Anda di halaman 1dari 8

Dahulu nangka di tanam dari biji benih terpilih dari buah yang difikirkan baik mutunya.

Pokok yang ditanam dengan biji memerlukan masa yang lebih lama untuk berbuah iaitu lebih kurang 45 tahun. Pokok cantuman pula mula berbuah pada tahun ke 2-3 dan hasil mula stabil pada tahun ke-7 dan seterusnya..

Ada beberapa cara pembiakan tampang yang boleh digunakan bagi tanaman nangka. Kelebihan menggunakan bahan tanaman dari pokok-pokok yang dihasilkan dari cara pembiakan tampang ialah ianya berbuah lebih cepat. Selain itu, mutu buah lebih seragam. Kadar pertumbuhan pokok dan bentuk pokok juga akan lebih kurang sama. Secara tidak langsung akan menyenangkan kerja-kerja pengurusan dan pengawalan.

Gambar di atas merupakan anak pokok nangka madu KLON J33. Serba sedikit tentang Klon J33 ini menurut penjual benih tersebut;
y y y y y y

Pokok akan mula berbuah selepas 3 1/2 tahun ditanam Memerlukan tempat yang terdedah kepada cahaya matahari Buahnya bersaiz di antara 15-30kg Isi bewarna kuning oren, manis dan getah kurang melekat Pokoknya sederhana tinggi dan perlu dipangkas Isi Buahnya tahan lebih lama selepas dikupas

Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokokpokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang. Tiga klon kultivar yang disyorkan:J 29 Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

J 31 Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil. J 32 Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair. J 33 Sesuai dimakan segar. Pembiakan melalui cantuman mata tunas

Nangka atau (Artocarpus heterophyllus Lam) dari keluarga Moraceae tergolong dalam jenis buah yang tidak bermusim. Dipercayai berasal dari India dan pada masa ini terdapat di Indonesia, Thailand dan Filipino. Di Malaysia, Nangka banyak ditanam di negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Terengganu, Terdapat beberapa klon yang disyorkan untuk ditanam secara komersial iaitu termasuklah klon J 29, J 31 (N.S 1) dan J 32, Klon ini mempunyai permintaan yang balk di pasaran kerana saiz yang tidak terlalu besar, isi yang tebal, halus dan manis (lebih 13% Brix), disamping warna isi yang kuat. Penuaian perlu dilakukan apabila mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya 130 hingga 140 hari selepas putik ataupun 90 hingga 95 hari selepas dibalut. Kematangan buah ditentukan dengan melihat tangkainya yang bertukar warna dari hijau tua ke kuning perang, serta rupa bentuk duri yang bertukar menjadi lebih jarang, lebar dan pendek. Biasanya Nangka akan masak dalam masa 3 hingga 4 hari dalam keadaan suhu biasa. Suhu penyimpanan sementara yang optimum untuk buah Nangka ialah 11-13C pada kadar kelembapan relatif 8590%

Pembungkusan Pasaran Ekspot

Bagi saiz pasaran ekspot, kotak kertas kebiasaannya digunakan Saiz Kotak : 585mm x 340mm x 316mm Bahan Pengalas :Sarung atau gelembong plastik Berat Kasar : 15kg ke 18kg/ kotak @ 1 biji Pasaran Ekspot Pasaran Domestik Bagi pasaran borong, kebiasaannya karung guni digunakan bagi mengelakkan kecederaan mekanikal semasa pengendalian dan pengangkutan Pasaran Runcit Bagi pasaran pengguna di pasaraya dan pasaraya besar, kebiasaanya tray polistrin digunakan beserta filem jernih pembungkus. Saiz tray yang digunakan adalah bergantung kepada bilangan serta isi buah yang ingin dibungkus.

Kebanyakkan hasil yang dikeluarkan adalah untuk dimakan mentah. Pasaran buah nangka adalah sekitar negara Asia dan Hong Kong. Bagaimanapun tanaman ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke China, Taiwan, Jepun dan Korea. Isi nangka yang ditinkan adalah disenarai kedua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat. Terdapat dua klon nangka yang disyorkan iaitu J29 dan J33 yang sesuai untuk dimakan mentah dan J31 yang sesuai untuk diproses. Kedua-dua klon boleh dibiakkan secara pembiakan tampang. Dengan pengurusan tanaman yang baik, tanaman nangka akan mengeluarkan hasil setelah tiga tahun ditanam. Jangka masa kematangan buah adalah antara 130-140 hari dari bunga kembang. Kejadian layu bakteria merupakan masalah utama tanaman nangka dan sehingga kini tiada langkah kawalan yang berkesan. Dengan itu, adalah disyorkan penanaman nangka diselang dengan tanaman buah-buahan lain yang lebih kekal dan tiada masalah yang sama. Terdapat dua jenis yang paling popular iaitu Nangka Madu CJ3 & Nangka Madu Madura

Anda mungkin juga menyukai