

22
KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm – 4000 mm setahun
dan suhu di antara 27 - 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 - 8 minggu untuk menggalakan proses
pembungaan, terpulang kepada klon.
Tanah :
Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai saliran yang
baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang
beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian.
Zon Agro-iklim :
Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 - 5 klon durian ditanam secara komersial bagi menggalakkan pendebungaan
bersilang dan untuk memudahkan perancangan pasaran. Ini akan merangkumi 50 - 70% klon utama, 20 - 50%
dari klon yang dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 - 20% dari klon pilihan iaitu klon tempatan.
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa
digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan
sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM)
pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 - 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang.
Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan
terutama dikawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.
Jarak Tanaman :
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau
12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.

Menanam :Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 - 4 minggu. Sebanyak 5 -
10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok
ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Pemangkasan :Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga awal dan
mengeluarkan hasil yang tinggi.

Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-


i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Umur Kadar
Peringkat Jenis Baja Masa Aplikasi
pokok(tahun) (kg/pokok/tahun)
  0 CIRP 0.2 Semasa menanam
Bahan Organik 5-10

23
Vegetatif 1 15 : 15 : 15 0.5 4 kali setahun (terutama awal musim
2 atau 1.0 hujan)
3 15 : 15 : 6 : 4 2.0 3 kali setahun selepas merumput
4 Bahan Organik 3.0
5 2 - 4 kg
Pengeluaran 6–7 12:12:17:2 + 6 3 kali setahun seperti berikut:-
Hasil 8–10 TE 7 i) ¼ drpd jumlah 1 - 2 bulan sebelum
11 ke atas atau 8
13:13:20:2 + 5 - 10 kg    berbunga.
TE ii) ¼ drpd jumlah pada peringkat
Bahan Organik awal
  berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas pungut
hasil.

Pengurusan Air :
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut terutama D24 yang
sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda-tanda Kawalan


1. Kanker batang  Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis Kikis kulit batang yang dijangkiti dan
   (Phytophthora dipangkal batang dan juga boleh menyerang sapu dengan bahan aktif metalaksil
palmivora) dahan dan akar. Daun yang diserang menjadi (Ridomil) atau fosetil aluminium
coklat dan mati ( Aliette)
2. Hawar daun Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur Guna racun kulat benomyl 0.03% a.i.
   (Rhizoctonia
solani)
3.Cendawan Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia Guna racun kulat berkuprum seperti
angin  merah jambu Jangkitan terok daun akan gugur copper oxychloride a.i. 0.1%.
   (Corticum dan ranting akan mati
salmonicolor)
4. Kulapok Hitam  buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis Guna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i.
    (Meliola sp.) pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan Guna white oil untuk mengawal thrips.
tidak menarik

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Kawalan


1. Mudaria Pengorek  Serangga dewasa bertelur pada buah muda hingga Dimethoate a.i. 0.1%
buah  (Mudaria matang. Larva akan memakan isi dan mengorek
magniplaga) hingga ke biji sebelum korek keluar untuk menjadi
pupa

24
2. Monogatus Pengorek Menyerang kudup bunga,putik buah dan buah yang Dimethoate a.i. 0.1%
buah  (Monogatus sedang membesar. Ulat ini memakan bahagian
punctiferalis) kulit sahaja. Kesan serangan boleh dilihat dengan
adanya gumpalan tahi berwarna perang dicelah-
celah duri
3. Teritip  Pokok yang diserang menjadi pudar dan akan Dimethoate a.i. 0.1%
    (Pectenococus sp.) diselaputi oleh kulapuk hitam. Daun menjadi
kering dan layu dan terus mati.
4. Koya (Mealy bugs) Menyerang daun dan bunga tetapi tidak serius. Sembur dengan white oil pada
bahagian yang diserang.
5. Kumbang platypus  Pokok yang diserang akan kelihatan layu.Di batang Bahagian batang yang diserang
 (Platypus capulatus pokok akan kelihatan lubang-lubang halus yang perlu disapu dengan racun jenis
Chap) banyak dan terdapat habuk yang dikeluarkan dari sistemik seperti azodrin, rogor
lubang tersebut. dan tamaron.
6. Pengorek batang  Menyerang ranting dahan tetapi tidak serius Suntik dengan dimethoate.
(Batocera gultata dan  
Zeuzera coffeae)

Mamalia Perosak :
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet. Ini boleh di kawal dengan
menjerat dan menembak.
Rumpai :
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan menggunakan cangkul atau sabit.
Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan
dikekalkan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas
ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas
menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 - 10 tahun menanam.
Hasil :
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah (10 - 60 buah sepokok) dan boleh
meningkat kepada 50 - 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun
atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 - 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil
berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.
Musim :
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan
berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah
dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah
kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung
tahun iaitu bulan November hingga Januari. 
Pendebungaan Berbantu :
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak
diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat di mana pada awal
penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.
Penuaian :
25
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang
(optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai
peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan.

PENYIMPANAN HASIL

Penyimpanan :
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan di antara 1 - 4 hari pada suhu ambien
(28°C) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10°C) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2 - 4
minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi (15°C)
bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-buah ini boleh disimpan di antara 1 - 2 minggu
terpulang kepada peringkat kematangan semasa memotong.

EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 25 tahun ( dengan D24 sebagai klon utama) ialah RM 90,000.00.
Berdasarkan kepada harga di ladang sebanyak RM4.00/kg
· NPV (Nilai Kini Bersih) pada 10% ialah RM130,000.00
· IRR ( Kadar Pulangan Modal) ialah 35% dan
· B/C ( Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 5.3

RUJUKAN:https://www.google.com/#q=jabatan+pertanian+pulau+pinang&*

STATISTIK TANAMAN BUAH-BUAHAN Fruit Crops Statistic MALAYSIA 2015 JABATAN


PERTANIAN Department of Agriculture
Putrajaya, Malaysia

 SENARAI KETUA-KETUA BAHAGIAN

  BAHAGIAN PENGEMBANGAN DAN PERUNDINGAN PELABURAN


  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150
SHAHBANI BIN ISMAIL

 
TIMBALAN PENGARAH PERTANIAN NEGERI
(PENGEMBANGAN) G44
  : 04-5372144
 (Samb) :139
  : shahbani@penang.gov.my

26
 
  BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENILAIAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
  14200 SUNGAI JAWI SEBERANG PERAI SELATAN

  NO.TELEFON : 04-5826824
  NO.FAKSIMILI : 04-5824443

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH BARAT DAYA/TIMUR LAUT
  JALAN SUNGAI NIPAH 11020 BALIK PULAU PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-8668429
  NO.FAKSIMILI : 04-8668429
NOR WAHIDA BINTI HASSAN

 
PEGAWAI PERTANIAN G44
  : 04-8668429
 (Samb) :-
  : norwahida@penang.gov.my

 
  BAHAGIAN LATIHAN TEKNIKAL (METODOLOGI PENGEMBANGAN, PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA, KOMUNIKASI & PPCTK)
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150
HAJAH NOORAINI BINTI MUSA

 
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G32

27
  : 04-5372144
 (Samb) :115
  : nooraini_musa@penang.gov.my

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
  PUSAT PERTANIAN CHEROK TOK KUN 14000 BUKIT MERTAJAM

  NO.TELEFON : 04-5302493
  NO.FAKSIMILI : 04-5302493 / 5370869
ABDUL RANI BIN HASSAN

 
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G32
  : 04-5302493
 (Samb) :-
  : abdrani@penang.gov.my

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
  KOMPLEKS PERTANIAN BUMBONG LIMA 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA

  NO.TELEFON : 04-5753487
  NO.FAKSIMILI : 04-5755616
MUHAMAD SHAHIZI B. BAHAROM

 
PEGAWAI PERTANIAN
  : 04-5753487
 (Samb) :-
  : shahizi@penang.gov.my

 
28
  BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

 
  BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM.

  NO.TELEFON : 04-5372145
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

 
  BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-5372145
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150
MOHAMAD SALLEH BIN MANSOR

 
PENOLNG PEGAWAI PERTANIAN G27 (KUP)
  : 04-5372144
 (Samb) :127
  : salleh.mansor@penang.gov.my

 SENARAI KETUA-KETUA BAHAGIAN


  BAHAGIAN PENGEMBANGAN DAN PERUNDINGAN PELABURAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

SHAHBANI BIN ISMAIL


29
 
TIMBALAN PENGARAH PERTANIAN NEGERI
(PENGEMBANGAN) G44
  : 04-5372144
 (Samb) :139
  : shahbani@penang.gov.my

 
  BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENILAIAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
  14200 SUNGAI JAWI SEBERANG PERAI SELATAN

  NO.TELEFON : 04-5826824
  NO.FAKSIMILI : 04-5824443

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH BARAT DAYA/TIMUR LAUT
  JALAN SUNGAI NIPAH 11020 BALIK PULAU PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-8668429
  NO.FAKSIMILI : 04-8668429

NOR WAHIDA BINTI HASSAN

 
PEGAWAI PERTANIAN G44
  : 04-8668429
 (Samb) :-
  : norwahida@penang.gov.my

 
  BAHAGIAN LATIHAN TEKNIKAL (METODOLOGI PENGEMBANGAN, PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA, KOMUNIKASI & PPCTK)
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM

30
  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

HAJAH NOORAINI BINTI MUSA

 
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G32
  : 04-5372144
 (Samb) :115
  : nooraini_musa@penang.gov.my

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
  PUSAT PERTANIAN CHEROK TOK KUN 14000 BUKIT MERTAJAM

  NO.TELEFON : 04-5302493
  NO.FAKSIMILI : 04-5302493 / 5370869

ABDUL RANI BIN HASSAN

 
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G32
  : 04-5302493
 (Samb) :-
  : abdrani@penang.gov.my

 
  PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
  KOMPLEKS PERTANIAN BUMBONG LIMA 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA

  NO.TELEFON : 04-5753487
  NO.FAKSIMILI : 04-5755616

MUHAMAD SHAHIZI B. BAHAROM

 
PEGAWAI PERTANIAN
  : 04-5753487
 (Samb) :-
31
  : shahizi@penang.gov.my

 
  BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-5372144
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

 
  BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM.

  NO.TELEFON : 04-5372145
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

 
  BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN
  JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG JALAN KULIM CHEROK TOK KUN 14000
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

  NO.TELEFON : 04-5372145
  NO.FAKSIMILI : 04-5372150

MOHAMAD SALLEH BIN MANSOR

 
PENOLNG PEGAWAI PERTANIAN G27 (KUP)
  : 04-5372144
 (Samb) :127
  : salleh.mansor@penang.gov.my

32
Pilihan Warna Teks: Hijau Biru Merah

       

Bahasa Lain 


 Laman Utama
 Mengenai KamiProfil & Info
 PerkhidmatanServis Kami
 Direktori PegawaiSenarai Pegawai
 Maklum Balas / AduanMaklumbalas & Pandangan
 Hubungi KamiHubungi
 Respon AndaUndian

arkib
KELUASAN TANAMAN(HEKTAR) NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2012

SEBERANG SEBERANG SEBERANG


BARAT TIMUR JUMLAH
TANAMAN     PERAI PERAI PERAI
DAYA LAUT (HA.)
UTARA TENGAH SELATAN
      2012 2012 2012 2012 2012 2012

                 
A. Padi     8,515.00 2,592.00 1,365.00 310.00 0.00 12782.00
                 

33
1 Bacang 0.00 0.20 0.00 0.00 0.00 0.20
2 Belimbing 6.00 2.00 4.00 3.00 1.00 16.00
3 Betik 14.00 23.50 30.00 6.50 0.00 74.00
4 Cempedak9.30 12.30 68.50 101.00 14.80 205.90
5 Ciku 2.00 0.40 0.20 0.70 1.10 4.40
6 Dokong 9.00 6.50 15.05 24.50 1.25 56.30
Dragon
7 Fruit 24.00 8.00 2.50 5.00 0.30 39.80
(Pitaya)
8 Duku 0.00 0.30 0.00 15.30 0.00 15.60
Duku
9 0.00 0.00 0.00 0.20 0.00 0.20
langsat
10 Gajus 0.00 1.00 0.00 0.00 0.00 1.00
11 Durian 13.00 759.00 400.00 2,264.40248.40 3684.80
Durian
12 0.00 0.30 0.00 0.50 0.10 0.90
belanda
13 Jambu Air0.00 2.00 0.00 7.30 1.80 11.10
Jambu
14 10.50 1.60 2.00 0.00 0.00 14.10
Batu
B. Buah Jambu
-Buahan                             15 Madu 2.00 0.00 0.40 7.80 0.00 10.20
 
16 Kuini 0.00 0.80 0.00 0.70 0.00 1.50
17 Langsat 0.00 1.60 11.50 33.80 0.00 46.90
Limau
18 2.00 0.20 1.70 3.60 0.00 7.50
Besar
20 Longan 0.00 8.40 0.00 1.80 0.00 10.20
21 Mangga 60.00 40.00 0.00 122.00 3.00 225.00
22 Manggis 5.00 24.70 79.00 106.10 17.90 232.70
Mata
23 0.00 0.20 0.00 0.00 0.00 0.20
Kucing
24 Nanas 101.00 200.00 448.50 52.20 2.60 804.30
25 Nangka 6.50 21.40 1.10 17.40 2.10 48.50
26 Pisang 120.00 39.50 37.50 410.00 20.60 627.60
27 Pulasan 0.00 1.00 0.00 0.10 0.00 1.10
28 Rambai 0.80 0.50 0.00 0.80 0.20 2.30
29 Rambutan 115.00 111.20 220.00 257.50 54.60 758.30
30 Salak 0.00 0.00 0.00 0.30 0.00 0.30
31 Sentol 0.00 0.00 0.00 1.20 0.00 1.20
32 Sukun 0.00 0.50 0.20 1.80 0.00 2.50
33 Tembikai 7.50 7.00 2.00 0.00 0.00 16.50
JUMLAH     507.60 1274.10 1324.15 3445.50 369.75 6921.10
                 
SEBERANG SEBERANG SEBERANG
BARAT TIMUR JUMLAH
TANAMAN     PERAI PERAI PERAI
DAYA LAUT (HA.)
UTARA TENGAH SELATAN
      2012 2012 2012 2012 2012 2012

34
                 
1 Bayam 6.33 21.32 2.37 6.33 4.00 40.35
2 Bendi 18.66 19.30 8.33 9.00 5.33 60.62
Cekur
3 0.50 0.00 0.50 0.15 0.20 1.35
Manis
4 Cili 20.13 16.20 2.80 5.33 2.00 46.46
Daun
5 5.62 0.80 0.00 0.50 0.70 7.62
Bawang
Kacang
6 0.20 0.50 0.00 0.20 0.30 1.20
Botol
Kacang
7 8.50 0.00 0.00 0.75 1.25 10.50
Buncis
Kacang
8 10.05 6.66 3.60 3.00 4.00 27.31
Panjang
9 Kailan 4.37 1.60 2.25 3.00 4.50 15.72
10 Kangkung 18.25 24.80 2.97 9.00 5.00 60.02
11 Kucai 15.57 1.20 0.75 1.00 2.25 20.77
12 Labu Air 2.50 0.40 0.00 0.20 0.40 3.50
C. Sayuran /Tanaman Labu
13 2.75 0.00 0.00 0.13 0.00 2.88
SingkatMasa                      Manis
14 Peria 5.62 1.75 0.90 0.50 0.30 9.07
Peria
15 1.25 0.20 1.07 0.20 0.00 2.72
Katak
Petola
16 8.12 0.75 0.47 0.60 0.12 10.06
Segi
Petola
17 0.20 0.00 0.00 0.25 0.00 0.45
Ular
18 Salad 6.05 1.70 3.80 5.00 4.00 20.55
Sawi
19 8.87 5.20 4.75 9.80 9.60 38.22
Bunga
20 Sawi Pahit 2.05 1.50 0.00 2.30 1.60 7.45
Sawi
21 2.37 4.80 1.62 2.00 2.66 13.45
Pendek
22 Sawi Putih10.50 2.00 1.20 1.80 0.15 15.65
23 Terung 7.33 6.80 8.06 5.00 5.00 32.19
24 Timun 10.00 3.35 4.33 6.66 0.60 24.94
25 Poh Choy 4.12         4.12
JUMLAH     179.91 120.83 49.77 72.70 53.96 477.17
                 
SEBERANG SEBERANG SEBERANG
BARAT TIMUR JUMLAH
TANAMAN     PERAI PERAI PERAI
DAYA LAUT (HA.)
UTARA TENGAH SELATAN
      2012 2012 2012 2012 2012 2012

                 
D. Tanaman Industri   1 Getah 2,335.99 3,194.57 3,981.00 1,128.88197.20 10,837.64
2 Kelapa 4,403.00 2,240.00 6,913.00 0.00 39.00 13,864.59

35
sawit
3 Kelapa 45.80 119.00 235.00 1,584.008.00 1,991.80
4 Koko 0.00 6.00 2.00 0.20 0.00 8.20
JUMLAH     6,784.79 5,559.57 11,131.00 2,713.08244.20 26,702.23
                 
1 Cengkeh 0.00 0.00 0.00 34.30 2.40 36.70
2 Cili Padi 1.80 0.00 0.00 1.20 0.00 3.00
3 Halia 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
4 Kantan 0.00 0.00 0.00 12.00 1.50 13.50
5 Kunyit 0.00 0.00 0.00 0.20 0.50 0.70
6 Lengkuas 0.00 0.00 0.00 1.40 0.00 1.40
Limau
7 0.00 0.00 0.00 0.20 0.20 0.40
Purut
Limau
8 12.00 6.35 5.00 14.80 1.00 39.15
Kasturi
Limau
9 11.20 1.60 0.50 4.80 0.00 18.10
E. TanamanRempah / Nipis
Herba                 Misai
10 2.00 0.00 0.00 1.90 0.50 4.40
Kucing
11 Pala 0.00 18.80 0.30 51.70 0.00 70.80
12 Pudina 0.00 0.00 0.00 1.00 1.80 2.80
13 Roselle 20.00 0.00 0.00 0.00 0.00 20.00
14 Selom 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
15 Serai 13.00 1.60 6.00 18.00 0.20 38.80
Serai
16 0.00 0.00 0.00 0.20 0.00 0.20
Wangi
17 Sireh 0.00 0.00 0.00 0.30 0.00 0.30
Tongkat
18 0.00 0.00 0.00 0.51 0.00 0.51
ali
JUMLAH     60.00 28.35 11.80 142.71 8.10 250.96
                 
1 Jagung 30.00 25.00 1.00 11.50 0.00 67.50
Kacang
2 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
tanah
3 Tebu 8.00 5.30 10.00 14.00 0.00 37.30
F. TanamanLadang    
4 Ubi Kayu 4.50 48.11 55.00 9.20 0.00 116.81
5 Ubi Keladi2.80 1.00 0.00 2.00 0.00 5.80
Ubi
6 5.00 0.60 0.00 2.80 1.00 9.40
Keledek
JUMLAH     50.30 80.01 66.00 39.50 1.00 236.81
                 
1 Jering 0.00 0.00 0.00 1.50 0.00 1.50
2 Nipah 8.00 0.00 6.00 5.00 0.00 19.00
G. TanamanLain-lain  
3 Petai 0.00 5.00 0.00 1.50 0.00 6.50
4 Pinang 3.20 0.00 0.00 2.00 0.00 5.20
JUMLAH     11.20 5.00 6.00 10.00 0.00 32.20

36
                 
JUMLAH
KESELURUHAN     16,108.80 9,659.86 13,953.72 6,733.49677.01 47,402.47
(A+B+C+D+E+F+G)

 Judul: Siri Buah-buahan Komersial Malaysia- Durian

Pengarang: Zainal Abidin Mohamed dan Zabedah Mahmood

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: RM40.00

Tahun: 2016

Pengulas: NORSUHAILA IBRAHIM

Siri Buah-buahan Komersial Malaysia terdiri daripada buku yang membicarakan beberapa jenis buah-buahan
yang berpotensi untuk diusahakan secara besar-besaran. Buku Siri Buah-buahan Komersial Malaysia – Durian
merupakan buku pertama dalam siri ini.

Perbincangan buku ini berkisar tentang cara penanaman dan penjagaan durian yang sesuai dan klon-klon durian
yang berpotensi dari segi pengeluaran hasil dan mutu buah. Dalam buku ini juga disyorkan penanaman klon
durian MDUR 79, MDUR 88, D24, D2 dan D99. Oleh itu, buku ini sesuai dijadikan panduan oleh pengusaha
durian dan sesiapa sahaja yang berminat dengan tanaman durian.Maklumat penanaman durian yang dijelaskan
dalam buku ini boleh diterima pakai sama ada oleh pekebun kecil atau pengusaha komersial.

Bab pengenalan buku ini menerangkan tentang asal usul durian, ciri-ciri fizikal dan keistimewaan
durian.Durian (durio zibethinus Murr) merupakan buah-buahan tropika bermusim yang paling popular dan
sentiasa diminati ramai di serata Asia Tenggara. Buahnya yang bersaiz besar, berduri tajam dan mengeluarkan
aroma yang kuat apabila masak. Isi durian mempunyai rasa yang unik dan tidak terdapat pada buah-buahan
lain, iaitu gabungan lemak, manis dan kadangkala pahit sedikit. Ciri ini menyebabkan durian diiktiraf sebagai
“Raja Segala Buah”. Di Malaysia, rakyat segenap kaum dan lapisan umur begitu berminat dengan durian.
Durian dipercayai berasal dari Borneo atau Semenanjung Malaysia. Nama genus Durio berasal daripada
perkataan Melayu duri. Buah durian kaya dengan karbohidrat, protein, dan lemak. Apabila dimakan terlalu
banyak, boleh menyebabkan badan menjadi “panas” terutama pada waktu malam. Sebagai penawarnya, orang-
orang Melayu biasanya mengamalkan petua mengisi air dalam pangsa dan meminumnya dengan kepercayaan
bahawa cara ini dapat mengelakkan kepanasan, demam atau sakit tekak. Petua kedua adalah dengan memakan
buah manggis sejurus selepas memakan durian bagi menyejukkan badan. Selain dimakan terus, isi durian juga
boleh dibuat lempuk, dodol dan tempoyak atau dicampurkan ke dalam aiskrim, jel, gula-gula, seri kaya dan
biskut.

Buku ini menerangkan tentang ciri pokok, daun, bunga dan buah durian. Pokok durian bersaiz agak besar
dengan jangka hayat hidup antara 80 hingga 150 tahun. Pokok yang tumbuh daripada biji benih boleh mencapai

37
ketinggian sehingga 45 m. Pokok yang berasal daripada biji benih mempunyai sistem banir di bahagian
pangkal batang utama. Kulit batang berwarna coklat gelap, kasar dan mudah terkelupas dan merkah secara
memanjang. Kayu pokok durian dikategorikan sebagai kayu lembut yang sesuai untuk dijadikan perabot am. Di
sekeliling batang utama terbentuk banyak cabang yang bersifat sama ada menegak atau mendatar bergantung
pada jenis durian dan tahap pendedahan kepada cahaya matahari. Pokok durian cantuman, iaitu yang dibiakkan
secara tampang biasanya mempunyai saiz yang jauh lebih kecil berbanding dengan pokok yang berasal
daripada biji benih. Pokok cantuman hanya mencapai ketinggian 10 m hingga 15 m. Apabila durian ditanam
berhampiran dengan pokok buah-buahan yang lain, kanopinya tidak mempunyai bentuk yang tertentu. Di
kawasan lapang, pokok durian biasanya mempunyai kanopi yang berbentuk piramid dan lebar.

Durian tergolong dalam kumpulan pokok tropika yang daunnya bersifat malar hijau. Pokok durian
mengeluarkan pucuk mengikut musim. Daunnya tersusun secara selang-seli, berukuran 15 hingga 20cm, licin
berkilat, hijau tua di bahagian atas serta coklat keemasan dan bersisik di bahagian bawahnya. Tangkai daunnya
bulat dan berukuran 1cm. Hujung daunnya meruncing. Daun mudanya berkeadaanberlipat dan seterusnya
membuka apabila membesar dan matang. Pokok durian yang berasal daripada biji benih mempunyai satu akar
tunjang yang darinya tumbuh banyak akar sekunder. Durian tidak mempunyai akar rerambut seperti
kebanyakan pokok yang lain. Bunga durian terbentuk secara berjambak terutamanya di dahan primer dan
sekunder yang tua. Bunga durian sesuai didebungakan oleh agen pendebungaan yang aktif pada waktu malam,
terutamanya kelawar, lebah tualang, kelulut dan beberapa jenis semut. Buah durian biasanya berbentuk bulat
atau bulat membujur dan panjangnya antara 20 hingga 25 cm dengan garis pusat 18 hingga 20 cm. Buah durian
yang telah gugur tidak boleh disimpan lama (cuma 2 hingga 3 hari sahaja) kerana kulitnya mudah merekah.

Terdapat sebanyak 27 jenis atau spesies pokok durian. Daripada jumlah itu, hanya enam jenis menghasilkan
buah yang sesuai dimakan. Yang lainnya dianggap liar atau separa liar dan mempunyai buah yang berisi nipis
( atau tiada isi), keras dan tidak sesuai dimakan.Bagi setiap spesies durian tersebut, terdapat kepelbagaian
ketara dari segi sifat pokok dan mutu buah.Pemilihan dan penggunaan klon yang bermutu tinggi merupakan
salah satu faktor penentu kejayaan sesuatu ladang durian. Hal ini penting untuk menjamin produktiviti dan
mutu buah yang tinggi semasa peringkat pembuahan. Dengan yang demikian, kos pengeluaran dan harga
durian di ladang dapat diminimumkan pada peringkat pemasaran. Klon terpilih seperti D24 merupakan jenis
durian yang paling popular ditanam sejak mula disyorkan pada tahun 1970-an. Pokoknya besar, rendang, kerap
berbunga dan berbuah. Hasilnya tinggi. Pokok agak “manja” dan perlu dijaga dengan rapi pada peringkat awal
pertumbuhan kerana mudah mendapat penyakit kanker batang. Beberapa klon durian lain yang popular ialah
MDUR 79, MDUR 88, D10 dan D99. Jenis durian yang popular ialah Durio kutejensis yang berasal dari
kepulauan Bormeo dan dikenali sebagai “nyekak” di Sarawak dan “durian pulu” di Brunei. Durian kuning
(Durio graveolens Becc.) juga berasal dari kepulauan Borneo. Buahnya merekah di atas pokok apabila masak.
Pokoknya besar, tinggi dan berbanir seperti durian biasa. Jenis lain ialah durio oxleyanus (durian sukang),
durio dulcis, dan durio testudinarum (durian kura-kura).

Cara penanaman pokok durian yang disyorkan ialah secara pokok cantuman.Pokok durian cantuman
mempunyai saiz yang lebih kecil dan sesuai ditanam lebih rapat dan teratur untuk meningkatkan hasil dan
memudahkan kerja penjagaan dan pembersihan kawasan. Sistem kontur (teres) disyorkan bagi kawasan
berbukit yang cerunnya melebihi 20 peratus. Pokok ditanam mengikut garisan kontur yang disediakan. Bagi
cerun yang landai, tapak gajah atau platform dibina hanya dengan meratakan tapak tanaman seluas anggara 2 m
x 2 m. Pokok ditanam di atas tapak gajah ini. Bagi setiap dua barisan pokok, sebuah teres dibina untuk
pergerakan jentera bagi kerja penyemburan bahan kimia atau memungut buah.   Untuk menjamin pertumbuhan
yang baik dan penghasilan serta buah yang tinggi dan bermutu, pokok durian perlu dibaja. Cara pembajaan
yang baik adalah dengan menaburkan baja di bawah kanopi pokok. Bagi pokok yang kecil, pastikan baja tidak
ditabur terlalu hampir dengan pangkal pokok untuk mengelakkan “lucur pembajaan”. Bagi pokok besar, baja
38
ditabur sekeliling di bawah kanopi pokok. Pembajaan seelok-eloknya dijalankan pada awal musim hujan
supaya baja dapat diserap terus oleh pokok.

Pokok durian tidak dapat tumbuh dengan subur di tanah yang terlalu kering atau terlalu lembap dan boleh mati
atau terencat pertumbuhannya jika terdedah kepada keadaan air bertakung. Pada peringkat semaian, anak benih
memerlukan air yang mencukupi. Penyiraman dua kali sehari adalah memadai pada peringkat ini. Durian
memerlukan musim kemarau panjang untuk berbunga. Pada masa ini pengairan yang minimum diberikan. Oleh
sebab durian mempunyai sistem akar yang cetek, pengawalan rumpai berbeza sedikit daripada jenis pokok
buah-buahan lain. Gabungan beberapa kaedah seperti mencangkul, memberi sungkupan, menanam kekacang
penutup bumi dan menyembur racun kimia disyorkan.

Kita sering mendapati pokok durian yang pelbagai peringkat umur mengalami keguguran daun dan mati. Pokok
ini sebenarnya diserang penyakit durian yang paling serius, iaitu kanker batang yang disebabkan oleh kulat
Phytophthora palmivora. Untuk mengenal serangan penyakit ini, kita perlu memperhatikan tanda-tanda di
permukaan kulit batang dari semasa ke semasa. Kulit batang pokok yang berpenyakit mempunyai tanda
kekeringan berwarna coklat (nekrosis) dan tompok hitam. Apabila kulit ini dikikis terdapat tisu lembik dan
lebam air. Batang yang dijangkiti berwarna perang berbanding dengan batang sihat yang berwarna putih. Cara
rawatan adalah dengan mengikis kulit yang dijangkiti (setebal 3.5 mm) supaya bahagian berpenyakit dan
bahagian yang sihat sekelilingnya terdedah. Seluruh bahagian ini disapu dengan racun kulat Ridomil atau
Aliette. Teknik suntikan batang juga didapati berkesan. Kulat phytophthora juga menyebabkan mati rosot anak
benih dan reput buah. Penyakit durian yang lain ialah hawar daun, reput buah, bintik daun, kulapuk hitam dan
penyakit akar putih. Serangga yang menjadi perosak utama pokok durian ialah anai-anai dan serangga yang
sering menyerang buah durian ialah ulat pengorek buah. Mamalia perosak durian yang lain ialah tupai, yang
biasanya menebuk buah durian yang sedang membesar untuk mendapatkan isinya.

Secara amnya, durian berbuah sekali dalam setahun. Namun demikian, musim buah boleh berbeza mengikut
lokasi kawasan dan banyak dipengaruhi oleh faktor iklim dan alam sekitar setempat. Di Semenanjung
Malaysia, misalnya musim buah berlaku dua kali setahun iaitu Jun – Julai di negeri pantai barat dan
bersambung pada lewat bulan Julai – September di negeri pantai timur. Durian biasanya dimakan segar, namun
begitu ada beberapa produk durian yang amat digemari ramai sejak dahulu lagi. Antara produk tradisional
durian ialah lempuk, tempoyak, dodol dan bermacam-macam kuih-muih yang berperisa durian. Durian juga
popular dimakan bersama-sama santan mentah, sedikit garam dan pulut yang ditanak. Produk moden durian
ialah durian sejuk beku dan serbuk durian. Durian ialah sejenis tanaman yang mempunyai corak pelaburan
berjangka panjang dan tiada jalan pintas dalam perkara ini.

Buku ini juga mengandungi banyak aspek amali sama ada bagi penanaman di ladang atau kegunaan buah
durian. Hal ini disebabkan permintaan yang kian bertambah di pasaran tempatan mahupun luar negara. Banyak
ilustrasi digunakan bagi menjelaskan topik yang dibicarakan.

39
40

Anda mungkin juga menyukai